Anda di halaman 1dari 14

3.

7 PENILAIAN DAN REKOD


PERKEMBANGAN MURID

KONSEP PENILAIAN:

“… proses mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang keperluan,


kekuatan, kebolehan dan pencapaian.”

“… proses mengumpul data dan membuat pertimbangan tentang keberkesanan


program pengajaran, polisi dan prosedur.”
(Arthur et.al.; 1996)

Penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan


kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. 

•    sebahagian daripada proses p & p 

•   dijalankan secara berterusan & tidak formal

• bertujuan untuk mengenal pasti pelbagai kecerdasan


dan potensi untuk dipertingkatkan dan diberi
pengukuhan

 TUJUAN PENILAIAN
i.  mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;

ii.  mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh;

iii. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari


semasa ke semasa;

iv. mengesan keberkesanan pengajarannya;

v.  merancang dan mengubah suai aktiviti pengajarannya;

vi. menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.


PELAKSANAAN PENILAIAN

Merekod Menyimpan dan


Menganalisis Maklumat

Melaksanakan penilaian:
Pemerhatian tingkah laku Melapor
Pemerhatian Interaksi/lisan
Hasil Kerja Murid Ya Tidak
Tindakan Tindakan
susulan susulan
aktiviti Sudahkah aktiviti
pengayaan murid menguasai? bimbingan

Membina Indikator Ya Teruskan

MERANCANG Pelajaran/ Kemahiran Baru


Menentukan hasil pembelajaran
berdasarkan senarai semak
PROSES PELAKSANAAN PENILAIAN

MERANCANG

Sebelum menilai murid, guru hendaklah merancang:


i.  Murid yang hendak dinilai
ii. Domain yang hendak diberi tumpuan
iii. Kaedah pemerhatian yang sesuai
iv. Cara merekod
v. tempoh masa dan bila hendak dijalankan

MEMBINA INDIKATOR

Guru hendaklah mengambil kira hasil pembelajaran seperti dalam komponen-


komponen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

MELAKSANAKAN PENILAIAN
Penilaian Secara Pemerhatian :
Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian yang sistematik untuk mengumpul
data atau maklumat dan merekodnya dengan tepat.

Kaedah Penilaian Melalui Pemerhatian :-

• Pemerhatian tingkah laku

• Pemerhatian perbualan atau interaksi

• Hasil Kerja
PEMERHATIAN TINGKAH LAKU
Untuk menilai aspek berikut:  

Sikap
Amalan
Kemahiran sosial
Kemahiran manipulatif
Kemahiran kinestetik

PENILAIAN SECARA PEMERHATIAN


PERBUALAN / INTERAKSI MURID
TUJUAN: untuk mendapatkan maklumat semasa berlakunya interaksi antara
murid dengan guru; murid dengan murid; dan murid dengan bahan
pembelajaran

Contoh:

• Perbualan atau interaksi antara murid dengan guru  

• Perbualan atau interaksi antara murid dengan murid   

• Interaksi murid dengan bahan   

• Main peranan  

• Bersoal jawab   

• Bercerita

• Bacaan

• Nyanyian
PEMERHATIAN HASIL KERJA MURID
Contoh Hasil Kerja yang boleh diperhati dan dinilai:
Lukisan
Tulisan
Buku skrap
Kraf tangan
Buku kecil
Model

MEREKOD

Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secata bersistem berkaitan


perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Maklumat dalam
rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang
pembelajaran murid.

Kaedah mengumpul dan merekod maklumat melalui:

• Senarai Semak;

• Catatan Anekdot;

• Rekod Berterusan

Penyediaan Senarai Semak


• Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat

• Tingkah laku yang ingin diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan


jelas

• Digunakan untuk melihat/menilai t/laku mudah dalam konteks semula


jadi

• Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak

• Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan


perkembangan tingkah laku yang ingin diperhati

• Maklumat untuk melengkapkan senarai semak boleh didapati daripada


satu
atau dua pemerhatian

• Boleh ditanda semasa atau selepas membuat pemerhatian


Contoh Senarai Semak

SENARAI SEMAK

KOMPONEN : Kurikulum Pendidikan Islam

Nama Murid: ___________________ Kelas: ______________

Arahan: Sila tandakan (  ) dalam petak apabila murid sudah menunjukkan


kebolehannya. Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum menguasai
kemahiran itu.
HASIL ULASAN / ULASAN / ULASAN /
Tanda (Ö) PEMBELAJARAN TARIKH TARIKH TARIKH

  1.Aqidah    
1.1.1 Menyebut
Rukun Iman
  1.2.1 Menyebut      
sifat Allah

1.5.1 Menyebut
nama rasul

1.5.4 Berselawat
kepada rasul

1.5.6 Menerangkan
cara
menghormati
Al-Quran
1.6.3 Menyatakan
balasan syurga
untuk orang
berbuat baik

szdsddff
REKOD ANEKDOT
Rekod Anekdot
Rekod Anekdot

Satu catatan ringkas tentang satu peristiwa atau tingkah laku murid yang
dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan.
Anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku, bila dan di
mana berlaku.
Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid berkenaan.
Rekod anekdot tidak memerlukan setting, borang atau masa tertentu.

