Merdeka adalah satu perkara yang amat bermakna kepada kita terutamanya
kepada para perajurit yang terlibat secara langsung dalam peperangan untuk menuntut
kemerdekaan.Keberanian dan kecekalan mereka perlulah kita hargai.Sifat kepahlawanan
mereka telah memberi kebebasan kepada kita untuk mencorakkan bumi Malaysia yang
tercinta ini.Sekarang,telah tiba masanya untuk kita pula menyambung perjuangan mereka
dalam mengekalkan kemerdekaan negara ini.
Remaja juga perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni.Sejarah telah
membuktikan bahawa bersatu padu amat penting dalam mengekalkan keamanan negara.
Apabila semangat bersatu padu tiada,bukan sahaja negara bahkan tamadun yang hebat
juga akan musnah seperti yang terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan
Dinasti Ming di China pada suatu masa dahulu.Jadi semangat kekitaan perlulah dipupuk
sejak dari awal demi menjamin kemerdekaan negara.
Disiplin perlulah dijadikan amalan oleh para remaja. Disiplin dapat melahirkan
remaja yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Remaja perlulah menyematkan disiplin
dalam diri dengan cara menjadi lebih bertanggungjawab dan menepati masa sekaligus
dapat menjadi warganegara yang berguna.Disiplin di kalangan remaja juga dapat dipupuk
dengan menyertai institusi-institusi pengajian yang berasaskan ketenteraan seperti
Maktab Tentera Diraja,Kolej Tentera Darat,Kolej Tentera Udara dan Akademi Tentera
Malaysia yang dapat membentuk sifat keperibadian yang unggul.