Anda di halaman 1dari 11

6.

1 ASAL-USUL PERMAINAN GASING

Gasing adalah permainan rakyat Melayu yang memiliki pelbagai asal usul, di antaranya:

(1) Diinspirasikan dari penemuan buah perepat (sonneratia alba) yang memiliki struktur bulat pipih,

licin dan mudah diputar di atas lantai yang datar. Kemudian, struktur buah perepat ini diubah dengan

menggunakan kayu yang lunak agar mudah dibentuk.

(2) Permainan gasing diinspirasikan dari permainan “adu telur” yang dimainkan anak-anak dengan

cara diputar dan diadu antara satu dengan lainnya. Cara ini akhirnya diadaptasikan pula pada kayu

yang dibentuk seperti telur, di bawahnya ditancapkan paksi (sejenis besi berukuran kecil seperti paku

yang runcing) agar dapat diputar lama dan seimbang di atas lantai.

(3) Ada pula yang berpendapat bahawa permainan gasing dinspirasi dari salah satu jenis alat

perburuan yang berbentuk bulat dan pipih. Alat tersebut diikat dengan tali, lalu dilempar ke arah

sasaran buruan, kemudian ditarik lagi. Ketika dilemparkan, alat tersebut berputar dengan kencang

sebelum mengena sasarannya. Alat ini banyak diminati oleh para pemburu, kerana sangat tepat

mengenai sasaran buruan. Semenjak itu, perburuan selalu dilengkapi dengan alat ini. Rupanya cara

seperti ini memberikan inspirasi kepada para pemburu untuk membuat sejenis permainan yang pada

saat itu sekadar mengisi waktu lapang. Permainan ini cukup mengasyikkan dan terus berkembang,

hingga akhirnya menjadi salah satu permainan rakyat yang dikenal dengan permainan gasing.

Dengan demikian, struktur gasing tidak terlepas dari hal di atas, bulat pipih, bulat telur dan mudah

diputar di atas lantai yang datar.

6.1.2 / 6.1.3 NEGERI DAN KAUM YANG TERLIBAT


DENGAN PERMAINAN GASING
✔ Gasing terkenal di Semenanjung Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

✔ Orang dewasa yang memajukan seni permainan gasing ini, bagi kanak-kanak lebih gemar

bermain gasing gasing Melayu dan Cina, kerana saiznya yang kecil, ringan dan lebih mudah

dimainkan.

CARA-CARA BERMAIN GASING


✔ Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tiada bezanya. Sebelum tahun 1970, permainan

gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain.

Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk system

permainan yang turut berbeza.

✔ Dalam permainan gasing, semua pemain mempunyai kemahiran memusing, memangkah,

mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Dalam permainan gasing, langkah-langkah

bagi setiap pemain untuk bermain ialah:


1) Melilit Tali

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari

kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali

yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang lebih

baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam

lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi

penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah

terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain samada dililit pada

tangan kanan atau kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan

pemain selesa dengan lilitan tali tersebut.Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking

pemain. Pemilihan jari kelingking samada sebelah kanan atau kiri bergantung pada

keselesaan pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking

oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini

digunakan pada mereka yang lebih berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi

lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk

memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan

dengan meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan

kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasiing dibuat, tali

akan dililit pada tangan atau tapak tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan

tugas mengangkat atau menegak uri.

2) Melillit Gasing

Terdapat dua cara melilit gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu

kemudian barulah dililit sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh

pemain tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan
menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan

dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika

keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir,

mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilkan cengkaman

yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu gasing.

3) Memusing Gasing

Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing, memusing mengikut cara yang

betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan

pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya

gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan

yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan

sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang.

Serentak dengan itu mata hendaklah tertumpu kearah sasaran di hadapan. Kedudukan

gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing

mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing

ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak

jauh dari sasaran. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan

badan membongkok 45 darjah.

4) Memangkah Gasing

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan,

perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan

menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Terdapat 4 gaya pangkahan yang biasa

digunakan dalam apa jua pertandingan gasing seperti pangkah totok, pangkah hentak,

pangkah layang dan pangkah terbang.

5) Mengangkat Gasing
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu diangkat ke tapak uri yang sesuai

untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan

kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Sebelum gasing diangkat, pemain

mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing.

Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian

patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu

ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing.

Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan

untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat

hendaklah berada dalam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan

menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah

tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan

mengurangkan keligatan pusingan gasing.

JENIS-JENIS GASING

✔ Antara jenis-jenis gasing yang terdapat di Malaysia ialah:

 Gasing Tanjung

 Gasing Jantung

 Gasing Baba

 Gasing Kuno

 Gasing Uri
 Gasing Leper Kelantan

 Gasing Leper / Gasing Piring

 Gasing Pacitan

 Gasing Toyol

 Gasing Begelen

 Gasing Lang Laut

 Gasing Pangkah

 Gasing Pinang

 Gasing Kelamar

 Gasing Telur

 Gasing Berembang

 Gasing Buku Benang

 Gasing Kepala Duri

CARA-CARA MEMBUAT GASING

✔ Kayu yang paling sesuai ialah dari jenis kayu merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah,

merbau johol dan merbau merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih.

Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, loran, sepan, penaga, keranji juga menjadi

pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti kayu pokok manggis, jambu batu, ciku, atau

asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.

✔ Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah

ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut

agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.


✔ Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada

kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga

tidak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan

dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnish. Ini terdapat pada gasing leper atau

untuk gasing uri sahaja.

RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan tentang permainan tradisonal ini iaitu gasing,

saya telah dapat memupuk perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Saya merasa bangga kerana

negeri saya mempunyai banyak sejarah permainan tradisional. Oleh itu, saya dapat menghargai dan

mengamalkan budaya bangsa. Selain itu, saya juga telah dapat memupuk semangat setia kepada

negara. Melalui permainan tradisional ini juga, saya berasa amat bersyukur kerana menjadi rakyat

Malaysia kerana di sini terdapat pelbagai budaya dan pantang-larang yang diamalkan. Saya juga

dapat memupuk semangat kekitaan seperti hormat-hormati antara satu sama yang lain,

bekerjasama, tolong-menolong, bertolak-ansur sebagainya. Secara tidak langsung, perasaan muhibah

dapat disemai kepada semua kaum di Malaysia. Di dalam permainan gasing, kita mesti patuh kepada

undang-undang dan peraturan permainan. Kita juga perlu adil dan bertimbang rasa di dalam segala

aspek. Justeru, secara tidak langsung kita dapat memupuk disiplin di dalam diri kita. Akhir sekali,
kita juga haruslah berusaha dan produktif. Untuk memahirkan diri bermain gasing, kita mestilah

mempelajari dan berlatih untuk bermain gasing. Ini kerana kemahiran untuk memainkannya tidak

akan datang sendiri jika kita tidak berusaha.

PERATURAN-PERATURAN PERMAINAN GASING

Berdasarkan Peraturan Permainan Gasing yang dikeluarkan oleh Asean Gasing Asociation (AGA)

pada tahun 2003 yang lalu, ada beberapa aspek yang berkaitan dengan aturan permainan gasing ini,

di antaranya:

a) Jumlah pemain

b) Jenis permainan

c) Jenis gasing

Berdasarkan jumlah, permainan gasing dapat dikelompokkan menjadi tiga: a) Permainan Beregu

b) Ganda

c) Tunggal.

Permainan beregu terdiri dari 4 orang per regu, 1 orang cadangan, permainan ganda terdiri dari 2

orang per regu, 1 orang cadangan, sementara permainan tunggal dimainkan oleh 1 orang saja. Jenis

permainan gasing dapat dibagi menjadi dua, uri dan pangkah. Jenis uri adalah permainan yang
berfungsi untuk melihat seberapa lama gasing berputar, sedangkan pangkah adalah permainan yang

dilakukan dengan cara memangkah gasing lawan yang sudah diputar. Lamanya permainan beregu

dan ganda adalah 20 minit, sementara permainan tunggal 15 minit. Selain itu, berat gasing yang

diselarikan untuk dimainkan adalah 6-8 kilogram, ukuran lebar lingkaran 36-46 cm; tinggi 8-12 cm.

Gasing yang dibolehkan adalah yang berbentuk jantung, piring, guci atau rembang.

PERMAINAN
TRADISIONAL

(GASING)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BENTONG

PERMAINAN
TRADISIONAL

PERMAINAN GASING

NAMA : AMIRUL AZRAI BIN ZOHARI


TINGKATAN : 3 RAJIN
GURU SEJARAH : ENCIK ROHAIMI BIN ANUAR