Anda di halaman 1dari 13

ADAB DAN

AKHLAK
ISLAMIAH
TINGKATA
N4
Adab Berhias Diri
Adab-adab Berhias Diri
Menggalakkan amalan mandi
-Merupakan satu cara penjagaan kesihatan diri.
-Mandi wajib→Mandi ketika hendak menyucikan diri daripada hadas besar.
-Mandi sunat→Mandi hari raya
→Mandi hari jumaat
→Mandi selepas memeluk islam

Bersugi atau menggosok gigi

Memakai bau-bauan
-Kaum lelaki disunatkan memakai bau-bauan ketika hendak ke masjid.
-Kaum wanita pula haram memakai bau-bauan yang berlebih-lebih sehingga menarik
Perhatian kaum lelaki.

Menyikat rambut

Memotong kuku,mencabut bulu ketiak dan bulu ari-ari


-Seseorang yang menyimpan kuku panjang bertentangan dengan ajaran islam.

Menghias muka

Cara Berpakaian
-Umat islam diharuskan memilih pakaian yang menutup aurat.
-Panduan berpakaian→Bukan bertujuan membangga diri.
→Bertujuan menutup aurat.
→Tidak jarang menampakkan aurat.
→Tidak ketat dan menyerupai agama lain.

Amalan Berhias Diri Yang Dilarang

Memakai emas,sutera tulen bagi Lelaki


-Lelaki haram memakai emas dan sutera tulen.
Berpakaian berlawanan dengan jantina
-Wanita islam diharamkan memakai pakaian yang menyerupai pakaian yang menyerupai
pakaian lelaki sehingga tidak dapat membezakan dengan golongan lelaki begitu juga sebaliknya
bagi lelaki.

Menyambut rambut
-Dilarang menyambut rambut seperti menambah rambut dengan rambut yang lain sama ada palsu
atau yang asli.

Membuat tatu

Pembedahan anggota badan untuk kecantikan


-Membuat pembedahan plastic di muka bagitujuan kecantikan atau kelihatan lebih muda adalah
haram sama sekali.
-Pembedahan plastik demi menggembalikan fungsi anggota badan atau memulihkan kecacatan
dibenarkan oleh syarak.

Hikmah Berhias Diri


Disukai Allah dan manusia
Menjauhkan diri daripada kehinaan
Mendapat pahala kerana menzahirkan nikmat Allah
Menjaga maruah diri agama
Adab Menjaga
Orang Sakit
Tuntutan Menjaga Orang Sakit
-Hukumnya fardhu kifayah

Panduan Dan Adab Menjaga Orang Sakit

Aspek rohani
-Memberi peringatan bahawa sakit adalah sebagai daripada ujian Allah.
-Menasihati pesakit supaya bersabar.
-Mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat lima waktu.
-Membantu pesakit menjalankan kewajipan kepada Allah.
-Mengingatkan pesakit supaya mengingati Allah.

Aspek emosi
-Menggunakan tutur kata dan bahasa yang lembut.
-Memahami keperitan menanggung kesakitan.
-Melayan pesakit dengan mesra.
-Sabar mendengar rungutan pesakit.

Aspek fizikal
-Memastikan pesakit bersih tubuh badan,pakaian dan tempat.
-Menghantar pesakit ke tempat rawatan yang sesuai.
-Memberi kerehatan yang secukupnya.
-Bertanya tentang keinginan dan keperluan.

Hikmah Beradab Menjaga Pesakit


Mewujudkan sillaraturrahim sesama Islam
Meringankan penderitaan yang dialami oleh pesakit
Melahirkan sifat perihatin kepada golongan yang lemah.
Memberikan keinsafan sambil mensyukuri nikmat dan kesihatan diri.

Adab Amar Makruf


dan Nahi Mungkar
Kewajipan Melaksanakan Amar Makruf Dan Nahi
Mungkar.
Orang islam diwajibkan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar mengikut
kmampuan masing-masing.

Sifat Pendakwah
Berilmu
-Memahami maksud al-Quran dan hadis.
-Mengetahui golongan yang hendak didakwah,tempat dan masa yang sesuai untuk melakukan
dakwah.

Beramal dengan ilmu


-Berdakwah merupakan perlaksanaan kebaikan dalam diri.
-Pendakwah perlu mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar dahulu sebelum mrngajak
orang lain melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Berakhlak mulia
-Pendakwah hendaklah bersabar dan dapat menahan marah apabila dakwahnya tidak berjaya.
-Berani menerangkan kebenaran kepada semua golongan.
-Tidak mengharapkan balasan atau ganjaran selepas selesai berdakwah.
-Tidak bakhil dengan ilmu.
Adab Amar Makruf Dan Nahi Mungkar

Cara Berhikmah
-Menggunakan dalil yang jelas kuat dan tegas terhadap mereka yang berjiwa kuat yang
memerlukan kebenaran.
-Bagi golongan yang lemah,kita boleh menggunakan susunan kata-kata yang dapat merangsang
mereka supaya sentiasa sentiasa melaksanakan hukum Allah dan menghias diri dengan sifat-sifat
mulia.
-Menggunakan kata-kata mengikut peringkat umur.

Nasihat yang baik


-Merangkumi kata-kata yang melunakkan hati,serta disedari oleh pendengar bahawa peringatan
itu semata-mata untuk menasihati.
-Gaya bahasa semasa memberi nasihat seharusnya dipertimbangkan dan diperbaharui sesuai
dengan masa dan batas-batas yang diizinkan oleh islam.

Berbincang dengan cara yang baik


-Semasa berbincang dan berhujah,perkara-perkara yang sensitive haruslah dielakkan.

Cara Amar Makruf Dan Nahi Mungkar


-Baginda selalu memilih masa dan tempat yang sesuai untuk memberi nasihat.
-Baginda berdakwah secara berdiplomasi.
-Baginda meninggalkan perkara yang tidak memudaratkan untuk mesyuarat yang lebih besar.
-Memberi hidayat kepada mereka yang baru berjinak-jnak dengan agama islam begitu juga
kepada pembesar-pembesar quraisy untuk menghormati mereka.
-Melembutkan hati dengan kata-kata dan perbuatan yang baik.
-Memberi kemaafan dalam keadaan yang boleh baginda menuntu.
-Menceritakan kisah-kisah umat terdahulu sebagai pengajaran.
Adab Ditempat
Rekreasi
Pengertian Rekreasi
Rekreasi ialah kegiatan yang menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali
kesihatan badan.
Islam mengharuskan umatnya berekreasi dengan syarat tidak melanggar batas-batas
syarak.

Kategori Rekreasi
Aktif
-Tertumpu kepada aktiviti lasak yang melibatkan ketahan fizikal dan mental

Pasif
-Tidak memerlukan banyak tenaga fizikal dan pergerakan yang banyak.

Faedah Rekreasi
Fisiologi
-Menguatkan stamina
-Mengimbangi mental
-Mengeluarkan peluh
-Ketahanan daripada serangan penyakit
-Memantapkan kecergasan badan
-Menguatkan antibodi

Sykologi
-Menenagkan fikiran
-Mengurangkan tekanan perasaan
-Badan lebih ceria
-Otak lebih cerdas
-Minda bertambah aktif
-Cepat bertindak
Sosiologi
-Semangat kerjasama
-Memupuk perpaduan
-Menguatkan sillaraturrahim
-Individu aktif
Adab Berekreasi
-Berpakaian yang menutup aurat
-Menjaga pergaulan mengikut hukum islam
-Aktiviti yang dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syarak
-Bertanggungjawab menjaga harta awam
-Mematuhi peraturan yang disediakan oleh pihak berkuasa
-Bersama-sama menjaga kebersihan kawasan rekreasi
-Bertanggungjawab menjaga alam semulajadi
-Menghormati pengunjung dengan tidak menimbulkan sebarang gangguan

Ciri Tempat Rekreasi


Kemudahan fizikal
-Tandas dan bilik air
-Surau
-Tempat istirehat dan penginapan
-Kawasan letak kereta dan bas
-Kemudahan jalan raya
-Telefon awam

Keselamatan
-Tidak berbahaya
-Alat pemadam api
-Penguatkuasa undang-undang
-Peraturan yang jelas

Keistimewaan
-Pemandangan dan landskap yang cantik
-Terdapat kemudahan membuat kajian
-Kedai dan gerai
-Kawasan khas bagi kaum wanita

Hikmah Beradab di Kawasan Rekreasi


-Mendapat keredhaan Allah
-Dapat memupuk sillaraturrahim dikalangan pengunjung
-Melahirkan masyarakat yang mencintai alam sekitar
-Menghindari perkara-perkara mungkar
-Menggalakkan persekitaran yang bersih dan nyaman
-Melahirkan masyarakat yang berdisplin dan bertanggungjawab

Adab Menjaga
Kemudahan Awam
Adab Menjaga Kemudahan Awam
-Menggunakannya mengikut peraturan yang disediakan
-Bertimbang rasa dengan pengguna yang lain
-Melaporkan kerosakkan kepada pihak yang bertanggungjawab
-Gunakan mengikut keperluan tanpa pembaziran
-Bertanggungjawab terhadap keselamatan kemudahan awam

Kepentingan Kemudahan Awam


Individual
-Memberi kemudahan kepada golongan yang kurang mampu
-Menjamin kesejahteraan hidup
-Mebantu ketika kecemasan
-Menjimatkan perbelanjaan

Masyarakat
-Menjalin hubungan sillaraturrahim
-Menjalin semangat persaudaran
-Memupuk sikap toleransi

Negara
-Dapat menarik pelancong
-Menjimatkan peruntukan kewangan
-Meningkatkan ekonomi\
Penyalahgunaan Kemudahan Awam
-Menggunakkan paip bomba untuk kegunaan peribadi
-Membuat panggilan palsu kepada polis atau bomba
-Membuang sampah bukan pada tempat yang disediakan
-Menconteng papan-papan tanda jalan raya

Tanggungjawab Menjaga Kemudahan Awam


-Mengadakan kempen kesedaran cara menggunakan kemudahan awam
-Menanam pokok-poko dikawasan surau dan dewan orang ramai patut dilakukan
-Sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab apabila menggunakan kemudahan awam
Adab Menziarahi
Pesakit
Adab Menziarahi Jenazah
-Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan
-Menunaikan solat jenazah
-Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian
-Melahirkan perasaan dukacita kepada waris diatas kembalinya kerahmtullah
-Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah
-Mengingatkan keluarga jenazah dengan kesabaran diatas ujian Allah
-Mengucap takziah kepada keluarga jenazah tidak melebihi 3 hari
-Disunatkan membanyakkan membaca ayat al-Quran dan berdoa sebelum jenazah
dikebumikan

Perkara-perkara yang Dilarang Ketika Menziarahi


Jenazah
-Merasa kesal terhadap kematian
-Membebankan keluarga jenazah dengan permintaan yang mereka tidak mampu
-Membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah
-Tidak redha dengan takdir Allah

Hikmah Menziarahi Jenazah


-Dapat mengeratkan sillaraturrhim dengan keluarga jenazah
-Mengurangkan tekanan emosi keluarga jenazah yang kehilangan ahlinya
-Memberikan keinsafan bahawa kematian adalah sebahagian daripada qadar Allah yang
perlu diterima oleh semua makhluknya
-Dapat menunaikan hak sebagai seorang muslim ke atas muslim yang lain
Adab Terhadap
Rasul Allah
Adab Dengan Rasul Allah
-Berselawat kepada nabi Muhammad
-Tawaduk dan bersopan santun
-Menziarahi makam rasul Allah
-Mengasihi para sahabat
-Beriltizaam dengan sunah rasul Allah

Tingkahlaku Tidak Beradab Dengan Rasul Allah


-Tidak mentaati perintah baginda
-Bercakap-cakap dan tidak membuat bising ketika menziarahi makam baginda
-Tidak mengucap selawat ketika nama baginda disebut
-Tidak menghormati sahabat baginda

Hikmah Beradab Dengan Rasul Allah


-Seorang yang mengasihi Rasul Allah akan dikasihi Allah
-Sesiapa yang menjadikan rasul Allah contoh dan ikutan,mendapat kesejahteraan hidup di
dunia dan keredhaan Allah di akhirat
-Beradab kepada rasul mendorong kita mengamalkan sunahnya
-Melahirkan insan beradab sesama makhluk
-Mendapat rahmat dan keampunan Allah
Kerugian Orang Yang Tidak Melakukan Sunah
Rasul Allah
-Tidak berpeluang menerima syafaat daripada rasul Allah diakhirat kelak
-Boleh merosakkan iman pada diri sendiri
-Tidak berpegang kepada sunah rasul Allah bererti tidak berpegang dengan ajaran Allah
-Terhapus pahala atas kebaikan yang dilakukannya.

Anda mungkin juga menyukai