Anda di halaman 1dari 4

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PENTING YANG PERLU

DIMILIKI PLEH PELAJAR SEBAGAI PELANGKAP DIRI


MEMASUKI ALAM PEKERJAAN

Dalam mengharungi era transisi modenisma ini, kelulusan akademik


yang unggul semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan seseorang
pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan formal. Namun
reality pada hari ini izhar memanifestasikam keghairahan golongan pelajar
menghayun langkah ke seluruh buana dalam usaha menelusuri belantara
ilmu dengan meminggirkan konsep-konsep asas kemahiran yang signifikan.
Pelajar begitu bersungguh-sungguh menyaratkan dada mereka dengan ilmu
pengetahuan yang bervariasi tetapi telah mengsampingkan kemahiran-
kemahiran penting yang dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang
diperoleh dalam alam pekerjaan nanti. Ini merupakan satu kemestian dan
bukannya piluhan untuk pelajaar dengan menjadikan kemahiran sebagai
perhiasanb diri dalam usaha menjana modal insan berkualiti yang bakal
menjadi peradaban agung yang akan dicontohi oleh negara-negara dunia
ketiga pada masa muka. Pokok pangkalnya, apakah kemahiran-kemahiran
penting yang perlu didominasi oleh seorang pelajar sebagai pelengkap diri
memasuki alam pekerjaan.

Sejajar dengan fenomena yang dibangkitkan, para pelajar sayugia


mendominasi kemahiran berpidato dan berhujah dengan bijak untuk
mendepani sebarang gelombang besar di alam pekerjaaan. Sebagai
pemimpin pelapis negara dalam sektor awam mahupun sektor swasta, para
pelajar harus pandai berhujah dan mengeluarkan idea-idea bernas dalam
menyumbangkan pembangunan negara. Sebagai pemimpin yang berkarisma
par a pelajar harus menguasai kemahiran bepidato dan berani tampil ke
pentas untuk mengemukakan cadangan bernas yang mampu memuncukkan
kemakmuran negara supaya negara kita terus unggul dalam pelbagai arena
antarabangsa. Pelajar sebagai pewaris bangsa yang bakal mengemudi
tampuk pemerintahan negara yang hanya persiagakan diri dengan pelbagai
ilmu pengetahuan adalah tidak memadai. Kemahiran berhujah ddan
berpidato inimemang penting dalam memastikan intelektual golongan pelajar
dikongsi denga seluruh rakyat Malaysia bagi menjamin pembangunan yang
pesat yang bagai belut diketil ekornya dan memantapkan keutuhan iktisad
negara. Secara tuntasnya pelajar yang memasuki alam pekerjaan sayugia
mendominasi kemahiran berhujah yang dapat meningkatkan momentum
pembangunan negara.

Sekkiranya ditinjau dari perspektif yang lain, para pelajar juga


sewajarnya menguasai kemahiran berbahasa dalam variasi bahasa sebagai
pelengkap diri memasuki alam pekerjaan. Dalam mengharungi era langit
terbuka yangpenuh dengan onak dan duri ini, penguasaan kemahiran
berbahasa merupakan suatu kemestian yang sayugia dihakikatkan oleh para
pelajar supaya tidak dihempas badai arus perdana. Sikap hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih sayugia diamalkan oleh para pelajar dalam
mendominasi pelbagai bahasa terutamanya bahasa Inggeris yang merupakan
bahasa ilmu dan bahasa teknologi. Penguasaan bahasa yang bervariasi dapat
mencanai pekerja yang berdaya saing, produktif dan dinamik supaya mampu
menjadi pekerja global yang berkompetitif dan mampu bersaing dengan
pekerja lain dari seantero dunia. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir
pernah menyatakan walaupun negra kita kerdil di pentas dunia, teetapi daya
saing dan perjuangan rakyat Malaysia mestilah sebesar benua. Cirri-ciri
pekerja global di negara kita diibaratkan akar dan tunjang kukuh terbenam di
bumi tercinta, pucuk dan raning menerjah ke seluruh arena antarabangsa.
Jelaslah bahawa kemahiran berbahasa sewajarnya dikuasai oleh golongan
pelajar supaya dapat mencanai tenaga kerja yang berdaya saing dan
produktif dalam meneruskan perjuangan aspirasi keramat, Wawasan 2020
supaya menjadi reality dan bukannya suatu superfisialiti.

