Anda di halaman 1dari 24

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KUALA LUMPUR

KOMPONEN SASTERA NOVEL

KONSERTO TERAKHIR
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

KOMPONEN SASTERA NOVEL KONSERTO TERAKHIR

 SINOPSIS SETIAP BAB 3 - 12

 TEMA 13

 PERSOALAN 14 - 15

 WATAK DAN PERWATAKAN 16 - 19

 LATAR 20

 BINAAN PLOT 21

 TEKNIK PLOT 22

 NILAI 23

 PENGAJARAN 24

LATIHAN RUMUSAN 25 - 29

ISI-ISI KARANGAN BAHAGIAN B

komsaskonsertoterakhir | 2
KONSERTO TERAKHIR oleh Abdullah Hussain

SINOPSIS SETIAP BAB

BAB 1 – KELUARGA
Hayati tidak ada mood untuk belajar piano kerana sering membuat kesalahan. Keadaan ini
menimbulkan salah faham antara Hayati dengan guru pianonya.. Tiba-tiba muncul Hilmi. Hilmi
memperkenalkan dirinya sebagai dua pupu Hayati iaitu anak Pak Karim dari Kedah. Hayati berasa
gusar melihat gerak-geri Hilmi yang serba canggung. Dia tidak pernah mengetahui bahawa bapanya
masih mempunyai saudara di kampung. Datin Salmah juga tidak menyenangi kehadiran Hilmi di
rumahnya. Sementara menunggu kepulangan Datuk Johari, Hilmi ditempatkan di sebuah bilik
berhampiran dengan bilik Pak Amat, drebar mereka. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk
Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan selama tujuh belas tahun lalu.

Hilmi menyatakan hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun kelulusannya


yang hanya setakat setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari
pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi disuruh menjadi tukang kebun di rumahnya. Hilmi bekerja
dengan tekun membersihkan kebun itu. Dalam masa yang sama, fikirannya cemburu melihat
kemesraan antara Hayati dengan Mohsin.

BAB 2 – KULI
Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah melakukan perubahan
yang besar di perkarangan rumah itu sehinggakan mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga
Dr. Nathan, jiran Datuk Johari. Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Pak Amat pernah menjadi
penyelam mutiara di Darwin, Australia. Datuk Johari gelisah apabila Dr. Nathan bertanyakan tukang
kebun barunya itu kerana dia tidak sampai hati menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi
amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari juga sering didatangi oleh saudara
mara Datin Salmah yang berpangkat.

***

Datin Salmah teringat akan kata-kata kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi kerana lambat laun
orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari. Hasutan Siti Hajar itu
menimbulkan rasa gelisah di hati Datin Salmah dan dia berusaha mencari jalan untuk mengusir Hilmi
dari rumahnya.

BAB 3 – PIANO
Hilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkan oleh kumbang. Dia telah
melepaskan geramnya dengan memijak-mijak kumbang-kumbang itu dengan tumitnya. Tindakan
Hilmi itu ditegur oleh Hayati dan menganggap dia seorang yang kejam. Akhirnya Hayati faham
kenapa Hilmi memusnahkan kumbang yang mengancam keselamatan tanamannya. Kadangakala
Hayati ikut bersama-samanya mencari kumbang dan ulat.

komsaskonsertoterakhir | 3
Dua kali dalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano di
rumahnya. Pada hari-hari tersebut Hilmi akan mencari kerja yang dapat dibuatnya di depan rumah
berhampiran dengan ruang tamu. Pada kedua-dua hari tersebut, keletihannya terasa hilang, dan dia
menunggu itu dengan penuh harapan kerana dia dapat mendengar lagu-lagu merdu yang keluar
yang dimainkan Hayati. Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya. Pada suatu hari Khamis, Hilmi
gelisah kerana Hayati belum pulang lagi. Rupa-rupanya Hayati pergi menonton wayang.

Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi menyebutnya sebagai tukang
kebun tetapi sebagai kaum keluarganya. Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap-tiap orang yang
datang memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Malah hasil tanaman seperti terung, kacang,
timun, dan petola telah berbuah dengan lebatnya dan menjadi satu kebanggaan pula kepada datin
Salmah. Dia menghadiahkan hasil tanaman itu kepada teman-temannya apabila pergi morning
coffee dan juga kepada teman-temannya yang datang ke rumahnya. Datin Salmah gembira
mendengar pujian daripada kawan-kawannya.

BAB 4 – HUKUMAN
Leha, penolong pembantu rumah telah pulang telah pulang ke kampung. Hilmi telah
ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi amat senang hati
menerimanya kerana dapat mendekati piano. Suatu hari, ketika berseorangan di rumah kerana Datin
tidak ada di rumah, manakala Hayati belum pulang dari sekolah, sementara Mak Minah keluar ke
rumah seorang kenalannya, Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak
menyedari kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takut
dimarahi oleh Datin Salmah. Kebimbangan Hilmi jelas terlihat apabila Datin Salmah memanggilnya.
Rupa-rupanya Datin Salmah menyuruhnya mengambil bunga yang dibawa dari rumah kawannya.
Hilmi juga berasa lega kerana Mak Minah tidak memberitahu makciknya tentang perlakuannya tadi.

Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pakcik dan makciknya, dia
menyedari pianonya telah rosak. Apabila dia meletakkan jari-jarinya pada mata-mata piano dan
membuat intronya dengan C minor, tiba-tiba pada mata yang mengeluarkan nada ‘fa’, nadanya
begitu melenting. Peristiwa itu telah menimbulkan kegemparan kecil. Datin Salmah mula mencari
siapa yang mengganggu piano tersebut. Ketika dipanggil oleh Datin Salmah, Mak Minah terpaksa
memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil kesempatan
dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan
dipotong gajinya dan menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan memohon maaf darinya.

***

Datin Salmah sekeluarga akan bercuti selama satu bulan. Mak Minah dan Pak Amat juga
diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta untuk menjaga rumah tersebut sepanjang peninggalan
mereka. Hilmi amat kesunyian sepanjang ketiadaan mereka terutamanya rasa kehilangan terhadap
Hayati kerana sebulan lamanya dia tidak akan mendengar lagu-lagu yang dimainkan Hayati.
Kehidupan Hilmi sepanjang waktu hanya bertemakan bunga-bunga dan tanamannya sahaja.

komsaskonsertoterakhir | 4
BAB 5 – PENUNGGU
Hilmi tidak ikut menghantar Datuk Johari dan keluarganya berangkat ke luar negeri. Dia
memuatkan barang-barang yang mahu dibawa ke dalam motokar. Datuk Johari berpesan supaya
menjaga rumah dengan baik. Datin Salmah pula tidak bercakap sepatah pun dengannya. Dia sibuk
bercakap dengan orang lain. Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati Dr. Nathan. Mamat,
kawan baiknya iaitu drebar Dr. Nathan juga balik ke kampung. Hilmi sibuk mengemaskan rumah
Datuk Johari. Hidupnya terasa bebas. Dia menjadi tuan rumah dan dia juga raja. Setelah selesai
mengemas, Hilmi masuk ke bilik makciknya. Dia amat terkejut kerana bilik itu seperti sebuah syurga.
Dari bilik makciknya dia pergi pula ke bilik Hayati. Dia amat merindui Hayati. Hilmi masuk pula ke
bilik tamu. Di ruangan tamu matanya tertumpu pada piano. Keinginannya untuk bermain piano
begitu kuat tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Akhirnya dia menuju ke biliknya. Tiba-tiba Hilmi
teringat kucing siam kesayangan Hayati. Dia masuk ke dalam rumah mencari kucing itu. Dia
membawa kucing itu ke dapur dan diberi makan ikan.

***

Mamat telah balik dari kampong dan membawa bersama isterinya Esah. Esah telah
diperkenalkan oleh Mamat kepada Hilmi. Mamat mengajak Hilmi makan bersama-samanya. Esah
juga telah bekerja sebagai tukang masak di rumah Dr. Nathan. Hilmi kecewa. Dia ingin mengajak
Mamat yang dari Kelantan itu tidur bersama-samanya. Mamat telah memperkealkan Hilmi dengan
Encik Bakar, ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi telah
mendapat pujian daripada Encik Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmi
amat gembira mendengar kata-kata Encik Bakar kerana pada sangkaannya Encik Bakar akan
mengenakan bayaran kepadanya.

