Anda di halaman 1dari 16

SEKOLAH MENENGAH SAINS

KUBANG PASU

SALASILAH DIRI DAN KELUARGA

NAMA
Nur Farihah Ain Bt Abd. Rahim

KELAS
1 Nekad

NO. KAD PENGENALAN


960201-02-5596
PENGHARGAAN
PENGHARGAAN
Alhamdullillah, bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t. kerana diatas nikmat kurniaannya,
saya dapat menyiapkan folio mengenai salasilah diri dan juga keluarga saya.Tanpa
kehendak-Nya mana mungkin saya dapat menyiapkan folio ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada guru mata pelajaran Sejarah, Pn. Siti Aishah di atas segala tunjuk ajar yang telah
diberi dalam membantu menyiapkan kerja kursus ini.Sebagai seorang guru Sejarah,
beliau amat bertanggungjawab serta sentiasa mengambil berat tentang perkembangan
laporan ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada kedua ibubapa
tersayang serta seluruh ahli keluarga yang telah membantu. Bantuan kewangan serta
dorongan yang diberi oleh mereka tidak dapat dikira nilainya.Nasihat yang diberi akan
saya tetap terus gunakan sampai bila-bila.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan khas kepada semua yang telah membantu saya
secara langsung atau tidak dalam menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih atas setiap
pertolongan yang telah diberikan. Pertolongan ini amat bermakna buat saya.
PENGENALAN
PENGENALAN

Masyarakat Arab sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi amat mementingkan keturunan dan
keturunan yang baik haruslah diperoleh daripada perkahwinan yang suci lagi murni.
Keturunan yang baik melahirkan zuriat yang baik dan begitu jugalah seterusnya.
Keturunan yang baik haruslah dijaga dan dipupuk dari satu generasi ke satu generasi
yang lain. Masyarakat pada zaman ini hendaklah mementingkan keturunan dan sentiasa
menjaganya. Kita juga haruslah berbangga dengan keturunan kita yang sedia ada.

Tugasan yang perlu saya saya fokuskan ialah mengenai jurai keturunan keluarga saya.
Ia bermula daripada adik-beradik sebelah ibu bapa saya sehinggalah kepada keluarga
saya.

Di sebelah ibu saya, dimulai dengan datuk saya, Abdul dan nenek saya, Puteh, mereka
mempunyai enam orang anak dan ibu saya merupakan anak yang ke-lima. Di sebelah
bapa pula, dimulai dengan kedua datuk dan nenek iaitu Asmah dan Abu Bakar mereka
mempunyai tujuh orang anak dan ayah saya merupakan anak yang ke-dua.

Dan bermula daripada ibu dan bapa saya mereka telah dikurniakan empat orang zuriat.
dua lelaki, dua perempuan dan saya adalah anak yang ke-tiga. Begitulah sedikit sebanyak
mengenai salasilah keluarga saya.
BIODATA AHLI
KELUARGA
BIODATA BAPA
Nama: Abd. Rahim B. Abu Bakar
Tarikh lahir: 19 Julai 1962
Umur: 46 tahun
Tempat lahir: Kota Sarang Semut, Kedah
Bilangan dlm keluarga: Anak ke-2 drpd 7 beradik
Kerjaya: Guru
Pendidikan awal: Sek Keb Buluh Lima
Pendidikan menengah: SMK Muadzam Shah, Kota Sarang Semut.
: SMK Dato’ Syed Omar
Pendidikan lanjutan: MPSI, Tanjung Malim
: UPM Serdang
Taraf pendidikan: Bachelor Pendidikan
Tempat bertugas sekarang: SMK Tokai, Spg Empat, Alor Star
Motto hidup: Amal makruf, nahi mungkar

BIODATA IBU
Nama: Endun Bt Abdul
Tarikh lahir: 4 Februari 1961
Umur: 47 tahun
Tempat lahir: Merbau Pulas, Kedah.
Bilangan dlm keluarga: Anak ke-5 drpd 6 beradik
Kerjaya: Guru
Pendidikan awal: Sek Keb Merbau Pulas, Kedah
Pendidikan menengah: SMK Kuala Ketil, Kedah
: SMK Sultan Badlishah, Kulim
Pendidikan lanjutan: MPIK Kuala Lumpur
Taraf pendidikan: Diploma pendidikan
Tempat bertugas sekarang: SK Buluh Lima, Kota Sarang Semut
Motto hidup: Hidup kita akan bahagia jika boleh membahagiakan orang lain

TARIKH PERKAHWINAN: 14 FEBRUARI 1986

BIODATA ABANG
Nama: Mohd. Farhan b. Abd. Rahim
Umur: 23 tahun
Bilangan dlm keluarga: Sulung drpd empat beradik
Tarikh lahir : 12 November 1986
Tempat lahir: Hospital daerah Sungai Petani, Kedah
Kerjaya: Tukang masak
Pendidikan awal: SK Buluh Lima
Pendidikan menengah: SMK Tunku Temenggung, Pendang
: SMT Vokasional 2, Sungai Petani
Pendidikan lanjutan: Universiti Tun Abdul Razak( UNITAR), Petaling Jaya
Tempat bekerja: One World Hotel, Petaling Jaya

