Anda di halaman 1dari 42

Sistem perbankan dan kewangan

Islam tanpa matawang Islam:


Kereta tanpa petrol ?

Universiti Kebangsaan Malaysia


Fakulti Undang-undang
Sarjana Undang-undang Perniagaan
Musbri Mohamed
DIL; ADIL ( ITM )
MBL ( UKM )
1
Di dalam perdagangan samada di dalam negara atau di peringkat
antarabangsa di Abad ke 21 kini maka perkhidmatan perbankan dan
kewangan amat diperlukan.

Namun sistem perbankan dan kewangan konvensional zaman kini


beroperasi dengan unsur riba. Riba adalah haram di sisi Islam. Riba
adalah isu yang paling sukar bagi kebanyakan ahli ilmu dan ulama
Islam di mana Al-Ghazzali (wafat 505 H) ada menegaskan ertinya :
"Bab riba adalah masalah-masalah yang paling sukar dan
mengelirukan" .

Sehubungan itu pakar ekonomi dan cendiakawan Islam perlu mencari


alternatif dalam melaksanakan fungsi perbankan dan kewangan tanpa
riba . Dan untuk itu cabaran sebegini telah menyediakan rasional bagi
diadakan perbankan dan kewangan Islam.

2
Sejarah ekonomi moden bebas faedah juga telah menyedarkan pelajar
yang mana ironinya ianya telah dilaksanakan oleh komuniti bukan Islam
di mana suatu percubaan praktikal telah diterangkan dan didedahkan oleh
seorang ahli ekonomi bernama Margrit Kennedy di dalam bukunya
bertajuk “Interest and Inflation Free Money.” Beliau memaklumkan
hasil percubaan pelaksanaan model bebas serta tanpa faedah dan di mana
matawang tidak dijadikan komoditi telah berjaya dilakukan di sebuah
pekan kecil Austria pada tahun 1932- 1933, dia menyatakan  : “When
over 300 communities in Austria began to be interested in adopting this
model, the Austrian National Bank saw its own monopoly endangered. It
intervened against the Town Council.”

Beliau bersama beberapa pakar ekonomi di USA telah berusaha bagi


mencadangkan sistem alternatif ini kepada kerajaan USA pada tahun
1933, tetapi semua cadangan mereka telah ditolak.

3
Perbankan dan kewangan Islam telah mulai tersebar luas
di peringkat global mulai tahun 1960an hasil kesedaran
dan keupayaan dalam menghayati Islam sebagai cara
hidup di kalangan umat Islam dunia.

Ianya mulai dikenali secara khusus dan dipratikkan


di Malaysia dengan pengenalan serta dimaktubkan
yangmana seterusnya telah dilaksana melalui Akta
Perbankan Islam 1983 (IBA).

4
Sepanjang tempuh lebih kurang 40 tahun pengenalan
sistem perbankan dan kewangan Islam secara global maka
ianya dengan sistematik telah memasuki dan beransur-
ansur berperanan beriringan dengan sistem perbankan dan
kewangan konvensional. Sokongan dan penerimaan
kepada perbankan dan kewangan Islam menjadi signifikan
kerana jumlah umat Islam di dunia kini berjumlah hampir
1.67 bilion atau bersamaan lebih kurang 23% daripada
penduduk dunia kini .

Dan ianya bukan sahaja berkembang di negara di mana


terdapat negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam
tetapi ianya juga telah berkembang di negara yangmana
penduduk Islam adalah minoriti seperti di United
Kingdom dan Jepun.

5
Produk perbankan Islam antara lain
seperti sistem jualan, sistem pajakan,
deposit, kad kredit dan insuran telah
diujud serta diamalkan di bawah
perbankan dan kewangan mengikut
peraturan yang telah digariskan oleh
syariat Islam berpandukan sumber
perundangan Islam iaitu Al-Quran,
Sunnah, Itjamak dan Qisas di
seluruh dunia.

6
Dengan perkembangan di dunia dan
juga Malaysia maka kita dapati
bahawa struktur perbankan dan
kewangan Islam telah agak kukuh
namun terdapat kekurangannya iaitu
faktor matawang.

Kita faham kenapa faktor matawang


itu penting kerana krisis ekonomi yang
melanda negara kita Malaysia dan
juga Asia pada tahun 1987 dan tahun
1997.

