Anda di halaman 1dari 24

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

OBJEKTIF KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

HASIL KAJIAN

RUMUSAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

TUGASAN 2
PENGHARGAAN

Saya Soo Ying Xi ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima

kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya, iaitu Encik Soo Kian Huat dan Puan

See Bee Tin yang telah banyak memberikan sokongan dan dorongan

kepada saya. Selain itu, saya berterima kasih kepada guru sejarah saya,

Cikgu Vicky kerana telah memberi bimbingan serta tunjuk ajar untuk saya

menyempurnakan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih juga ingin saya

tujukan kepada Puan Chang Sa Yeok kerana telah menyediakan

kemudahan untuk saya menyempurnakan tugasan ini. Tidak lupa juga,

kawan saya, Lee Hui Ying yang sudi berkerjasama dengan saya untuk

membuat folio ini.


OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk memenuhi keperluan Kerja Kursus Sejarah

Tingkatan 3 2010. Melalui kajian ini saya berharap dapat mengetahui dengan lebih mendalam

mengenai sejarah perayaan yang saya pilih iaitu Tahun Baru Cina.

Selain itu, saya juga berharap melalui kajian ini saya dapat menambahkan lagi

pengetahuan saya mengenai sejarah yang terdapat di dalam Tahun Baru Cina. Sememangnya

masyarakat Malaysia kaya dengan sejarahnya tersendiri. Ia juga dapat memupuk perasaan

bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa

pentingnya perayaan di negara kita kerana ia dapat memupuk semangat kekitaan di kalangan

rakyat Malaysia.

Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang

berlaku sebelum, semasa dan selepas perayaan Tahun Baru Cina ini. Antaranya sifat kerjasama,

kekeluargaan dan semangat persaudaraan.

Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisma di dalam diri saya juga di kalangan

generasi muda melalui kajian ini.

Sekian.
KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya ialah

seperti berikut:-

1) BUKU ILMIAH- Saya telah merujuk dan menganalisa maklumat dari buku-buku ilmiah

dan ensiklopedia yang berkaitan di perpustakaan yang berhampiran bagi mendapatkan

maklumat mengenai perayaan yang telah saya pilih.

2) INTERNET- Saya telah menganalisa media cetak iaitu Wikipedia bagi mendapatkan

maklumat lebih lanjut mengenai perayaan yang telah saya pilih untuk mendapatkan

fahaman yang jelas mengenainya.

3) ORANG SUMBER- Saya telah menemubual bapa saya bagi mendapatkan maklumat

berkaitan perayaan Tahun Baru Cina.

4) MAJALAH- . Saya juga mencari bahan-bahan berkenaan tajuk kajian ini melalui
majalah-majalah yang berkaitan.
HASIL KAJIAN

1) PERAYAAN TRADISI

Perayaan Musim Bunga atau Tahun Baru Lunar adalah satu perayaan utama masyarakat Cina di

Malaysia dan di seluruh dunia. Malah, perayaan ini juga disambut oleh penduduk di Vietnam

dan Korea. Perayaan Tahun Baru diraikan dengan penuh meriah. Setiap rumah dihias dan

dipenuhi dengan pelbagai hiasan yang melambangkan keamanan, kemakmuran dan

keberuntungan. Limau-limau mandarin (dipanggil 'kam' dalam Bahasa Kantonis yang memberi

maksud 'emas') adalah satu kemestian pada musim perayaan ini kerana warna keemasannya

melambangkan limpahan kekayaan. Demikian juga dengan 'pomelo' (dikenali sebagai bolok

dalam Bahasa Kantonis. Lok membawa maksud ('kemakmuran'), kek Tahun Baru atau Niangao

(dalam Bahasa Mandarin) atau nenkul (Bahasa Kantonis) yang melambangkan 'peningkatan

sepanjang tahun'. Kesemuanya dipastikan cukup bekalannya sehingga pada hari ke-15 perayaan.

