Anda di halaman 1dari 22

SULIT

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2008

BAHASA MELAYU Kertas 2 September

2 % jam

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN IN1 SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi soalan 2 (b),soalan 2 (c), soalan 2 (d)dun soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan4 dun 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 3 halaman tidak bercetak [Lihat sebelah

110312 0 ZOO8 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri

Johor

MOZ@C

SULIT

SULIT

Soalan 1 : Rumusan

130 markah]

BUCLIpetikon tli bawuh dengun teliii, kemudian bzrut satu rzrmusan tentang langkah- langkah pemeliharaan alam sekitar dan kepentingan alam sekitar yang berkualiti. Punjungnyu rumusun l7rndukluh tidak melebihi 120 patah perkataan.

Alam sekitar yang berkualiti ialah alam sekitar yang dapat memberi keselesaan hidup dan memenuhi kesemua keperluan hidupan dengan baik. Contohnya, udara yang bersih penting untuk pernafasan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sebaliknya, pencemaran udara akan menyebabkan sistem respirasi diserang penyakit. Air sungai yang dicemari dengan sisa kilang dan kawasan perlombongan pula merosakkan habitat hidupan akuatik dan seterusnya mengakibatkan kematian. Bagi mengatasi masalah pencemaran tersebut, sernua undang-undang berkaitan alam sekitar perlu dikuatkuasakan sepenuhnya dengan serta-merta.

Pemeliharaan alam sekitar adalah penting demi warisan generasi akan datang. Oleh itu, pengurusan projek-projek pembangunan negara yang melibatkan alam sekitar perlulah dirancang dengan teliti. Selama ini kita dapati kegiatan-kegiatan ekonomi yang melibatkan alam sekitar, seperti menangkap ikan dan membalak telah merubah alam semula jadi di sekeliling kita. Jadi, manusia harus tahu mengawal kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh mereka bagi mengekalkan keseimbangan ekologi alam sekitar. Begitu juga halnya dengan industri yang berasaskan pertanian dan pengilangan yang tidak diuruskan dengan baik telah tnenghasilkan sisa toksik yang berbahaya serta mrndutangkan risiko tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Satu peraturan bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 menghendaki semua industri mengolah air buangan untuk mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat. Manakala sisa toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar, dikitar sernula atau dihapuskan dengan cara yang selamat seperti ditanam.

Kemudahan infrastruktur di negara kita semakin membanggakan. Walau bagaimanapun dalam pembinaan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya dan lebuh raya, pemeliharaan alam sekitar tidak harus diabaikan. Di samping itu, pembukaan tanah untuk projek perumahan dan pembandaran perlu disertakan dengan pelan penanaman tumbuh-tumbuhan. Pihak berkuasa mesti mensyaratkan pemulihan kawasan hi.jau perlu dilaksanakan sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan. Jika langkah pemuliharaan tidak disegerakan, orang ramai tidak lagi dapat menikrnati keindahan alam sekitar. Selain ghairah meneroka hutan untuk mengejar pemodenan, kawasan hutan juga perlu dikekalkan. Seiring dengan itu, pewartaan hutan simpan perlu diperbanyak bukan sahaja untuk ~nengekalkankeseirnbangan suhu malah sebagai kawasan tadahan hujan.

e

'Tuntasnya, alam sekitar haruslah diutamakan dalam sebarang aktiviti manusia. Alam sekitar dengan keseimbangan ekologinya yang unik tidak harus dikorbankan derni kepentingan dunia sejagat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada "Kualiti Alam Sekitar: Tahukah anda peranan alam sekitar yang berkualiti?" oleh Nasron Sira Rahim, Berita Huriun 2006.)

MOZ@C

110312 02008 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Johor

SULIT

SULIT

Soalan 2 : Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2(a)-Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan gat anda sendiri.

1, jawab soalan-soalan yang berikul dengan menggunakan

(i)

(ii)

(iii)

Berikan maksud rangkai kata mendalangkan risiko linggi.

[2 markah ]

Nyatakan kesan buruk yang terpaksa kita hadapi jika udara dan air tercemar?

[3 markah]

Pada pendapat anda, bagairnanakah media massa boleh berperanan dalam

menyedarkan masyarakat tentang kepentingan alam sekitar?

