1
dan lain-lain.
2
Mereka tahu bahawa belajar biasanya mengambil masa, perlu
bimbingan, dan ulangan pengalaman.
- Sistem disiplin tegas beranggapan apabila murid diberi tahu
peraturan dan menghukum mereka yang melanggarnya akan
mengelakkan pelakuan yang tidak diingini. Pendekatan ini akan
mengawal tingkah laku murid pada waktu itu, tetapi murid tidak
tahu mengapa sesuatu pelakuan itu tidak diterima ataupun
adakah mereka belajar untuk menyesuaikan diri pada situasi
yang lain.
- Sistem pengurusan tingkah laku yang menguatkuasakan
peraturan oleh golongan dewasa yang berautoriti tidak akan
membantu murid belajar bertanggungjawab.
- Walau bagaimanapun sistem ini mengajar murid untuk
mematuhi peraturan yang diamalkan melalui kuasa yang tegas.
Ada masanya orang dewasa perlu tegas dan
dan menuntut kepatuhan semerta. Misalnya, untuk mengelakkan
kecederaan atau semasa kecemasan seperti kebakaran. Orang
dewasa perlu mengawal disiplin sehingga murid memahami
rasionalnya mereka perlu mengawal tingkah laku dalam keadaan
demikian.
- Walau bagaimanapun , mengawal tingkah laku murid dengan
kuasa dan menuntut kepatuhan semerta tidak semestinya
sebagai cara pengurusan tingkah laku.
- Pada pandangan Gartrell (1987a) menegaskan disiplin tegas
akan merosakkan konsep kendiri murid dan menjadikan guru
‘pengurus teknikal’. Malahan ia menyebabkan murid tidak dapat
memastikan tingkah laku yang sesuai dan tidak membina rasa
tanggungjawab dalam diri mereka.
- Model disiplin tegas gagal memastikan sebab berlakunya tingkah
laku mengganggu. Sistem ini diaplikasikan tanpa mengambilkira
kurikulum, susun atur bilik darjah atau jadual waktu. Sistem
disiplin perlu mengambil kira semua faktor dan individu yang
terlibat dalam situasi pengajaran.
- Jones dan Jones(1990) melaporkan sesetengah sekolah yang
mengamalkan program disiplin tegas selama ini telah tidak lagi
mengamalkannya sebab:
- ramai guru kecewa kerana murid bermasalah kurang berkait
dengan prosedur itu
- murid yang tidak memerlukan kaedah disiplin tegas merasa aib
atau bimbang
- guru yang sering melaungkan “duduk!”, “diam!” “keluar!”
semasa di bilik darjah adalah
gagal memenuhi keperluan asas dan akademik murid
- guru lebih banyak menggunakan disiplin tegas untuk
mengelakkan tingkah laku
mengganggu daripada menilai kaedah pengajarannya
3
b) Model Glasser
-
c) Model Ginott
4
- Ginott menggunakan istilah komunikasi kongruen (setimpal)
untuk menerangkan tindak balas yang harmoni dengan
perasaan murid tentang sesuatu situasi atau diri mereka.
- Ginott menggalakkan kerjasama bukan memaksanya.
- Guru yang menggunakan cadangan Ginott tidak melabel murid
dan berkomunikasi berdasarkan kerelaan mereka untuk
membantu murid menyelesaikan masalah.
- Laporan Charles dan Barr (1989), guru yang gunakan pandangan
Ginott merasa perlu pengurusan yang berstruktur dalam situasi
pengajaran.
- Ginott menegaskan tentang kebolehan komunikasi berkesan
dengan murid amat perlu kepada guru prasekolah.
- Beliau juga menegaskan perlunya guru meningkatkan keyakinan
murid dan tingkah laku guru sebagai contoh/model.
d) Model Driekurs
5
a) Menyedari kepelbagaian murid : murid berbeza JERIS dan
budaya. Cara menangani dan melayani murid akan berbeza.
b) Penghayatan kurikulum: guru perlu mahir dalam subjek dari segi
ilmu dan cara menyampaikannya supaya pengajaran lebih
berkesan.
c) Kemahiran pedagogi: menggunakan pelbagai strategi , teknik
pemudahcaraan dan BBM untuk pembelajaran murid
d) Amalan budaya penyayang : Budaya guru penyayang
dipraktikkan semasa mengajar dan melayani murid di dalam dan
di luar kelas.
e) Kemahiran isi kandungan: Guru mahir merancang isi dan
komponen pembelajaran serta dapat menyampaikannya dengan
berkesan
f) Kemahiran menilai : memahami dan mengamalkan teknik-teknik
penilaian yang sesuai untuk mengesan perkembangan dan
kemajuan murid.
g) Membantu pembelajaran: Guru membantu pembelajaran murid
dengan melibatkan pelbagai deria , menggalakkan berfikir,
membuat penerokaan dan membuat perkaitan. Mempelajari
pelbagai konsep secara bersepadu dan menyeronokkan.
h) Mengamalkan sisat-sifat guru yang wajib mengikut Islam:
seperti zuhud, bersih, ikhlas, halim, berilmu dan lain-lain.
i) Mengamalkan sifat-sifat yang disukai oleh murid: emosi stabil
dan sabar, ceria, suara dan tingkah laku beradab, bersimpati dan
berempati, tegas dan lain-lain lagi.
j) Guru yang reflektif: sentiasa muhasabah diri untuk menilai
kekurangan dan membuat pembolehbaikan atau
memperbaikinya.