***

Hilmi pada mulanya kurang senang kerana setiap kali dia ke rumah Encik Bakar, dia akan
meninggalkan rumah pakciknya. Dia berasa bersalah kerana telah melanggar janji-janjinya pada pak
ciknya. Walaubagaimanapun, kerana minat yang amat mendalam terhadap muzik, Hilmi terpaksa
melakukannya. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga telah mengajarnya not-not
muzik.

BAB 6 – MUZIK
Hilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar. Sebaik sahaja pulang dari
rumah Encik Bakar, Hilmi menjalankan tugas biasanya seperti menyiram pokok-pokok bunga. Hilmi
juga mendapat sokongan dan galakkan yang kuat dari Mamat dan isterinya. Setelah kembali dari
bilik Mamat kerana berbual-bual dengan mereka, Hilmi balik ke rumah. Hilmi terus ke sudut di mana
terletaknya piano dan memainkannya.Tanpa disedari Datuk Johari dan keluarganya telah kembali
dari luar negeri. Hayati terpesona melihat Hilmi bermain piano. Datin Salmah terpegun. Datuk Johari
tegak tidak bergerak. Akhirnya dia menyedari seperti diperhatikan. Lantas terperanjat kerana tidak
menyedari kepulangan pakciknya sekeluarga. Hilmi bergegas membawa masuk beg-beg yang banyak
dan terus kembali ke dalam biliknya. Hilmi dikejutkan dengan kedatangan Hayati yang membawa
ole-ole untuknya berupa sebuah patung wanita dengan pakaian gaun kembang zaman kuno. Patung
itu juga boleh mengeluarkan bunyi lagu ‘Blue Danube’. Hubungan mesra Hilmi dan Hayati tidak
disenangi Datin Salmah.

komsaskonsertoterakhir | 5
BAB 7 – OLEH-OLEH
Mohsin terperanjat apabila mendengar kepulangan Hayati dan kesal kerana dia tidak dapat
menjemput Hayati di lapangan terbang. Sebelum ke pejabatnya Mohsin singgah dahulu ke rumah
Hayati. Ketika Datin pergi memanggil Hayati dia terlihat Hayati sedang berdiri amat dekat dengan
Hilmi memerhatikan sesuatu di pokok ros. Hayati tidak menghiraukan panggilan ibunya kerana asyik
bercerita kepada Hilmi tentang perjalanan mereka di England, tentang konsert muzik yang
disaksikannya di Vienna, tentang pemandangan yang indah di kebun tulip di negara Belanda. Hayati
juga senang mendengar cerita Hilmi tentang bunga-bunganya.

Apabila diberitahu tentang kedatangan Mohsin, Hayati tidak berminat untuk


mengetahuinya. Hayati hanya mencecah dengan hujung jarinya sahaja apabila Mohsin
menghulurkan tangannya. Hayati telah menghadiahkan Mohsin necktie. Mohsin juga terasa ada
sesuatu yang aneh pada gerak-geri Hayati tetapi dia tidak seberapa pasti. Hayati selalunya gembira
menyambut kedatangannya tetapi tidak pada kali ini.

Sebaik sahaja Mohsin keluar dari rumah itu, Hayati terus masuk berkurung di dalam biliknya.
Datin Salmah semakin gelisah dan hatinya mula percaya bahawa perubahan perangai anaknya itu
mesti ada kaitan dengan dukun. Mesti ada anasir-anasir jahat memainkan peranannya. Suaminya
tidak mudah percaya dengan cerita karut serupa itu, lebih-lebih lagi apabila membabitkan anak
peranakannya sendiri. Datin Salmah memanggil Hayati utnuk mendapat penjelasan daripadanya
tetapi anaknya telah menjawab dengan kasar menyebabkan Datin Salmah memberi amaran dan
Hayati tidak dibenarkan bercakap lagi dengan Hilmi. Datin Salmah juga sudah nekad untuk mencari
jalan supaya Hilmi keluar dari rumahnya.

***

Mak Minah datang pada petang itu dari kampung setelah Datin Salmah menelefon
kepadanya melalui Balai Polis Lenggeng. Dia membawa ole-ole dari kampung yang Hayati gemari.
Hayati pula menghadiahkannya jam tangan kecil buatan Swiss. Mak Minah amat gugup mendapat
jam baru. Dia teringat setiap kali Hayati pulang dari tempat-tempat yang jauh, setiap kali itu pula ada
ole-ole untuknya.

BAB 8 – SENGKETA
Hilmi ke rumah Encik Bakar. Kedatangannya itu disambut oleh Azizah, anak Encik Bakar. Sebaik
sahaja Hilmi melangkah masuk, Azizah menutup pintu. Azizah cuba menggoda Hilmi. Mula-mula
Hilmi agak kekok tetapi lama-kelamaan sudah tidak terasa apa-apa baginya duduk satu bangku
dengan Azizah dan bersentuhan badan. Tiba-tiba Azizah tersentak apabila mengetahui yang Hilmi
hanya tukang kebun bapa saudaranya. Pada sangkaannya Hilmi paling tidak seorang kerani kecil atau
seorang guru. Hilmi kemudian terus meminta izin untuk pulang.

***

Apabila menghampiri rumah bapa saudaranya, perasaan Hilmi gementar kerana terdapat
tiga motokar asing di depan perkarangan rumah itu.Hilmi masuk dari pintu kecil di sebelah belakang.
Mak Minah datang memberitahunya bahawa Datin Salmah heboh mencarinya. Ketika Hilmi sedang
menyiram bunga-bunga yang terletak di bahagian anjung depan rumah itu, Datin Salmah datang
dengan marah bertanyakan ke manakah dia telah pergi. Hilmi meminta maaf daripada mak ciknya
dan berlalu pergi. Setelah selesai semuanya, Hilmi pun mandi dan terus masuk ke dalam biliknya. Dia
teringatkan peristiwa yang berlaku antara dia dengan Azizah.

komsaskonsertoterakhir | 6
***

Ketika Encik Bakar pulang, Azizah memberitahu kedatangan Hilmi. Encik Bakar telah
berpesan kepada Mamat supaya memberitahu Hilmi yang dia akan pergi ke rumah adik iparnya di
Klang dan Hilmi harus datang esok. Azizah juga memberitahu bapanya tentang pekerjaan Hilmi
sebagai tukang kebun tetapi bapanya tidak mengendahkan berita itu. Dia tahu bahawa Azizah
kecewa kerana pada anggapannya Hilmi tidak setaraf dengannya. Azizah lulusan MCE dan sedang
mencari kerja. Paling rendah pasangan yang ingin dicarinya ialah kerani. Bagi Encik Bakar untuk
menjadi ahli muzik bukan perlu persekolahan tinggi. Ilmunya jika tidak diajarkan kepada orang,
habislah reput dengan tulang-belulang di dalam kubur nanti. Azizah berdiam dan berasa kesal akan
sikapnya itu terhadap Hilmi.

***

Hilmi tidak mahu makan makanan yang dibawa Mak Minah kerana kecewa apabila
diberitahu bahawa mak ciknya tidak membenarkan Mak Minah memanggilnya makan. Mak Minah
meletakkan makanan itu di atas meja kecil dan balik ke dapur semula mengambil tudung saji dan air
minum. Hayati muncul bersama-sama Mak Minah untuk memujuk Hilmi supaya makan. Hayati
akhirnya berjaya memujuk Hilmi makan. Hayati bangun dan duduk di sebelah Hilmi. Hilmi
memandang Hayati dengan perasaan pilu. Dia bingung dengan sikap yang diperlihatkan Hayati.
Selama ini dia menyangkakan Hayati tidak pernah mempedulikannya. Hilmi akhirnya menyuruh
Hayati keluar. Mak Minah cuba menenangkan Hilmi dan menasihatinya supaya jangan terlalu ambil
hati terhadap sikap makciknya. Hilmi kemudiannya keluar untuk berjumpa Mamat dan meminta
pertolongannya mencari tempat untuknya berpindah dari rumah Datuk Johari.