[4 markah ]

MOZ@C

110312 62008 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Johor

[lihat sebelah

SULIT

SULIT

Soalan 2(b)- Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliri, kmudianjawab soalan-soalanyang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

UMAR: (Suaranya lembur, rapi masih ridak bergerak atau menyenruh Safah) Aku tahu ayahmu selalu menyebut soal di luar negeri. Mungkin maksudnya baik, tapi lebih baik lagi kalau kita mengisi tenaga yang kurang. Terlalu banyak mahasiswa Melayu yang jadi MCS. Jawatan ini bagus, asal sahaja kita dapat melaksanakannya untuk pembangunan masyarakat kita. Tapi jangan semua tenaga dicurahkan pada satu lapangan sahaja. Sebab itulah aku suka jadi guru, lapangan yang kurang diperhatikan oleh mahasiswa kita. (Bermenung, sedikit ksal) Kalaulah aku bagus dalam sains dulu

SAFIAH: (Mengangkat mukanya, berkata rersedu-sedu) Aku sayang padamu Mar! Masuklah sahaja, aku ikut kau. Piah ikut ke mana sahaja!

UMAR: (Menggenggam erat kdua-dua belah rangan Safiah, maranya bercahaya memandang kekasihnya) Piah, percayalah, kau tak akan kecewa. Masa depan kita gemilang, bukan gelap sebagai sangkaanmu!

IBU: (Masuk)Eh, Mar, ayahnya dah habis sembahyang, mari makan! (Umar dun Safiah tersentak, Umar meleparkan tangan Safiah. Safiah mengesat air mata dengan bajunya, cuba menyembunyikan mukanya dari ibu, tapi masih ketara) Eh, Piah, kenapa menangis?

(Dipetik daripada drama Serunai Malam oleh Usman Awang dalam antalogi Anak Laur, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Umar kepada Safiah untuk menjadi seorang guru?

[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, wajarkah Umar mempertahankan keputusannya untuk menjadi guru?

Berikan alasan anda.

[3 markah]

(iii)

Jelaskan satu perwatakan Safiah berdasarkan petikan drama di atas dan satu perwatakan Safiah yang lain daripada keseluruhan drama.

MOZ@C

110312 02008 Hak Cipta labatan Pelajaran Negeri Johor

[4 markah]

SULIT

SULIT

Soalan 2 (c)- Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudianjawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kata Tun Mamat, "Kami ini orang Melaka, nama kami Tun Mamat, dititahkan oleh Sultan Melaka meminang Puteri Gunung Ledang ini. Laksamana dan Sang Setia ada di bawah gunung ini: tiada boleh naik; akan hamba disuruhnya. Dan tuan hamba ini siapa? Dan apa nama tuan hamba?" Maka sahut perempuan itu. "Nama hamba Dang Raya Rani. Hambalah pengetua Tuan Puteri Gunung Ledang. Nantilah hamba di sini biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba ini pada tuan puteri." Maka Dang Raya Rani dengan keempat perempuan sertanya itupun lenyaplah. Ada kadar sesaat, maka kelihatan seorang perempuan tua, bongkok belakangnya, berlipat tiga. Maka ia berkata pada Tun Mamat, "Adapun segala kata-kata tuan hamba itu sudahlah dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada Puteri Gunung Ledang. Akan titah tuan puteri, "Jikalau Raja Melaka hendakkan aku, perbuatkan aku jambatan emas satu, jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang ini. Akan peminangnya, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan, dan darah raja semangkuk, dan darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk. Jikalau boleh demikian, kabullah tuan puteri akan kehendak raja Melaka itu." Telah sudah ia berkata-kata demikian lenyaplah ia.

(Dipetik daripada 'Peminangan Puteri Gunung Ledang', dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Berikan maksud biar hamba persembahkan.

[2

markah]

(ii)

Siapakah Tun Mamat?

[3 markah]

(iii)

Pada pendapat anda, mengapakah Sultan Mahmud memilih Tuan Puteri Gunung Ledang untuk dijadikan isteri baginda?

 

[3 markah]

[lihat sebelah

 

MOZ@C

110312 02008 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Johor

 

SULIT

SULIT

Soalan 2 (d)-Puisi Tradisional

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudianjuwab soalan-soalan yang berikutnya dengan nienggunakan ayat anda sendiri.

Pantun Kiasan

Tikar pucuk, tikar mengkuang, Alas nikah raia Melayu;

Ikan husukjangan dibuang, Buat perencah si daun kuyu.

Buah bacang rnasak serangkai, Burung dekut meniti batang; Saya dagang tidak terpakai, Macarn rnelukut di tepi gantang.

Tebang gelarn, tebang kenanga, Batangnya tumbang menimpa gedung; Kumbang mengidam nak seri bunga, Bunga kembang di puncak gunung.

Pokok terap tumbuh di bukit, Belat berbanjar panjang ke hulu; Jangan diharap guruh di langit, Kilat memancar hujan tak lalu.

Limau Bentan di tepi tingkap, Budak-budak melempar burung; Harimau di hutan lagi kutangkap, Kononlah pulak cicak rnengkarung.

(Puisi Melayu Tradisi, 1985

Antologi Anak Laut,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Terangkan maksud ungkapan

Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kuyu.

[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, mengapakah orang yang merantau perlu memiliki sifat merendah diri?

[3 markah]

(iii)

Nyatakan empat pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut.

[4 nlarkah]

MOZ@C

110312 02008 Hak Cipta Jabatarl Prlajaran Negeri Johor

SULIT

SULIT

Soalan 3 : Pengetabuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supayajelas menunjukkan bahawa andafaham akan maksud dun penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakanperkataan itu sebagai peribahasa atau nama kha.9

(3)

(i)

reka bentuk

(ii)

rukun tetangga

(iii)

rumah tangga

(iv)

temu duga

(v)

ulangkaji

(vi)

urus setia

[6 markah]

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan pola ayat dasar Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS) dun Frasa Nama + Frasa Adjektif(FN + FA) bagi ayat-ayat tersebut.

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

Encik Imran peguam di syarikat guaman di Johor Bahru.

Hadiah itu untuk ayah saya sempena hari lahimya esok.

Pemain skuasy negara itu sungguh handaI.

Puan Hayati doktor pakar sakit puan di Hospital Tawakal.

Mahasiswa itu mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya sangat cantik.

[6 markah]

MOZ@C

110312 02008 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Iohor

SULIT

SULIT

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dun satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dun betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikun lebih daripada satu kesalahan ejaan dun sutu kesalahan irnbuhan. Anda tidukperlu menyalin ayat itu semula.

(i)

(ii)

(iii)

Kaki tangan kerajaan diwajibkan memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis sebagai salah satu usaha lnemaju industri batik.

Menurut pandangan agama, orang yang menjadi guru diberi lebihan berganda dan disanjung tinggi oleh masarakat

Bagi membendong kenaikan harga barang, setiap individu perlu berhemat

keti ka mem belanja

barang-barang keperluan.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahanpenggunaan kata atau istilah dun satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dun betulkan kesalahan- kesalahan itu. Bagi setiap uyat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kafaatarr islilah dun satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu serrrula.

(e)

(i)

(ii)

(iii)

Para siswazah mestilah mempunyai otak kelas pertama dan berani meneroka pekerjaan di dalam bidang yang lebih mencabar.

Setiap kaum perlu saling hormat-menghormati untuk mewujudkan penyatuan kaum di negara kita.

Kami memerlukan lain-lain cadangan dan sokongan daripada penuntun untuk memantapkan mutu siaran kami.

[6 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa yang sesuai untuk rfiisikanpada tempat kosong.

Jiwa anak-anak perlu dipupuk dengan semangat patriotisme sejak mereka kecil

lagi bak kata pepatah,

Anak-anak patut mengenali pejuang-pejuang tanah air yang berpegang kepada (ii). kerana pejuang-pejuang ini sanggup berkorban nyawa demi tanah air tercinta. Oleh itu, generasi muda perlu bekerjasama dan bermuafakat demi menjaga

(i)

keamanan dan keselamatan negara kita ibarat

(iii)

[6 markah]

MOZ@C

110312 02008 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Johor

SULIT

SULIT

Soalan 4 : Novel

[ 15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novelyang berikut:

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

(vii)

Terminal Tiga karya Othman Puteh

Perlumbaan Kedua karya Manvilis Hj Yusof

Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

Bukit Kepong karya Ismail Johari

Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a)

(b)

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua latar masa yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa pada permulaan setiap novel itu yang mendorong anda untuk tens membaca novel berkenaan sehingga tamat.

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

110312 82008 Hak Cipta Jabatan

MOZ@C

PelajaranNegeri Johor

SULIT

SZTLIT

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2008

BAHASA MELAYU Kertas 2 September

2 ?4 jam

Dua jam tiga puluh minit

BAHASA MELAYU

Kertas 2

PERATURAN PEMARKAHAN

ZTNTUK KEGZTNAAN PEMERIKSA SAHAJA

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apajuga bentuk penulisan dan percetakan.

MOZ@C

MOZ@C

MOZ@C

MOZ@C

MOZ@C

MOZ@C

MOZ@C

MOZ@C

MOZ@C

MOZ@C

MOZ@C

MOZ@C

MOZ@C