Selaras dengan konteks yang diketengahkan, penguasaan kemahiran


berkomunikasi sayugia tidak dipandang enteng sebagai satu senjata yang
ampuh dalam mendepani pancaroba dalam alam pekerjaan. Para pelajar
harus mendominasi kemahiran berkomunikasi dan beinterasi dengan
pelbagai orang yang mempunyai kerenah yang berbagai-bagai. Dengan ini,
berulah sesuatu projek atau program dapat dilaksanakan secara lancer
melalui kesepakatan minda dan kerjasama bersinergi daripada semua pihak
yang terlibat. Komunikasi dan interaksi yang baik antara para pekerja
merupakan wahana penting dalam mewujudkan sikap bukit sama didaki,
lurah sama dituruni dalam usaha memacukan prestasi sesebuah syarikat
ataupun negara kita. Generasi muda sebagai pemimpin pelapis harus dapat
berkomunikasi dan mewujudkan persefahama yang baik dengan pekerja
bawahannya supaya operasi syarikat dapat berjalan dengan lancer dan
mengundang keuntungan yang maksimum. Sementelahan itu, sekiranya
seseorang pelajar tersebut bakal tampil sebagai pemimpin negara juga
sayugia mengimplementasikan kemahiran berkomunikasi ini apabila menjalin
hubungan diplomatik dengan duta-duta negara lain supaya dapat
mewujudkan hubungan yang harmonis antara negara bagi menjamin
hubungan yang harmonis antara negara bagi menjamin kestabilan politik dan
kemasukan pelabur asing bagi mengukuhkan lagi iktisad negara kita. Pendek
kata, kemahiran berkomunikasi merupakan penawar yang paling mujarab
dalam mewujudkan persefahaman dan integrasi nasional serta sayugia
didominasi oleh para pelajar sebagai perhiasan diri dalam mengharungi alam
pekerajaan yang kompetitif ini.
Seiringan dengan isu yang dibangkitkan, penguasaan kemahiran
menggunakan komputer dan melayari internet juga muncul sebagai salah
satu kemahiran penting dalam menelusuri era ledakan teknologi maklumat
ini. Bill Gates pernah menyatakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun
Mahathir, sekiranya negara kita ingin duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara-negara G8 di persada sarwajagat maka semua pelajar dari
sekolah rendah hinggalah ke institusi pengajian tinggi perlulah celik
komputer. Hal ini izhar sekali memanifestasikan kepentingan menguasai
kemahiran menggunakkan computer bagi menongkah arus dunia tampa
sempadan ini agar tidak terpinggir daripada arus perdana. Aktiviti perniagaan
dan perdagangan pada hari ini kebanyakkannya dijalankan menerusi
internet dengan menggunakan computer. Justeru, generasi muda sayugia
mempunyai kemahiran mengakses computer bagi menjalankan tugas
syarikat. Dalam pada itu, para pekerja global juga perlu melayari iinternet
bagi meninjau maklumat yang berkaitan dengan produk syarikat mereka,
menjalankan urusan jual beli dengan syarikat luar negara, menempah bahan
kimia, berkomunikasi dan berunding dengan pihak atasan syarikat dan lain-
lain lagi. Selanjutnya, para pekerja sewajarnya kerap melayari internet
supaya dapat melengkapkan diri dengan maklumat dan informasi terkini agar
tidak menjadi mundur akibat dilanda arus globalisasi. Dengan ini, tenaga
modal insane glokal dan global yang berdaya saing, produktif, kreatif dan
inovatif dapat dicanai daripada kalangan golongan pelajar yang berintelek
bagi meneruskan perjuangan misi dan visi nasional bagi melonjakkan dan
memartabatkan imej negara di peringkat antarabangsa. Pokok pangkalnya,
generasi muda sayugia menguasai kemahiran menggunakan computer dan
melayari internet sebagai perhiasan diri yang sempurna dlam mendepani
gelombang dalam alam pekerjaaan.

Dengan ini dapat dirumuskan bahawa pekerja global yang sarat


dengan pelbagai ilmu pengetahuan di dada, kreatif dan inovatif dalam
menyahhut cabaran sains dan teknologi, berani dan seribu satu macam lagi
cirri-ciri dapat dijana sekiranya meraka dapat menguasai kemahiran-
kemahiran penting yang telah dibincangkan di atas. Negara kita
mendambakan lebih banyak lagi pekerja glokal dan global yang berdaya
maju, dinamik dan bertenaga dalam usaha menghakikatkan konsep modal
insane berkualiti yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi di samping meningkatkan persaingan dalam
perdagangan antarabangsa. Hal iini penting dalam memastikan negara lita
terus unggul dan memuncak kemakmurannya di persada antarabangsa dan
pembangunan yang bagai belut diketil ekornya terus dikecapi oleh seluruh
bangsa Malaysia. Kecemerlangan dalam akademik sahaja adalah tidak
memadai dalam menjana tenaga kerja yang hebat. Hal ini demikian kerana
penguasaan kemahiran juga merupakan salah satu elemen penting dalam
penjanaan modal insan berkualiti yang bertaraf dunia. Generasi muda
sayugia memainkan peranan mreeka dengan efektif dan proaktif dengan
mempersiagakan diri selengkapnya dengan ilmu pengetahuan, kemahiran
yang pelbagai dan bersahsiah tinggi dalam usaha menzahirkan aspirasi
keramat negara, Wawasan 2020 yang bakal membanggakan seluruh
komuniti Malaysia khususnya dan mencelikkan mata seantero dunia amnya.

Anda mungkin juga menyukai