Anda di halaman 1dari 6

Soalan 21

Saya selalu menerima mesej pesanan ringkas (SMS) yang berunsur negatif

Berdasarkan graf bar diatas,didapati,terdapat segelintir mahasiswi yang kerap menerima mesej
pesanan ringkas (SMS) berunsur negatif. Tetapi, secara keseluruhannya, kekerapan mahasiswi
menerima SMS berunsur negatif adalah kurang peratusnya berbanding mahasiswa. Responden
berpendapat, keadaan ini mungkin disebabkan golongan penghantar SMS ini berpendapat
mahasiswa lebih cenderung memikirkan perihal lucah dan negatif berbanding mahasiswi.

Soalan 22

Saya selalu menerima mesej (SMS) yang memberi tawaran atau ganjaran yang tidak munasabah

Graf bar kali ini pula menunjukkan hasil analisis penyelidik mengenai tawaran dan SMS yang
menawarkan ganjaran yang munasabah. Didapati, graf ini mencatatkan bilangan atau peratusan
yang tinggi dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Mereka berpendapat kebanyakan golongan
yang menyebarkan SMS seperti ini kerana mereka ingin mencari perhatian dan meraih
keuntungan serta mempunyai unsur-unsur penipuan dikalangan mahasiswa dan mahasiswi. Bagi
mereka golongan pelajar universiti biasanya mempunyai kekangan wang saku,dengan iklan dan
SMS sebegitu dapat memperdaya pelajar universiti.

Soalan 23

saya selalu membuat salinan fotokopi bagi sesetengah rujukan kerana lebih murah

Keputusan daripada graf diatas dianalisis dan mencatatkan kebanyakan mahasiswa dan
mahasiswi bersetuju dengan pernyataan dari soalan ini. Kebanyakan mereka lebih gemar
melakukan salinan semua buku berbanding mendapatkan buku yang original dipasaran.
Kadangakala, hal ini bukan sahaja menjimatkan kerana murah, tetapi kelewatan stok buku yang
baru juga mendorong mereka melakukan penyalahgunaan ini. Kadangkala mereka terdesak
untuk menggunakan buku tersebut secepat mungkin. Jadi, membuat salinan adalah salah satu
cara untuk mereka mendapatkan buku tersebut sacepat mungkin.

Soalan 24

Saya lebih suka membeli CD atau DVD cetak rompak kerana lebih murah
Keputusan graf bar diatas mencatatkan sebilangan besar mahasiswa dan mahasiswi lebih
cenderung memilih cd cetak rompak berbanding original. Apabila ditanya sebab mengapa
mereka berperangai sebegitu, mereka berpendapat cd cetak rompak adalah lebih murah
berbanding yang original. Menonton cerita melalui cd adalah merupakan aktiviti pada masa
lapang sahaja, jadi, mereka memilih yang cetak rompak untuk menjimatkan kos dan untuk
mengelakkan pembaziran. Bagi mereka, original atau cetak rompak, motif mereka tetap sama.

Soalan 25

Saya tidak suka mematuhi peraturan dalam menggunakan Teknologi maklumat

Berdasarkan graf bar diatas, sebanyak 88 peratus mahasiswi tidak setuju dan 12 peratus
mahasiswi setuju dengan pernyataan ini manakala sebanyak 54 mahasiswa bersetuju dan 46
peratus tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Ini menggambarkan bahawa mahasiswi suka
untuk mematuhi peraturan dalam menggunakan internet berbanding golongan mahasiswa. Ini
disebabkan golongan mahasiswa lebih ramai menyukai aktiviti seperti mendownload sesuatu
atau perisian berbanding mahasiswa. Jadi, mahasiswa lebih ramai yang tidak gemar mematuhi
peraturan teknologi maklumat berbanding mahasiswi.
Soalan 26

Saya tidak tahu etika dalam menggunakan teknologi maklumat

Graf diatas pula menunjukkan peratusan mahasiswa dan mahasiswi dalam pengetahuan tentang
etika teknologi maklumat. Didapati, golongan mahasiswi lebih ramai yang mengetahui etika ini
jika dibandingkan dengan mahasiswa. Jika dilihat pada graf sebelum ini, kebanyakan mahasiswa
juga yang lebih cenderung melakukan penyalahgunaan teknologi maklumat berbanding
mahasiswi. Ini juga disebabkan mereka tidak mengetahui etika teknologi mklumat. Ini terjadi
mungkin disebabkan kurang pendedahan tentang etika ini dan hukuman yang dikenakan kepada
mereka sekiranya mereka melakukan kesalahan dalam teknologi maklumat.

Soalan 27

Saya menggunakan Teknologi Maklumat untuk tujuan yang berfaedah sahaja

Graf diatas mencatatkan tentang penggunaan teknologi maklumat dikalangan mahasiswa dan
mahasiswi kearah sesuatu yang bermanfaat. Hasil analisis merekodkan majoriti mahasiswa dan
mahasiswi menggunakan teknologi maklumat kearah yang positif dan berfaedah.
Soalan 28

Saya menyokong sekiranya etika penggunaan Teknologi Maklumat dimasukkan ke dalam sistem
pembelajaran

Secara keseluruhannya daripada graf ini, mahasiswa dan mahasiswi sangat bersetuju dengan
pernyataan ini. Mereka berpendapat, etika penyalahgunaan teknologi maklumat adalah sangat
penting untuk dimasukkan kedalam sistem pembelajaran. Responden turut menambah, etika
penyalahgunaan teknologi maklumat juga patut dimasukkan dalam pembelajaran sekolah
menengah agar pelajar diberikan pendedahan awal mengenai penyalahgunaan teknologi
maklumat.

Soalan 29

Saya menyokong sekiranya tindakan dikenakan kepada individu yang menyalahgunakan


kemudahan Teknologi maklumat

Majoriti mahasiswa dan mahasiswi juga sangat bersetuju bahawa individu yang menjalankan
penyalahgunaan teknologi maklumat dihukum dengan kesalahan yang setimpal. Ini adalah
penting untuk membendung aktiviti penyalahgunaan teknologi maklumat dari berleluasa pada
masa kini dan masa akan datang.
Soalan 30

Saya tidak akan melanggari etika dalam menggunakan Teknologi Maklumat

Berdasarkan kajian dan analisis graf diatas, kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi akan
mematuhi peraturan dalam teknologi maklumat. Ini kerana mahasiswi dan mahasiswa
kebanyakannya mulai sedar dengan bahaya dan kesan penyalahgunaan teknologi maklumat.

Anda mungkin juga menyukai