7
Penulis sendiri sebagai peguam telah terlibat di peringkat
awal pada tahun 1980an sebagai peguam panel bagi Bank
Islam (M) Berhad telah terlibat di dalam perbankan dan
sistem kewangan Islam namun sehingga hari ini masih
tertanya-tanya kenapa matawang Islam belum menjadi
realiti bagi pengisian sistem perbankan dan kewangan
Islam.

Dengan itu dalam konteks ini ,maka soalan yang berbunyi


kita telah ada kereta namun kereta tanpa petrol berlegar-
legar di minda pelajar dan juga ramai individu yang lain
yang ingin serta ikhlas untuk mengamalkan perbankan
dan kewangan Islam sebagai cara hidup.

8
Sebagai seorang Islam maka kita agak bimbang akan serangan
terhadap sistem perbankan dan kewangan Islam terbuka dan
terdedah untuk diserang oleh musuh Allah s.w.t samada
daripada dalam atau luar kepompong Islam.

Secara idealnya maka perbankan dan kewangan Islam dilihat


mampu memberikan harapan bagi mengelak krisis ekonomi
yang berlaku.

Berdasarkan prinsip-prinsip Shari’ah yang menuntut keadilan


dari segenap aspek seperti larangan riba, gharar, judi dan
spekulasi berlebihan menjanjikan penyelesaian kepada krisis
kewangan yang berlaku.

Persoalannya di sini, adakah sistem perbankan dan kewangan


Islam yang diamalkan pada masa kini benar-benar bebas
daripada segala bentuk krisis kewangan atau sebaliknya?

9
Penulis bimbang tanpa sokongan dan peranan matawang
Islam maka sistem perbankan dan kewangan Islam yang
dirancang, laksana dan pantau boleh dirobohkan seperti
mana-mana sistem yang diadakan oleh manusia di dunia.
Bagi penulis untuk menjayakan perbankan dan sistem
kewangan Islam maka pengisian utama adalah matawang
Islam. Tanpa faktor matawang Islam maka sistem perbankan
dan kewangan Islam ini masih merupakan sebuah kereta
tanpa petrol.

Fakta sejarah dengan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa


Bersatu, Bank Dunia, Bretton Woods Conference dan
International Monetary Fund (IMF) meletakkan kaitan atau
halangan kepada keujudan matawang Islam yang dianggap
perlu sebagai kejayaan perbankan dan sistem kewangan
Islam adalah merupakan perkiraan dan indikator yang tidak
mampu untuk diketepikan.

10
Penulisan ini merupakan perkongsian ilmu dan
ianya diharap akan membuka minda pembaca
tentang hakikat bahawa dalam melaksanakan
perbankan dan kewangan Islam maka isu faktor
matawang tidak boleh disampingkan kerana
pengalaman di dalam sistem perbankan serta
kewangan sekular dalam perspektif matawang
ini adalah panduan terbaik yang kita ada bagi
menambahbaik sistem perbankan dan kewangan
Islam yang sedang kita usahakan untuk
dibangunkan bagi kebahagiaan kita umat Islam
di dunia membawa ke akhirat.

11
Adalah sukar bagi mendefinisikan apakah itu perbankan dan
kewangan Islam. Ini kerana definisi ini sudah pasti akan melibatkan
status bagi statut perundangan di sesuatu tempat itu. Masalah ini
timbul kerana kini telah terdapat lebih kurang 54
buah negara Islam di dunia dan majoriti besar daripada mereka tidak
menganggap negara mereka sebagai negara Islam.

Contoh yang agak jelas negara Islam yang menganggap mereka


sebagai negara sekular adalah negara Turki dan Indonesia .

Manakala negara seperti Arab Saudi, Iran dan Malaysia adalah


negara yang konsisten di dalam pengitirafan mereka sebagai
Negara Islam di dunia.

12
Di Malaysia menurut s. 2 IBA 1983 telah
mendefinisikan “Perniagaan perbankan Islam "
sebagai perniagaan perbankan yang mana operasi dan
tujuan adalah tidak melibatkan elemen-elemen yang
bertentangan dengan agama Islam.

Definisi ini tidak mencukupi bagi menerangkan ciri-ciri


perniagaan perbankan dan kerana itu kita perlu
menyatukan definisi perniagaan perbankan di bawah
BAFIA dengan definisi perniagaan perbankan Islam
di bawah IBA.

