Anda di halaman 1dari 20

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra

Sungai Buloh,47000,

Selangor Darul Ehsan.

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN DUA

KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN

TERHADAP PEMBANGUNAN

DI KAWASAN BUKIT RAHMAN PUTRA

SUNGAI BULOH,

SELANGOR DARUL EHSAN

NAMA PELAJAR              :

TINGKATAN                     : 2 KAA

NO. KAD PENGENALAN       : 960305-06-5541

NAMA GURU          : PN. NOOR FADILAH BINTI HASSAN

TANDATANGAN PELAJAR                                  TANDATANGAN GURU

—————————-                          —————————


TAJUK                                                                                              HALAMAN

1)    Penghargaan

2)    Pendahuluan

3)    Objektif Kajian

4)    Kawasan Kajian

5)    Kaedah Kajian

6)    Hasil Kajian

1. Kepentingan Sistem Jalan Raya

2. Fungsi Jalan Raya

3. Kepentingan Sistem Komuter

4. Fungsi Komuter

5. Masalah Jalan Raya

6. Masalah Komuter

7. Langkah Mengatasi Masalah Jalan Raya Dan Komuter

7)    Rumusan

8)    Rujukan

9) Lampiran
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi saya, Puan Fadilah
Binti Hassan kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk
menyiapkan projek Kajian Geografi Tempatan ini. Saya juga mengucapkan terima kasih
Puan Pengetua SMK Bukit Rahman Putra iaitu Puan Ho Chee Lean yang telah
memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini selepas waktu
persekolahan.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya
iaitu Encik Shaharuddin Bin Ahmad dan Puan Siti Zubaidah Binti Muhd Sari yang telah
banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan daalam menyiapkan projek ini.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada respondan yang telah
memberikan kerjasama kepada saya semasa menjalankan kajian ini. Hanya Allah sahaja
yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.
Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran untuk mata pelajaran Geografi, murid-
murid Tingkatan 2 diberikan peluang menjalankan kerja amali di lapangan. Hal ini
dilaksanakan melalui tema Kajian Geografi Tempatan. Murid-murid diberi pilihan untuk
memilih tajuk kajian masing-masing.
Saya telah memilih tajuk Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan terhadap
Pembangunan di sekitar kawasan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor. Kajian
dijalankan di sekitar kawasan Bukit Rahman Putra dan stesen komuter Sungai Buloh.
Setiap pelajar perlu menulis laporan lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.
Berikut adalah objektif-objektif yang ditentukan dalam melaksanakan kerja kursus ini:
(a) mengenal pasti bagaimana jaringan sistem pengangkutan iaitu kawasan Bukit
Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.
(b) mengetahui masalah-masalah yang berkaitan dengan jaringan sistem jalan raya dan
sistem pengangkutan komuter.
(c) mengetahui langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut.
(d) mengetahui kesan akibat daripada masalah-masalah yang berkaitan dengan sistem
jaringan pengangkutan di kawasan kajian.
Bukit Rahman Putra terletak di negeri Selangor, iaitu di Daerah Gombak, Mukim Batu.
Lihat peta lakar 1. Kawasan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang.
Kawasan ini telah dimajukan sejak tahun 70-an. Kawasan ini terletak di sebelah barat laut
pusat bandar. Kedudukannya ialah kira-kira 22 kilometer dari pusat bandar. Perjalanan
dengan menaiki bas awam dari Bukit Rahman Putra ke pusat bandar mengambil masa
kira-kira 27 minit jika melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dan jika tiada kesesakan lalu
lintas.

Peta Lakar 1: Kedudukan Bukit Rahman Putra, di Mukim Batu, daerah Gombak.
Saya telah memilih kawasan ini kerana ia berdekatan dengan rumah saya dan ia juga
berhampiran dengan sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman
Putra, Sungai Buloh, Selangor. Jarak sekolah dari rumah saya ialah kira-kira 4 kilometer.
Bentuk muka bumi yang bertanah rata, beralun dan berkaki bukit menjadikan kawasan ini
sesuai untuk petempatan, pengangkutan dan perkhidmatan. Kawasan ini juga telah
dihubungkan dengan beberapa jalan raya untuk ke kawasan lain seperti Kepong, Shah
Alam, Klang dan Subang Jaya.Antara lebuh raya tersebut ialah Lebuhraya NKVE untuk
ke Pusat Bandaraya, Lebuh raya Guthrie untuk ke Shah Alam dan Lebuhraya MRRII
untuk ke Kepong dan ke Kuala Lumpur.
Selepas memilih tajuk kepentingan jaringan sistem pengangkutan terhadap pembangunan
di kawasan sekitar Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor, saya memilih kaedah
kajian yang akan digunakan semasa menjalankan kajian ini. Berikut adalah kaedah yang
digunakan:

(a) Pemerhatian:
~ Pemerhatian dibuat terhadap bentuk muka bumi, jenis kegiatan ekonomi
penduduk, jenis kemudahan sosial yang ada, dan jenis kemudahan lain yang
terdapat di situ.
~ Saya juga memerhatikan ciri kawasan kajian dan tempat sekitarnya dari segi
kemajuan dan pembangunannya.