BAB 9 – PERTEMUAN
Setelah dua hari Hilmi tiada di rumah barulah Datin Salmah menyedari bahawa kehadiran
Hilmi selama ini mempunyai erti besar kerana adanya Hilmi di rumah itu, dia tidak perlu memikirkan
sedikit pun tenaman bunganya. Sami yang dihubungi oleh Datuk Johari tidak dapat datang bekerja,
paling cepat akhir bulan. Dalam tempoh 12 hari itu, Datin Salmah mengerahkan Mak Minah, Pak
Amat dan Hayati sendiri untuk menolongnya menyiram bunga-bunga itu pada waktu petang. Hayati
kini tidak mahu bercakap dengan ibunya sejak diketahui Hilmi telah pergi. Dia asyik berkurung di
dalam bilik sahaja. Hayati kecewa kerana pada hari itu setelah pulang dari sekolah, dia mahu
memberikan Hilmi tiket untuk menonton permainan piano seorang pianist dunia yang terkemuka
yang akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Hayati amat kecewa apabila diberitahu Mak
Minah bahawa Hilmi telah pulang ke kampung. Tetapi Hayati tahu bahawa ia merupakan helah
ibunya yang sememangnya tidak suka Hilmi tinggal di situ.

Datin Salmah kemudian memujuk Hayati dan menyatakan bahawa Hilmi akan datang lagi
selepas itu. Datin Salmah juga mulai risau tentang perubahan yang berlaku pada Hayati. Matanya
sudah mulai cengkung, makannya sudah tidak banyak lagi. Dia bercadang untuk menyatukan Hayati
dan Mohsin seberapa segera. Hayati boleh melanjutkan pelajarannya ke England dan Mohsin pula
boleh menyambung pelajaran tetapi Hayati menolak. Apabila ditanya oleh Mohsin tentang
perubahan Hayati mereka membuat alsasan bahawa Hayati teringatkan Mohsin.

***

Mamat menghantar Hilmi ke tempat bas. Hilmi amat gelisah. Bapanya sebenarnya tidak
sakit. Surat yang diperlihatkan kepada pak ciknya itu ialah surat yang ditulis oleh Mamat. Dia amat
risaukan Hayati. Hilmi teragak-agak mahu naik atau tidak. Akhirnya dia ikut naik. Waktu bas itu

komsaskonsertoterakhir | 7
meninggalkan Tanjung Malim setelah berhenti rehat selama 30 minit, salah satu kerusi bas itu telah
kosong. Hilmi tidak dapat menahan tekanan perasaannya. Dengan sebuah teksi dia pulang semula ke
Kuala Lumpur. Hilmi terus berjalan mencari kerja. Dia menuju ke kios tempat jualan minyak. Dia tahu
sekurang-kurangnya dia dapat menjadi pencuci kereta di situ. Hilmi telah diterima bekerja sebagai
pekerja sementara dengan gaji harian sebanyak dua ringgit setengah. Hilmi juga diberikan sebuah
kanvas dan dibenarkan tidur bersama-sama dengan seorang penjaga malam.

Hilmi bekerja dengan rajin dan berdoa supaya pak cik atau mak ciknya jangan datang
mengisi minyak di situ. Walau bagaimanapun, Hilmi telah terserempak dengan Mohsin. Mohsin telah
menghasut tauke kedai minyak itu supaya membuang Hilmi tetapi tauke itu tidak mempedulikannya.
Minggu pertama di bulan kedua bekerja di situ, Hilmi bertekad berjumpa semula dengan Encik
Bakar. Dalam perjalanannya dia telah bertemu Pak Amat di kedai kopi. Kesempatan itu digunakan
oleh Hilmi untuk bertanya khabar tentang Hayati. Dia amat sedih kerana Hayati kini sudah banyak
berubah perangai da dia tidak segembira dan seriang dulu.

***

Sesampai Hilmi di rumah Encik Bakar, rumah itu seperti tiada penghuni. Tingkap dan
pintunya tertutup rapat. Ketika dia mahu berpatah balik, tiba-tiba sebuah jendelanya terbuka dan
Azizah telah muncul dan terkejut dengan kehadiran Hilmi. Kedatangannya disambut dengan ramah
oleh Azizah dan ibunya. Encik Bakar amat gembira dengan kehadiran Hilmi. Hilmi menceritakan
kisahnya kepada Encik Bakar dan hasratnya ingin menyambung belajar muzik dengannya. Encik
Bakar tidak keberatan. Hilmi meminta izin pulang awal kerana telah berjanji dengan Ah Kong akan
kembali sebelum pukul 7.00 malam untuk menggantikannya bekerja.

Hilmi diajar oleh Encik Bakar peringkat demi peringkat. Dia tidak sahaja belajar berbagai-
bagai alat muzik tetapi juga diajar untuk mengenali lebih dekat tiap-tiap jenis alat itu. Hilmi sering
diingatkan oleh Encik Bakar bahawa dia akan berjaya kerana mempunyai bakat. Hubungan Azizah
dengan Hilmi juga semakin rapat. Setiap kali dia ke rumah Encik Bakar, Azizah selalu menyambutnya
dengan mesra. Hilmi juga sudah mula kenal dengan not kerana menurut Encik Bakar untuk menjadi
seorang pemain muzik yang baik mesti tahu membaca not. Selain itu Hilmi telah belajar bermain
trompet, seksofon, klarinet dan biola.

BAB 10 – BEBAS
Sejak Hilmi meninggalkan rumah pakciknya, pokok-pokok di taman Jepunnya yang
dahulunya menjadi kebanggaan Datin Salmah dan Datuk Johari telah mulai musnah sedikit demi
sedikit. Hayati pula seolah-olah ikut meratapi kehancuran taman bunga itu. Keadaan itu
menyebabkan Datin Salmah mendesak suaminya menulis surat ke kampung bertanyakan Hilmi,
kalau benar Hilmi menggunakan sesuatu kuasa ghaib ke atas Hayati tetapi Datuk Johari menolak. Dia
tahu isterinya telah terpengaruh dengan cakap-cakap morning coffee. Datin Salmah serba salah
dengan keadaan Hayati. Hayati bukan lagi anak kecil yang dapat dipujuk dengan hadiah atau janji
apabila dia menangis. Hayati sekarang sudah menjadi gadis remaja malah sudah bertunang. Ketika
masuk ke bilik Hayati, dia terkejut kerana terjumpa buku agama dan lebih memeranjatkan lagi ialah
sejadah dan telekung yang terlipat dengan baik di sudut biliknya. Anaknya itu sudah mula
sembahyang. Dia keluar dari bilik itu dan menelefon suaminya. Perasaan ngeri mulai menguasai
dirinya apabila dia mengetahui anaknya sembahyang setiap waktu sedangkan dia suaminya
sebaliknya. Dia mulai menyiasat dengan siapakah Hayati berkawan. Ketika suaminya pulang makan
tengah hari dia terburu-buru menujukkan buku-buku agama di bilik Hayati, tikar dan telekung.

komsaskonsertoterakhir | 8
Hayati menyambut kepulangan Mohsin di lapangan terbang. Mohsin turut hairan melihat
perubahan diri Hayati. Mohsin mengumumkan berita gembira iaitu dia hanya pulang sebentar dan
akan berangkat lagi ke London kerana telah dilantik menjadi penolong pengurus di cawangan bank
yang baru sahaja dibuka di sana. Datin Salmah mencadangkan supaya perkahwinan antara Hayati
dan Mohsin disegerakan.Cadangan itu tiak dibantah oleh Hayati, malah Hayati kelihatan terlalu
gembira.

***

Berita perkahwinan Hayati dan Mohsin tersiar dalam semua surat khabar Melayu dan
Inggeris. Hilmi terkejut ketika Azizah menunjukkan kepadanya berita itu. Hilmi memohon untuk
beredar dan tidak ada mood untuk balajar muzik pada hari ini. Mamat pula datang ke biliknya
membawa berita bahawa Hayati dan Mohsin akan berangkat ke England sebaik sahaja mereka
pulang dari berbulan madu di Cameron Highlands. Seminggu lamanya Hilmi berkurung di rumah.
Habis kerja dia terus balik ke biliknya dan tidak keluar-keluar lagi. Penghuni di sebelah menyebelah
biliknya itu hanya sering mendengar gesekan biola ataupun petikan gitar. Hari kelapan Hilmi pergi
semula ke rumah Encik Bakar dengan memperlihatkan sebuah lagu yang dikarangkannya. Encik
Bakar mencuba lagu itu di piano sambil dipindanya sedikit-sedikit. Hilmi memberi judul lagu itu
“Sebuah Intermeso”. Hilmi bersa gembira kerana dia telah mengetahui bahawa dia mempunyai
bakat bukan sahaja sebagai pemain muzik, tetapi juga sebagai penggubah lagu.