BIODATA KAKAK
Nama: Nur Farahanie Bt Abd. Rahim
Umur: 20 tahun
Bilangan dlm keluarga: Anak ke-2 drpd empat beradik
Tarikh lahir: 7 Ogos 1989
Tempat lahir: Hospital Banting , Selangor
Status pendidikan: Pelatih pembantu perubatan
Pendidikan awal: SK Buluh Lima
Pendidikan menengah: Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
Pendidikan lanjutan: Kolej Pembantu Perubatan, Seremban
BIODATA SENDIRI

Nama: Nur Farihah Ain Bt Abd. Rahim


Umur: 13 tahun
Bilangan dlm keluarga: Anak ke-3 drpd empat beradik
Tarikh lahir: 1 Februari 1996
Tempat lahir: Klinik Ngee, Alor Setar
Status pendidikan: Pelajar
Pendidikan awal: SK Buluh Lima
Pendidikan menengah: SM Sains Kubang Pasu
Hobi: Membaca, dengar lagu
Cita-cita: Doktor Bedah

BIODATA ADIK

Nama: Ahmad Farid Syamil B. Abd. Rahim


Umur: 8 tahun
Bilangan dlm keluarga: Bongsu drpd empat beradik
Tarikh lahir: 10 April 2001
Tempat lahir: Hospital Besar Alor Setar
Status pendidikan: Pelajar
Pendidikan awal: Sek Rendah Islam Darul Aman( SRIDA ), Alor Setar
Hobi: Menonton televisyen
Cita-cita: Guru agama
RUMUSAN
RUMUSAN

Setelah folio ini saya siapkan, saya dapat rumuskan bahawa keluarga adalah suatu harta
bernilai yang tak mungkin dapat dicari di merata-rata tempat begitu sahaja, sebaliknya
ianya ialah suatu anugerah Tuhan yang paling terindah dan bernilai dalam hidup kita.

Sebagai seorang yang menyayangi ahli keluarga sendiri, kita hendaklah sentiasa
menjaga dan memelihara maruah serta nama baik keluarga agar sentiasa dipandang baik
oleh orang luar. Kita tidak boleh menjatuhkan maruah seluruh ahli keluarga kita
terutamanya kedua ibu bapa kita. Kita sebaliknya hendaklah sentiasa membuatkan
mereka berbangga dengan kita. Kita sebagai seorang anak yang bertanggungjawab
hendaklah memastikan mereka sentiasa tersenyum dan tidak menyesal mempunyai anak
seperti kita.

Kita juga hendaklah sentiasa menyayangi dan menjaga keluarga kita sebagaimana kita
menyayangi dan menjaga diri kita sendiri. Seseorang itu kalau tanpa ahli keluarganya
tidak mungkin akan dapat melalui hidup pada setiap hari yang mendatang sepertimana
seorang yang mempunyai keluarga untuk terus memberikan sokongan dan dorongan.

Kita juga hendaklah mementingkan keturunan keluarga yang baik. Seseorang itu
perlulah mencari jodoh daripada keturunan yang baik agar dikurniakan zuriat yang baik.
Bermula dari itu kita akan mempunyai jurai keturunan yang baik dan saling sayang-
menyayangi antara satu sama lain.
Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya rumuskan daripada folio yang telah saya
siapkan ini iaitu folio “ Salasilah Diri dan Keluarga ”. Kesimpulannya, “ Keluarga
Bahagia, Rakyat Sejahtera”.

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

01 Penghargaan

02 Pengenalan

03 Carta Salasilah Keluarga Sebelah Bapa

04 Carta Salasilah Keluarga Sebelah Ibu

05 Carta Salasilah Keluarga Saya

06 Biodata Ahli Keluarga

07 Kawasan Tempat Tinggal

08 Rumusan

09 Lampiran
CARTA SALASILAH
KELUARGA
LAMPIRAN
KAWASAN
TEMPAT TINGGAL
LATAR BELAKANG TEMPAT
TINGGAL( KOTA SARANG SEMUT)

Kota Sarang Semut ialah sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 12km dari Bandar
Alor Setar. Ia membangun selaras dengan pembangunan Negara. Kota Sarang Semut
pada mulanya hanya merupakan kawasan paya, semak samun dan dipenuhi pokok buluh.

Kaum pertama yang menduduki tempat ini ialah kaum Melayu. Seterusnya kaum Cina
dan India. Dalam bahasa cina ia dikinali sebagai “Kota Buluh”. Di Kota Sarang Semut,
terdapat sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Sala. Kota Buluh bertukar menjadi
Kota Sarang Semut apabila penduduk disini mendapati banyak semut di dalam pokok
buluh yang ditanam seperti sebuah kubu. Akhirnya ia kekal sebagai Kota Sarang Semut.

Di sepanjang jalan dari Alor Setar ke sini terdapat sebuah terusan. Ia dikenali sebagai
Terusan Wan Mat Saman mengambil nama sempena Menteri Besar Kedah pada masa itu.
Dato’ Wan Mat Saman juga merupakan pengasas terusan tersebut. Terusan ini
merupakan sumber bekalan air kepada petani-petani di sini mengerjakan sawah mereka.
Ia dibina dari tahun 1885 hingga 1895.

Anda mungkin juga menyukai