Sekiranya ditinjau dalam skop yang lebih holistik, ibu bapa juga
memikul tanggungjawab dalam memberi didikan agama dan memupuk nilai
murni dalam diri remaja. kata pujangga ada mengatakan anak ibarat kain
yang putih adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkannya.
Dalam mendepani pengaruh asing yang bermula daripada riak
kecilsehingglah gelombang besar, didikan agama yng kukuh akan menjadi
tombak perisai yang ampuh membentengi remaja daripada sebarang anasir
negatif. Didikan agama dan pemupukan nilai ketimuran haruslah bermula
dari peeringkat akar umbi selaras dengan ungkapan melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Ibu bapa perlulah menyahut seruan Perdana Menteri kita
yang mengilhamkan prinsip Islam Hadari. Dalam prinsip ini, didikan agama
diperdanakan untuk membentuk peribadi mulia anak. Tuntasnya, didikan
agama dan nilai-nilai murni wajar dimulakan di peringkat keluarga agar dapat
membimbing remaja yang keliru antara kaca dengan permata ke arah
kebaikan.