BAB 11 – INTERMESO
Hilmi telah berhenti dari kios minyak petrol kerana akan menjadi anggota salah sebuah
quartet yang terkenal di ibu kota. Encik Bakar telah mengambil Hilmi bermain di dalam quartetnya
menggantikan tempat pemain biolanya yang kebetulan telah berpindah ke Pulau Pinang. Pertama
kali berlatih Hilmi berasa gugup. Dia berasa mahu menarik diri sahaja dari quartet tersebut tetapi
atas dorongan Encik Bakar semangatnya pulih kembali. Hilmi memainkan lagu gubahannya “Sebuah
Intermeso”. Seluruh hadirin terpesona dan terpegun. Hilmi telah diinterview oleh pemberita hiburan
dari sebuah surat khabar Inggeris yang terkemuka. Datuk Johari terkejut melihatnya dalam surat
khabar tersebut.

***

Hayati tidur di rumah makciknya bersama Maimun. Maimun hairan dengan perubahan
Hayati yang sudah mendirikan sembahyang. Perbualan mereka berkisar kepada Hilmi. Maimun tidak
menyangka tukang kebun Hayati mempunyai bakat muzik. Hati Hayati bergelodak kerana kerana dia
ingin menceritakan perkara sebenar bahawa Hilmi bukan tukang kebun. Daripada akhbar itu Hayati
mendapat tahu Hilmi masih berada di Kuala Lumpur dan telah menjadi seorang pemain muzik dalam
quartet tetap di Hotel Titiwangsa. Cuma Hayati kesal kerana Mamat sering berdalih apabila ditanya
tentang Hilmi.

***

Malam kedua Encik Bakar mendesak Hilmi memainkan lagunya “Sebuah Intermeso” tanpa
nyanyian. Seluruh hadirin terpesona. Kisah Hilmi mendapat perhatian Setiausaha Persatuan Pemain-
pemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah melanggar peraturan perlembagaan persatuannya. Semua
pemain muzik di hotel dan kelab-kelab malam hendaklah terdiri daripada anggota-anggota
persatuan itu yang sah. Encik Bakar telah menerima surat daripada setiausaha tersebut. Encik Bakar
menganggap itulah masa yang paling malang sekali dalam hidupnya. Dia bukan tidak sedar tentang
hal ini, tetapi keadaan terdesak. Encik Bakar mengumpul semua ahli kumpulannya kecuali Hilmi

komsaskonsertoterakhir | 9
untuk berbincang. Akhirnya mereka semua sebulat suara menyokong kemasukan Hilmi dalam
kumpulan mereka. Hilmi kemudian diberitahu tentang krisis yang terjadi dan tentang keputusan
mesyuarat itu. Walaupun keputusan itu dicapai sebulat suara, tetapi meninggalkan kesan yang
parah dalam hati Hilmi. Dia berasa kesal kerana menjadi sebab Encik Bakar diancam persatuannya.
Walau bagaimanapun pada malam itu mereka bermain seperti biasa.

Seminggu sesudah itu, Encik Bakar dipanggil oleh Jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain
Muzik Nasional untuk menghadapi tuduhan melanggar tatatertib persatuan dan melanggar arahan
setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa tersebut membuat persidangan tertutup. Encik
Bakar disuruh menunggu di luar bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik
Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan menerima keahlian
Hilmi.

BAB 12 – KRISIS
Hilmi gelisah kerana Encik Bakar belum pulang dari mesyuarat dan dia tidak dibenarkan
hadir sama dalam mesyuarat tersebut. Keyakinan Hilmi pulih setelah ibu Azizah menasihatinya
supaya tenang kerana dia suaminya tidak akan diapa-apakan. Encik Bakar seorang yang jujur dan dia
tidak akan dipecat. Kepulangan Azizah membawa berita tentang Hayati mendapat biasiswa dari
British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat
esoknya. Hilmi tergesa-gesa pulang. Semasa Hilmi keluar, Encik Bakar pun sampai bersama-sama
Rahmat dan Harry Lam. Melihat Hilmi tidak ada di situ, Rahmat dan Harry Lam pun meminta diri
pulang ke rumah.

***

Pada malam itu ada dua penerbangan ke London. Satu kapal terbang British Airways dan
satu lagi Qantas Airways yang datang dari Sydney. Sekiranya Hilmi pergi lapangan terbang pada
waktu itu bererti dia tidak dapat ikut bermain dalam orkestra Encik Bakar. Fikirannya terlalu runsing.
Akhirnya dia pulang ke bilik. Di pintu biliknya ada sekeping surat yang ditinggalkan oleh Mamat
menyatakan dia barangkali akan datang apda pukul tujuh malam dan ingin membawa Hilmi
berjumpa Hayati. Di dalam pertemuan itu Hayati menyatakan bahawa dia amat mencintai Hilmi
tetapi dia tidak mahu membantah kata orang tuanya dan terpaksa berkahwin denan Mohsin.
Mohsin juga tahu akan pertemuannya dengan Hilmi. Hayati juga menyatakan bahawa lagu “Sebuah
Intermeso” itu menjadi ubat yang paling mujarab bila hatinya luka. Kaset lagu itu dibawanya di
dalam beg ke mana sahaja dia pergi. Hayati juga meminta Hilmi memaafkan ibu dan bapanya kerana
tindakan dan kelakuan mereka terhadapnya dahulu.

Encik Bakar pula gelisah kerana Hilmi belum muncul-muncul. Setelah kemunculan Hilmi,
Encik Bakar memberikan resit sebagai bukti dia telah menjadi pemain muzik profesional yang sah.
Pada malam itu, permainan yang luar biasa telah diperlihatkan oleh Hilmi. Ketika jam berdeting
pukul 12.40 malam jantungnya ikut berdetak kuat kerana saat itu pesawat yang dinaiki Hayati
terbang meninggalkannya. Pada malam perpisahannya itu Hilmi telah berjaya menggubah sebuah
lagu yang lahir dari perpisahan dengan Hayati yang berjudul “Perpisahan”. Hilmi memberikan lagu
tersebut kepada Encik Bakar dan telah mengubah tajuk lagu itu sebagai “Detik-detik Perpisahan”.
Encik Bakar juga telah memberikan petua-petua menggubah lagu yang baik dan menasihati Hilmi
supaya mengarang beberapa buah lagu lagi dan lagu-lagunya disimpan dahulu. Apabila telah banyak
dan sudah cukup barulah dirakamkan menjadi rekod.

Pengaruh gitar rancak dari Barat telah mulai melanda ke negara ini. Hilmi telah mendapat
keizinan Encik Bakar untuk menubuhkan kugiran yang diberi nama “Kugiran Dahlia” ringkasan nama

komsaskonsertoterakhir | 10
Daniel, Azizah, Hilmi, Tony Lim, dan Arasu. “Kugiran Dahlia” dengan cepat mendapat popularitinya.
Hilmi banyak menggubah lagu untuk dinyanyikan Azizah dan nama Azizah mulai terkenal.
Perhubungan mereka semakin erat. Apabila gelombang kugiran mulai merosot, Hilmi kembali
bergiat dalam orkestra yang bermain di kelab-kelab malam. Walaupun rekod dan kaset
mengandungi lagu-lagu gubahannya sudah banyak terjual tetapi sebagai penggubah lagu dia tidak
pernah mendapat hasil yang lumayan malah berdepan pula dengan masalah cetak rompak.

Setelah setahun lebih bergaul rapat, dia dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Pada
mulanya kehidupan mereka amat harmoni tetapi kira-kira setahun setelah anak lelaki mereka yang
pertama lahir, Azizah mulai berubah dan Hilmi juga ikut berubah. Rumah tangga mereka mula goyah.
Kepedihan yang dirasai dari penghidupan itu menyebabkan Hilmi banyak berfikir dan telah
mendatangkan ilham untuknya menggubah lagu. Sebahagian besar lagu-lagu yang digubahnya tidak
ditunjukkan kepada orang lain, walaupun kepada Encik Bakar.

