Anda di halaman 1dari 16

Majalah Dwibulanan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia

Edisi 20 untuk Sept dan Okt 2009

Web 2.0

Web 2.0
memudahkan
komunikasi
manusia

Laporan Aktiviti Seminar Jabatan Pusat Jalur Lebar


Pusat Kajian eKomuniti Perkhidmatan Komputer Bestari Jaya
Bagi Projek Portal Negeri
Komunitikita
Dari Meja Editor Aspirasi Digital
Akses ICT untuk Semua

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communications


Technology (ICT) dan ledakan arus teknologi Internet memainkan peranan
penting dalam kehidupan manusia. Jika dahulu ia merupakan satu gaya
hidup golongan tertentu, kini ICT menjadi satu keperluan dalam kehidupan
masyarakat. Ini kerana teknologi maklumat ditunjangi oleh pengetahuan dan
ilmu yang berubah secara pantas. Jesteru, mematangkan masyarakat dan
membolehkannya menjadi produktif seterusnya mampu bersaing dengan
masyarakat antarabangsa.

Kehadiran teknologi Internet seperti Facebook dan Blogspot membuka peluang


baru untuk masyarakat termasuklah masyarakat luar bandar untuk berinteraksi
dengan cara yang lebih efektif, menarik dan tidak merumitkan.

Web 2.0 bukanlah merupakan perkara baru dalam dunia ICT ekoran daripada
transformasi dunia global. Jika sebelum ini masyarakat hanya menggunakan
web untuk mendapatkan maklumat semata-mata, tetapi dengan kewujudan
web 2.0, komunikasi manusia menjadi lebih luas, menyeluruh, pantas dan
dijalankan secara dua hala.

Laman jaringan ini merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna boleh


menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang pelbagai
dengan sesiapa sahaja. Selain itu, ia juga digunakan bersama-sama dengan
pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi berasaskan web dan
menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana semula kandungan.

Teknologi ini membolehkan usahawan boleh meningkatkan hasil kerja dan


keuntungan mereka dengan menggunakan teknologi ini terutamanya untuk
pemasaran. Sebagai contoh, mereka yang tinggal di luar bandar boleh
mengiklankan dan memasarkan produk-produk Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) seperti kraf tangan dan makanan tempatan melalui laman sosial dan blog
dan sebagainya kepada orang awam.

Justeru, kelebihan teknologi web 2.0 ini secara tidak langsung mampu membantu
mengurangkan masalah jurang digital. Ia juga akan membantu masyarakat
luar bandar untuk tidak ketinggalan dengan perkembangan teknologi dan ilmu
semasa supaya pembangunan modal insan dapat ditingkatkan.

Mazmalek Mohamad
Setiausaha Bahagian Kemudahan
Sektor Komunikasi

3 Renungan Khas 11 Inisiatif Perpustakaan


Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor Negeri

4 - 6 Artikel Utama 12 Inisiatif eKom


Web 2.0 ( Mudahkan Komunikasi Manusia ) Laporan Aktiviti Pusat Kajian eKomuniti Bagi
Kandungan

Projek Portal Komuniti Kita


7 - 8 Inisiatif Semasa
Pusat Jalur Lebar Bestari Jaya 13 Inisiatif P1
P1 Offers Affordable Broadband Packages,
9 Inisiatif Yayasan Salam Wireless Broadband Connectivity Up To 42
Salam e-Initiative Times The Speed Of Dial-Ups

10 Inisiatif JPKN 14 Tauladan


Seminar Jabatan Perkhidmatan Komputer Pusat Internet Desa Yan
Negeri Sabah
15 Laman Web Pilihan
www.PanduCzermat.gov.my
Isi
Aspirasi Digital Renungan Khas
Akses ICT untuk Semua

P
erubahan dalam kehidupan seharian manusia. Perubahan terhadap
gaya hidup berorientasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
atau Information and Communications Technology (ICT) memberikan
impak terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup manusia.

Setiap hari terhasil pelbagai ciptaan baru dari inovasi teknologi seluruh
negara di dunia termasuklah Malaysia. Sebagai sebuah negara yang
dalam usaha menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia
pastinya juga tidak ketinggalan dalam arus pembangunan ICT ini.

Perkembangan ini sudah pastinya turut memberi kesan kepada rakyat


terutama remaja untuk menerokai teknologi canggih yang semakin
berkembang. Dari segi sosialnya, pembangunan ICT dan Internet ini
mampu mengeratkan lagi hubungan antara mereka. Mel elektronik boleh
diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Berita, ucapan dan
pendapat dapat disampaikan dengan segera.

Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah, malah jauh lebih
murah dan pantas daripada panggilan telefon dan penghantaran surat.
Selain itu, hubungan antara remaja di dalam dan luar negara juga dapat
berjalan lancar melalui Internet. Begitu juga semangat persefahaman dan
kerjasama dapat dipupuk di kalangan remaja pelbagai kaum.

Teknologi Internet juga membuka satu dimensi baru sebagai sumber rujukan
mudah dan pantas merantasi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan
kaedah pembelajaran atau carian maklumat cara lama iaitu penggunaan
perpustakaan.

Kemajuan dan pengetahuan terhadap teknologi perlu di pupuk di kalangan


remaja di dalam negara ini. Mereka perlu membudayakan penggunaan
teknologi supaya diri mereka benar-benar faham tentang kebaikan
penggunaannya.

Kesimpulannya, golongan remaja merupakan peneraju tampuk kepimpinan


masa hadapan negara. Hakikat inilah menjadikan golongan remaja sebagai
aset yang amat bernilai bagi sesebuah negara itu.

Mereka perlu lebih beriltizam untuk menjadikan diri sebagai warga yang
bertanggungjawab, bersemangat kental, jitu jati diri serta sihat mental dan
fizikal supaya dapat membawa negara kita ke mercu kegemilangan.

Warganegara berpengetahuan dan berilmu serta bernilai etika yang murni


perlu diusahakan, selari dengan usaha negara untuk mencapai tahap
negara maju.

Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor


Timbalan Ketua Setiausaha
Sektor Komunikasi

3
Artikel Utama Aspirasi Digital
Akses ICT untuk Semua

W.
2
Web 2.0
Mudahkan Komunikasi Manusia

“ Melalui web 2.0,


masyarakat bukan
sahaja dapat melayari
laman web, malah
dapat mempamerkan,
memperluaskan dan
berkongsi kreativiti
mereka dengan sesiapa
sahaja tanpa batasan “
masa, ruang dan lokasi.