13
Penulis berpandangan bahawa asas bagi matawang Islam ada
diterangkan di dalam Hadis Rasulullah s.a.w yang juga menjelaskan
mengenai riba :-

“ Gold for gold, silver for silver, wheat for wheat, barley for
barley, dates for dates, salt for salt – like for like, equal for equal,
and hand-to-hand (spot); if the commodities differ, then you may
sell as you wish, provided that the exchange is hand-to-hand
or spot transaction.”

These commodities can be classified under two main categories


which make the illah (ratio decidendi) for their prohibition:

Medium of exchange (currency) : gold and silver.


Staple foods : wheat, barley, dates and salt.

Daripada hadis di atas maka kita dapat menyatakan bahawa


di zaman kini matawang yang paling ideal adalah emas dan perak.

14
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar
Rasulullah s.a.w telah bersabda ;

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh
digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk
digunakan) .

Kejayaan menjadikan emas sebagai matawang belum boleh dianggap satu


kejayaan mengislamkan ekonomi . Apa yang lebih perlu diperbetulkan
adalah sikap, kefahaman dan sistem regulasi kewangan dunia hari ini.

Sistem matawang emas dan perak ini pun bukanlah diperkenalkan oleh
Rasulullah, malah ia telah wujud sebelum dari kebangkitan Rasulullah.
Islam menerima pakai dua logam berharga itu sebagai matawang dan
hanya mampu di islamkan apabila syarat-syarat urusniaga matawang yang
digariskan oleh baginda Nabi dipenuhi . Memperjuangkan matawang emas
bukan segala-galanya bagi sebuah ekonomi dan kewangan Islam.

15
Kerajaan Malaysia dilihat begitu komited dalam usaha
untuk memperkenalkan penggunaan mata wang Dinar
Emas dalam perdagangan antarabangsa, khususnya
di antara negara-negara Islam.

Tun Dr. Mahathir semasa itu sebagai Perdana Menteri


Malaysia berkata bahawa pendekatan ini akan
dilaksanakan tanpa perlu menunggu persetujuan
keseluruhan negara Islam, iaitu boleh dimulakan dengan
hanya melibatkan dua atau tiga negara. Malaysia juga
berpendapat bahawa selain bersandarkan kepada faktor
dinar emas sebagai satu alternatif terbaik kepada mata
wang lain yang terdedah kepada aktiviti spekulasi mata
wang dan seterusnya melindungi negara-negara Islam dari
manipulasi ekonomi, pendekatan ini juga menzahirkan
kepada masyarakat dunia bahawa Islam merupakan suatu
cara hidup yang terbaik dalam semua aspek termasuklah
ekonomi dan perdagangan.

16
Allah s.w.t memberi ingatan :

Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu


kepada Allah s.w.t dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya
kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak
meninggalkannya, istiharkanlah perang dengan Allah dan
RasulNya. Dan jika kamu bertobat (daripada pengambilan riba),
maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak
(pula) dianiaya ” .

Al-Baqarah: 278 & 279

Menurut Abu Hanifah An-Nu’man berkata : “Inilah ayat


di dalam Al-Quran yang paling menakutkan.”

17
Di dalam perkara yang besar maka Allah s.w.t memerintah hambaNya
berkerjasama di dalam ayat Surah Al- Taubah, Ayat 71 :-

"Dan mukmin dan mukminat, sesetengahnya menjadi penolong bagi


sesetengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang
dari berbuat kejahatan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat,
serta ta'at kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh
Allah"

Allah s.w.t juga memerintahkan supaya manusia jika melakukan


pekerjaaNya agar dilaksanakan secara perancangan, pelaksanaan dan
pemantauan yang tersusun Ash Shaff : Ayat 4 :-

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya


dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan
yang tersusun kukuh.

18
Mengamalkan pandangan tegas seperti pengharaman menyeluruh
secara serentak terhadap sistem bank konvensional sudah pasti boleh
menyebabkan kehidupan umat Islam dan lainnya akan terhenti.