BAB 13 – PERPECAHAN
Keretakan yang terjadi dalam rumah tangga Hilmi telah tidak dapat diselamatkan lagi. Encik
Bakar dan isterinya, walaupun pada mulanya tidak mahu campur tangan kerana itu urusan rumah
tangga mereka terpaksa memanggil kedua-duanya kerana keadaan semakin buruk. Tetapi
pertemuan itu tidak membawa apa-apa hasil. Persengketaan antara mereka tidak boleh diatasi
malah Azizah mengajar anaknya memanggil Hilmi dengan panggilan ‘bapa jahat’. Azizah cemburu
kerana pada anggapannya beberapa buah lagu telah digubah khas untuk Hayati. Sedangkan dia tidak
mengetahui Hilmi juga pernah menggubah lagu tentang cinta dan sayangnya kepada isteri dan
anaknya dalam lagu “Balada Kasih”. Lagu itu ialah curahan isi hatinya yang jujur. Kini hidupnya terasa
kesunyian yang amat sangat. Dia sering menyembunyikan kesedihannya daripada kawan-kawannya.
Dia terus menghiburkan orang-orang yang datang ke tempatnya bermain muzik. Dia juga tetap
menggubah lagu. Sekali sekala dia teringatkan Hayati. Tragedi yang menimpanya menyebabkan dia
mencipta sebuah lagu yang bertajuk “Cinta dan Tangis”. Lagu tersebut menjadi inspirasi kepadanya
untuk menggubah lagu-lagu lain dan menulis sendiri sari katanya. Dia mulai terasa bahawa
menggubah lagu-lagu itu sebagai misi yang ditugaskan Tuhan kepadanya biarpun terpaksa bekerja
keras siang dan malam tetapi hatinya senang dan tenteram. Harapan untuk kembali dengan Azizah
telah pudar. Walau bagaimanapun dia belum berniat untuk menceraikannya kerana Azizah sendiri
tidak pernah memintanya. Setiap malam sebaik sahaja pulang dari tempat kerja Hilmi akan duduk di
hadapan pianonya menggubah lagu-lagu baru. Kalau ilhamnya tidak ada dia aka memainkan rekod.
Lagu-lagu yang telah digubahnya kini berjumlah ratusan buah.

Orkes Hilmi telah mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan Hari Keputeraan
Sultan Kelantan di Kelantan Darul Naim. Hilmi mendapat sambutan yang luar biasa. Peminta-
pemintanya telah menyerbunya. Kira-kira jam 4 pagi, Hilmi dikejutkan dengan panggilan telefon dari
Rahmat tentang kematian Encik Bakar. Hilmi menaiki kapal terbang MAS pulang ke KL. Dalam
penerbangan tersebut dia telah selesai menyiapkan sebuah lagu yang diberi nama “Seniman” yang
dicipta khas untuk Encik Bakar iaitu guru, kawan, dan bapa mertuanya.

***

Tiga tahun berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang
dianjurkan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Hilmi telah diberi penghormatan untuk memimpin satu
pertunjukan Orkes Perdana yang dianjurkan RTM. Pertunjukan itu sama tarafnya dengan Royal
Performance yang diadakan di England. Hilmi diminta membuat arrangement semua lagunya dan
diberi nama “Hilmi Potpouri”. Publisiti tentang pertunjukan itu tersebar luas. Bukan sahaja melalui
RTM, tetapi juga media massa seluruh negara. Datin Salmah juga telah mendesak Datuk Johari

komsaskonsertoterakhir | 11
mencari kad jemputan pertunjukan Orkes Perdana itu kerana kakak-kakaknya iaitu Datin Mastura
dan Datuk Roslan, Datin Mariam dan seluruh geng morning coffee telah bercadang untuk
menontonnya.

BAB 14 – SENIMAN
Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan kalut mulai terasa apabila Hilmi belum
kelihatan. Ketua Pengarah RTM mengarahkan Amat, seorang pengawal RTM pergi menjemput Hilmi
tetapi Hilmi tidak ada di rumahnya. Ketua pengarah itu tidak puas hati, lalu mengajak Amat sekali
lagi bersama-samanya pergi ke rumah Hilmi dan akhirnya mereka mendapat tahu daripada seorang
pemuda Cina bahawa Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital. Ketua pengarah berkejar ke hospital
dan dia dapati keadaan Hilmi dalam keadaan bahaya dan telah dibawa ke unit pengawasan khusus.
Doktor juga telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi terancam dan dia tidak mungkin dapat
memimpin Orkes Perdana. Ketua pengarah telah mengarahkan Borhan supaya mencari pengganti
Hilmi dan kembali ke universiti. Kebimbangannya itu dikongsi bersama oleh Timbalan Menteri dan
Ketua Setiausaha. Tiba-tiba muncul Hayati, wanita yang ingin menonton pertunjukan tersebut.
Keadaan menjadi semakin kelam kabut. Berbagai-bagai spekulasi telah dibuat kerana ketiadaan
Hilmi. Hayati mendapat tahu tentang kesakitan yang dialami Hilmi dan berminat untuk membantu
Hilmi memimpin pertunjukan tersebut. Setelah menunjukkan bukti kelulusan dan pengalamannya
serta hubungan rapat dengan Hilmi, akhirnya ketua pengarah membenarkan Hayati memimpin
Orkestra Perdana tersebut.

Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka terhadap Hilmi lebih-lebih lagi
apabila mendengar puji-pujian yang dierikan kepada Hilmi oleh penonton. Mereka juga menyedari
yang memimpin pertunjukan orkes itu ialah Hayati. Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh
Perdana Menteri amat terhibur dengan persembahan itu dan berdukacita di atas kemalangan yang
menimpa Hilmi. Setelah pertunjukan selesai, Hayati bergegas ke hospital, begitu juga Datuk Johari
dan Datin Salmah apabila mengetahui perkhabaran tersebut. Di hospital, Datuk Johari telah bertemu
dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari kampung. Suasana jadi bertambah
pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta Hakim rakan Hilmi.

Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah
bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan mak cik dan pak ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu
Karim membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Dia sengaja
menyimpan rahsia itu kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga mereka. Datuk Johari dan Datin
Salmah amat menyesal dan akan menebus dosa mereka, sekiranya Hilmi pulih. Setelah doktor yang
merawat Hilmi membenarkan mereka melawat Hilmi, mereka pulang ke rumah Datuk Johari. Karim
amat bersyukur kerana Allah memanjangkan usianya dan dapat membuka rahsia yang terpendam di
hati selama ini. Sesampai sahaja di perkarangan rumah, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon
dari hospital. Datuk Johari telah menerima khabar tentang kematian Hilmi dan di saat yang sama
juga Datuk Johari jatuh terjelepuk di atas lantai dan pergi buat selama-lamanya.

komsaskonsertoterakhir | 12
TEMA

Perjuangan hidup seorang anak muda yang berasal dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk
mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara.

Kewujudan tema ini dapat dibuktikan melalui:

1. Pengarang mengetengahkan liku-liku yang dilalui oleh Hilmi yang sebelum ini tidak mengetahui
langsung bahawa dia mempunyai bakat sebagai seorang pemuzik. Bakat itu lahir secara tidak sengaja
apabila dia mendengar alunan muzik yang dimainkan oleh Hayati.

2. Hilmi telah bekerja sebagai tukang kebun di rumah bapa saudaranya, Datuk Johari. Setiap kali
Hayati bermain piano, Hilmi sengaja mencari kerja yang dekat dengan suara alunan piano itu.

3. Minat Hilmi terhadap muzik semakin memuncak. Dia telah mengusik piano Hayati dan memainkan
beberapa buah lagu seperti lagu “Anak Ikan”. Pengarang melukiskan bakat yang ada pada Hilmi itu
yang membolehkan nalurinya menggerakkan jari-jarinya bermain piano walaupun sebelum ini dia
tidak ada asas muzik dan tidak pernah mengenal piano. Peristiwa itu menyebabkan piano itu rosak
dan Datin Salmah memarahi Hilmi.

