Anda di halaman 1dari 8

KOMUNIKASI DATA

Pengenalan

 Komunikasi ~ pertukaran maklumat antara 2 individu menggunakan set simbol,


petunjuk @ kelakuan yg sama.

 Komunikasi juga bermaksud berkongsi maklumat sama ada secara setempat


(local) @ jauh (remot).

 Komunikasi setempat ~ muka-ke-muka

 Komunikasi jauh ~ melalui jarak yang jauh

 Data ~ nombor, huruf atau simbol yang boleh di proses oleh komputer. Fakta
mentah sebelum diproses.

 Dalam komputer, data diwakili oleh digit perduaan (0s dan 1s) ~ binary
information units (bits)

 Maklumat ~ dalam bentuk data, suara, imej, aksara dan kod yang telah diproses
dalam bentuk yang boleh digunakan dan difahami oleh penerima.

 Kod ~ sebarang mesej yg boleh dibaca dan mempunyai maksud dan difahami
oleh pengguna akhir (sama ada mesin atau manusia).

Definisi Komunikasi Data

 Komunikasi data ~ pertukaran data (dlm bentuk 1s dan 0s) di antara 2 peranti
(dari satu titik ke titik lain) melalui media komunikasi data seperti talian telefon.

 Rangkaian komunikasi data ~ terdiri drpd semua komputer dan peranti yg


diperlukan utk berkomunikasi antara satu sama lain.

 Telekomunikasi ~ pertukaran maklumat melalui jarak tertentu dgn menggunakan


perkakasan elektronik utk penghantaran, e.g. telefon, telegraf, tv.
Ciri-ciri Penting Keberkesanan Komunikasi Data

 Penyerahan (delivery)

– Data mesti dihantar ke destinasi yg betul dan diterima oleh peranti atau
pengguna yg betul sahaja.

 Kejituan (accuracy)

– Sistem mestilah menyerahkan data secara jitu. Data yg telah diubah atau
rosak semasa penghantaran dan tidak diperbaiki tidak dapat digunakan.

 Menepati masa (timeliness)

– Sistem mestilah menyerahkan data mengikut masa yg telah ditetapkan.


Data yg diserahkan lewat tidak berguna.

Komponen Komunikasi Data

 Mesej – maklumat atau data utk berkomunikasi.

 Pengirim – peranti yg menghantar mesej.

 Penerima – peranti yg menerima mesej.

 Media – laluan fizikal di mana mesej bergerak dari pengirim ke penerima.

 Protokol – set peraturan yang meliputi komunikasi data.

Protokol

 Set peraturan yang merangkumi penyelarasan perhubungan dalam komunikasi


data.

 Ia mewakili persetujuan antara peranti yg berkomunikasi

 Persetujuan ini termasuklah:-

– Jenis data (kod, bahasa, format, saiz, dll.)

– Jenis media (kabel sepaksi, pasangan terpiuh, gentian optik, gelombang)

– Kelajuan penghantaran
 Protokol ialah bagaimana data (bit) boleh ditukarkan antara 2 peranti.

Aplikasi Komunikasi Data

 Pemasaran & jualan

 Perkhidmatan bank

 Perkilangan / Pengeluaran

 Mesej elektronik

 Perkhidmatan direktori & perkhidmatan maklumat

 Electronic data interchange (EDI)

 Teleconferencing

 Cellular telephones

 Electronic commerce (e-commerce)

Rangkaian Komputer

 Rangkaian ~ set peranti (dikenali sbg nod) yg dihubungkan oleh pautan (link)
media utk membentuk laluan data di mana maklumat boleh dikongsi.

 Nod ~ komputer, pencetak atau peranti yg boleh menghantara dan menerima


data yg dikeluarkan oleh nod lain dalam rangkaian.

 Pautan (link) ~ di kenali juga sbg saluran komunikasi, merupakan hubungan


fizikal antara 2 nod.

 Saluran (path) ~ saluran di mana data bergerak


RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT

Pengenalan

 Rangkaian komputer ~ satu perhubungan di antara beberapa set peranti (nod)


melalui pautan (link) media untuk membentuk laluan data di mana maklumat
boleh dikongsi dan bertukar2.

 Rangkaian Komputer boleh dikategorikan kepada:-

– Local Area Network (LAN)

– Metropolitan Area Network (MAN)

– Wide Area Network (WAN)

– Internetworks (internet)

MAN

 Rangkaian yg merentangi kawasan geografi bersaiz sebuah bandar.

