Anda di halaman 1dari 1
> PENDAPAT Terjemahkan daftar pemilih dengan kuasa politik Melayu DALAM amalan demokrasi, kemenangan ke- pada calon yang bertanding di dalam pilihan raya boleh ditentukan walaupun hanya de- ngan mendapat kelebihan satu undi. Ke- menangan dalam pilihan raya ini bakal me- nentukan siapa atau parti mana yang akan mempunyai kuasa politik untuk membentuk kerajaan. Atas dasar inilah, wujud kebimbangan me- ngenai kuasa politik Melayu apabila pen- dedahan oleh Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO, Mohd His- hamudin Yahya melalui kajian yang dibuat oleh pihaknya yang merangkumi aspek umur dan jantina termasuk golongan muda dan tua mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru adalah pada kadar 1:40 iaitu satu Melayu dan 40 bukan Melayu sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 sehingga ini. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdapat, kira-kira 4.3 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih dan SPR juga mengakui ba- hawa lebih ramai pengundi bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi selepas PRU 2008 lalu. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ah- mad Wan Omar di dalam kenyataannya se- bagaimana dilaporkan oleh akhbar arus per- dana mengatakan DAP paling aggresif men- jalankan program daftar pemilih baru di kalangan belia Cina. Hasil dapatan kajian yang dijalankan dan kenyataan oleh SPR itu sepatutnya mampu untuk menyedarkan orang-orang Melayu khasnya belia Melayu yang masih belum mendaftar sebagai pengundi walaupun sudah mencapai umur 21 tahun bahawa kuasa po- litik Melayu bakal hilang kerana sikap tidak endah dan selesa dengan apa yang ada kini. Apabila Melayu hilang kuasa politik, maka segala _keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan lambat-laun akan hilang begitu saja. Tulisan Tun Dr Mahathir dalam blognya hitp-//chedet.co.cc/chedetblog bertajuk “Melayu Ke mana dan Melayu ke mana2” secara umumnya memberi satu sifir mudah ba- - gaimana Melayu boleh menjadi minoriti di dalam kuasa politik walaupun pada haki- katnya Melayu adalah majoriti di Malaysia antaranya disebabkan oleh perpecahan orang Melayu di dalam berbagai parti politik Me- layu. Selanjutnya Mahathir juga menyatakan sebagai puak minoriti, Melayu tidak mungkin lagi menjadi kuasa utama dalam parti-parti campuran yang disertai mereka. Kesedaran mengenai pentingnya untuk mendaftar sebagai pemilih dan mengekalkan kuasa politik di tangan orang melayu amat rendah di kalangan belia Melayu termasuklah di kalangan ahli UMNO sendiri. Hisham- mudin juga menyatakan seramai 661,231 da- ripada 3.16 juta ahli UMNO belum mendaftar sebagai pengundi. Justeru, demi mengekalkan kuasa politik * Melayu, tanpa mengira fahaman politik, usa- ha-usaha untuk menyedarkan generasi belia Melayu tentang signifikannya daftar pemilih yang menjurus kepada survival politik Melayu hendaklah digiatkan lagi melalui berbagai pendekatan yang boleh dilaksanakan sama ada melalui kempen di media cetak dan elektronik dan juga kempen secara_ berse- muka. Parti-parti politik Melayu melalui Biro Keahliannya juga perlu digerakkan dengan lebih aktif lagi dengan pendekatan ‘turun padang’ ke setiap cawangan untuk memas- tikan setiap ahlinya yang layak mengundi telah didaftarkan sebagai pemilih. Ibu bapa juga berperanan untuk mengingatkan anak jJagaannya supaya jangan berlengah dan me- ngambil sikap sambil lewa apabila usia men- cecah 2] tahun. Trend dan nisbah daftar pemilih ini perlu diatasi segera. Jangan sampai ‘nasi sudah menjadi bubur’ Pada ketika itu, menangis air mata darah sekalipun sudah tidak berguna lagi. Dijangkakan pada PRU ke-13 nanti, faktor pengundi muda (baru) akan menjadi penentu kepada kemenangan parti yang ber- tanding di kebanyakan kawasan pilihan raya. NADZIR AWANG AHMAD Fakulti Perakaunan. Universiti Teknologi Mara Perlis