4
Aspirasi Digital Artikel Utama
Akses ICT untuk Semua

e b
W.0

E
ra globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam Melalui Web 2.0, masyarakat bukan sahaja dapat melayari laman web,
menghayati kehidupan moden. Perubahan terhadap gaya hidup malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi kreativiti
berorientasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi.
Information and Communications Technology (ICT) memberi impak yang Dunia kini menjadi semakin luas kerana komunikasi boleh berlaku di mana-
besar kepada perubahan ekonomi, sosial dan politik di seluruh dunia. mana sahaja, bila-bila masa dan dengan sesiapa pun tanpa sebarang
halangan. Rentetan itu, perbezaan budaya, agama, bangsa, warna kulit
Dengan pengetahuan ICT, manusia membentuk satu masyarakat masa dan negara bukan lagi menjadi ukuran dalam menjalinkan perhubungan
depan yang moden. Kemunculan masyarakat bermaklumat membawa satu meskipun hanya secara maya.
dimensi baru di mana maklumat tersebut akan menjadi sumber strategik
dan satu pelaburan kepada setiap aktiviti manusia. Menurut seorang pencipta web, Tim Berners Lee, Web 2.0 merupakan
pengganti atau satu inovasi kepada Web 1.0. Ini adalah kerana ia merupakan
ICT merupakan keperluan bagi setiap golongan manusia. Kebergantungan satu jaringan piawaian yang dihasilkan daripada Web 1.0.
manusia terhadap teknologi ini dalam kehidupan seharian semakin
bertambah sejajar dengan pengenalan teknologi terbaru. Teknologi Perbezaan antara Web 1.0 dan Web 2.0 adalah dari segi kepenggunaan,
merupakan satu alat pembangunan yang paling pantas yang digunakan dan fungsi dan pemilikan pengguna. Hal ini bermaksud Web 2.0 merupakan
diaplikasikan di dalam semua aspek kehidupan. satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh
menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang
Pelbagai cara turut diambil untuk meningkatkan literasi pembudayaan ICT terdapat dalam Web 2.0. Ia secara langsung menjadikan pengguna bukan
di kalangan penduduk di negara ini tanpa mengira lokasi penempatan dan sahaja sebagai pengunjung malah turut menjadi pemilik kepada Web 2.0
usia. Usaha ini sejajar dengan perkembangan budaya ICT yang sangat tersebut.
pesat membangun setiap hari. Antaranya ialah perkembangan dalam
teknologi Web 2.0. Umumnya Web 2.0 mempunyai beberapa ciri termasuk penyertaan
pengguna, keterbukaan, kawalan pengguna dan identiti. Hal ini adalah
Web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai kegunaan ekoran daripada peralihan atau transisi yang terdapat dalam Web 2.0 itu
termasuk pengguna boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data sendiri. Di antaranya ialah blog, jaringan sosial, imej yang percuma dan
serta maklumat yang pelbagai dengan sesiapa sahaja. memuat naik video. Perkara-perkara ini akan membenarkan kandungan
dicipta dengan mudah dan dapat dikongsi dengan sesiapa sahaja.

5
Artikel Utama Aspirasi Digital
Akses ICT untuk Semua

Manakala bagi aspek keterbukaan pula, Web 2.0 tidak mempunyai sistem pengguna, Web 2.0 dilihat lebih mesra pengguna dan memudahkan sesiapa
tertutup atau mengehadkan lingkungan pengguna kepada bahagian- sahaja yang menggunakannya kerana ia merangkumi ciri-ciri WYSIWYG
bahagian tertentu sahaja. Selaras dengan sifatnya yang mesra pengguna, (What You See Is What You Get).
ia membolehkan pengguna mengawal semua kandungan yang mereka
bina termasuk memilih identiti untuk berinteraksi di ruang maya dan Ciri mesra pengguna yang ada ini juga secara tidak langsung mampu
rangkaian sosial yang lain. Namun begitu, pengguna juga dapat memiliki memupuk minat masyarakat dari segenap lapisan sama ada dari kalangan
dan mengesahkan identiti sebenar mereka dalam transaksi. masyarakat bandar atau luar bandar untuk mendekati teknologi ini. Ia
seterusnya membantu mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan
Web 2.0 bersifat user-generated content (interactivity) di mana ianya masyarakat.
membolehkan pengunjung memberi pandangan, komen, menulis artikel
dan sebagainya seperti yang ada pada blog, forum, jaringan sosial seperti Web 2.0 ini secara tidak langsung turut membantu mengubah cara
Friendster, MySpace, Facebook, Twitter, Squidoo dan sebagainya. masyarakat menjalani kehidupan. Jika dahulu seorang peniaga memerlukan
kedai untuk berurus niaga tetapi kini dengan ciri-ciri yang ada pada Web 2.0
Jika dalam Web 1.0, pengunjung hanya boleh membaca artikel pada laman yang lebih fleksibel ini, perniagaan boleh dijalankan secara maya melalui
web, tetapi di dalam Web 2.0 pengunjung boleh menjadi penyumbang dan jaringan sosial. Mereka boleh memasarkan barangan dan menerima
pelanggan. Ini juga termasuklah platform berkongsi gambar seperti Flickr pembayaran elektronik yang boleh dilakukan di mana sahaja.
dan perkongsian video seperti YouTube dan Google Video.
Dari segi politik pula, masyarakat boleh mengenali pemimpin negara dengan
Sebagai contoh Friendster, ia merupakan suatu komuniti maya yang lebih dekat menerusi laman sosial ini. Malah kita juga boleh berkongsi
membolehkan pengguna mencari rakan baru, berkomunikasi dengan pelbagai maklumat dengan menyuarakan pendapat kepada pemimpin
rakan sedia ada, berkongsi sebarang maklumat, menganjurkan aktiviti tersebut. Lebih menarik apabila masyarakat umum boleh mengetahui
dan berhubung semula dengan rakan lama. Laman komuniti yang beribu maklumat peribadi termasuklah apa yang mungkin tidak penah diketahui
pejabat di Mountain View, California ini bukan sahaja mempunyai 4.2 sebelum ini.
juta pengguna berdaftar di Malaysia malah pernah memenangi beberapa
anugerah termasuk Time Magazine’s 50 Coolest Websites 2004 dan Senario terkini ini bukan sahaja berkait dengan perkembangan teknologi
Coolest Inventions 2003. semata-mata, tetapi ia turut memberi kesan kepada komunikasi manusia
seterusnya kepada kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, masyarakat
Umumnya, selain dapat menjalinkan hubungan persahabatan, pengguna perlu sedar bahawa teknologi ini bertujuan untuk memudahkan urusan dan
juga boleh mengubahsuai muka laman mengikut idea dan kreativiti memperkayakan ilmu serta menjadi medan pertukaran pendapat dan idea
mereka sendiri. Di antaranya mereka boleh mengubahsuai latar belakang, dan bukan untuk mendatangkan kesan negatif dalam kehidupan manusia.
memasukkan elemen-elemen seperti audio, video, grafik, animasi dan teks.
Mereka boleh memilih sama ada ingin memasukkan latar belakang daripada Sebagai rakyat Malaysia yang bijak, kita perlu mewujudkan satu budaya
template yang telah disediakan atau ingin memasukkannya melalui kod-kod ICT yang sihat dalam usaha untuk memperlengkapkan diri sebagai seorang
yang disediakan dalam laman-laman web tertentu. yang berilmu dan berpengetahuan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.
Ini kerana teknologi amat penting untuk dikuasai supaya mampu mencapai
Selain itu, pengguna juga akan diberi peringatan mengenai hari lahir kemajuan dan kestabilan dalam ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.
sahabat mereka melalui e-mel. Pengguna boleh menghantar ucapan atau Dengan adanya teknologi, pembangunan negara akan dapat bergerak
mesej kepada rakan yang menyambut ulang tahun itu secara online. Bagi seiring dengan kepesatan keperluan penduduk yang semakin meningkat
mencantikkan lagi laman ucapan tersebut, pengguna boleh menambah dari semasa ke semasa.