Keadaan ini menyebabkan Imam Al-Ghazzali pernah berkata :-

Ertinya : Sesungguhnya sekiranya harta haram telah tersebar luas


di sebuah tempat dan sukar untuk berpindah dari tempat itu
maka harus hukumnya berurusan walaupun melebihi had darurat,
kerana jika manusia hanya dihadkan sekadar 'alas perut' (had
dharurat) maka pastilah akan terhenti kehidupan manusia, rosaklah
sistem dan tatkala itu urusan agama juga akan rosak dan jatuhnya
syiar Islam ( kerana semuanya tidak boleh dilakukan tanpa
peranan harta) .

19
Ertinya : Berkata Ibnu Abbas, "Jangan kamu bersyarikat dengan Yahudi,
Nasrani atau Majusi" , maka aku ( Ibn Hamzah) bertanya " Mengapa tidak?"
Jawab Ibn Abbas : "Kerana mereka melakukan riba dan riba tidak halal" .

Hadith di atas menjadikan Imam As-Syafie menganggap ber'musharakah'


dengan bukan Islam adalah makruh. Manakala Imam Ahmad, Awzaie dan
Hasan al-Basri menganggapnya harus.

Imam Ibn Qudamah pula mengulas sambil menyatakan kata-kata Ibn Abbas
tadi hanyalah pandangan seorang sahabat dan tidak pula tersebar di kalangan
sahabat lain.

Manakala Khalifah Umar al-Khattab berpandangan harusnya dengan iktikad


ianya daripada pendapatan mereka yang halal sebagaimana Nabi Muhammad
s.a.w diriwayatkan membeli makanan daripada Yahudi dan mencagarkan baju
besi Baginda s.a.w .

20
Hasil daripada pendapat-pendapat ini, selagi mana urusniaga
menepati Syariah, ia adalah sah walaupun terdapat rakan kongsi
bukan Islam yang tidak diketahui sama ada modalnya daripada
yang sumber haram atau halal. Jika bermusharakah dengan
bukan Islam juga dihukum sebagai harus, apatah lagi berjual beli
komoditi dengan bukan Islam atau bank konvensional.

Tidak dinafikan terdapat perbincangan dan pertikaian berkenaan


keharusan bermusharakah dengan individu bukan Islam.

Terdapat sebahagian ulama yang tidak membenarkannya dan ada


juga yang menganggapnya sebagai makruh.

21
Ertinya : Telah ijma' atau sepakat seluruh umat Islam keharusan
urusan dengan ahli zimmah dan lain-lain orang kafir selagi mana
(urusniaga itu) tidak jatuh dalam perkara haram. Tetapi umat Islam
tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang
sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka
dalam menegakkan agama mereka " .

Justeru itu, telah ijma' berkenaan keharusan membeli dan menjual


sama ada kepada Yahudi, Nasrani (Kristian), Buddha, Hindu dan
lain-lain selagi mana mereka tidak terlibat secara langsung (dan
rasmi) memerangi Islam, transaksi pula dilakukan bertepatan dengan
Islam.

Namun adakah industri perbankan konvensional dianggap musuh


yang sedang berperang dengan Islam?

22
Melaburkan wang di institusi konvensional pastinya akan
menjatuhkan permintaan kepada perkhidmatan kewangan Islam
di masa akan datang. Kita mengetahui bahawa ‘rules of the
game’ di dalam pasaran semasa dunia banyak dipengaruhi oleh
konsep ‘demand and supply’, justeru segala penggunaan dana
Islam mesti disalurkan ke pelaburan Islam, hanya dengan cara
ini permintaan terhadap perkhidmatan kewangan Islam menjadi
lebih tinggi dan kukuh.

Menggunakan dana yang diperoleh secara Islam dan digunakan


untuk pelaburan riba bagi mendapatkan keuntungan tetapnya
tergolong secara jelas dalam kategori pemakan riba.

23
Maslahat yang diutarakan untuk membolehkan riba adalah
lemah, serta boleh dianggap sebagai ’Maslahat Mulghah’
kerana ia bertembung dengan nas qati’e berkenaan larangan
daripada terlibat dengan sebarang aktiviti riba, terutamanya
di waktu wujudnya ruang-ruang lain untuk pengurusan dana
secara halal.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :-

Ertinya: "Dilaknati Rasulullah s.a.w pemakan riba, dan


pemberi makan, saksinya dan penulisnya. "

Tujuan perniagaan adalah bagi mendapatkan keuntungan atau


laba yang berupa wang. Di zaman moden kini wang berupa
dalam bentuk wang tunai, harta, bon-bon dan hutang.

