Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
di Malaysia
Musbri Mohamed
Pengarah Urusan
Yayasan PEKIDA Malaysia
1
Kekuatan Melayu adalah pada sejarahnya.
2
Peradaban bangsa Melayu terjadi akibat pertemuan
beberapa bangsa di alam Kepulauan Melayu ini sehingga
terbentuk satu identiti yang tetap.
3
Perkataan Melayu mungkin
berasal daripada nama
sebuah anak sungai yang
bernama Sungai Melayu
di hulu Sungai Batang Hari,
Sumatera. Di sana letaknya
Kerajaan Melayu sekitar 1500
tahun dahulu.
4
Orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya
berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar
serta tegap dan selalu berlemah lembut serta
berbudi bahasa.
5
Pengakuan sebagai anak Melayu pernah dilafazkan oleh
ramai pemimpin negara-negara di gugusan pulau-pulau
Melayu sekalipun mereka daripada puak atau suku yang
berbeza-beza iaitu seperti Jose Rizal di Filipina atau
Sukarno di Indonesia.
6
Penerbitan terbaru saintis Barat yang menggunakan
maklumat daripada kajian Orang Asli adalah rumusan
mengenai penyebaran manusia moden dari Afrika
ke Asia Tenggara kemungkinan besar berlaku melalui
laluan pantai menerusi India dan seterusnya
ke Australasia.
7
Pergerakan pertama manusia adalah golongan asli dari Afrika
ke Nusantara dan Australia 65000 tahun lalu melalui pantai.
Asal orang Melayu adalah pergerakan kedua iaitu keturunan
Nabi Ibrahim a.k.a orang Jawi daripada pergunungan..
8
BENARKAH selama ini orang Asli dan orang Melayu wujud
dari rumpun atau keturunan yang sama?
9
Berdasarkan data DNA Mitokondria (MtDNA) yang dikumpulkan
dalam kajian itu, orang Melayu Moden dipercayai berasal dari
populasi `Austronesian' (atau Selatan Mongoloid) manakala Orang
Asli pula adalah saki baki manusia moden dari populasi
`Australoid'.
10
Gelombang populasi kedua dipercayai berasal dari
Fujian atau Zhejian (juga dikenali sebagai Selatan
Mongoloid atau Austronesian), yang menetap di sekitar
kepulauan Asia Tenggara dan tanah besar kira-kira
4,000 ke 6,000 tahun dulu.
11
Konsep tamadun atau pradaban sesuatu bangsa itu mencakupi erti
perkembangan yang tinggi dan luas yang melibatkan bidang-bidang
bahasa dan sesusasteraan, falsafah, politik, kenegaraan dan empayer.
Tradisi Melayu yang kita warisi di alam Melayu mempunyai semua
sifat-sifat ini, mempunyai struktur sosial yang lengkap atau ‘total society’
daripada raja-rajanya membawa kepada rakyat jelata, asas kepada
kedaulatan atau ‘sovereignty’ yang diiktiraf sebagai satu bangsa yang
beradab. Melayu bukan sekadar satu puak atau satu kaum di bumi
sendiri tetapi diiktiraf sebagai satu bangsa yang menjadi masyarakat
penentu yang mencorak warnakan perkembangan sejarahnya menjadi
masyarakat ‘definitive’ yang menjadi rujukan kepada masyarakat-
masyarakat asing lain yang hadir di bumi Melayu.
12
Dalam kontek ilmu sejarah, bangsa Melayu dirujuk sebagai faktor
kesenambungan yang difinitif dan masyarakat pendatang mesti
membuat ubahsuai atau adaptasi dengan merujuk kepada
masyarakat penentu/atau masyarakat teras dan bukan wujud
dalam bentuk asingnya yang mutlak. Sesungguhnya ini adalah
selaras dengan tradisi tamadun manusia yang mempunyai nilai
murni dimana “bumi dipijak di situ langit dijunjung” seperti di
barat dikatakan “When you are in Rome, behave like the Romans do”.
13
PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencipta sejarah pada 13
September 2007 apabila meluluskan Deklarasi Hak-Hak Penduduk Asli
di seluruh dunia yang kini berjumlah 370 juta orang.
14
Dari perspektif Malaysia, orang-orang Melayu dan
orang-orang Asli dianggap sebagai orang
Bumiputera atau Pribumi dan seharusnya mendapat
keistimewaan hak-hak Bumiputera.
15
Rundingan-rundingan mengenai deklarasi itu mengambil masa hampir
25 tahun lamanya. Antara kandungan penting:
16
Menidakkan hak-hak keperibumian kaum
Melayu bermakna menidakkan juga hak-hak
keperibumian orang-orang Asli kerana orang
Melayu dan orang Asli adalah kaum-kaum
asal Nusantara Melayu khususnya Tanah
Melayu.
17
Dari segi politik, perbincangan mengenai penubuhan UMNO di
Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946 membabitkan orang
Asli. Persatuan orang-orang Asli menghantar wakil dan
berucap serta sama-sama menubuhkan UMNO. Walaupun
pembabitan mereka dalam UMNO begitu minima sekali hari
ini, malah boleh dianggap tiada selepas itu, orang Asli
menerima hakikat orang Melayu sebagai paksi ketamadunan
nusantara.
18
Bayangkan jika pemasukkan tanpa batas terus dibiarkan British.
Setelah British menyedari kesan ekonomi, keselamatan dan sosial
terhadap Malaya, mereka mula menahan kemasukkan pendatang
pada tahun-tahun 1940an. Itu pun mereka ditentang keras oleh
kaum-kaum pendatang ini. Dimana rasional orang Cina dan India
yang berada di negeri asal mereka boleh mempunya hak untuk
berhijrah dan bermastautin di sini. Itulah disebalik penentangan
mereka kepada polisi British itu?
Dikasi betis hendak peha. Anihnya mereka mengakui itu adalah hak
mereka dan penghapusan hak peribumi dikatakan memenuhi nilai
sejagat !
19
Tuduhan bahawa orang-orang Melayu dan kaum
asal lain bukan Bumiputera negara ini pernah
dilaungkan Lee Kuan Yew di Parlimen Malaysia
pada tahun 1964 dan menjadi hujah rasis kaum
tertentu yang sering mempertingkatkan
semangat perkauman di kalangan mereka dari
dahulu hingga sekarang.
20
Hak-hak Bangsa Melayu adalah hak peribumi.
21
Pada 13 Mei 2007 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina,
Selangor sebuah buku bertajuk May 13: Declassified Documents on
the Malaysian Riots of 1969 (13 Mei: Dokumen Terbuka mengenai
Rusuhan 1969) tulisan bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Kua Kia
Soongs, dilancarkan. Buku itu menolak bingkai kepercayaan lama
bahawa kekacauan 1969 berpunca daripada ketidakseimbangan
dalam sosio-ekonomi kaum di negara ini, sebaliknya Dr Kua
mengemukakan tesis baru:
‘Kapitalis Melayu yang diketuai Tun Abdul Razak cuba untuk
menjatuhkan Tunku
Abdul Rahman menjadi punca utama rusuhan.’
22
Dr Kua juga menyatakan 13 Mei sebagai ‘hantu’ yang
digunakan kerajaan untuk menakutkan rakyat, jika berlaku
sesuatu yang tidak menyebelahi kerajaan, seperti
mengalamai masalah seperti tahun 1969. Walaupun
kenyataan Dr Kua itu secara sepintas lalu nampak seperti
ada kebenaran, tetapi pengkaji hubungan etnik di Malaysia
seperti Profesor Madya Dr Mansor Mohd Nor dari
Universiti Utara Malaysia berpendapat, asas kepada
berlaku ‘rusuhan’ selalunya perbezaan ekonomi antara
etnik dalam sesebuah masyarakat.
23
Dalam kajian beliau bersama rakan-rakannya ekoran konflik di
antara kaum Melayu dan India di Kampung Medan pada 7 Mac
2001, Dr Mansor tidak menafikan punca asas ialah salah faham
dan salah tafsiran mengenai satu kemalangan di Kampung
Medan dan kemudiannya ketegangan akibat kes kenduri.
24
Prinsip yang sama berlaku pada 1969 iaitu kedudukan
ekonomi (sumber yang membolehkan setiap orang makan
dan menikmati kehidupan) tidak seimbang, maka konflik
berlaku, walaupun secara sepintas lalu kelihatan keputusan
pilihan raya pada 10 Mei itu menjadi belerang yang membakar
api persengketaan.
25
Asas formula perpaduan ini dicabar bekas Pengarah Pusat
Kajian Dasar Awam ASLI, Dr Lim Teck Ghee yang melalui
`kajiannya’ mendapati bumiputera telah mencapai 45
peratus ekuiti, sedangkan kerajaan menyatakan sasaran
DEB pada penghujung 1990 hanyalah sekitar 18 peratus,
sedangkan sasaran dasar berkenaan ialah 30 peratus.
26
Data semasa juga menunjukkan bangunan komersial dan
premis perniagaan bagi bumipitera ialah 11.7 peratus,
Cina 71.9 peratus dan India 4.6 peratus.
27
Usaha memupuk perpaduan melalui
kesaksamaan seperti DEB perlu diteruskan
untuk memastikan semua anak-anak
bangsa di negara ini dapat menikmati
kehidupan secara relatif bahagia.
28
Sudah ada orang Melayu menyanyi lagu sama
dengan Dr Kua, Dr Lim dan Kit Siang, kononnya DEB
hanya memperkayakan sebahagian elit Melayu,
sedangkan tidak ada data konkrit mengenai hal ini.
Anehnya orang Melayu yang menolak DEB yang
menyatakan memperkayakan sesetengah Melayu
adalah diri mereka sendiri! Sesetengahnya memberikan
`pink form’ percuma, untuk memperkayakan orang
tertentu.
29
Sentiasa berbalik kita kepada sejarah
kerana di situ terletaknya kebenaran dan
juga di mananya hak dan batil.
30