elemen audio yang akan dimainkan secara automatik apabila diakses.

Web 2.0 kini mempunyai ciri penggunaan RSS Feed dan RSS Reader. Sebagai contoh Friendster, ia
Pengunjung sesebuah laman web akan segera menerima maklumat
sekiranya terdapat sebarang kemas kini daripada laman web yang mereka
merupakan suatu komuniti maya
ikuti. Pengunjung tidak perlu lagi memeriksa laman web yang mereka ikuti yang membolehkan pengguna
setiap hari untuk melihat sama ada pemilik laman tersebut ada menambah
maklumat atau imej baru. Kesemua maklumat kemas kini akan dihantar mencari rakan baru, berkomunikasi
sebaik sahaja pemilik laman web membuat perubahan kepada laman web
dengan rakan sedia ada, berkongsi
yang dimilikinya.
sebarang maklumat, menganjurkan
Web 2.0 juga menggunakan Folkonomy seperti tag, tag clouds dan
sebagainya untuk memberi kategori kepada webpage, links dan gambar.
Tidak seperti Web 1.0 yang selalunya tidak begitu mesra
aktiviti dan berhubung semula
dengan rakan lama.

6
Aspirasi Digital Inisiatif Semasa
Akses ICT untuk Semua

Pusat Jalur Lebar Komuniti


Kampung Bestari Jaya

B
agi tujuan mencapai pem-
bangunan seimbang di
antara kawasan-kawasan
serta kumpulan masyarakat, ju-
rang digital antara mereka yang
kaya maklumat dengan mereka
yang kurang maklumat perlu
dirapatkan. Justeru, Program
Pusat Jalur Lebar (PJK) telah
dibangunkan.
7
Inisiatif Semasa Aspirasi Digital
Akses ICT untuk Semua
PJK merupakan salah satu program di bawah Program Pemberian Perkhid- dalam bidang ICT. PJK turut memberi pengalaman kepada penduduk mera-
matan Sejagat yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multi- sai keseronokan menggunakan kemudahan Internet jalur lebar seterusnya
media Malaysia (SKMM). Program ini memberikan fokus kepada pemberian menggalakkan mereka untuk memiliki kemudahan jalur lebar di rumah mer-
perkhidmatan capaian secara kolektif kepada kawasan yang kurang liputan eka sendiri.
perkhidmatan.Ia juga selaras dengan usaha kerajaan untuk memberi perha-

Salah seorang pengguna PJK, Abdul Hadi Shahril Penerangan oleh Pengurus PJK, Ahmad Firdaus Mansor

tian serius dalam pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Bagi memastikan keberkesanan dan memaksimakan penggunaannya,
Information and Communications Technology (ICT) bagi tujuan menjadikan pihak pengurusan PJK akan turut sama menyertai program-program atau
masyarakat Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang berilmu. Selain itu, aktiviti yang dianjurkan pihak kampung. Ini bertujuan untuk mempromosi
usaha ini juga jelas membuktikan komitmen SKMM dan kerajaan ke arah dan menarik semua lapisan masyarakat untuk menggunakan kemudahan
memajukan bidang ICT terutamanya menjadikan masyarakat Malaysia se- di PJK.
buah masyarakat yang celik ICT.
Katanya lagi, PJK ini diharap dapat membantu warga Bestari Jaya meman-
Turut dibangunkan ialah laman portal PJK di setiap lokasi terpilih di seluruh faatkan kemudahan yang sedia ada secara positif bagi meningkatkan pen-
negara dan salah satunya yang terletak di Kampung Bestari Jaya, Selangor. getahuan dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Dengan adanya laman portal ini, diharapkan komuniti terdedah dengan se-
gala maklumat dalam merentas era ICT. Beliau yang dibantu oleh seorang pembantu iaitu Jasmiza Jamaluddin ber-
kata, pusat ini juga berperanan sebagai one stop centre kepada penduduk
PJK Kg Bestari Jaya ini ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti dan pelbagai bengkel-bengkel latihan ICT akan dirancang dan dijalankan
luar bandar untuk mempelajari ilmu berkaitan dengan ICT dan penggunaan pada masa hadapan.
komputer. Ini sejajar dengan objektif program untuk menyediakan perkh-
idmatan, infrastruktur, komunikasi dan kemudahan capaian Internet bagi Sementara itu beberapa pengguna PJK yang ditemui rata-rata mengakui
merapatkan jurang digital. bahawa pusat banyak membantu mereka untuk lebih mengenali dunia ICT.
Abdul Hadi Shahril, 34 tahun berkata, beliau kerap menggunakan kemuda-
Bestari Jaya atau dahulunya dikenali sebagai Batang Berjuntai merupakan han Internet untuk mencari peluang pekerjaan secara online, mencari mak-
salah satu mukim di dalam Daerah Kuala Selangor. Bestari Jaya terletak lumat, memeriksa dan menghantar e-mel, menggunakan laman web sosial
lebih kurang 55 kilometer ke arah Kuala Lumpur, 30 kilometer daripada pe- seperti Facebook dan Friendster untuk mencari kenalan dan bertukar-tukar
kan Rawang dan 20 kilometer dari pekan Kuala Selangor.Kedudukannya fikiran.
yang jauh dari pusat bandar secara tidak langsung membatasi penerimaan
teknologi yang semakin berkembang setiap hari. Namun dengan adanya Menjadi harapan beliau agar pusat ini akan terus beroperasi dan lebih ban-
tenaga pengajar dan kemudahan infrastruktur di PJK Bestari Jaya ini, ianya yak latihan-latihan berkaitan ICT dijalankan sepanjang tahun termasuk cara
telah membuka ruang kepada komuniti untuk mempelajari ilmu berkaitan membuat blog dan laman web bagi tujuan mempromosikan barangan In-
dengan ICT. dustri Kecil dan Sederhana (IKS) yang diusahakan oleh penduduk.

