Anda di halaman 1dari 2

PELUANG KERJAYA DALAM BIDANG

PERTANIAN

Sekiranya liputan sejarah pertanian negara disingkap, bidang


penanaman dan penternakan telah sebati dengan kehidupan masyarakat
Melayu. Malah, semasa pendudukan British di Tanah Melayu, perusahaan
getah serta penanaman tembakau dan lada hitam begitu dititikberatkan oleh
penjajah sehingga Tanah Melayu muncul sebagai negara pengeksport getah
yang gah si seantero dunia. Sejarah tidak akan berbohong kepada kita.
Realiti ini jelas mencerminkan bahawa bumi bertuah ini menawarkan seribu
satu khazanah alam untuk diterokai, khususnya menerusi bidang pertanian.
Seiring dengan peredaran zaman, penciptaan jentera dan kemajuan dalam
kaedah pertanian telah membuka dimensi baru dalam sejarah pertanian
negara dengan meningkatkan hasil penanaman. Dalam pembentangan
kertas kerja Rancangan Malaysia ke-9, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
telah melontarkan idea dan gagasan pemikiran bernas dengan menjadikan
kemajuan pertanian dan bioteknologi sebagai agenda pembangunan negara.
Pokok persoalannya, apakah peluan kerjaya dalam bidang pertanian
sehingga mampu meletakkan Malaysia pada kedudukan berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara-negara pengeksport hasil pertanian
ulung di dunia?

Dalam menghalusi tema yang diutarakan, peluang kerjaya dalam


bidang penanaman telah mengurangkan kebergantungan negara terhadap
bahan import di samping meluaskan peluang pekerjaan rakyat negara.
Dengan kemajuan bidang pertanian bagai belut diketil ekornya, hasil
tananman dapat ditingkatkan dengan penggunaan kaedah moden seperti
aeroponik, hydroponik dan seumpamanya. Mengambil contoh daripada
mangkuk hijau negara, yakni Tanah Tinggi Cameron, yang dikurniai
kesuburan tanah dan kehijauan alam, seribu satu variasi sayur-sayuran dan
buah-buahan dapat ditanam subur, terutamanya pokok strawberi yang
ditanam menggunakan kaedah hidroponik. Kaedah ini memanfaatkan larutan
nutrien untuk tumbesaran pokok dan telah meninggalkan kebergantungan
petani terhadap penggunaan tanah sebagai medium tanaman. Maka,
keuntungan yang lumayan dapat dikaut, sehingga menarik minat rakyat
untuk menceburi bidang pertanian selaras dengan ungkapan ada gula, ada
semut. Tuntasnya, peningkatan hasil dalam bidang penanaman berupaya
memenuhi keperluan dalam negara di samping mewujudkan peluang
pekerjaan.

Seiringan dengan topik yang diketengahkan, kemajuan dalam bidang


penternakan juga telah memenuhi keperluan rakyat terhadap daging dan
merangsang perusahaan yang berteraskan penternakan. Contohnya, dengan
bertunjangkan kekuatan ilmu muasir yang canggih, kaedah akuakultur di
Johor telah menjana hasil yang amat lumayan hanya dengan penternakan
ikan sahaja. Malah, petani juga berpeluang meneruskan kegiatan pentenakan
tradisional dengan meneroka tanah untuk dijadikan ladang menternak lembu,
kambing dan seumpamanya. Kegiatan pertanian ini bukan sahaja berupaya
membekalkan daging untuk keperluan dalam negara, malah bidang ini telah
merangsang perkembangan perusahaan baha organik untuk tujuan
penanaman. Bidang penternakan ikan juga telah memacukan perkembangan
industri ikan hiasan yang begitu digemari oleh sesetengah rakyat tempatan.
Intihanya, bidang penternakan dapat menjana sumber ekonomi negara
sehingga Malaysia setanding kalau tidak lebih tinggi dengagn negra-negara
pertanian seperti New Zealand dan Belanda.

Sekiranya ditinjau melalui perspektif yang berbeza, bidang


kejuruteraan bioteknologi telah meningkatkan produktiviti tanaman di
Malaysia. Penguasaan dan domnasi penyelidik tempatan terhadap
bioteknologi dan kejuruteraan genetik telah membuka lembaran baru dalam
bidang pertanian negara. Kehadiran kecanggihan bioteknologi telah
mendatangkan sinar hidup kepada masyarakat yang dilanda sumpah warisan
apabila berjaya menghasilkan baka tumbuhan yang sihat sekaligus
meningkatkan produktiviti tanaman. Kita sayugia berbangga dengan
kemajuan yang dicapai oleh institut penyelidikan MARDI yang berjaya
menghasilkan padi, nanas dan pokok kelapa sawit yang lebih berkualiti dan
tahan serangan penyakit. Usaha kerjaan menggalakkan penyelidikan dan
pembangunan dalam sektor pertanian merupakan langkah yang bernas
untuk mewujudkan peluang kerjaya dalam bidang penyelidikan pertanian
negara. Maka, jelaslah bahawa ilmu pertanian yang bertunjangkan
bioteknologi menghadirkan kemaslahatan kepada rakyat dengan
meningkatkan produktiviti hasil pertanian.

Dengan itu dapat disimpulkan bahawa peluang kerjaya dalam bidang


pertanian terbuka luas kepada sesiapa yang ingin menceburinya. Kita mahu
Malaysia menjadi seunggul negara Australia dan Belanda yang dapat
menjamin keampuhan ekonomi hanya melalui bidang pertanian. Kita perlu
yakin bahawa negara kita merupakan bumi bertuah yang dapat menjadikan
pertanian sebagai medium untuk menjamin keutuhan iktisad negara. Maka,
seluruh lapisan rakyat daripada golongan marhain hinggalah yang elit perlu
bersama-sama menghayun langkah sederap dengan paluan gendang
pembangunan negara untuk menjayakan aspirasi dan visi keramat kerajaan.