(b) Temu bual:


~ Sesi temu bual dijalankan di stesen komuter Sungai Buloh. Seramai 20 orang
penumpang ditemu bual untuk mendapatkan maklumat tentang jenis pekerjaan,
keselesaan menggunakan komuter, dan tujuan menggunakan komuter serta
soalan-soalan lain yang berkaitan.

(c) Rujukan:
~ Saya mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian seperti peta
kawasan kajian dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
~ Saya mendapatkan maklumat melalui risalah, majalah, keratan akhbar, serta
melalui laman web.
HASIL KAJIAN

1. KEPENTINGAN SISTEM JALAN RAYA.

Jalan raya merupakan sistem yang menghubungkan penduduk Bukit Rahman Putra

dengan kawasan sekitarnya seperti Kepong, Shah Alam, Klang dan Subang Jaya.Antara

lebuhraya tersebut ialah Lebuh raya NKVE untuk ke Pusat Bandaraya, Lebuhraya

Guthrie untuk ke Shah Alam dan Lebuh raya MRRII untuk ke Kepong dan ke Kuala

Lumpur.

Berikut merupakan jadual jenis pekerjaan penduduk di kawasan Bukit Rahman Putra,

Sungai Buloh, Selangor yang menggunakan jalan raya dan lebuh raya.

JENIS PEKERJAAN PENDUDUK BILANGAN PENDUDUK YANG

MENGGUNAKAN JALAN RAYA

DAN LEBUH RAYA


Sektor awam
Sektor swasta
Bekerja sendiri
Lain-lain
JUMLAH
7
2. FUNGSI JALAN RAYA

Jalan raya merupakan alat yang penting untuk penduduk Bukit Rahman Putra ke tempat

8 pusat beli-belah. Antara fungsi jalan raya


kerja, ke sekolah dan untuk penduduk pergi ke

yang lain ialah:

Fungsi jalan
Cepat sampai Lebih selamat
raya

Jimat wang
Lebih selesa

Jimat masa

Daripada kajian yang saya jalankan, sebahagian besar penduduk di sekitar Bukit Rahman

Putra lebih suka memilih jalan raya sebagai pengangkutan utama. Mereka memilih

kemudahan jalan raya untuk pergi ke tempat yang dituju kerana ia lebih selesa dan

selamat. Selain itu, pengangkutan jalan raya juga dapat menjimatkan wang dan masa

kerana mereka terutamanya pelajar yang menggunakan bas untuk ke sekolah.


3. SISTEM KOMUTER

Terdapat dua stesen komuter yang terdapat di kawasan kajian iaitu Stesen Komuter
9
Kuang dan Stesen Komuter Sungai Buloh. Antara kedua-dua stesen tersebut, Stesen

Komuter Sungai Buloh menjadi pilihan penduduk kerana lokasinya berhampiran dengan

jalan raya utama iaitu dari Shah Alam dan Kuala Lumpur. Selain itu, ianya terdapat

banyak kemudahan yang disediakan di Stesen Komuter Sungai Buloh. Antara kemudahan

yang disediakan ialah:-

i) Mempunyai perkhidmatan bas mini dan teksi.

 Kemudahan ini disediakan supaya orang yang menggunakan perkhidmatan

komuter boleh pergi dan balik dari stesen komuter ke rumah dengan cepat.

Tambahan pula, tambang perkhidmatan bas mini sangat murah iaitu hanya

RM 2.00 dari stesen komuter ke sekitar kawasan Bukit Rahman Putra.

ii) Kemudahan meletak kenderaan dan surau.

 Kemudahan ini disediakan supaya penumpang komuter boleh meletak

kenderaan seperti motosikal dan kereta dengan selamat. Kemudahan surau

yang terdapat di Stesen Komuter Sungai Buloh diadakan untuk kemudahan


pengguna komuter yang beragama Islam menunaikan ibadah solat dengan

senang.

iii) Jejantas.

 Kemudahan ini disediakan untuk memastikan keselamatan pengguna

melintas jalan untuk ke Stesen Komuter Sungai Buloh.

4. FUNGSI KOMUTER

Sistem Komuter merupakan alat yang penting untuk penduduk Bukit Rahman Putra ke
1
tempat kerja, ke sekolah dan ke tempat lain dengan cepat. Antara fungsi jalan raya yang
0
lain ialah:

Fungsi
Selamat Komuter Tidak sesak

Kos murah Jimat masa

Mesra Alam

Daripada kajian yang saya jalankan, beberapa orang penduduk Bukit Rahman Putra

memilih komuter untuk pergi ke tempat kerja atau ke tempat-tempat lain kerana ianya

menjimatkan wang dan tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak. Selain itu, ianya

juga menjimatkan masa kerana mereka dapat mengelak daripada kesesakan lalu lintas.