Antara kemudahan dan kelengkapan yang disediakan di pusat ini ialah Bagi Intan Suhaila Mohd Zaini, 11 tahun pula, ketiadaan kemudahan kom-
seperti beberapa buah komputer, mesin pencetak (printer), mesin pengim- puter dan Internet di rumah mendorongnya untuk sama-sama mengikuti
bas (scanner), kemudahan Internet percuma, fotokopi, lamination dan se- program dan latihan yang dianjurkan oleh pihak PJK Bestari Jaya. Beliau
bagainya. mengakui betapa pentingnya kepada kanak-kanak pada zaman ini untuk
celik ICT kerana pelbagai ilmu dapat diperoleh secara online. Ilmu ini bo-
Menurut Pengurus PJK Bestari Jaya, Ahmad Firdaus Mansor, sejak awal leh digunakan sebagai ilmu tambahan kepada apa yang telah dipelajari di
penubuhan sehingga kini terdapat kira-kira 33 orang ahli berdaftar selain sekolah. Selain menggunakan Internet sebagai sumber mencari maklumat
pengguna biasa yang semakin bertambah setiap bulan. Sasaran pengguna tambahan, Suhaila turut menggunakan Internet untuk terus berhubung den-
PJK ini adalah kepada semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, petani, gan rakan-rakan seluruh negara melalui laman web sosial yang semakin
peniaga, warga emas dan kanak-kanak. berkembang di negara ini. Perhubungan secara maya ini juga sedikit se-
banyak membantu dirinya untuk bertukar pendapat dengan rakan sebaya
Dibuka setiap hari kecuali cuti umum dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, di seluruh negara.
PJK ini turut menyediakan latihan ICT secara percuma seperti Pengenalan
Asas Komputer, Asas Internet, Aplikasi Elektronik dan Desktop Publishing Diharapkan dengan wujudnya PJK ini, penduduk setempat akan dapat me-
seperti Microsoft Office kepada penduduk yang berminat menyertainya. Fir- manfaatkan segala kemudahan tersebut untuk kesenangan mereka. Orang
daus berkata, semenjak pusat PJK ini diwujudkan ia secara tidak langsung ramai boleh mengakses ke Portal PJK Bestari Jaya untuk melihat segala
membantu masyarakat dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran maklumat berkaitan di http://bestarijaya.pjk.com.my.
8
Aspirasi Digital Inisiatif Yayasan Salam
Akses ICT untuk Semua

v e
S a l a m e Initi a t i

I
nformation technology impacts our daily live in many fundamental ways. SALAM is seeking also to bridge the digital divide through three important
Through ICT we can prepare letters, compute our finances, manage data, features: firstly, focus will be on low-income communities and other
communicate with others and acquire information on almost any topic. disadvantaged groups, secondly, there will be focus on greater community
ICT skills have become essential for almost any form of employability as responsibility in owning and managing the project and finally volunteers will
well as to conduct business. ICT can also play a significant role in enhancing be placed at project sites to train participants and train local as trainers. It
community capacity. Yet it cannot be denied that there is no equal access to is envisaged that though these efforts, sustainable training centers “owned
its mastery and use. and managed” by the community itself, will be established.

The more well to do usually have easier access. For example in the Subang Since this e- initiative program launched 3 years ago, the response has
Jaya community, that is a higher-end neighborhood; about 80% of the been really great and overwhelming. Good impact has been made to the
households have Internet access. Others, in low-income communities are communities involve in the project. We can see our target group are getting
not so fortunate. Without access to ICT, they are left out of opportunities, lots of exposure on the world of IT and continue exploring their potential.
which would give them greater personal and social mobility. Thus the so- It is a great sense of achievements that we get from this project, so much
called “digital divide”. so that we would like to share it with our friends in Sabah. This year, we
will be launching the e-initiative program in Sabah. Using the same module
Several government agencies, are undertaking programs to bridge the digital that proven fruitful in peninsular. So we seek cooperation and support from
divide. These include the Ministry of Science, Technology and Environment, government, corporates and communities in Sabah.
MIMOS, Ministry of Youth and Sports and Pusat Zakat. Responses to these
initiatives have generally been positive. Hopefully we can venture in the great journey to provide a better start for
our young generation.

9
Aspirasi Digital
Inisiatif JPKN Akses ICT untuk Semua

Seminar Pembangunan
Multimedia dan
Laman Web
Negeri
Sabah
P
ada 18 Jun 2009 yang lalu, satu seminar berkaitan ICT telah
berlangsung di Grand Ballroom The Pan Pacific Kota Kinabalu.
Seminar Pembangunan Multimedia dan Laman Web Negeri Sabah
ini dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah (JPKN)
dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Yee Moh Chai selaku Menteri
Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah.

