Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGUAN

OLEH: RAFIDAH BINTI SITAM


IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM

TARIKH: 12 MAC 2009


TEORI-TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme merupakan satu pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang

kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang telah dipelajari dengan idea

dan fakta yang sedang dipelajari. Pada asasnya, konstruktivisme merupakan kepercayaan bahawa

pembelajaran bermula daripada pengetahuan dan pengalaman yang tersimpan dalam stor memori

atau struktur kognitif.

Namun demikian, apa yang pasti murid tidak akan dapat menerima pengajaran yang serba

sempurna daripada guru. Murid secara keseluruhannya hendaklah lebih aktif dan melibatkan diri

secara langsung. Masalah ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor iaitu antaranya ialah guru

tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid, murid banyak berinteraksi dengan

murid yang lain dan sebagainya.

Dalam pengajaran konstruktivisme, para ahli psikologi telah mengemukakan beberapa

cadangan untuk mewujudkan pembelajaran yang konstruktivisme. Antaranya ialah pembelajaran

penemuan yang telah diperkenalkan oleh Jerome Bruner. Dalam pembelajaran penemuan, pelajar

digalakkan untuk belajar sendiri sebahagian konsep atau prinsip melalui penglibatan aktif.

Seterusnya ialah latihan amalan kognitif yang diperkenalkan oleh Collins, Brown dan Newman

dalam Borich dan Tombori dimana pelajar mesti mahir merekod maklumat dan menggunakan

maklumat tersebut serta mempelajari strategi kognitif dan kemahiran metakognitif.


Aspek pembelajaran kooperatif dan koloborasi turut ditekankan. Pembelajaran kooperatif

ialah penggunaan kumpulan kecil dalam pembelajaran supaya pelajar dapat bekerja bersama-

sama dalam memaksimakan pembelajaran sendiri dan rakan yang lain. Manakala pembelajaran

koloborasi pula pelajar dikehendaki untuk mewujudkan suasana yang telus dan mudah difahami

oleh orang lain supaya dapat bekerjasama. Pembelajaran mastery pula menegaskan bahawa

pelajar boleh menguasai objektif pembelajaran apabila mendapat arahan yang jelas dan masa

yang mencukupi.

Menurut teori pembelajaran kognitif sosial oleh Bandura, beliau telah menegaskan

bahawa faktor-faktor sosial dan kognitif memainkan peranan penting dalam pembelajaran.

Faktor kognitif mempengaruhi jangkaan pelajar berkaitan dengan pembelajarannya manakala

sosial pula meliputi pemerhatian pelajar terhadap tingkah laku atau pencapaian yang dikecapi.

Teori pembelajaran sosial juga menyatakan bahawa manusia adalah makhluk yang aktif

yang berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan berkomunikasi

dengan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai