Anda di halaman 1dari 15

KAWALAN DAN PENCEGAHAN

Kandungan:
 Pengawasan vektor
 a. Jentik-jentik

 b. Nyamuk dewasa
 Kawalan ketika berlaku wabak
 Langkah-langkah yang perlu
diambil semasa aktiviti
semburan
 a. Semburan kabus

'thermal'
 b. Semburan kabus 'ultra

low volume'
 Kawalan jangka panjang
 a. Kawalan biologi

 b. Pendidikan kesihatan

 c. Penggunaan vaksin

 d. undang-undang

Pengawasan vektor (nyamuk Aedes)


Sasaran utama usaha pengawalan
ditujukan terhadap vektor penyakit,
terutamanya Aedes aegypti kerana
nyamuk ini merupakan satu-satunya
komponen dalam kitaran transmisi virus
yang boleh dikawal secara efektif
dengan kaedah yang tersedia pada masa
ini. Pengawasan vektor bertujuan untuk
mengawasi jumlah dan juga paras
kepadatan nyamuk Aedes. Langkah ini
akan memberikan penunjuk tentang
kejayaan usaha pengawalan vektor dan
juga boleh membantu menentukan masa
yang tepat untuk memulakan,
menggiatkan ataupun menghentikan
usaha pengawalan. Pengawasan Aedes
boleh dilakukan terhadap peringkat
jentik-jentik atau nyamuk dewasa.
1.Pengawasan jentik-jentik
Apabila melakukan tinjauan untuk
mengkaji jumlah jentik-jentik, setiap
rumah akan diperiksa. Pemeriksaan
dilakukan pada sekurang-kurangnya 50
buah rumah di kampung yang besar atau
di bandar. Di setiap rumah semua bekas
di dalam dan di luar rumah diperiksa
sama ada terdapat air dan jentik-jentik
atau tidak. Terdapat beberapa jenis
indeks yang digunakan untuk
menentukan kepadatan jentik-jentik:
a. Indeks Premis ( Indeks Rumah)
= Bilangan rumah positif dengan jentik-
jentik / Bilangan rumah yang diperiksa x
100
= % rumah positif untuk jentik-jentik.
b. Indeks Bekas
= Bilangan bekas positif dengan jentik-
jentik / Bilangan bekas yang diperiksa x
100
= % positif untuk jentik-jentik
c. Indeks Breteau
= Bilangan bekas positif dengan jentik-
jentik / Bilangan rumah yang diperiksa x
100
= Bilangan bekas positif / 100 rumah.
d. Indeks kepadatan jentik-jentik
= Bilangan jentik-jentik dari semua
rumah / Bilangan rumah yang diperiksa
= Purata bilangan jentik-jentik / rumah.
e. Indeks Stegomyia
= Bilangan bekas positif dengan jentik-
jentik / Bilangan penduduk di kawasan
tinjauan x1000
= Bilangan bekas positif / 1000
penduduk.
2. Pengawasan nyamuk dewasa
Nyamuk Aedes aegypti boleh ditangkap
di dalam rumah apabila sedang berehat
atau ketika menggigit umpan manusia.
Aedes albopictus dan spesis Aedes yang
lain boleh ditangkap di luar rumah
dengan menggunakan umpan manusia.
Perangkap khas untuk telur nyamuk
( ovitrap) boleh juga digunakan untuk
mengesan kepadatan nyamuk.
Kepadatan nyamuk biasanya diukur
menggunakan indeks-indeks seperti
berkut:
a. Indeks kadar gigitan
= Bilangan nyamuk betina dikumpulkan
dengan umpan / Masa penangkapan
(minit) x 60
= Bilangan nyamuk yang ditangkap
dengan umpan / jam.
b. Indeks rumah
= Bilangan nyamik berehat ditangkap
dalam masa 15 minit / Bilangan rumah
= Purata tangkapan / rumah / 15 minit.
c. Indeks ovitrap
= Bilangan ovitrap yang mengandungi
telur / Bilangan ovitrap yang digunakan
x 100
= % ovitrap positif
d. Indeks jaring
= Bilangan nyamuk yang ditangkap
dengan jaring / Masa ( minit) x 60
= Bilangan nyamuk betina yang
ditangkap / jam di kawasan tumbuhan-
tumbuhan dengan menggunakan jaring.
Kawalan ketika belaku wabak
Demam Denggi
a. Semburan kabus racun serangga
Tujuan semburan - untuk membunuh
nyamuk Aedes dewasa yang membawa
virus denggi.
Jenis semburan
i. Apabila berlaku satu kes demam
denggi, semburan kabus dijalankan
seluas 200 meter sekeliling rumah
pesakit dengan mesin 'Thermal
Fogger'.
ii. Apabila berlaku wabak denggi,
seluruh lokaliti berkenaan dibuat
semburan kabus dengan
menggunakan mesin ' Ultra Low
Volume' yang diletakkan di atas
kenderaan.
Masa semburan
Semburan dijalankan pada awal pagi
dan petang dengan mengambil kira
masa kemuncak gigitan nyamuk
Aedes dewasa dan keadaan cuaca
yang sesuai untuk menjalankan kerja
semburan.
Kekerapan semburan
Semburan dibuat apabila ada kes
demam denggi yang dilaporkan
kepada pihak berkuasa kesihatan.
Semburan kabus pertama dilakukan
dalam masa 24 jam selepas notifikasi
dan diikuti dengan semburan kedua
pada hari ke 7-10 berikutnya.
KERJASAMA ANDA SANGAT
DIPERLUKAN SEMASA AKTIVITI
SEMBURAN DIJALANKAN!!!