24
Matawang dunia kini yang menggunakan dolar USA
adalah satu yang agak rapuh. Ini kerana pada tahun 1973
pencetakanya telah tidak lagi bersandarkan emas.
Manipulasi stok emas di USA telah dilakukan oleh pihak
Yahudi bagi merampas ekonomi dunia ke tangan mereka.
Terdapat gerakan terancang mereka dari segi ketenteraan,
politik dan ekonomi sejak 150 tahun yang lalu bermula
dengan pembukaan Bank Of England. Modus operandi
mereka adalah dengan tujuan bagi manipulasi sistem
kewangan dunia.

25
Melihat daripada jumlah global international trade pada tahun
2008 sekitar US$ 32 trillion iaitu purata US$88 billion setiap
hari, manakala‘daily turnover’ bagi global foreign exchange
markets pula dianggarkan pada nilai USD $ 3.98 trillion iaitu 45
kali ganda  lebih besar dari jumlah perdagangan antarabangsa .

Ini bermakna hanya 2% daripada pertukaran matawang benar-


benar didasari oleh permintaan sebenar oleh kerajaan dan
peniaga. Baki 98 % global foreign exchange markets adalah
merupakan pasaran kewangan yang dikawal oleh pihak Yahudi
dan kepentingan Yahudi. Pasaran ini adalah dilakukan atas dasar
spekulasi yang akhirnya menyebabkan inflasi di seluruh dunia
dan menjadi salah satu punca ketidakstabilan ekonomi dunia
pada 1930an , 1977, 1987, 1997 dan kegawatan pada hari ini
bermula 2008 baru lalu.

26
Pihak Negara-negara Islam termasuk
cendikawan Islam perlu difahamkan
dan senantiasa diperingatkan bahawa
bahawa matawang US Dolar kini
adalah merupakan alat pihak Yahudi
bagi mengawal ekonomi dunia yang
telah mereka rancang 300 tahun
sebelum kelahiran Nabi Isa a.s dan
mulai dilaksanakan dengan penubuhan
Bank of England sehingga
ke International Monetary Fund
(IMF).

27
Pihak Yahudi sebenarnya amat takut kepada emas
dan perak dan ini telah kita lihat bagaimana mereka
mengawal Kongres Amerika pada 1971 dalam
skandal Fort Knox di mana matawang US Dolar
yang selama itu stabil kerana bersandarkan emas
telah tidak lagi boleh distabilkan. Ini kerana pihak
Yahudi telah membeli majoriti besar simpanan
emas Amerika Syarikat melalui Federal Reserve
System (FRS).

Daripada tahun 1973 percetakan US Dolar tidak


lagi bersandarkan emas dan peristiwa itu telah
mencipta sejarah kegawatan ekonomi di dunia
moden mengikut acuan pihak Yahudi.

28
Berdasarkan data yang diberikan kita mendapati sekitar USD 700
bilion aset Islamik global diuruskan oleh Perbankan Konvensional
manakala hanya USD 250 bilion aset Institusi Kewangan Islam yang
diuruskan oleh Institusi Kewangan Islam sendiri. Jumlah yang
diuruskan oleh konvensional ini juga dinyatakan telah melonjak ke
beberapa trillion Dollar pada tahun 2007 lalu . Keadaan ini
membuktikan bahawa begitu besarnya kebocoran dana yang diraih dan
distruktur secara Islam, namun ia telah disalurkan ke industri
konvensional sama ada melalui salah satu antara tiga cara iaitu :-

(a) Komoditi Murabahah antara Bank Islam dan Konvensional


(b) Berbalas Pinjaman antara Bank Islam dan Konvensional (Qurud
Mutabadalah)
(c) Dana Islam dilabur secara langsung melalui pembelian Bon
Konvensional.

29
Dengan kedudukan di atas maka negara Islam wajib
melaksanakan matawang Islam bagi perdagangan yang
sah di sisi syariat Islam dan untuk keperluan itu maka
satu pusat perbankan dan kewangan Islam global perlu
dibentuk.

Sistem Dinar Islam yang bersandarkan emas dan perak


adalah pilihan terbaik setakat ini.