Tema yang dicadangkan adalah Seminar Pembangunan Multimedia


dan Laman Web Sektor Awam. Ia dipilih memandangkan perlunya untuk
memberi pendedahan kepada Webmaster dan Multimedia Developer
sesuatu organisasi sektor awam negeri Sabah mengenai teknologi-teknologi
terkini dalam pembangunan multimedia dan laman web.

Seminar ini berperanan dalam menggalakkan anjakan paradigma bagi


organisasi sektor awam untuk melihat ICT sebagai pemangkin kepada
pembaharuan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan yang berkesan.
Antara lain, ia juga menggalakkan perkongsian dan integrasi antara
peringkat sektor awam demi meningkatkan keberkesanan sektor awam di
kalangan masyarakat awam.

Seminar ini juga memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran


kepada organisasi sektor awam tentang pentingnya multimedia dan laman
web sebagai alat penjana pendapatan kewangan kepada negeri secara
langsung atau tidak langsung.

Di samping itu, seminar ini juga dapat meningkatkan kesedaran dan


memberi pengetahuan mengenai teknologi terkini dalam pembangunan
multimedia dan laman web.

Seminar ini disasarkan kepada kakitangan sektor awam yang terlibat dalam
pembangunan multimedia atau laman web dan juga para pegawai Teknikal
IT sektor awam.

Sebanyak 4 kertas kerja telah dibentangkan di dalam seminar ini. Seminar


yang tamat pada pukul 4.30 petang ini diharapkan dapat membantu para
kakitangan sektor awam untuk lebih mendalami ilmu ICT dan seterusnya
dapat menggunakan ia untuk kemajuan negeri.

10
Aspirasi Digital Inisiatif Perpustakaan Negeri
Akses ICT untuk Semua

P
enempatan projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau Universal Selain itu, ia turut menggalakkan proses pembelajaran sepanjang hayat
Service Provision (USP) di Perpustakaan Desa di Negeri Terengganu bagi menyahut seruan kerajaan. Pembelajaran sepanjang hayat menjadi
bermula dengan fasa 2 pada akhir tahun 2004. Pemberian lebih mudah kerana bahan rujukan boleh didapati di Perpustakaan Desa
Perkhidmatan Sejagat ini adalah merupakan nilai tambah kepada ataupun melalui Internet di bawah projek USP yang disediakan.
Perpustakaan Desa yang sedia ada. Dengan ini hasrat kerajaan untuk
mewujudkan masyarakat celik ICT dapat direalisasikan. Pemberian awal Projek USP ini juga memberi kesedaran kepada komuniti tentang pentingnya
meliputi peralatan seperti berikut: ICT dalam era globalisasi kini. Selain dari anak-anak kecil, ibu bapa turut
didedahkan dengan kemudahan ICT dan ini mencetuskan kesedaran
Komputer 2 unit tentang kepentingannya dalam kehidupan seharian.
Modem 1 unit
Pencetak 1 unit Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu berharap semua
Telefon Awam 2 unit Perpustakaan Desa yang telah dilengkapi dengan Projek USP akan dapat
Capaian Internet memenuhi hasrat kerajaan untuk mengurangkan jurang digital di kalangan
warga desa di Negeri Terengganu. Penggunaannya secara percuma
Kemudahan komputer dan capaian Internet diberikan secara percuma telah dapat menarik minat pengguna dari pelbagai latar belakang dan
agar penduduk luar bandar dapat bersaing seiring dengan masyarakat meningkatkan tahap celik ICT di kalangan masyarakat luar bandar.
di kawasan bandar dari segi teknologi dan komunikasi. Projek USP di
Terengganu telah dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan fasa Projek USP di Perpustakaan Desa diharap akan dapat diteruskan oleh
2 hingga fasa 5. Kerajaan Persekutuan dengan penubuhan tapak-tapak baru, pembiayaan
penyelenggaraan, penempatan penyelia ICT serta segala keperluan
Perpustakaan Desa telah melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan ICT mengenainya. Adalah satu perkara yang merugikan sekiranya projek ini
supaya masyarakat setempat lebih terdedah kepada teknologi baru ini dan dibiarkan tanpa pengawasan dan pemantauan oleh pihak-pihak terlibat.
mahir menggunakannya. Bagi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu apa jua projek yang
boleh dimanfaatkan serta memberi faedah kepada penduduk setempat
Di antara program yang dijalankan ialah mengadakan kelas-kelas sangat-sangatlah dialu-alukan. Perbadanan Perpustakaan Awam
pembelajaran komputer dan Internet agar mereka dapat mencari bahan- Terengganu sedia bekerjasama demi memajukan masyarakat di Negeri
bahan maklumat dengan cepat serta berkesan. Selain itu, kemahiran Terengganu.
menggunakan e-mel turut juga diajar bagi membolehkan masyarakat
berkomunikasi secara maya. Penggunaan aplikasi-aplikasi seperti Microsoft
Word, Microsoft Power Point dan sebagainya turut diajar bagi meningkatkan
lagi kemahiran mereka.

Program-program yang dijalankan melibatkan segenap peringkat komuniti


seperti warga emas, kaum wanita, belia, kanak-kanak, pendidik, pelajar
dan sebagainya. Perpustakaan Desa memainkan peranan penting
dalam kehidupan seharian warga desa. Sebagai contoh, suri rumah
menggunakan kemudahan USP di Perpustakaan Desa untuk mencari
peluang-peluang menambahkan pendapatan keluarga melalui Internet.
Mereka turut memanfaatkan bahan-bahan bacaan seperti buku resipi
untuk meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang masakan. Ada juga
yang telah mampu menggunakan kemudahan perbankan Internet untuk
membayar bil-bil mereka setiap bulan.

Para pendidik atau guru juga banyak menggunakan kemudahan yang


terdapat di Perpustakaan Desa untuk menambahkan lagi bahan rujukan bagi
Puan Hajah Nor Akmal binti Ab. Fatah
membantu pengajaran di sekolah. Selain daripada bahan-bahan rujukan di Pengarah
sekolah, mereka boleh mendapatkan berbagai-bagai maklumat mengenai
pendidikan melalui Internet sekali gus meningkatkan mutu pengajaran.
Perbadanan Perpustakaan Awam
Terengganu
Terdapat banyak sumber rujukan di Perpustakaan Desa yang boleh diakses
oleh pelajar-pelajar sekolah dan penuntut IPT. Pelajar-pelajar menggunakan
kemudahan yang ada untuk menyiapkan tugasan harian ataupun kerja
kursus di samping menambahkan ilmu pengetahuan terhadap sesuatu
bidang. Sekali gus ia juga dapat membudayakan tabiat membaca di
kalangan mereka apabila kerap ke Perpustakaan Desa.