4. Keazaman untuk menjadi pemuzik menyebabkan Hilmi belajar muzik daripada Encik Bakar,
seorang pemimpin quartet yang terkenal. Dengan bimbingan Encik Bakar, Hilmi boleh bermain biola,
trompet, seksofon, dan klarinet. Hilmi juga telah berjaya menggubah lagu seperti “Sebuah
Intermeso” dan banyak lagunya yang menjadi pujaan ramai.

5. Dunia muzik yang ada jatuh dan bangunnya juga dirasai oleh Hilmi. Hilmi memulakan kerjayanya
dalam dunia muzik apabila bermain dalam quartet di bawah pimpinan Encik Bakar dan digelar
“Pemain Biola Hikmat Malaysia”.

6. Dia juga telah menubuhkan sebuah kurigan yang diberi nama “Kurigan Dahlia” mengikut
perkembangan muzik di Barat yang menjadi kegilaan muda-mudi ketika itu. Pengaruh muzik itu mula
hilang lalu Hilmi kembali menyertai orkestra dan telah memimpin orkestranya serta menjadi johan
tiga kali berturut-turut dalam pertandingan yang dianjurkan oleh RTM.

7. Kejayaannya itu menyebabkan dia telah ditawarkan untuk memimpin pertunjukan Orkes Perdana
yang sama tarafnya dengan Royal Performance di England dan membuat susunan lagu-lagu
ciptaannya dan susunan itu diberi nama “Hilmi Potpouri”.

8. Walaupun terlalu banyak rintangan yang perlu dilaluinya untuk menjadi seorang pemuzik
profesional, bagi Hilmi yang tabah, dia telah melalui setiap cabaran hidupnya dengan nilai-nilai
murni.

komsaskonsertoterakhir | 13
PERSOALAN

1. Cinta dan kasih sayang


Cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan Hayati; cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan Azhzah.
Pada awalnya lebih kepada simpati. Contohnya, Hayati amat bersimpati kepada nasib Hilmi, begitu
juga Azizah, bersimpati dengan Hilmi. Cinta dan kasih sayang dalam novel ini tidak berakhhr dengan
kebahagiaan. Hayati berkahwin dengan Mohsin tetapi tidak bahagia kerana Mohsin cemburu
terhadap Hilmi. Begitu juga dengan Azizah, cintanya terhadap Hilmi tidak berakhir dengan bahagia
kerana cemburu terhadap Hayati.

2. Agama yang dapat mengembalikan ketenangan hidup


Hayati seorang gadis yang pada mulanya hidup penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan
berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku-
buku agama seperti buku “Hidup Sesudah Mati”. Hilmi juga sering mendekatkan dirinya dengan
ibadah solat setiap kali dia menghadapi masalah kerana dirasakan dia dapat menemui ketenangan
hidup.

3. Menjaga kesihatan
Gara-gara tidak menjaga kesihatan, Hilmi menderita dan akhirnya meninggal dunia. Hilmi tidak
menghiraukan kesihatannya setelah dia tertekan akibat dilanda masalah rumah tangga dan
menumpukan sepenuh jiwa dan raganya untuk menyiapkan susunan “Hilmi Potpouri” untuk
pertunjukan Orkes Perdana.

4. Kesan penceraian ibu bapa terhadap anak


Datuk Johari telah meninggalkan isterinya selepas malam pertamanya tanpa meninggalkan sebarang
berita. Karim telah sanggup berkahwin dengan isterinya itu demi menyelamatkan maruah
keluarganya. Kesannya, Karim terpaksa menanggung beban rahsia sepanjang hayatnya iaitu Hilmi
sebenarnya anak Datuk Johari dan Datuk Johari sendiri pun mengetahuinya pada saat-saat akhir
hayat Hilmi. Paling malang, apabila Hilmi tidak sempat mengetahui bahawa Datuk Johari itu
sebenarnya bapanya dan Hayati itu adiknya.

5. Semangat kerjasama
Encik Bakar pemimpin quartet yang berjaya kerana mendapat sokongan daripada semua ahli
kumpulannya yang dianggap seperti satu keluarga. Begitu juga dengan kejayaan Orkes Hilmi yang
merupakan kejayaan berkumpulan. Semangat ltu ditunjukkan oleh Orkes Hilmi ketika Hilmi
dimasukkan ke hospital dan Pertunjukan Orkes Perdana itu berjaya dan mendapat pujian.

6. Perpaduan Kaum
Perpaduan kaum doapat dilihat melalui watak tauke dan Ah Kong. Tauke tempat Hilmi bekerja tidak
mengendahkan hasutan Mohsin. Begitu juga perpaduan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli ‘Kugiran
Dahlia’ yang terdiri daripada pelbagai kaum. Perpaduan kaum juga dapat dilihat melalui watak
pemuda Cina yang membantu menghantar Hilmi ke hospital.

7. Kegigihan mencari ilmu


Hilmi ke bandar dan berjumpa dengan Encik Bakar untuk menuntut ilmu dalam bidang muzik.

8. Mementingkan pangkat dan harta


Datin Salmah lebih mementingkan pangkat dan memandang rendah kepada Hilmi. Begitu juga
dengan Datuk Johari yang terikut-ikut dengan perangai isterinya dan berasa malu kerana keluarga di

komsaskonsertoterakhir | 14
sebelahnya tidak ada yang berpangkat besar. Sikap mementingkan pangkat mi dapat dilihat apabila
Hilmi mencapai kejayaan, mereka mula mengaku yang Hilmi itu anak buahnya.

9. Kepentingan kelayakan akademik dalam mencari pekerjaan


Hilmi hanya mampu menjadi tukang kebun dan pencuci kereta kerana tidak mempunyai kelayakan
akademik yang tinggi. Hanya setakat darjah 4 Sekolah Melayu.

10. Keikhlasan dalam memberikan bantuan


Encik Bakar ikhlas mengajarkan Hilmi bermain piano sehingga tidak meminta sebarang bayaran.

11. Mempercayai perkara karut


Datin Salmah menganggap anaknya bersikap dingin dengan tunang sendiri kerana perbuatan bomoh
yang didalangi Hilmi.

12. Ketabahan menghadapi cabaran


Hilmi tabah apabila dihina dan dimarah Datin Salmah dan Datuk Johari.

13. Cetak Rompak


Masalah yang menimpa Hilmi menyebabkan dia berasa kecewa kerana hasil titik peluhnya telah
dikaut keuntungannya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

komsaskonsertoterakhir | 15
WATAK DAN PERWATAKAN

 HILMI
 Anak Datuk Johari,tetapi dibela oleh abang sepupunya sejak kecil
 Tingginya lima kaki lima inci dan rambutnya sedikit ikal
 Berasal dari kampung
 Bersekolah Melayu hingga darjah empat
 Miskin: pakaiannya daripada kain yang murah, seluarnya berkedut,dan bajunya sudah
hilang warna asal
 Bekerja dahulu di rumah Datuk Johari sebagai tukang kebun

Kreatif dan mempunyai kesenian  menghias taman bunga Datuk Johari dengan cantik
sekali dan berbakat dalam muzik
Rajin  menunjukkan kerajinan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan sama ada sebagai
tukang kebun, di stesen minyak atau sebagai pemuzik
Pemaaf  Hilmi tidak pernah memburuk-burukkan Datuk Johari dan Datin Salmah
walaupun dia mendapat layanan yang teruk daripada kedua-duanya
Berdikari  sanggup berpaath balik ke Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah stesen minyak
serta meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pemuzik terkenal
Tabah menghadapi dugaan  sabar apabila dihina, terutamanya oleh Datin Salmah
Bersopan santun dan menghormati orang lain  bertutur dengan lemah lembut
Gigih menuntut ilmu  tidak jemu-jemu belajar bermain muzik daripada Encik Bakar
Penyayang  menyayangi Hayati, Pak Bakar, dan anak isterinya
Mematuhi ajaran agama  bersolat apabila tiba waktunya

 HAYATI
 Anak tunggal Datuk Johari dan Datin Salmah
 Pada awalnya dikenali sebagai sepupu Hilmi tetapi akhirnya diketahui bahawa dia
merupakan adik kandung Hilmi (berlainan ibu)
 tunang Mohsin (kemudiannya berkahwin)
 Jatuh hati dengan Hilmi
 Mula bersembahyang dan membaca buku-buku agama setelah rapat dengan Hilmi
 Menggantikan Hilmi sebagai pemimpin pertunjukan Orkes Perdana

