Anda di halaman 1dari 2

Nota Bab 7

1. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultan Mahmud Shah telah berundur ke
Pagoh, kemudian membina kubu pertahanan di Bantayan, Muar
2. Baginda kemudian bersemayam di Pahang sebelum berangkat ke Pulau Bentan
3. Baginda telah mengumpul kekuatan tentera dan menyerang Portugis dari Bentan
4. Namun demikian, baginda gagal, Portugis telah menyerang balas dan memusnahkan
Bentan
5. Baginda telah berundur ke Kampar dan mangkat di sana
6. Putera bongsu Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah II kemudian
telah mengasaskan Kesultanan Melayu Johor pada tahun 1528
7. Sultan Alauddin Riayat Shah II telah memperkukuhkan kuasa kerajaan Johor dengan

a. Menguasai semua jajahan takluk Melaka

b. Membina kota pertahanan dikenali sebagai Kota Kara

c. Mengawal hal ehwal Pahang

d. Meluaskan kuasa jajahan

e. Menempatkan wakil-wakil di negeri jajahan

f. Pusat pentadbiran sentiasa berubah


8. Pada Jun 1551, Johor telah bergabung dengan angkatan perang dari Perak, Pahang
dan Japara (Jawa) untuk memerangi Portugis tetapi gagal
9. Pada tahun 1608, angkatan perang Johor telah bergabung dengan askar Belanda
dan akhirnya berjaya mengalahkan Portugis pada tahun 1641
10. Perang Tiga Segi melibatkan tiga kuasa iaitu Johor, Portugis Melaka dan Acheh
11. Peperangan ini adalah untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka dan berlarutan
hampir selama 100 tahun (1536 – 1636). Namun demikian gagal mengusir Portugus
dari Melaka
12. Kerajaan Johor telah bangkit semula apabila sultan Abdul jalil Riayat Shah (1623-
1677) memerintah
13. Baginda telah menjadikan Batu Sawar sebagai pusat pemerintahan dan ibu kota
14. Menjelang tahun 1641, jajahan takluk Johor telah berkembang luas meliputi wilayah
pantai barat Semenanjung Tanah Melayu iaitu dari Klang hingga ke Singapura,
Bentan dan Lingga
15. Johor juga menguasai Bengkalis, Kampar, Siak, Klang, Batu Pahat, Muar, dan
Pahang
16. Faktor-faktor yang membantu Johor mencapai kegemilangan ialah:

i. Kecekapan sultan dan pembesar Johor mentadbir negeri


ii. Kemajuan dalam kegiatan perdagangan

iii. Perkembangan bidang persuratan


17. Persengketaan di kalangan pembesar dan sultan menyebabkan kegemilangan
kerajaan Johor mulai merosot.
18. Terdapat empat faktor yang menyebabkan kemerosotan tersebut iaitu

a. Perang Johor-Jambi

b. Perebutan kuasa

c. Penglibatan Orang Bugis dalam pemerintahan Johor

d. Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C)

Anda mungkin juga menyukai