Di antara perhiasan yang terkenal adalah 'kuplet musim bunga' atau Chunlian. Kuplet ini sangat

unik bentuknya dan berupaya menceriakan lagi suasana perayaan. la adalah suatu cara tradisi

untuk melepaskan tahun yang telah berlalu serta menerima dan mengalu-alukan tahun yang baru

menjelma. Perhiasan lain adalah perkataanperkataan Cina yang melambangkan tuah, musim

bunga atau keamanan yang ditulis dalam bentuk kaligrafi pada kertas merah. Selain itu, bunga-

bungaan dan tanglung berwarna merah juga adalah sangat penting dalam mewujudkan suasana

perayaan Tahun Baru. Dalam perayaan Tahun Baru, 'makan besar' menjadi satu acara yang

penting termasuklah jenis makanan yang dihidangkan seperti ikan (melambangkan 'lebihan'), 'fatt
choy' (kekayaan) dan sebagainya. Di kalangan rakyat Malaysia, 'Yee Sang' ('ikan hidup' yang

melambangkan tahun yang penuh bertenaga dan member keuntungan) telah diperkenalkan

sebagai satu acara tradisi. Di antara yang dihidangkan termasuklah mi, ikan mentah dan beberapa

jenis pembuka selera yang lain. Ramuan ini dicampur dan digaulkan oleh tetamu yang

mengelilingi meja. Acara menggaulkan 'Yee Sang' ini (atau Iou dalam bahasa Kantonis) menjadi

simbol tahun yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang akan mendatangkan pulangan yang

baik.

2) LATAR BELAKANG

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas

yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup

dalam ketakutan dan kesengsaraan.Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhluk ini.

Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara,

meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat

Cina.Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia

menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina.

Perayaan yang bersamaan dengan  permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan

kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang

menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa

dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang

sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi
penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.Binatang-binatang itu

ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan

arnab.Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat

dan untung nasib binatang tersebut.

Di Malaysia, telah diisytiharkan bahawa dua hari pertama bagi Tahun Baru Cina adalah cuti

umum.Namun hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang

pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.

Sambutan bagi Tahun Baru bermula sebulan sebelum itu. Orang ramai mula membeli belah,

terutama baju baru, perhiasan rumah, dan hidangan wajib Tahun Baru seperti kuih bulan dan

limau mandarin.Menjelang semakin hampir hari Tahun Baru, rumah-rumah akan dihias indah,

bertemakan merah dengan tulisan kaligrafi Cina yang mendoakan kemakmuran dan kekayaan

ditahun hadapan.

Di malam Tahun Baru , kaum keluarga samada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu

bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang

mesyarakat harmoni.Hidangan makan malam Tahun Baru ini biasanya adalah tradisi  turun

temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan

bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang

dipercayaai akan memanjangkan umur seseorang.Bagi yang tua, kemudian malam tahun baru

akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara
ahli keluarga.Tepat detik tengah malam,mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan

sambutan Tahun Baru bermula.

Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan

memeriahkan suasana, disamping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama

penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’.Tetamu mula

berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi

‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin. Ia bersamaan

dengan memberi duit raya di kalangan umat Islam di masa Hari Raya.

Terdapat juga tradisi larangan dimasa Tahun Baru Cina ini.Adalah dipercayai sepanjang 15 hari

sambutan perayaan tidak dibenarkan sesiapa pun membuka perniagaan, atau ia akan ditimpa

kerugian.Tidak dibenarkan juga menyapu sampah di rumah kerana ia akan menghalau keluar

tuah dari ahli rumah.Tarian singa juga dipersembahkan, sebagai tanda memuliakan haiwan ini

yang membantu menumpaskan rasaksa jahat.

Dihari ketujuh sambutan Tahun Baru, yang juga dipercayai hari kelahiran manusia, masyarakat

Kantonis akan menyediakan sejenis hidangan yang dinamakan ‘yee sang’. Ia kaya dengan herba

dan menjadi simbol kehidupan, murah rezeki, dan panjang umur. Masyarakat Hokkien pula

menyambut hari kelapan dengan bersembahyang kepada ‘Tian Gong’, iaitu Dewa

Syurga.Manakala hari terakhir iaitu ke-15, mereka akan mengadakan perarakan Chinggay,

terutama di Pulau Pinang.


3) PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

3.1) Sebelum perayaan

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah

mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib

malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka

untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum

Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang

mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas

yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan

yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini.

Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu

melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli

terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini

sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan

kehormatan.

3.2) Semasa perayaan

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.

Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha,

menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini

memastikan mereka akan lanjut usia.


Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina

menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga

mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk

menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Perayaan Tahun Baru Cina, hari ke lapan, di pinggir kota Vancouver,Kanada

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開年, Cina

Ringkas: 开年, kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk

menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah

kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.


Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi

saudara mara atas kepercayaan berikut:

Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah amat

mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi,

sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam

jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan

kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì, Kantonis: yan

yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar

qamari Cina.

Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul

untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan

dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di

rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina

di merata dunia selain rantau tersebut.

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja

Jed di Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao.

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya

tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada

Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk

melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.


Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

3.3) Selepas perayaan

Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta
Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di
mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api
dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan
berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang
secocok. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk
mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan
yang sesuai.

Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan
Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang
bendera besar "Chingay".

3.4) Peraturan, Amalan Sampingan, Pantang Larang

3.4.1) Peraturan dan Amalan Sampingan

Ang pau

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包, Cina Ringkas: 红包, pinyin:

hóng bāo, bahasa Hokkien (POJ): âng-pau; bahasa Hakka: hung bao; 利是, 利市 atau 利事,

bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh

pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu

kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah

wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka

ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金, bó jīn).
Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya

dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8

dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam

angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

Pasar Tahun Baru

Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini

biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan

sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai

hiasan rumah.

Membeli belah di pasar

Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan

letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah
ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali

panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana

warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun

melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam

bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir

roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek

penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.

Larangan mercun

Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun baru,

namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanya laporan

mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderita akibat

kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaan dan

pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan

sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas sebab-sebab

keselamatan.

 Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun Beijing

menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-undangnya

tidak selalu dikuatukasakan. Di kawasan luar bandar pula, mercun masih digemari ramai

dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai mercun.

 Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu,

kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan
pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru Cina.

Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar China.

 Singapura: Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah

berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain. Ini

dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas berlakunya letupan yang

mengorbankan nyawa dua orang serta satu serangan terhadap dua orang polis yang cuba

menghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari 1972.

Bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim

perayaan. Ketika kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam hari

pertama Tahun Baru Cina, mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga

Pelancongan Singapura. Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan

oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak

boleh dijual secara komersial.

 Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura.

Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari Thailand

untuk memenuhi kehendak diri mereka.

 Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika Tahun

Baru Cina, terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya bukan

kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum, kecuali di beberapa

kawasan metropolitan seperti Jakarta and Medan, di mana tahap toleransi sosial antara

kaum cukup memuaskan.


 Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan

mercun setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun dibakar

di Chatham Square, Chinatown.

Pakaian

Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana

dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang

memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.

Shou Sui

Shou Sui (Cina Tradisional: 守歲, Cina Ringkas: 守岁) berlangsung apabila ahli keluarga

berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang

telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-

anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.

Simbol

Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan

budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak

menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang

berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab

yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara

福 (fú), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan

tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina 倒 (dǎo), atau "terbalik", berbunyi sama
dengan 到 (dào), atau "tiba". Maka, fú dào melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan

kemakmuran.

Balik kampung

Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar,

apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina seberang

laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak saudara pada

malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: 春運, Cina Ringkas: 春

运) dan boleh disamakan dengan fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu

menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung, maka

timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini

seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.

Rumah terbuka

Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan

pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing,

beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan ini

dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.

3.4.2) Pantang Larang

Tuah baik

 Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
 Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka

pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.

 Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi

pemakannya.

 Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar

mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.

 Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan

peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil

kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah

kekayaan.

 Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang

bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk")

 Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana

perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau

"sukar".

 Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan

Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya

sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya

dengan "kaya".)
 Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan

hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa

Kantonis".

 Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal

kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)

 Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah

bagi tahun baru.

 Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru

Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.

 Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi

"buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

4) Kesan Perayaan

4.1) Kesan Kekeluargaan

Melalui perayaan ini, seseorang itu dapat mengeratkan hubungannya dengan keluarga dengan

cara makan beramai-ramai. Apabila melakukan acara ini, seseorang itu akan berasa sangat

hampir dengan keluarganya terutama jika mereka sentiasa berjauhan dengan keluarga. Di

samping itu, sanak saudara yang duduk berjauhan juga akan kembali berkumpul.