Kewujudan projek USP banyak memberi impak positif kepada pengguna


Perpustakaan Desa. Projek ini membuka ruang kepada masyarakat
luar bandar mempelajari Teknologi Maklumat Dan Komunikasi serta
menggunakan aplikasinya. Ini dapat membantu merapatkan jurang digital
di kalangan masyarakat bandar dan luar bandar dengan penyediaan
perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan Internet.

11
Inisiatif eKom Aspirasi Digital
Akses ICT untuk Semua

LAPORAN AKTIVITI PUSAT KAJIAN


eKOMUNITI BAGI
PROJEK PORTAL
KOMUNITI KITA
PENDAHULUAN
Portal Komuniti Kita merupakan satu usaha untuk menyediakan platform
formal yang interaktif bagi memudahkan penyaluran dan perkongsian
maklumat, komunikasi dan tugasan harian serta urusan antara komuniti luar
bandar dan terpinggir dengan pelbagai agensi termasuk kerajaan, NGO,
perbankan dan lain-lain perkhidmatan.

Keunikan portal ini ialah ia dibangunkan mengikut analisa keperluan


komuniti yang telah dijalankan oleh Pusat Kajian eKomuniti dan menepati
keperluan komuniti belia, orang kurang upaya (OKU), masyarakat luar
bandar, miskin, pe ribumi, petani, warga emas, wanita dan kanak-kanak.
Sebahagian dari peserta yang hadir
Portal ini membantu komuniti mengakses dan mencapai bahan daripada
portal-portal kerajaan, NGO, komuniti dan agensi pelaksana. Portal ini juga
menyenaraikan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan. LAPORAN FAT WANITA DAN USAHAWAN DI DEWAN FTSM, UKM
BANGI, SELANGOR
Sebagai langkah pemurnian dan seterusnya memastikan Portal Komuniti
Kita telah memenuhi keperluan komuniti pengguna, pihak eKom telah
mengadakan Final Acceptance Test (FAT).

LAPORAN FAT OKU DAN BELIA DI PLPP, BANGI, SELANGOR

Aktiviti
Bertempat di PLPP Bangi, seramai 60 orang yang terdiri dari OKU
Pendengaran, Fizikal dan Masalah Pembelajaran Sub-Kategori Dyslexia
telah memberi respon terhadap Gerbang OKU dan Belia. Ujian yang
bermula pada pukul tiga dan berakhir pada pukul lima petang ini dijalankan
bagi memastikan Gerbang OKU dan Belia yang telah dibangunkan ini benar-
benar berada di tahap yang memuaskan dan dapat memberikan maklumat
terbaik selain dapat memenuhi keperluan golongan sasaran. Ketika lawatan
untuk FAT di PLPP ini dijalankan terdapat beberapa komuniti OKU yang
mendapat latihan di sini dan mereka telah dihimpunkan untuk tujuan FAT ini.

Antara responden yang hadir di Final Acceptance Test (FAT)

Aktiviti:
Bagi kelompok wanita dan usahawan pula, ujian telah diadakan di dewan
FTSM, UKM juga pada jam tiga hingga lima petang. Seramai 60 orang
yang terdiri dari usahawan wanita dalam pelbagai bidang telah diambil
untuk menjadi responden dalam FAT ini. Gerbang Usahawan dan Wanita
juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan untuk FAT ini. Ujian
ini di jalankan bagi memastikan Gerbang Usahawan dan Wanita dapat
memberikan informasi terkini tentang pinjaman, karnival dan sebagainya,
Portal ini telah dibangunkan sebagai salah satu alternatif untuk membantu
para usahawan dan wanita meluaskan jaringan, mendapatkan maklumat
bantuan serta aduan dengan mudah dan efisien.

Sesi penerangan oleh penceramah

12
Aspirasi Digital Inisiatif P1
Akses ICT untuk Semua

P1
OFFERS
AFFORDABLE
BROADBAND
PACKAGES
Wireless broadband
connectivity up to 42
times the speed of
dial-ups
Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd. (P1), Malaysia’s first and widest Since the launch of P1 W1MAX back in August 2008, the service is now
coverage WiMAX telco, recently revamped its P1 W1MAX high speed available in many areas of the Klang Valley, and selected areas in Johor,
wireless broadband packages and announced five new subscription plans Kedah and Penang.
starting this month. The packages consist of three ‘Home’ plans and two
‘Office’ plans. The latest areas to have P1 W1MAX coverage include parts of Bukit
Raja in Klang, Ampang in Kuala Lumpur, Bukit Kemuning in Shah Alam,
Michael Lai, chief executive officer of P1 says that the new subscription Taman Lian Hoe in OUG Kuala Lumpur, Section 14 in Petaling Jaya,
plans are introduced in response to feedback received from P1 W1MAX Penang Town Centre and Kampung Syed in Ayer Itam, also in Penang
subscribers and the general public. “P1 is a company that listens to its island. Detailed information on the current P1 W1MAX subscription
customers. Therefore, these plans are designed to better meet Malaysian’s plans and reseller location can be obtained at www.p1.com.my.
broadband needs.”
For Home packages, there are 5GB (Lite), 20GB (Plus), and 40GB (Pro)
“Now is a great opportunity especially for dial-up users who desire faster fair data usage while the Office packages have unlimited data usage.
Internet speed but could not have access to it. P1 W1MAX service requires
no telephones lines to get connected. It is as simple as plug and play. What All plans are available in 12- or 24-month contracts. Subscribers who
is even more exciting; our wireless broadband access offers up to 42 times opt for the 12-month contract may buy their WiMAX desktop modem
the speed of a dial-up connection! How can anyone be left behind on this for RM199 or pay for it in twelve monthly installments of RM20 each.
high speed wireless broadband revolution?” Subscribers opting for the 24-month contract will receive their WiMAX
desktop modem for free. More information is available at www.p1.com.
“On a bigger picture, our new P1 W1MAX subscription plans are part of P1’s my or call 1300 800 888.
pledge of broadband for all and to contribute to Malaysia’s national goal
of 50% broadband penetration by 2010. Our Home Lite package of RM49
monthly with download speeds of up to 400kbps; is affordably priced to
make P1 W1MAX as accessible as possible to all Malaysians,” Lai informed.
“With the new packages, our commitment to quality service and customer
satisfaction remains top-notch as we look forward to serving more
Malaysians as we continue to aggressively roll out P1 W1MAX nationwide,”
Lai added.
13
Tauladan Aspirasi Digital
Akses ICT untuk Semua

D
alam usaha untuk merapatkan jurang digital di antara komuniti
setempat dengan penduduk di bandar-bandar besar, Pusat
Internet Desa (PID) Yan menawarkan pelbagai kemudahan kepada
orang ramai. Antaranya ialah kemudahan capaian Internet, faks, e-mel,
e-services, kelas komputer serta bantuan rujukan teknikal berkaitan dengan
perkakasan komputer.

