Anda di halaman 1dari 4

Nota Sejarah Tingkatan 1 SMKSP 2009 ( NURINSL)

BAB 2 :
B. ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
B.1 Pembahagian Zaman Prasejarah dunia :
Zaman Paleolitik ,
Zaman Mesolitik,
Zaman Neolitik,
dan Zaman Logam.
(Tempoh masa bagi setiap zaman tersebut tidak lama antara satu tempat dengan satu tempat yang
lain. Tempoh masa ini bergantung pada tahap kemajuan di sesuatu tempat).

Di Malaysia. Zaman Prasejarah dibahagikan kepada tiga iaitu:


Zaman Paleolitik,
Zaman Neolitik,
Zaman Logam.
(Penyelidikan terdahulu mendapati selepas Zaman Paleolitik, wujud Zaman Mesolitik yang
yang bercirikan alat batu Hoabinh yang terdapat di Vietnam).

Penyelidikan terkini oleh Pusat Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia:


Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik.

Keadaan ini disebabkan oleh:


Alat batu seperti alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200
000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik.

B.1.1 ZAMAN PALEOLITIK


Di Malaysia bermula kira-kira 200 000 hingga 30 000
1. alat repihan seperti alat batu penetak.

CIRI-CIRI ZAMAN PALEOLITIK


CIRI-CIRI Hidup berpindah-randah
PENEMPATAN Biasanya tinggal di kawasan terbuka (di luar gua), di dalam gua, dan di
sekitar tasik.
KEGIATAN DAN Memburu binatang liar
PERALATAN Memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan pucuk-pucuk daun
Mengamalkan cara hidup sara diri.
Menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan
seharian.
KEPERCAYAAN Animisme.
Mengamalkan upacara perkuburan.
LOKASI DI Bukit Jawa, Kota Tampan, dan Bukit Bunuh di Lenggong, Perak.
MALAYSIA Gua Niah, Sarawak.
Tingkayu, Sabah.

B.1.2 ZAMAN NEOLITIK


ZAMAN NEOLITIK
Zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar,
Mula bercucuk tanam,
Memelihara binatang ternakan.
Bermula kira-kira 7000 tahun dahulu di Malaysia.
Menggunakan batu, tanah liat untuk membuat tembikar.
Tinggal menetap dan
Menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang.

1
Nota Sejarah Tingkatan 1 SMKSP 2009 ( NURINSL)

CIRI-CIRI ZAMAN NEOLITIK


CIRI-CIRI Wujud sistem bermasyarakat seperti mempunyai ketua dan
PENEMPATAN membuat pembahagian kerja.
Tinggal di gua dan berhampiran sungai.
Mencipta peralatan tembikar seperti bekas air, periuk, dan
KEGIATAN DAN belanga.
PERALATAN Bercucuk tanam.
Menangkap ikan dan menternak binatang.
Berburu dan memungut hasil hutan.
Berdagang secara tukar barang.
Menggunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit
kayu.
Mencipta barang-barang kemas seperti kalung anting-anting,
dan gelang.
KEPERCAYAAN Animisme.
LOKASI DI . MALAYSIA Gua Cha, Kelantan
Bukit Tengkorak, Sabah.

B.1.3 ZAMAN LOGAM


Perkembangan ke arah teknologi logam.
Di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu.
Penciptaan alat gangsa dan besi.

CIRI-CIRI ZAMAN LOGAM.


CIRI-CIRI Hidup menetap
PENEMPATAN Ada yang masih tinggal di dalam gua dan berhampiran dengan
sungai.
Mempunyai adat resam.
KEGIATAN DAN Menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi.
PERALATAN Bercucuk tanam, menangkap ikan, berburu, menternak
binatang, dan menjalankan kegiatan perdagangan secara
tukar barang.
KEPERCAYAAN Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu.
Menjalankan pengebumian menggunakan kepingan batu.
LOKASI DI MALAYSIA Sungai Tembeling, Pahang.
Gua Harimau, Perak.
Changkat Menteri, Perak.

KESIMPULAN
Kepentingan penemuan peninggalan manusia Zaman Paleolitik di tapak ekskavasi Bukit
Jawa, Lenggong, Perak:
Zaman Prasejarah di Malaysia bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu.
Malaysia terkenal dengan penemuan Manusia Perak iaitu rangka unik yang dijumpai dengan
kecacatan yang belum pernah dilihat pada Zaman Prasejarah dunia.
Penemuan ini telah dipamerkan di luar negara.

Kita patut mencontohi kegigihan dan semangat berusaha masyarakat Zaman Prasejarah.
Tanpa peralatan yang canggih dan teknologi terkini, mereka mampu mencipta pelbagai
peralatan seperti:
daripada batu,
Tembikar,

2
Nota Sejarah Tingkatan 1 SMKSP 2009 ( NURINSL)
Gangsa,
Besi yang kemudiannya telah menjadi asas perkembangan teknologi masyarakat selepasnya.

ciri-ciri yang perlu diteladani daripada masyarkat prasejarah agar menjadi warganegara
yang gigih dan berdikari:
Kegigihan,
Semangat berusaha,
Daya kreativiti

Pencerna Minda:

Hoabinh adalah salah satu nama tempat di Vietnam. Di sini ditemui alat-alat dan perkakas-
perkakas yang telah digunakan oleh manusia Zaman Mesolitik.
Animisme ialah kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat (jiwa
dan roh) orang mati.
Dalam upacara perkuburan masyarakat Zaman Paleolitik, mayat dikebumikan dengan barang-
barang seperti makanan dan alat-alat batu.
Penemuan alat batu Zaman Paleolitik di Kota Tampan pada tahun 1987 membuktikan Malaysia
sebagai negara terawal melalui Zaman Prasejarah Dunia.
Manusia Perak rangka manusia Zaman Paleolitik yang ditemui di Gua Gunung Runtuh pada
tahun 1990.

Bukit Tengkorak, Sabah tapak manusia Zaman Neolitik di Malaysia.

3
Nota Sejarah Tingkatan 1 SMKSP 2009 ( NURINSL)