Langkah-langkah yang perlu diambil


semasa aktiviti semburan
a. Semburan kabus 'thermal'
i. Semasa proses penyemburan penghuni
hendaklah mengosongkan premis
mereka termasuklah binatang peliharaan.
ii. Menutup semua tingkap dan pintu
yang menghala keluar kecuali pintu
hadapan.
iii. Membuka semua pintu bilik dalam
rumah.
iv. Menutup atau menyimpan bahan
makanan dalam peti sejuk atau almari.
v. Mematikan api dapur gas dan
menutup balang gas atau apa-apa bahan
yang mudah terbakar.
b. Semburan kabus 'ultra low volume'
Racun serangga yang digunakan adalah
selamat pada manusia, haiwan dan alam
sekitar. Walau bagaimanapun langkah-
langkah keselamatan seperti di bawah
amat digalakkan
i. Elakkan diri dari terdedah dan
menyedut kabus semburan.
ii. Jaga kebersihan diri dengan mencuci
tangan, membasuh muka dan menukar
pakaian jika perlu.
iii. Dapatkan rawatan perubatan jika
disyaki mengalami keracunan oleh racun
serangga.
b. Memusnahkan tempat pembiakan
nyamuk
Ia dilakukan di dalam sekitar radius 200
m dari kawasan kes demam denggi
dikesan. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan
adalah seperti berikut
i. Memusnahkan atau mengurangkan
sebanyak mungkin berbagai-bagai bekas
dan tempat vektor menetap dan
berkembang biak. Misalnya,
pengumpulan dan pemusnahan sampah
yang teratur seperti tin, tayar dan bekas-
bekas yang boleh menakung air dan
seterusnya menjadi tempat pembiakan
nyamuk Aedes.
ii. Mengurang atau mengelakkan
menyimpan air dalam takungan-
takungan seperti deram, tempayan,
kolam simen dan lain-lain.
iii. Mencampurkan Abate ke dalam
semua bekas yang digunakan untuk
menyimpan air. Mencampur garam atau
minyak tanah ke dalam perangakp semut
yang terdapat di dalam rumah.
iv. Membersihkan rumput, lalang dan
semak di tanah-tanah lapang akan
memusnahkan tempat nyamuk menetap
dan berehat. Kaedah-kaedah ini
bersama-sama dengan kaedah yang lain
akan membuat alam sekitar tidak sesuai
untuk pembiakan nyamuk Aedes aegypti
dan Aedes albopictus.