Salah seorang pengguna PID Yan ialah Nur Amira Binti Abdullah. Beliau
berumur 17 tahun dan merupakan salah seorang dari 1146 ahli PID lebih
kurang setahun yang lalu. Beliau telah mengikuti kursus komputer di sini
selama hampir dua bulan setengah dan tamat dengan jayanya.

Nur Amira amat tertarik dengan PID kerana beliau banyak memperoleh
ilmu pengetahuan dan maklumat melalui Internet. Beliau juga menjadikan
PID sebagai tempat untuk mengulang kaji pelajaran, menaip kerja sekolah,
mencetak atau mengimbas imej-imej yang diperlukan.

Beliau berpendapat, galakan terhadap penggunaan PID perlu diperluaskan.


Ini kerana tawaran kursus komputer di PID jauh amat murah berbanding di
tempat lain. Kempen perlu di perhebatkan supaya lebih ramai orang tertarik Encik Rashidi Saad bersama hasil ternakan ikan kelinya
untuk menyertainya. Bagi beliau, zaman teknologi yang serba canggih ini
memerlukan seseorang itu celik IT agar tidak ketinggalan.

Pada tahun 2008, Kelab Usahawan Sosial Yan (KUSPID Yan) yang Produk hasilan beliau seperti ikan keli masin berempah dan nuget ikan keli
berfungsi dalam melahirkan usahawan-usahawan berdaya saing di era mendapat sambutan yang amat menggalakkan setiap kali jualan diadakan
teknologi maklumat telah ditubuhkan. Penubuhan kelab ini diharap dapat di bawah kelab KUSPID Yan. Perkongsian mengenai ilmu perniagaan
memberi pendedahan perniagaan secara global kepada usahawan untuk juga boleh didapati di PID. Pelbagai pengalaman boleh didapati ketika
memperkasakan diri dan berjaya. Ahli kelab juga dapat memanfaatkan mesyuarat KUSPID Yan diadakan. Di situ, perbincangan sesama ahli turut
rangkaian kerjasama Kelab Usahawan Sosial di 42 PID seluruh Malaysia membantu menaikkan lagi mutu produk selain dapat berkongsi idea.
bagi meningkatkan taraf sosial dan ekonomi mereka.
Beliau berharap agar PID dapat meluaskan peranannya dalam membantu
Penyataan tersebut disokong oleh Encik Rashidi Saad yang merupakan komuniti dengan mengadakan lebih banyak bengkel ICT pada masa akan
bendahari Kelab Usahawan Sosial PID Yan. Beliau yang berumur 52 datang. Peranan PID harus disebar luaskan agar ia menjadi inspirasi bagi
tahun itu merupakan seorang usahawan ternakan ikan keli dan begitu aktif orang lain memajukan diri. Beliau berkata, belia hari ini harus mengejar
di dalam PID. Beliau pernah dijemput sebagai tenaga pengajar semasa peluang dengan menggunakan secara optimum segala kemudahan yang
Kursus E-Services Fasa 3 yang diadakan pada bulan Jun lalu di PID Yan. terdapat di PID.

Pusat Internet Desa Yan


P
uan Rohana binti Yaakob pula merupakan seorang suri rumah
sepenuh masa dan sering menggunakan PID Yan untuk urusan
perniagaan kecil-kecilan yang beliau jalankan. Beliau yang berumur
26 tahun itu sentiasa ditemani oleh anak beliau ketika menggunakan
perkhidmatan di PID.

Beliau merupakan seorang pelajar yang mengambil kursus Microsoft Office


di PID Yan dan amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Beliau berpendapat bahawa pengetahuan mengenai bidang teknologi
maklumat ini harus dikongsi bersama agar semua masyarakat di sini dapat
menikmati segala peluang yang ada di PID.

Dengan mendaftar kursus komputer di PID, selain murah, banyak ilmu


yang diperoleh terutama cara-cara penggunaan sesuatu aplikasi itu
dengan lebih lanjut. Bukan sekadar menaip surat, malah dengan adanya
Internet, beliau kini sudah mula menggunakan e-mel untuk berinteraksi
dengan rakan-rakan. Beliau berpendapat banyak lagi ilmu yang perlu dicari
memandangkan teknologi maklumat kini menjadi satu keperluan untuk
memudahkan kita mencapai sesuatu yang kita inginkan. Dengan hanya
satu klik, banyak maklumat berserta penerangan yang boleh di muat turun
bagi meluaskan pengetahuan seseorang.

Oleh itu, beliau berharap agar peranan PID ini dapat disebar luaskan
bukan hanya di Yan memandangkan ilmu yang boleh didapati adalah amat Puan Rohana selalu menggunakan kemudahan Internet di
berguna. Promosi haruslah dijalankan melalui sekolah-sekolah agar lebih PID untuk tujuan pemasaran
ramai pelajar mendapatkan perkhidmatan dan menjalani kursus di PID.