Mereka akan mencuci rumah. Ini menunjukkan bahawa semangat kerjasama di dalam sesebuah

keluarga itu wujud dan kesannya amat ketara. Selain itu, segala hutang-piutang akan dibayar dan

dikutip agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun.


Golongan muda pula akan melawat golongan tua bagi menunjukkan rasa hormat mereka

terhadap golongan tua.

4.2) Kesan Perpaduan

Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum. Terdapat pelbagai perayaan di Malaysia.

Masyarakat Malaysia yang sememangnya mempunyai perasaan ingin tahu terhadap sesuatu itu

akan mewujudkan perpaduan melalui perayaan yang terdapat di negara ini. Contohnya seorang

remaja Melayu bersama keluarganya mengunjungi sahabatnya yang berbangsa Cina serta

membawa buah tangan untuk diberikan kepada keluarga sahabatnya itu. Ini akan mengeratkan

lagi hubungan mereka sesama kaum.

4.3) Kesan Pengetahuan

Sebagai seorang rakyat Malaysia, banyak benda yang boleh diambil sebagai iktibar, pengajaran

dan pelajaran. Melalui kajian mengenai perayaan Tahun Baru Cina ini, banyak pengetahuan yang

telah saya dapati. Walaupun kehidupan kini serba moden, adat resam masih dikekalkan dan tetap

diamalkan sehingga kini.

Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya

ia dapat dipertahankan sepanjang zaman. Antara yang masih dipertahankan ialah pantang larang
ketika sambutan perayaan terbabit iaitu tidak boleh menyapu rumah pada hari pertama sambutan

kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan yang ada.

Sama seperti masyarakat lain, kaum Cina juga menyambut kedatangan tahun baru dengan meriah

yang diyakini dapat memberikan lebih kemakmuran dan kekayaan kepada mereka. Mereka akan

pastikan tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan pembawaan keuntungan dalam

kehidupan untuk satu tahun mendatang.

4.4) Kesan Pelancongan

Malaysia kaya dengan perayaannya yang pelbagai. Oleh itu, Malaysia pasti akan menjadi

tumpuan pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara. Kerajaan

Malaysia dapat menambahkan pendapatan negara melalui kemasukan pelancong yang datang

pada musim perayaan.


RUMUSAN

Perayaan Tahun Baru Cina mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Keunikan tarian singa

yang terdapat di dalam Perayaan Tahun Baru Cina dapat menarik perhatian pelancong tempatan dan

luar negara untuk menyaksikannya. Walaupun perayaan ini juga terdapat di China dan Singapura

tetapi keunikan dan keadaannya tidak serupa dengan perayaan yang terdapat di Malysia. Sebagai

rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga kerana negara kita mempunyai pelbagai perayaan yang

dapat menarik pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke Malaysia bagi menyaksikannya

sekali gus dapat mempromosikan negara kita ke persada dunia melalui perayaan yang pelbagai ini.

Saya amat berbangga mempunyai hasil sejarah yang begitu tinggi nilainya. Rakyat kita hidup

dengan mengamalkan budaya kekitaan atau semangat kekitaan. Apabila tiba musim perayaan, rakyat

pasti akan menyambutnya tidak kiralah perayaan apa sekalipun kerana semangat perpaduan itu wujud

dalam kalangan masyarakat. Walaupun menganut agama dan menjalani kehidupan yang berbeza

amalan dan budaya, namun masih ada sikap tolak ansur dan semangat muhibbah yang tinggi di

kalangan rakyat.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-

rakan sepanjang menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama

telah membuatkan saya serta rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat mengenai

perayaan ini.
RUJUKAN

www.google.com

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina

www.scribd.com/kerjakursussejarah

Masakan Cina. Edisi 15 Februari 2010

Jurnal Impresi Kehidupan. 14 Februari 2010

Chua Loo Yen. 24 Februari 2010

Utusan Malaysia. 15 Februari 2010

Remaja. 15 Januari 2004

http://kebudayaan.kpkk.gov.my/upload/Content/pdf/infoCNY

http://www.hmetro.com.my/articles/Pantang-larangTahunBaruCina/Article/

http://kuali.com/recipes/viewrecipe.asp?r=2190

Anda mungkin juga menyukai