Langkah Penyediaan Rekod Anekdot

• Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.

• Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek


perkembangan murid.

• Menuliskan selepas peristiwa itu.

• Tulis apa yang dilihat secara objektif.

• Perkara-perkara yang direkod dalam rekod anekdot ialah yang


menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola
interaksi sosial, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kejayaan-
kejayaan.

Panduan Merekod Secara Anekdot

• Buat catatan bagi memastikan insiden yang direkod tidak tercicir.

• Pastikan nama, tarikh. Masa dan suasana dicatat dalam buku nota.

• Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian.

• Catatkan tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh murid.

• Masukkan respon orang lain sekiranya berkaitan.

• Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.


Contoh Rekod Anekdot
Nama: Maria Tarikh: 15.6.2002
Masa: 9.00 pagi Tempat: Di luar Kelas

Pemerhatian: Interpretasi:
Maria dan Tina duduk di bawah
pokok sambil bermain tepuk tangan. - Maria menunjukkan bahawa dia
Agus datang menghampiri mereka mempunyai perasaan untuk
dan menunjukkan bunga raya yang menjaga dan menyayangi lam
telah dipetiknya di kawasan tadika. sekitar.
Dia menyepak bunga itu seolah- - memiliki kecerdasan naturalis
olah seperti bola raga.
Maria menegur: “Mana boleh buat
macam tu…”
“Tak apa”, kata Agus.
“Tak reti..itu bukan bola” kata Maria
lagi.
“Tak apalah..” , jawab Agus lagi.
“Sayang bunga tu…”
Maria menarik tangan Tina dan
beredar dari situ.

Rekod Berterusan

Rekod Berterusan merupakan catatan yang dibuat ke atas individu atau


kumpulan kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa.
Setiap pelakuan dan apa yang dikata oleh murid akan dicatatkan
sepanjang tempoh pemerhatian.
Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh
3 – 5 minit.
Panduan Menyediakan Rekod Berterusan
Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.
Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid yang difokus satu persatu.
Rekod hendaklah tepat dan padat.Jelaskan bagaimana setiap aksi itu berlaku.
Rekod hanya perkara-perkara yang sebenar berlaku dan gunakan satu ayat
untuk menerangkan setiap aksi.
Guna bahasa yang boleh difahami.
Pastikan rekod dicatat mengikut urutan peristiwa.
Tentukan masa.
Mesti tulus dan iklas
Guna singkatan semasa merekod
Panduan Menulis Rekod Berterusan
Buat pemerhatian selama 10 minit atau kurang.
Tulis secara terperinci tentang tingkah laku yang ingin
diperhatikan.
Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan ‘judgmental’.
Fokus terhad kepada murid yang ingin diperhati.
Tulis dengan lebih terperinci selepas pemerhatian.
Pastikan buku nota atau kertas catatan atau pensel diletak
di tempat yang strategik dan sulit.

CONTOH REKOD BERTERUSAN

Nama: Asri Umur: 5 tahun Tarikh: 24.4.2002


Guru: Mohd Masa: 11.00 pagi

Pemerhatian Ulasan

Asri masih berada diruang mengambil wuduk. Belum memahami tertib


Murid lain sudah memenuhi saf hadapan. Cikgu mendirikan solat berjemaah
Mohd meminta murid berdiri betul untuk
mendirikan solat.
Asri menolak dan merempuh rakan di saf
hadapan untuk membolehkannya berada di saf
hadapan.
Cikgu Mohd menegur perbuatan Asri. “Tadi Asri
lambat ambil wuduk.., kalau kita lambat, kita
kena masuk di saf belakang yang masih kosong.
Lain kali kalau nak di saf depan kenalah cepat
ambil wuduk”
Amin menyampuk ,”Tadi dia main air, cikgu.”
Asri mengundur masuk ke saf belakang.
MENYIMPAN MAKLUMAT
Segala Maklumat Yang Diperolehi Daripada Pemerhatian Yang Sistematik
Direkod Dalam Portfolio

• Portfolio bukannya kaedah penilaian tetapi satu cara mengumpul dan


menyusun maklumat daripada pelbagai sumber.

