Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN 5.

1
Pada pendapat anda, teori pembelajaran yang manakah

Muka surat: 72 mempengaruhi pembelajaran murid? Beri contoh untuk

menyokong jawapan anda.

Sebagaimana kita ketahui, ada berbagai-bagai teori pembelajaran yang telah kita
pelajari.
Pada pendapat saya, teori pembelajaran behaviourisme banyak mempengaruhi
pembelajaran murid. Ini kerana teori ini menerangkan bahawa suatu tingkah laku murid
itu dipengaruhi oleh dua elemen penting iaitu :
- Ganjaran
- Hukuman

Ini adalah sebagai contoh untuk menggalakkan murid agar sentiasa mematuhi disiplin di
dalam kelas. Adalah lebih baik bagi seorang guru memperingati mereka selalu atau
memberi sedikit pujian, ganjaran atau markah kepada pelajar yang berdisiplin di dalam
kelas. Ia disebut sebagai peneguhan terhadap tingkah laku murid tersebut.

Sebaliknya bagi murid yang melakukan kesalahan, hukuman yang setimpal dikenakan
agar kelakuan ini tidak akan berulang dan boleh menjadi pengajarn kepada mereka.

LATIHAN 5.2
Berdasarkan apa yang telah anda muridi tentang pelbagai
Muka surat: 72
aspek berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran,

bagaimanakah ini mempengaruhi peranan anda sebagai

seorang guru di bilik darjah? Beri contoh-contoh untuk

menyokong jawapan anda.

Berdasarkan teori behaviourisme tadi, dapatlah dijelaskan bahawa aspek-aspek


berkaitan teori ini telah mempengaruhi peranan saya sebagai seorang guru di bilik
darjah. Memandangkan tugas sebagai seorang guru kelas, saya adalah ibarat penjaga
atau pemegang amanah kepada para ibu bapa terbabit. Saya telah cuba memahami
dan menyelami setiap karenah anak didik saya. Mereka dibimbing, ditegur, dinasihati
atau dihukum jika mereka mengulangi kesalahan yang sama. Kedua-dua aspek
ganjaran atau hukuman amat penting dilaksanakan kerana ia mengimbangi kitaran
pembelajaran di dalam kelas. Ini secara tidak langsung mewujudkan satu penghormatan
daripada anak murid kerana kita telah berjaya mewujudkan suasana kelas yang
harmonis, adil dan seimbang.