Firman Allah s.w.t berfirman Surah Ar Ra’d (Juz


13), Ayat 11

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu


kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada
pada diri mereka sendiri”

30
Jika kita melaksanakan suruhan Allah s.w.t , Insyallah
kita akan dipelihara daripada kesulitan. Malah diberi
rezeki daripada pelbagai cara. Allah s.w. t berfirman
yang maksudnya:

Jika sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman


dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada
mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka
mendustakan ayat-ayat kami itu, maka Kami seksa
mereka disebabkan perbuatannya .

Al-A’raaf: 96

31
Dalam ayat yang lain Allah s.w.t berfirman yang
maksudnya:

Dan jika mereka sungguh-sungguh menjalankan


(hukum) Taurat, Injil dan (al- Quran) yang diturunkan
kepada mereka dari Tuhannya, nescaya mereka akan
mendapat makanan dari atas mereka dan dari bawah
mereka .

Al-Maidah: 66

32
Di dalam krisis ekonomi kini maka pada pandangan
oleh Prof. Madya Dr. Ahamed Kameel Mydin
Meera

........Buat masa ini, bank- bank Islam kelihatan


stabil dan mampu mengatasi krisis memandangkan
mereka tidak melabur dalam instrumen hutang
seperti tanggungan hutang berasaskan kolateral
(collateralized debt obligations) atau instrumen
derivatif (credit default swaps) yang
menyebabkan kejatuhan sistem kewangan.

33
Bagaimanapun, semua bank adalah saling berkaitan antara satu
sama lain melalui rangkaian transaksi perakaunan.

Oleh itu, kejatuhan bank-bank konvensional akibat pengecutan


kredit (credit crunch) akan juga menjejaskan perbankan Islam.

Ruanglingkup tadbir urus korporat, perundangan dan operasi


perlu diberikan perhatian serius bagi mengelak fenomena yang
sama berlaku kepada institusi kewangan konvensional.

Sektor kewangan Islam yang dijangkakan mencecah USD4 trilion


dalam masa lima tahun akan datang oleh Perkhidmatan Pelaburan
Moody perlu dipelihara dan dipertahankan agar ianya tidak
kecundang seperti sistem kewangan konvensional sedia ada.

34
Pada masa ini, perbankan Islam telah bergabung dengan
perbankan konvensional. Oleh kerana itu, mereka saling
berkaitan melalui rekod-rekod perakaunan. Ini
mengakibatkan bank yang mengamalkan sistem
perbankan Islam kurang berdaya tahan dalam menangani
kemelesetan kewangan global.

Sebagai rakan kongsi bank konvensional, bank Islam


turut beroperasi dalam ruang lingkup sistem perbankan
rezab berkadar (fractional reserve banking) yang
menggunakan ‘wang fiat’ yang tidak disandarkan dengan
komoditi sebenar seperti emas dan perak.

35
Perpindahan kekayaan orang ramai kepada
pemerintah dengan nilai yang berpatutan masih
boleh diterima dari segi etikanya kerana
sebahagian besar dari kekayaan itu mungkin
akan digunakan oleh pemerintah untuk
kepentingan rakyatnya.

Sebaliknya, perpindahan kekayaan daripada


orang ramai kepada institusi bank yang dimiliki
oleh pihak swasta melalui penciptaan wang fiat
bank adalah sukar diterima jika berdasarkan
kepada hujah etika dan keadilan .

36
Penulis berpandangan bahawa perbankan dan sistem kewangan Islam perlu
kepada matawang Islam yang bebas daripada kawalan pihak Yahudi dan
Kristian. Firman Allah s.w.t :

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan menjalin hubungan
dengan orang-orang kafir yang tidak memerangi dan mengusir kamu dari
tanah air kamu. Sesungguhnya Allah amat mengasihi mereka yang berlaku
adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu memberi walad (kuasa
penuh) kepada mereka. Maka mereka itulah orang yang zalim.”

Al Munthahanah : 8-9

Dengan menggunapakai matawang US Dolar sebagai matawang dunia


maka negara-negara Islam telah memberi kuasa penuh kepada orang-orang
kafir mengawalselia ekonomi Islam.