• Satu himpunan bukti atau keterangan yang terkumpul berkenaan


perkembangan dan kemajuan murid dalam masa ditetapkan.

• Menyediakan asas untuk penilaian dan panduan untuk pembelajaran


dan perkembangan selanjutnya.

• Secara fizikal, ia merupakan satu fail, kotak atau disket yang


menyimpan bukti dan maklumat murid.

• Maklumat yang disimpan dalam portfolio :-


a) Rekod Peribadi Kanak-kanak
b) Rekod Kemajuan dan Perkembangan Kanak-kanak
c) Contoh Hasil Kerja Kanak-kanak

1. Rekod Peribadi Murid

• Rekod Peribadi diserahkan kepada guru Tahun 1 apabila kanak-kanak


masuk ke sekolah formal. Rekod Peribadai mengandungi perkara berikut :-

a) Maklumat diri kanak-kanak


b) Maklumat keluarga kanak-kanak
c) Maklumat kesihatan kanak-kanak
d) Maklumat fizikal kanak-kanak
2. Rekod Perkembangan dan Kemajuan Kanak-kanak.

• Ia merupakan ulasan guru mengenai perkembangan diri kanak-kanak


dari segi :-
a) Kemahiran
b) Komunikasi
c) Sikap
d) Kreativiti

• Merupakan ulasan guru mengenai perkembangan diri murid dari segi:


a) Pengetahuan
b) Kemahiran
c) Komunikasi
d) Sikap

3. Contoh Hasil Kerja Kanak-kanak

• Hasil kerja murid yang terpilih sahaja dimasukkan ke dalam portfolio.


Pemilihan dibuat bersama guru dan murid. Hasil kerja itu termasuklah:
a) lukisan;
b) sample tulisan;
c) gambar foto;
d) binaan yang sudah disempurnakan;
e) cerita yang ditulis;
f) buku skrap.

MENGANALISIS MAKLUMAT
Segala maklumat yang direkodkan perlu ditafsirkan untuk membolehkan guru
membuat inferen dan rumusan mengenai murid berdasarkan penilaian dan
pemerhatian yang dilakukan.

Analisis dibuat dengan cara :-

• Membaca dengan teliti maklumat yang diperolehi dalam senarai semak/


rekod berterusam/ rekod anekdot.

• Membuat inferen iaitu kenyataan yang benar hasil dari tingkah laku dan
perbualan/ interaksi yang diperhatikan serta penilaian hasil kerja.

• Pemerhatian, merekod dan mentafsir dengan teliti dan dibuat secara


objektif akan membantu guru mengenai dan memahami murid.
Cara Menganalisis Maklumat

Contoh :-

Salmah menangis keranan lukisannya tidak siap. Cikgu Rohani memujuk dan
memberikan kertas lukisan dan beberapa batang pensel warna. Salmah
melukis sekuntuk bunga dan mewarnakan bunga tersebut. Latifah datang.

Latifah : Nak pinjam warna merah sekejap!

Salmah : Tak boleh (dia memegang pensel warna kuat-kuat).

Latifah : Sekejap saja.

Salmah : Tak boleh! Tak boleh ! (dia meneruskan kerjanya)

Inferen yang boleh dibuat :-

Inferen 1 : Salmah seorang kanak-kanak yang tidak pandai berkongsi.

Inferen 2 : Salmah tidak mahu meminjamkan pensel warna sebab


kerejanya belum selesai.

Secara objektif, inferen ke 2 lebih sah dan diterima. Seterusnya, guru membat
rumusan daripada beberapa bukti yang telah diperhatikan.

MELAPOR

• Pelaporan ialah proses menyampaian maklumat penilaian dari semasa


ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan
pencapian murid.

• Maklumat untuk pelaporan diperolehi dari rekod penilaian.

• Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan


untuk membolehkan murid, pihak sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan
susulan yang sewajarnya.
TINDAKAN SUSULAN

• Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan


pengayaan setelah dikenal pasti kelebihan atau kekurangan perkembangan
murid. 

• Aktiviti bimbingan dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah


pembelajaran agar kelemahan murid tidak terus terhimpun. Proses penilaian
hendaklah dilaksanakan semula.

• Aktiviti pengukuhan merupakan pengukuhan kepada pengetahuan dan


kemahiran yang telah dikuasai. 

• Aktiviti pengayaan dirancang untuk memberi peluang kepada murid


menjalani aktiviti yang lebih mencabar setelah aktiviti, kemahiran atau aspek
yang sepatutnya dipelajari telah dikuasai atau disiapkan.

• Tindakan susulan boleh dijalankan secara serta merta atau dirancang.

Anda mungkin juga menyukai