Seterusnya, kurang berlaku kemalangan dan ia lebih selamat.


5. MASALAH JALAN RAYA
1
1
Masalah- Kesesakan lalu
Jalan berlubang
masalah jalan lintas
raya

Kerosakan lampu
Jalan ditutup
isyarat

Jalan dibaiki Kemalangan

Terdapat beberapa masalah yang sering berlaku kepada pengguna jalan raya.

Kebanyakan daripada mereka sering merungut mengenai kesesakan jalan raya yang

sering berlaku pada waktu pagi dan petang. Hal ini disebabkan kerana, ramai pekerja

yang menggunakan jalan raya pada waktu pagi untuk ke tempat kerja dan pada waktu

petang, pekerja menggunakan jalan raya untuk pulang ke rumah. Selain itu, kebanyakan

jalan raya sering ditutup untuk diselenggara kerana jalan berlubang. Akhir sekali,

masalah yang sering berlaku kepada pengguna jalan raya ialah masalah kerosakan lampu

isyarat dan banjir jika hujan lebat.


6. MASALAH SISTEM KOMUTER

1
Sering berlaku Masalah
2 Ramai pengguna
kecurian sistem
komuter

Tidak tepati Perbuatan sumbang


masa

Kekurangan tempat Bau busuk

Terdapat beberapa masalah yang sering berlaku kepada pengguna komuter.

Kebanyakan daripada mereka sering merungut mengenai komuter yang sering sesak

dengan penumpang. Hal ini menyebabkan pengguna komuter berasa kurang selesa.

Selain itu, masalah yang sering berlaku dikalangan pengguna komuter ialah masalah

komuter tidak sampai tepat pada masanya kerana mereka tidak mengikut jadual

perjalanan. Akhir sekali, perbuatan sumbang yang sering berlaku kepada pengguna

komuter juga menjadi masalah kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan

komuter.
7. LANGKAH MENGATASI MASALAH JALAN RAYA

1
Baiki jalan berlubang 3 Naik kenderaan awam
Langkah-langkah
mengatasi
masalah jalan
raya
Keluar awal
Berkongsi kereta

Baiki lampu isyarat rosak

Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi masalah jalan raya. Antaranya ialah,

pengguna jalan raya haruslah keluar awal dari rumah untuk mengelak daripada

terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Selain itu, pengguna jalan raya juga boleh

menaiki kenderaan awam seperti bas,keretapi dan komuter supaya cepat sampai ke

tempat kerja. Seterusnya, pengguna jalan raya boleh berkongsi kereta dengan kawan

supaya tidak terlalu banyak kenderaan di jalan raya sekaligus boleh mengurangkan

kesesakan lalu lintas. Selanjutnya, pihak bertanggungjawab haruslah membaiki jalan

yang berlubang dan lampu isyarat yang rosak untuk menggelakkan kesesakan lalu lintas.
1
8. LANGKAH MENGATASI MASALAH
4 KOMUTER

Langkah
Keluar awal Mengatasi Tepati masa
Masalah Komuter

Asingkan pengguna lelaki dan perempuan

Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi masalah komuter. Antaranya ialah,

pengguna komuter haruslah pergi ke stesen awal untuk mengelak daripada sesak dengan

orang ramai. Selain itu, pengguna kerajaan haruslah mengasingkan pengguna lelaki dan

perempuan untuk mengelakkan perkara sumbang dan kes kecurian. Akhir sekali,

pemandu komuter mestilah menepati masa perjalanan dengan tepat supaya pengguna

komuter cepat sampai ke destinasi yang ingin dituju.


1
5

Di kawasan kajian ini iaitu Bukit Rahman Putra, terdapat peningkatan jumlah
penumpang yang menggunakan sistem pengangkutan jalan raya dan sistem
pengangkutan komuter. Walaupun terdapat perkhidmatan seperti bas dan teksi, tetapi
penduduk lebih suka menggunakan kenderaan sendiri dan menggunakan komuter
sebagai salah satu alat pembinaan jalan raya dan sistem komuter telah memberi kesan
terhadap perkembangan kawasan kajian di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh,
Selangor. Dapatlah dirumuskan bahawa sistem penggunaan jalan raya dan komuter
sangat penting di kawasan ini.
1. Azizan bin Hj. Abu Samah, 2003. Buku teks Geografi Tingkatan Dua, Percetakan
Saufi.

2. Laman web file://scribd.asterpix.com

Anda mungkin juga menyukai