 Ia berkemungkinan satu rangkaian seperti rangkaian kabel TV (ASTRO), atau


menghubungkan beberapa LANs menjadi rangkaian yg besar supaya semua
sumber boleh dikongsi antara LAN dan juga antara peranti.

 Contoh: syarikat telefon tempatan (Telekom)

WAN

 Rangkaian yg menggunakan teknologi utk merentangi kawasan geografi dgn


jarak yang luas.

 Ia menyediakan penghantaran data, suara, imej, video utk jarak jauh melalui
kawasan geografi yg luas meliputi negara, benua, atau seluruh dunia.

 WAN yg dipunyai dan digunakan sendiri oleh satu syarikat dikenali sebagai
enterprise network.
internet vs. Internet

 internet ~ koleksi rangkaian yg dihubungkan oleh peranti rangkaian saling tindak


seperti routers atau gateways.

 Internet ~ internet secara keseluruhan @ global yg menggunakan TCP/IP


protocol suite (specific worldwide network).

LAN

 LAN ~ sistem komunikasi data yg membenarkan beberapa peranti berkomunikasi


di antara satu sama lain dalam kawasan geografi yang terhad (dalam sebuah
bangunan atau antara bangunan berdekatan).

 Ia selalunya dimiliki, digunakan dan ditadbirkan oleh organisasi persendirian.

 Ia digunakan dengan meluas utk menyambungkan PC dan w/s di rumah,


pejabat2, kilang2 utk berkongsi sumber2 dan bertukar2 maklumat.

 Sumber2 yg dikongsi termasuklah perkakasan (pencetak, pc), perisian atau data.

Ciri-ciri LAN

 LAN boleh dibezakan dengan lain-lain jenis rangkaian mengikut saiz, teknologi
transmisi dan topologi.

 LAN terhad dari segi saiz.

 Biasanya, LAN mempunyai kadar data di antara 4 – 100 Mbps, tetapi kini LAN
boleh beroperasi pada tahap kelajuan yang tinggi sehingga melebihi
gigabits/saat.

 Berbagai topologi juga terdapat di dlm LAN, dan yang paling sering digunakan
adalah bus, bintang dan cincin.
Topologi

 Topologi ~ merujuk kepada bagaimana rangkaian ditunjukkan sama ada secara


fizikal atau logikal.

 Topologi rangkaian merupakan perwakilan geometri hubungan semua talian dan


peranti di antara satu sama lain.

 Ia menyatakan bentuk susunan komputer atau menunjukkan bagaimana nod


rangkaian dihubungkan bersama.

 Contoh: mesh, star, bus, ring, wireless.

 Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)

 Topologi Bintang (Star)

 Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-Wired Ring)

 Topologi Pepohon (Tree)

 Topologi Hierarki

Mod Transmisi

 Arah isyarat mengalir di antara 2 peranti yg berhubung.

 3 jeni mod transmisi:

– Simplex

– Half-duplex

– Full-duplex
Simplex

 Komunikasi berlaku dalam satu arah. Data transmisi mengalir mengikut satu arah
sahaja pada setiap masa.

 Hanya satu sahaja drp 2 nod yg berhubung boleh menghantar isyarat, manakala
satu nod lagi hanya boleh menerima isyarat.

 Contoh:

– Papan kekunci piawai ~ hanya boleh menghantar data

– Standard Monitor ~ hanya boleh menerima data

– Radio, TV

Half Duplex

 Juga dikenali sbg komunikasi 2-talian (2-wire communications).

 Setiap nod boleh menghantar dan menerima isyarat; TETAPI bukan dalam masa
yang sama.

 Data boleh bergerak dalam dua arah tetapi pada satu arah dalam satu masa.

 Apabila satu peranti menghantar, peranti lain hanya boleh menerima.

 Contoh

– walkie-talkie ~ hanya seorang boleh bercakap pd satu masa.

Full Duplex

 Juga dikenali sbg “duplex”; komunikasi 4-talian (4-wire communication).

 Kedua2 stesen boleh menghantar dan menerima isyarat serentak.

 Ia membenarkan data mengalir dalam mana-mana arah pada masa yg sama.

 Contoh:

– Telefon ~ 2 orang boleh bercakap dan mendengar pada masa yg sama

Anda mungkin juga menyukai