Anda di halaman 1dari 2

pixelette

Pakej
Dikemaskini pada 26/05/10

Pixelette Studio menawarkan khidmat fotografi untuk setiap majlis anda..majlis merisik dan
pertunangan, majlis perkahwinan, majlis khatam Quran, majlis aqiqah dan cukur jambul,
majlis makan malam, majlis-majlis keraian, pendek kata segala majlis yang memerlukan
khidmat fotografi!

Kami tahu, kos fotografi di luar sana bukannya murah. Lebih-lebih lagi waktu-waktu macam
sekarang dengan kos sara hidup yang meningkat..harga barang naik, bil-bil naik. Kami
tahu..kami juga pengguna macam anda.

Pixelette Studio akan memastikan pakej-pakej yang ditawarkan adalah yang terendah
dipasaran! Jangan risau tentang kualiti..kami pastikan perkhidmatan dan hasil terbaik untuk
para pelanggan kami!

Pakej-Pakej Perkahwinan

Pakej 1 – RM 650

Liputan untuk satu majlis akad nikah dan persandingan pada hari yang sama. Pakej ini
termasuklah:

 Satu sesi fotografi outdoor


 Seratus (100) keping gambar bercetak saiz 4R
 Sebuah (1) album jenis ‘sticky’ dengan muka hadapan yang di reka khas
 Dua (2) keping gambar berukuran 8R/10R/12R
 Sekeping (1) gambar berukuran 8R/10R/12R berbingkai
 Sekeping (1) DVD yang mengandungi salinan digital gambar
 Cederahati dari Pixelette Studio

* Cas tambahan RM 50 akan dikenakan untuk majlis akad dan persandingan yang diadakan
pada hari yang berlainan.

Pakej 2 – RM1200

Liputan untuk  satu majlis akad nikah dan dua majlis persandingan. Pakej ini termasuklah:

 Satu sesi fotografi outdoor


 Dua ratus (200) keping gambar bercetak saiz 4R
 Dua buah (2) album jenis ‘sticky’ dengan muka hadapan yang di reka khas
 Empat (4) keping gambar berukuran 8R/10R/12R
 Dua (2) keping gambar berukuran 8R/10R/12 berbingkai
 Dua (2) keping DVD yang mengandungi salinan digital gambar
 Cederahati dari Pixelette Studio
Upgrade album anda!

Tambah RM 70 sebuah untuk upgrade ke album jenis Storybook (8′ x 12′) 20 mukasurat.

Tambah RM 140 sebuah untuk upgrade ke album jenis Photobook (Fully UV) (8′ x 12′) 20
mukasurat.

Tambah RM 160 sebuah untuk upgrade ke album jenis Photobook (UV Crystal) (8′ x 12′) 20
mukasurat.

Pakej-pakej lain

Pakej-pakej untuk majlis-majlis lain seperti majlis pertunangan, majlis aqiqah dan majlis-
majlis keraian lainnya, anda perlulah memberikan butir-butir majlis serta jumlah kepingan
gambar dan jenis album yang dikehendaki agar pihak Pixelette Studio akan membuat sebut
harga terlebih dahulu.

Sila Ambil Perhatian Maklumat-Maklumat Di Bawah!

1. Harga-harga bagi pakej-pakej di atas adalah sebut harga untuk majlis-majlis yang
berlangsung di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sahaja.
2. Kos perjalanan dan penginapan akan ditangung oleh pihak pelanggan untuk majlis-
majlis di luar Selangor dan Kuala Lumpur. Salinan resit-resit asal akan dikemukakan
semasa membuat tuntutan.
3. Kos-kos sampingan yang terlibat (sekiranya ada) semasa sesi fotografi berlangsung
akan ditanggung oleh pihak pelanggan.
4. Bayaran deposit (20%) hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya tiga (3) minggu
sebelum majlis berlangsung. Bayaran deposit adalah sebagai satu tanda persetujuan di
antara pihak Pixelette Studio dan pihak pelanggan.
5. Pembayaran penuh hendaklah dibuat selepas sesi fotografi tamat. Walau
bagaimanapun, perkara ini bergantung kepada perbincangan dan budi bicara pihak
Pixelette Studio.
6. Segala hasil kerja akan disiapkan dalam tempoh satu (1) bulan selepas majlis tamat.
Sebarang kelewatan akan dimaklumkan kepada pihak pelanggan.
7. Pihak Pixelette Studio berhak menggunakan hasil-hasil gambar untuk tujuan promosi.
Pihak pelanggan akan dimaklumkan sekiranya hasil-hasil gambar digunakan untuk
tujuan komersil.

Anda mungkin juga menyukai