Anda di halaman 1dari 4

powered by

This Blog
Linked From Here
The Web
This Blog
 
 
 
 
Linked From Here
 
 
 
The Web
 
 
 
 

Friday, July 10, 2009


Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget.

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget.

Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula


selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan
sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-
perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Piaget mengenalpasti empat
faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran
individu.

 Kematangan biologi. Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor


baka/genetik.
 Interaksi individu dengan persekitaran. Individu berinteraksi dengan
persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka
akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang
didapati.
 Pengalaman sosial. Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh
pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran : ibu bapa, adik
beradik, rakan, guru dan sebagainya.
 Keseimbangan. Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu
cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-
situasi yang baru dialami.

Proses mencapai keseimbangan.

 Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami


persekitaran mereka.
 Kita sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, dalam
menyelesaikan sesuatu kekusutan.
 Kita akan berasa kurang selesa sekiranya berdepan dengan sesuatu
keadaan yang tidak menentu atau keadaan yang tidak dijangka.
 Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari penyelesaian
atau keseimbangan.
 Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan
menyusun pengalaman-pengalaman ini di dalam minda masing-
masing dan membentuk satu sistem yang dipanggil skema.
 Proses penyusuan dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi.
 Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila mereka
berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian.
 Pembentukkan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu
dilahirkan. Ia bermula dengan pembentukan skema yang mudah
kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks.
 Contohnya: bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek,
kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu
benda atau skema untuk mengenal huruf. Anda membentuk skema
untuk memandu atau memasak.
 Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan
dengan situasi yang baru.
 Contohnya: kanak-kanak yang telah mengenal huruf berdepan dengan
situasi baru untuk menyusun huruf-huruf tersebut membentuk
perkataan. Anda yang mempunyai skema untuk memasak nasi putih
akan buntu sekiranya diminta memasak nasi tomato.
 Dalam situasi-situasi yang baru ini, individu akan berdepan dengan
masalah.
 Mereka perlu mengubahsuai skema lama kepada skema baru di
panggil adaptasi.
 Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan
akomodasi.
 Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru
dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema
yang telah sedia ada.
 Contoh: dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan
menyatakan ‘d’ sebagai ‘b’ apabila diperkenalkan. Melalui pengalaman
dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan
baru ini dengan skema lama yang telah ada.
 Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama
untuk disesuaikan dengan pengalaman baru.
 Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan
pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru.
 Di dalam contoh di atas, akomodasi berlaku apabila kanak-kanak
dapat mengenal dan membezakan ‘d’ daripada ‘b’.
 Menurut Piaget, proses mengorganisasi, mengamilasi dan
mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk
mencapai keseimbangan. Individu akan terus menguji minda mereka
untuk mencari keseimbangan.
 Kesimpulannya, jika kita menggunakan skem baru untuk sesuatu
situasi atau pengalaman yang baru dan ia berjaya maka
keseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak
memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan
berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang
baik maka ketidakseimbangan akan berlaku dan kita akan terus
membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru
tersebut.
Posted by lepat at 1:47 AM
Labels: PKK

Anda mungkin juga menyukai