Menghormati tetamu  melayan Hilmi dengan baik ketika Hilmi mula-mula sampai di
rumahnya
Berbudi bahasa  membelikan oleh-oleh kepada pembantu rumah sepulangnya dari luar
negara
Penyayang  sikap penyayangnya terhadap kumbang yang Hilmi selalu bunuh dan terhadap
Hilmi
Berkeyakinan diri  menawarkan diri menggantikan Hilmi dalam pertunjukan Orkes
Perdana atas kemahiran yang dimilki
Simpati  kasihan terhadap Hilmi yang dilayan dengan buruk oleh ibunya
Menurut perintah  tetap berkahwin dengan Mohsin walaupun hatinya bersama Hilmi

 DATIN SALMAH
 Isteri Datuk Johari dan ibu Hayati
 Sangat mementingkan pangkat dan kedudukan
 Melayan Hilmi dengan teruk
 Anak Kuala Lumpur Jati

komsaskonsertoterakhir | 16
 Usianya di ambang 40-an
 Mempunyai kawan-kawan bersosial iaitu morning coffee

Mudah dipengaruhi  dia termakan hasutan kakaknya supaya tidak membenarkan Hilmi
tinggal di rumahnya kerana lambat laun orang akan mengetahui yang Hilmi itu anak
saudaranya.
Suka merendahkan orang lain  suka merendah-rendahkan keluarga suaminya yang tidak
berpangkat
Tidak berpendirian  sikap Datin Salmah yang pada mulanya kejam terhadap Hilmi telah
berubah menjadi baik, namun kemudiannya berubah semula kerana hasutan
Ingkar akan perintah agama  tidak menunaikan solat malah risau apabila mengetahui
Hayati mulai solat dan membaca buku-buku agama
Penyayang  amat menyayangi Hayati dan risau akan perubahan yang berlaku padanya
serta perhubungannya dengan Hilmi
Pemarah  apabila piano Hayati rosak, dia terus naik marah dan mencari siapa yang telah
merosakkannya
Suka dipuji  memberikan sayur-sayuran kepada kawan-kawan morning coffeenya untuk
mendapat pujian
Mempercayai kepercayaan karut  percaya Hayati telah terkena ubat guna-guna Hilmi
apabila mendapati Hayati telah berubah

 DATUK JOHARI
 Suami Datin Salmah dan bapa Hayati
 Berasal dari Kedah
 Pada mulanya sebagai bapa saudara Hilmi tetapi akhirnya dibongkar bahawa dia
sebenarnya bapa Hilmi
 Berpangkat setaraf dengan menteri
 mengagumi kerja-kerja yang dilakukan oleh Hilmi dan sentiasa menikuti perkembangan
Hilmi dalam dunia muzik

Tidak percaya dengan cerita karut  Datin Salmah tahu jika dia memberitahu Datuk
Johari bahawa Hayati terkena ubat guna-guna Hilmi, Datuk Johari tidak akan percaya
Tidak bertanggungjawab  pada malam pertama dahulu dia memujuk isterinya, walaupun
dia tahu bahawa esoknya dia akan meninggalkannya
Tidak berani berterus terang  sedar akan bakat Hilmi tetapi tidak pernah memberi pujian
kepada Hilmi
Lupa daratan  dia sudah melupai kampung halamannya
Ingkar perintah agama  tidak solat dan minum arak

 ENCIK BAKAR
 Seorang guru, kawan dan mentua kepada Hilmi
 Seniman besar, pemimpin quartet yang terkenal di ibu kota
 mukanya bulat tembam, perutnya buncit dan seorang yang gemuk pendek

Jujur  kejujurannya diakui Ahli-ahli Jawatnkuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik


Nasional
Baik hati  membawa Hilmi tinggal bersama-samanya apabila mengetahui masalah yang
menimpa Hilmi
Peramah  berkenalan dengan Hilmi dan menunjukkan sikap peramah dan periangnya
walaupun dia tidak pernah mengenali Hilmi sebelum ini

komsaskonsertoterakhir | 17
Berpandangan jauh  dia dapat mengesan bakat yang ada pada Hilmi dan menyedari Hilmi
akan muncul sebagai seniman besar satu hari nanti
Sederhana  walaupun seorang pemuzik yang terkenal, dia tidak suka bermegah-megah
Ikhlas  sanggup mengajar Hilmi tanpa sebarang bayaran
 AZIZAH
 Anak perempuan Encik Bakar
 Meminati bidang muzik
 Berkahwin dengan Hilmi dan dikurniakan seorang cahaya mata dan diberi nama Hakim

Penggoda  cuba menggoda Hilmi yang datang ke rumahnya untuk belajar muzik semasa
ketiadaan Pak Bakar
Penghasut  Azizah menghasut anaknya, Hakim supaya membenci Hilmi dengan
mengatakan Hilmi jahat
Peramah dan baik hati  memberi layanan yang baik kepada Hilmi sepanjang Hilmi
belajar muzik di rumahnya
Sedar akan kesalahannya  sedar akan kesalahannya dan ingin memohon maaf kepada
semasa Hilmi terlantar di hospital
Materialistik  kecewa apabila mengetahui Hilmi hanya tukang kebun
Curang  sanggup keluar dengan lelaki lain untuk menyakiti hati Hilmi
Cemburu  amat cemburu kepada Hayati yang selalu menjadi sebutan Hilmi

 PAK AMAT
 Sudah separuh umur
 Drebar Datuk Johari
 pernah bekerja sebagai penyelam mutiara di Darwin, Australia

Taat setia  masih bekerja dengan Datuk Johari


Tabah  sudah banyak pengalaman yang ditempuhi termasuk kematian anaknya
Baik hati  teman bersembang Hilmi

 DR. NATHAN
 Jiran Datuk Johari

Pemurah  memberikan tanah hitam kepada Hilmi secara percuma


Baik hati  mengambil berat tentang Hilmi sewaktu keluarga Datuk Johari ke luar negeri

 MOHSIN
 Tunang Hayati dan kemudiannya menjadi suami Hayati
 Anak saudara Datin Salmah

Periang  bersama Hayati


Cemburu  akan perhubungan Hayati dengan Hilmi
Pengahsut  menghasut tauke kios stesen minyak supaya membuang Hilmi

 MAMAT
 Drebar Dr. Nathan
 kawan karib Hilmi

komsaskonsertoterakhir | 18
Suka menolong  membantu Hilmi belajar muzik dengan membawanya ke Encik Bakar
Bertimbang rasa  dengan nasib Hilmi
Mengambil berat  akan masalah Hilmi

 MAK MINAH
 orang gaji Datuk Johari

Tidak mampu menyimpan rahsia  apabila ditanya oleh Datin Salmah tentang kerosakan
piano Hayati
Simpati  akan Hayati dan Hilmi

 ISTERI ENCIK BAKAR


 Sudah separuh umur, kurus dan tinggi

Memahami  kerjaya Encik Bakar sebagai pemuzik


Baik hati  memberi layanan yang baik kepada Hilmi
Setia  kepada suaminya, perkahwinannya kekal hingga Encik Bakar meninggal

komsaskonsertoterakhir | 19
LATAR

 LATAR TEMPAT

i. Rumah Datuk Johari: Hilmi bekerja sebagai tukang kebun


ii. Rumah Encik Bakar: Hilmi belajar muzik
iii. Stesen minyak Shell Jalan Setapak: Hilmi bekerja setelah keluar dari rumah Datuk
Johari
iv. Kelab malam: Hilmi bermain muzik dengan quartet Encik Bakar
v. Hospital Besar KL: tempat Hilmi dirawat ketika sakit tenat dan meninggal dunia di
situ
vi. Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya: tempat Pertunjukan Orkes Perdana
diadakan

 LATAR MASA

i. Sekitar tahun 1960 hingga 1970-an: zaman pengaruh gitar rancak dari Barat –
Hilmi telah menubuhkan kugiran yang diberi nama “Kugiran Dahlia”
ii. Pergerakan latar masa dari siang hingga malam melalui pelbagai peristiwa:
Hilmi bermain muzik di kelab malam dan sering menggubah lagu hingga larut malam
iii. Pergerakan latar masa dipercepat oleh pengarang: tempoh Hayati belajar muzik
di London selama dua tahun dipercepat sehingga muncul dengan ijazah dalam bidang
muzik –
dalam masa yang singkat, Hilimi dapat meguasai pelbagai jenis alat muzik dan menjadi
penggubah lagu