a. Kawalan Biologi
Kawalan biologi merupakan kawalan
nyamuk melalui musuh alamiah seperti
haiwan pemangsa, parasit dan patogen.
Haiwan pemangsa biasanya lebih besar
dari mangsa yang sering dimakan.
Pemangsa seperti ikan Gambusia, Claris
fuscus, Macropodus dan Tilapia nilotica
telah untuk digunakan untuk memakan
jentik-jentik bagi nyamuk Aedes.
Jentik-jentik dari spesis nyamuk
Toxorhynchites boleh juga digunakan
untuk mengawal jentik-jentik nyamuk
Aedes di dalam bekas-bekas takungan
air. Nyamuk Toxorhynchites merupakan
nyamuk yang berukuran besar tetapi
tidak pernah menggigit dan menghisap
darah manusia.
Bakteria seperti Bacillus thuringiensis,
Bacillius israelensis dan Bacillus
sphaericus boleh juga digunakan untuk
mengawal nyamuk Aedes. Lain-lain
contoh kawalan biologi adalah seperti
menggunakan cacing gelang dan kulat
seperti Coelomomyces.
b. Pendidikan Kesihatan Masyarakat
Pendidikan kesihatan memainkan
peranan yang penting dalam pengawalan
penyakit Demam Denggi oleh kerana ia
berkaitan rapat dengan kehidupan
domestik manusia. Pendidikan ini
meliputi mengenai penyakit Demam
Denggi dan komplikasinya, cara-cara
jangkitan dan pengawalan tempat
pembiakan nyamuk. Pendidikan
kesihatan harus dimulakan daripada
peringkat sekolah dan menengah supaya
kanak-kanak mendapat pendidikan
tentang tabiat kesihatan umum yang
boleh membawa kepada kesedaran bagi
pencegahan tempat pembiakan nyamuk
dan seterusnya mengurangkan masalah
Demam Denggi. Pendidikan orang
dewasa boleh dilakukan melalui
ceramah, pameran, risalah dan juga
perbincangan melalui radio, televisyen
dan suratkhabar.
c. Penggunaan vaksin
Sehingga kehari ini masih tiada lagi
vaksin yang benar-benar berkesan
dihasilkan untuk membunuh virus
Denggi. Walau bagaimanapun
penyelidikan terhadap vaksin-vaksin ini
masih dijalankan di Thailand dan di
Amerika Syarikat untuk memastikan ia
benar-benar berkesan dan tidak
merbahaya kepada manusia.

d.
Di Malaysia Akta Pemusnah Serangga
Pembawa Penyakit telah disahkan pada
tahun 1975. Akta ini memberi kuasa
kepada Pegawai Kesihatan dan Inspektor
Kesihatan untuk memasuki rumah dan
memeriksa rumah tersebut sama ada
terdapat pembiakan nyamuk atau tidak.
Jika terdapat pembiakan nyamuk
ditemui, amaran dan arahan akan
diberikan kepada pemilik atau penghuni
rumah untuk memusnahkan tempat
pembiakan tersebut.
DENDA akan dikenakan jika arahan ini
tidak dipatuhi. Pemeriksaan rumah
kemudian diulangi setelah tempoh masa
tertentu dan sekiranya arahan tidak
dipatuhi, pemilik atau penghuni boleh
didenda atau diperintahkan hadir di
mahkamah. Denda maksimum pada kali
pertama adalah RM100. Jika mahkamah
mendapati pemilik atau penghuni
bersalah pada kali pertama, denda
maksimum RM1000 atau penjara
maksimum 3 bulan atau kedua-duanya
sekali. Pada kesalahan kedua, denda
maksimum sebanyak RM 2000 atau
hukum penjara maksimum 1 tahun atau
kedua-duanya sekali.

Anda mungkin juga menyukai