37
Kesatuan Fiqh Islam sedunia, akur kepada system kewangan dunia yang
dipegang oleh bukan Islam, mereka mengatur dan menjadikan kertas
sebagai matawang. Maka atas dasar hajiat, ulama sedunia bersama pakar
ekonomi Islam membuat keputusan keharusan untuk mengunapakai
matawang kertas namun mestilah diuruskan menepati cara urusan emas dan
perak yakni dari sudut hukumnya dan juga cara pengendaliannya sebagai
matawang, iaitu tidak harus dijadikan komoditi.

Forex trading walaupun dibuat spot tetapi untuk mengabil untung atas
perbezaan nilai matawang, adalah juga haram di dalam Islam kerana ia lebih
kepada spekulasi dan perjudian. Di samping isu-isu lain seperti gharar dan
keterlibatan riba dalam leverage. Apapun, yang pasti perniagaan forex
trading wang kertas pelbagai negara adalah untuk menraih untung atas
perbezaaan nilai matwang adalah haram kerana ia adalah judi dan penyebab
mudarat kepada sistem ekonomi dunia dan penyumbang kepada inflasi serta
ketidakstabilan nilai matawang.

38
Bank-bank Islam di seluruh dunia juga dikawal selia oleh Majlis Syariah
masing-masing agar tiada unsur spekulasi dalam setiap forex trading mereka.
Hanya forex untuk tujuan lindung nilai ( hedging) sahaja dibenarkan. Itulah
juga keputusan Majlis Shariah Bank Negara Malaysia. Forex trading untuk
raih untung atas perbezaan nilai matwang tidak dibenarkan oleh majoriti Majlis
Syariah bank-bank Islam walaupun ia dibuat secara spot.

Cadangan di atas tidaklah ganjil dan pelik, malah ia juga telah dicadang oleh
ramai pakar ekonomi termasuk yang bukan beragama Islam. Contohnya
selepas berlakunya kegawatan pada tahun 1930 an,  ‘Economic Crisis
Committee’ telah dibentuk oleh  Southampton Chamber of Commerce, selepas
perbincangan dan diskusi mendalam mereka menyatakan:

“In order to ensure that money performs its true function of operating as a
means of exchange and distribution, it is desirable that it should cease to be
traded as a commodity.“

39
Cabaran yang mendepani sistem kewangan
Islam di Malaysia perlu ditangani dengan
segera supaya pelaksanaannya lebih sempurna,
antaranya keperluan tenaga pakar yang mahir
dalam semua aspek urus niaga bagi
memastikan setiap transaksi dibuat menurut
amalan syariah.

40
Menutup bicara menyentuh mengenai matawang kita mengambil kenyataan
Syeikh Taqi yang telah menegaskan :

“Bagi menyelamatkan dunia dari kesan buruk, penjualbelian matawang


mesti dihentikan. Namun begitu, pertukaran matawang berbeza adakalanya
tidak dapat dielakkan bagi keperluan perdagangan antarabangsa, yang
mana memerlukan pertukaran dan jualbeli matawang berbeza…margin
keuntungan penjual mungkin telah dimasukkan dalam nilai tukaran.
Biasanya pertukarandari jenis ini yang didasari oleh tujuan-tujuan asas
 perdagangan komoditi sebenar, ia tidak banyak mengancam
ekonomi. Masalah sebenar hanya berbangkit apabila pertukaran matawang
dibuat bagi tujuan spekulasi dalam nilai matawang itu sendiri. Amat malang
apabila didapati majoriti transaksi pertukaran matawang  dibuat adalah
atas dasar spekulasi tulen (judi).”

41
Buat masa ini kawan naik motosikal sahaja
Kereta memerlukan petrol sebagai bahan kerana untuk jimat duit daripada keperluan
api untuk menghidupkan injin kereta. mengisi minyak kereta…… Alhamdulillah
bergerak juga program ekonomi negara
kita… PM Malaysia
Analoginya pula adalah sistem perbankan
dan kewangan Islam juga memerlukan
matawang Islam bagi menghidupkan
sistem ekonomi Islam. Tanpa matawang
Islam maka perbankan dan kewangan
Islam adalah seperti kereta tanpa petrol.

Kereta tanpa petrol akan gagal untuk


bergerak membawa kita ke destinasi yakni
bagi mencapai keredhaan Allah s.w.t.
di dunia membawa ke akhirat.

Terima kasih.

Musbri Mohamed

42

Anda mungkin juga menyukai