Anda di halaman 1dari 4

Kelab Pembimbing Rakan Siswa

Universiti Malaysia Terengganu


(PRS UMT)

1.0 TUJUAN

1.1 Tujuan Kertas kerja ini adalah bagi mendapatkan sokongan daripada Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP) dan kelulusan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar
dan Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk Kelab
Pembimbing Rakan Siswa menjalankan program ‘Lets Join PRS’ sempena
Minggu Jalinan Mesra sesi 2010/2011.
1.2 Di samping itu, ia adalah bertujuan untuk memastikan perancangan program
‘Lets Join PRS’ ini dapat dilaksanakan di dalam mencapai objektif kelab
Pembimbing Rakan Siswa untuk menghasilkan lebih ramai kumpulan yang
membantu sesama rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi
mental, sosial atau emosional di UMT.
1.3 Selain itu, program ini juga bagi memperkenalkan pelajar baru tentang
fungsi Unit Kaunseling dan Kerjaya (UKK) di UMT sebagai satu pusat yang
penting bagi membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan
sokongan terutamanya bagi pelajar-pelajar yang menjalani kehidupan baru di
kampus.

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM


2.1 Aktiviti ini adalah berdasarkan keprihatinan Kelab Pembimbing Rakan Siswa
(PRS UMT) terhadap perkara-perkara berikut :
i. Kami melihat kepentingan Pembimbing Rakan Siswa sebagai
kelompok pelajar yang membantu pelajar-pelajar lain untuk
mengenali potensi diri bagi membolehkan mereka menjadi pelajar-
pelajar universiti yang berjaya. Oleh itu, kami ingin menghasilkan
lebih ramai pelajar-pelajar yang berminat untuk menjadi Pembimbing
Rakan Siswa.
ii. Kurang kefahaman pelajar-pelajar tentang Unit Kaunseling dan
Kerjaya menjadikan mereka jauh dengan UKK di UMT, Program ini
juga bertujuan untuk memberi kefahaman kepada mahasiswa-
mahasiswi baru tentang fungsi Unit Kaunseling dan Kerjaya dan juga
konsep Pembimbing Rakan Siswa di UMT sebagai pihak yang paling
rapat dan memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang

1/4
Kelab Pembimbing Rakan Siswa
Universiti Malaysia Terengganu
(PRS UMT)
mahasiswa mahasiswi memandangkan pelbagai bentuk masalah
sosial wujud dalam kalangan mahasiswa mahasiswi di Universiti kini.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Objektif yang ingin dicapai oleh Kelab Pembimbing Rakan Siswa daripada
Program ‘Lets Join PRS’ ini adalah agar dapat memperkenalkan kelab
Pembimbing Rakan Siswa (PRS) kepada pelajar-pelajar baru.
3.2 Selain itu, program ini juga diharap dapat memberi kefahaman kepada
pelajar-pelajar baru tentang fungsi Pembimbing Rakan Siswa di UMT dan
bagi menjadikan para pelajar lebih rapat dengan Unit Kaunseling dan Kerjaya
di Universiti.

4.0 PENJELASAN TENTANG AKTIVITI

Tarikh : 4 Julai 2010


Hari : Ahad
Masa : 10.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Perkarangan Dewan Sultan Mizan (DSM UMT).

2/4
Kelab Pembimbing Rakan Siswa
Universiti Malaysia Terengganu
(PRS UMT)
6.0 BELANJAWAN

BELANJAWAN
PROGRAM LETS JOIN PRS

PERBELANJAAN

ITEM RM x BIL RM

Pentadbiran (Percetakan)
Pamplet PRS dan risalah berkenaan UKK 200.00

Publisiti (Banner) 50.00


Lain-lain (sila nyatakan)

JUMLAH PERBELANJAAN 250.00

JUMLAH KESELURUHAN 250.00

7.0 SYOR

13.1 Kami mensyorkan agar kertas kerja ini mendapat perhatian dan seterusnya
mendapat kelulusan dengan kadar segera daripada Bahagian Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni (HEPA) UMT.
13.2 Kertas kerja ini perlu diluluskan sebagai satu usaha menggalakkan
perkembangan Unit Kaunseling dan kerjaya dan kelab Pembimbing Rakan
Siswa di UMT.
13.3 Di sini, kami mensyorkan agar diberi kemudahan seperti berikut:

Bil Perkara Unit


.
1. Kanopi 1 unit
2. Pen berlogo UMT (cenderahati kepada 300 unit
pengunjung)
3. Meja panjang 2 unit
4. Kerusi Plastik 7 unit
5. Air mineral 20 botol

3/4
Kelab Pembimbing Rakan Siswa
Universiti Malaysia Terengganu
(PRS UMT)
8.0 PENUTUP

Pihak kami mengharapkan agar pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pihak Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMT dapat meluluskan kertas kerja ini dan semoga
program ‘Lets Join PRS’ akan dapat berjalan dengan lancar sepertimana
direncanakan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. ................................................
(MOHD LUQMAN ABU BAKAR) (NAMA PENUH)
Pengarah Program, Presiden,
‘Lets Join PRS’, Kelab Pembimbing Rakan Siswa,
Kelab Pembimbing Rakan Siswa Sesi 2009/2010, Sesi 2009/2010,
Universiti Malaysia Terengganu Universiti Malaysia Terengganu
 (no. telefon)  (no. telefon)
 (E-mail)  (E-mail)

4/4

Anda mungkin juga menyukai