Anda di halaman 1dari 2

KEM MODAL INSAN KEWAJA

1988 2010
Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami
Wanita Didahulukan Maruah Diutamakan

FALSAFAH

Wanita juga remaja yang membina INTEGRITI dalam agama, adat resam atau sosio-
budaya berteraskan RUKUNEGARA sahaja yang mampu berdaya saing kearah
menjadi MODAL INSAN kelas pertama. Kekeliruan dan tidak bijaksana dalam
membentuk imej, penampilan atau gagal membina etika sosial yang berkualiti akan
menyebabkan kita kehilangan MODAL INSAN yang begitu tinggi nilainya..

MISI

1. Wanita didahulukan maruah diutamakan kearah membina integriti untuk


merealisasikan MODAL INSAN negara.

2. Membina dan melahirkan pelatih yang beriman, bertaqwa, berakhlak,


berketrampilan serta mempunyai jati diri.

3. Membina dan melahirkan pelatih yang berkemampuan membangunkan


keluarga yang cemerlang serta melahirkan generasi yang gemilang.

4. Menjadikan KEWAJA pusat integriti unggul dan Modal Insan adalah produk
utama kami kearah wanita solehah pemangkin keluarga bahagia dan
beriman.

5. Mempastikan gadis atau wanita sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni,


budaya hidup sihat serta mampu berdaya saing dalam era globalisasi.

2010 KEWAJA Hakcipta Terpelihara


KEM MODAL INSAN KEWAJA
1988 2010
Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami
Wanita Didahulukan Maruah Diutamakan

PIAGAM

1. Memastikan setiap pelatih mendapat kaunseling, motivasi pendidikan dan


pengetahuan agama yang secukupnya berdasarkan Falsafah Wanita
Didahulukan Maruah Diutamakan serta Menjana Integriti untuk Melahirkan
Modal Insan.

2. Memastikan setiap pelatih bersedia, berkeupayaan dan berkeyakinan untuk


memperkemaskan diri kepada cara hidup yang berperaturan, berintegriti dan
beriman serta berwawasan kearah masa depan yang sempurna.

3. Memastikan setiap pelatih mendapat penjagaan, pemeriksaan dan rawatan


serta pemulihan kesihatan diri yang cukup dan sempurna bermula seawal
kehamilan, proses bersalin dan selepas bersalin.

4. Memastikan bayi atau anak yang telah lahir mendapat pemeriksaan


kesihatan yang secukupnya sebelum di jadikan anak angkat atau anak
pelihara oleh keluarga atau pasangan suami isteri yang diserahkan hak
penjagaan bayi atau kanak-kanak tersebut.

5. Memastikan urusan penyerahan bayi kepada keluarga angkat melalui proses


undang-undang yang sah atau mengikut akta yang telah diperuntukkan oleh
undang-undang Malaysia.

6. Mempastikan wujud hubungan yang harmonis antara pelatih, pihak


pentadbiran dan sukarelawan KEWAJA.

7. Mempastikan suasana kerja, sesi kaunseling dan pembelajaran yang


harmonis, bekerjasama, penyayang, prihatin responsif terhadap keperluan
pelatih dan semua pihak yang berurusan dengan KEWAJA.

2010 KEWAJA Hakcipta Terpelihara

Anda mungkin juga menyukai