PID Yan yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Yan ini diharap
dapat menjadi tempat untuk melahirkan modal insan yang mampu bersaing
di dunia global satu hari nanti.
14
Aspirasi Digital Laman Web Pilihan
Akses ICT untuk Semua

D
www
ewasa ini, salah laku jalan raya merupakan antara faktor utama
yang mengancam keselamatan jalan raya. Terdapat kajian yang
mengatakan bahawa faktor manusia merupakan faktor tunggal iaitu

.
kira-kira 57 peratus penyebab kepada kemalangan di jalan raya. Salah laku
jalan raya bermaksud tindak tanduk pengguna jalan raya yang salah dan
mungkin membawa kepada kecelakaan jalan raya. Dalam konteks etika
salah laku jalan raya biasanya berkait rapat dengan sikap pengguna jalan
raya itu sendiri. Justeru, adalah penting pada masyarakat untuk mendapat

PanduCermat.
pendidikan berkaitan keselamatan jalan raya.

org.my
Satu laman web telah dibangunkan untuk tujuan tersebut iaitu www.
PanduCermat.org.my. Laman web di bawah Jabatan Keselamatan Jalan
Raya (JKJR) ini antara lain berfungsi sebagai medium atau one stop agency
bagi memantau dan menyelaras program keselamatan jalan raya dari
aspek pendidikan, penguatkuasaan, kejuruteraan dan persekitaran atau 4E
(Education, Enforcement, Engineering and Environment).

JKJR juga berperanan menyelaras tindakan untuk meningkatkan kegunaan


peralatan keselamatan jalan raya seperti kegunaan tali pinggang belakang,
beg udara, topi keledar dan pakaian warna cerah bagi setiap penunggang
motorsikal.

Misi utama agensi ini ialah untuk meningkatkan tahap keselamatan dan Turut dimuatkan juga informasi bagi penunggang motosikal dan pejalan kaki
kefahaman pengguna-pengguna jalan raya dengan cara meningkatkan sebagai panduan. Antaranya ialah kesalahan lumba haram, tidak berhenti
kesedaran melalui kempen media seperti rangkaian televisyen, radio, ketika lampu merah dan sebagainya. Aspek keselamatan pejalan kaki
paparan iklan di akhbar dan majalah. secara umumnya sangat penting dan perlu dititikberatkan, maka pelbagai
tip keselamatan diberikan sebagai panduan. Tip-tip seperti apakah yang
Ia dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu diajar selepas anak anda mula berjalan serta tempat yang selamat
mempunyai tahap keselamatan jalan raya setaraf dengan negara maju untuk melintas diharap mampu mendidik masyarakat untuk lebih peka
menjelang tahun 2010 iaitu 10 kematian setiap 100 ribu penduduk, dua kepada keselamatan diri dan ahli keluarga.
kematian setiap 10 ribu kenderaan yang berdaftar dan 10 kematian setiap 1
bilion kilometer perjalanan kenderaan. Laman web ini turut memberi informasi mengenai kempen media dan
statistik kemalangan selain memberi peluang kepada pembaca untuk
Perkhidmatan berdiskusi mengenai aspek keselamatan di ruangan forum dan blog
Laman web ini memuatkan pelbagai informasi berguna kepada pemandu yang disediakan. Ruangan forum membolehkan pembaca membaca
kereta, penunggang motosikal dan pejalan kaki. Sebagai contoh, pemandu pengumuman, sembang@coffee shop, mata-mata gelap dan membuat
kereta didedahkan dengan maklumat seperti kepentingan pemakaian tali cadangan atau aduan secara online.
pinggang keledar tempat duduk belakang, kawasan kemalangan di sekitar
Kuala Lumpur, bahaya memandu semberono, keselamatan dalam kereta, Laman web ini menyediakan pilihan dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan
tip keselamatan dan sebagainya dirungkaikan secara terperinci. bahasa Inggeris untuk lebih praktikal dan memudahkan pembaca membuat
pilihan bahasa yang diingini.
Antara tip keselamatan yang berguna ialah jangan mengekori kenderaan di
hadapan atau memandu terlalu hampir kerana kemungkinan akan berlaku Reka Bentuk
pelanggaran dalam keadaan kecemasan. Sentiasa ikut had laju yang Laman web panducermat.org.my ini mempunyai reka bentuk dan susunan
ditetapkan dan elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini akan yang teratur dan kemas. Ia juga disertakan dengan kesinambungan yang
membahayakan keselamatan pemandu dan orang lain. jelas yang menjadi daya tarikan kepada pembaca. Laman ini menunjukkan
topik besar bersama-sama dengan sub topik yang terkandung di dalamnya.
Susunan kesemua data dan informasi kelihatan kemas dan secara tidak
langsung akan memudahkan pembaca memperoleh maklumat yang
dikehendaki.

Teknologi terkini dunia Internet membolehkan bukan sahaja teks malah


grafik juga boleh dipamerkan di dalam laman web yang akan menampakkan
keceriaan dan menjadi lebih menarik. Imej-imej yang digunakan juga
menyalurkan maklumat dan tidak terlalu membebankan. Warna, tema dan
konsep yang digunakan kelihatan sesuai dan tepat dengan matlamat laman
web ini.

Selain itu, laman web ini juga mempunyai pautan dengan lain-lain laman
web yang berkaitan. Ruangan komen dan cadangan juga yang disediakan
bagi pembaca meminta maklumat dan memberi ulasan. Bukan setakat
tempat mendapatkan informasi, ruangan ini juga bertindak sebagai alat
untuk memperbaiki sebarang kelemahan dan memperlengkapkan informasi-
informasi yang sedia ada berdasarkan komen-komen dari pembaca.

Dengan adanya laman web ini, ia diharap dapat membantu mengubah minda
dan sikap para pengguna jalan raya supaya sentiasa mengutamakan aspek
keselamatan, mengamalkan budaya pemanduan berhemah dan mematuhi
undang-undang trafik agar visi “Kematian Sifar Akibat Kemalangan” akan
Paparan muka www.PanduCermat.gov.my tercapai.

15
Aspirasi Digital
Akses ICT untuk Semua

pusat
internet
desa

“ Dalam tempoh 2005 - 2010, perbelanjaan di Malaysia dijangka akan bertambah lebih daripada 10% mengikut
Kadar Pertumbuhan Tahunan Majmuk. Menjelang 2010, Perbadanan Data Antarabangsa menjangkakan yang
perbelanjaan ICT di Malaysia akan mencecah RM22 bilion. Pembangunan dan penggunaan meluas ICT adalah
berpusat
16 kepada kesedaran Wawasan 2020 yang merupakan ekonomi berasakan pengetahuan. Penggunaan ICT
telah meningkatkan daya saing Malaysia di dalam ekonomi global. ” matrade.gov.my

Anda mungkin juga menyukai