 LATAR MASYARAKAT

i. Masyarakat majmuk: termasuk Melayu, Cina dan India – watak keluarga Datuk
Johari, Dr. Nathan, Nona Alice Lee, tauke Ah Kong dan Tony Lim
ii. Masyarakat kampung yang berpendidikan rendah dan miskin: watak Hilmi dan
Pak Karim yang hidup dalam kekurangan
iii. Masyarakat kampung yang berpegang kuat pada adat, berbudi bahasa,dan taat
akan ajaran agama: watak Hilmi
iv. Masyarakat kota yang mementingkan kehidupan dan harta: watak Datuk Johari,
Datin Salmah dan Mohsin.
v. Masyarakat pemuzik: Encik Bakar mengajar Hilmi bermain muzik secara percuma
– ahli-ahli quartet banyak membantu Hilmi semasa dia memimpin orchestra –
menjadikan bidang muzik sebagai sumber mata pencarian
vi. Masyarakat kota yang baik hati dan bersimpati – watak Mamat, Mak Minah, dan
Pak Amat

komsaskonsertoterakhir | 20
BINAAN PLOT

o Permulaan
Hilmi datang dari kampung ke rumah bapa saudaranya, Datuk Johari untuk mencari pekerjaan
di kota. Kehadiran Hilmi tidak disenangi oleh Datuk Johari dan isterinya, Datin Salmah.
Hilmi menjadi tukang kebun di rumah Datuk Johari.

o Perkembangan
Hilmi mendapat layanan buruk daripada Datin Salmah.
Oleh sebab hanya berkelulusan darjah empat sekolah Melayu akhirnya Hilmi disuruh bekerja
sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari sahaja.
Hilmi berminat dengan mainan piano sehingga dengan tidak sengaja telah merosakkan piano
Hayati.

o Perumitan/Konflik
Sepeninggalan Datuk Johari ke luar negara, Hilmi telah belajar bermain muzik dengan Encik
Bakar.
Hilmi dengan Datin Salmah - tidak menyukai hubungan Hilmi dengan Hayati.
Hilmi dengan Hayati - kedua-duanya saling mencintai, tetapi terhalang oleh factor darjat yang
berbeza.
Hilmi kemudian keluar dari rumah Datuk Johari dengan surat palsunya dan bekerja di stesen
minyak.

o Klimaks
Hilmi telah berjaya memainkan pelbagai alat muzik dan menggubah lagu.
Hilmi ditawarkan untuk menyertai quartet Encik Bakar dan terkenal sebagai ‘Pemain Biola
Hikmat Malaysia’.
Hilmi dan Azizah juga telah menubuhkan Kugiran Dahlia.
Hilmi dan Azizah telah diijabkabulkan dan kemudiannya memperolehi seorang anak lelaki.
Walau bagaimanapun rumah tangga mereka tidak kekal lama.
bertambah sedih setelah kematian Encik Bakar.
Hilmi bertungkus lumus menyiapkan satu susunan yang diberi nama “Hilmi Potpouri” untuk
satu pertunjukan Orkes Perdana anjuran RTM. 
Hilmi jatuh sakit dan tidak dapat memimpin pertunjukan Orkes Perdana.

o Peleraian
Hayati muncul menggantikan Hilmi.
Di hospital, Pak Karim telah bertemu Datuk Johari dan telah mendedahkan rahsia bahawa
sebenarnya Hilmi.
Datuk Johari telah insaf dan akhimya meninggal dunia kerana terkejut mendapat berita
kematian Hilmi.

komsaskonsertoterakhir | 21
TEKNIK PLOT

 Pemerian (Menggambarkan peristiwa, suasana atau watak)


Tujuh belas tahun lamanya dia tidak kembali ke kampungnya itu. Sejak bapanya meninggal
dunia. Hari bapanya meninggaldunia dia hanya kembali untuk beberapa jam sahaja dan
kemudian setelah mayat bapanya dikuburkan, dia pun pulang semula ke Kuala Lumpur.
(Halaman 12)

 Dialog (Percakapan)
“Siapa mahu marah? Tak ada siapa.”
“Aku tahu. Tauke aku telah ceritakan.”
“Bila kau balik?”
“Tadi malam.”
“Kenapa kau tak panggil aku?”
Mamat tersengih.
“Kenapa kau tak panggil aku?”
“Aku bawa orang perempuan,” jawabnya, tersipu-sipu agak malu sedikit.
(Halaman 80)

 Monolog (Percakapan dengan diri sendiri atau bukan manusia)


Hilmi bercakap dengan bunga ros yang akan dipilih untuk menggantikan Hayati selama
Hayati tiada. "Kalian setuju kalau aku pilih Ros itu, menggantikan Hayati selama dia tidak
ada?" katanya kepada bunga-bunga itu.
(Halaman 69)

 Monolog dalaman (Bercakap dalam hati)


Hati kecil Hilmi mengutuk-ngutuk marah ketika berhadapan dengan Datin Salmah yang
mencerca, menghina setiap kali berjumpa.
(Halaman 68)

 Imbas muka (Membawa pembaca ke masa depan)


Encik Bakar berhenti dan menarik nafas panjang. Seolah-olah dadanya itu telah lega dan
lapang benar kerana daia dapat meluahkan isi hatinya di hadapan seorang anak mua yang
menurut tilikannya mempunyai harapan besar pada masa depan.
(Halaman 99)

 Imbas kembali (Mengimbau kembali peristiwa)


Masih terdengar pesan bapanya. “Cuba kau pergi ke Kuala Lumpur cari kerja. Pak cikmu ada
di sana. Cuba kau minta tolong kepadanya. Dia orang berpangkat.”
(Halaman 15)

komsaskonsertoterakhir | 22
NILAI

 Ketekunan dan kerajinan


– Hilmi tekun dan rajin menimba ilmu dalam bidang muzik sehingga berjaya menjadi
penggubah lagu yang terkenal

 Hormat-menghormati
– Hilmi menghormati Datuk Johari dan Datin Salmah walaupun sering dicemuh

 Belas kasihan
– Pak Amat, Mak Minah dan Hayati kasihan akan Hilmi yang dilayan dengan buruk
oleh Datin Salmah

 Bantu-membantu
– Mamat membantu Hilmi mengembangkan minat dan bakatnya dalam bidang muzik
dengan membawa Hilmi belajar muzik dengan Encik Bakar

 Keyakinan
– Hayati yakin dapat menggantikan Hilmi dalam pertunjukan Orkes Perdana atas
kebolehan dan pengalamannya

 Ketabahan
– Hilmi tabah menghadapi dugaan hidup

 Keikhlasan
– Encik Bakar ikhlas mengajar Hilmi bermain muzik tanpa ganjaran

 Kasih sayang
– Hilmi tetap menyayangi Azizah meskipun rumah tangga mereka gagal

 Pemurah
– Dr. Nathan memberikan tanah hitam kepada Hilmi secara percuma

 Kesyukuran
– Azizah tidak bersyukur atas kemewahan dan kejayaan yang dikecapi bersama Hilmi

komsaskonsertoterakhir | 23
PENGAJARAN

 Kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan.

 Kita haruslah mengenang budi orang yang telah membantu kita.

 Kita janganlah memandang hina kepada orang lain.

 Kita hendaklah menghormati antara satu sama lain.

 Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain dan tidak berdendam.

 Kita wajib berpegang teguh pada ajaran agama dan menjauhi perkara maksiat.

 Kita hendaklah mementingkan kesihatan diri.

 Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja.

 Kita harus membantu orang yang susah dan memerlukan pertolongan.

 Kita hendaklah mengekalkan nilai kasih sayang.

 Kita perlu menjaga maruah diri.

 Kita hendaklah bersyukur atas kurniaan Tuhan.

 Kita harus berani menempuh pelbagai cabaran.

 Kita harus bertanggungjawab terhadap keluarga.

komsaskonsertoterakhir | 24