Anda di halaman 1dari 3

Nazri..... bahan ne akak dpt dr kawan. Akak belum edit lagi.

Kalau sesuai gunakan


tapi edit dulu.... Akak buka web OUM tak de pun kata BM sok tangguh. Kat mana
tu pengumuman die.... Kalau bole email akak Soalan Moral bhg B (analisis nilai).
Nak tengok nazri wat mcna..... akak ketandusan idea.....

Cadangan untuk mempraktikkan 17 nilai tersebut kepada setiap murid di


sekolah.

Seperti yang telah dibincangkan , penerapan nilai-nilai murni ke dalam diri murid
amat penting. Ini adalah agar mereka dapat menjiwai dan menghayati seterusnya
mempraktikkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Memandangkan
kepada masalah sosial yang semakin ketara dan berleluasa dewasa ini khususnya
dikalangan remaja ataupun kanak-kanak sekolah, perkara ini amat sesuai untuk
diperbincangkan. Masalah sosial yang disajikan kepada kita baik melalui media
elektronik ataupun media cetak setiap hari amat membimbangkan contohnya kes
penyalahgunaan dadah, penderaan, pembunuhan, rasuah, politik wang dan
sebagainya. Kes juvana juga semakin hari semakin meningkat. Bagaimana dapat kita
membendung gejala-gejala sosial yang sedemikian? Sudah tentulan melalui
penghayatan dan amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Umumnya, niali-nilai murni
didedahkan dengan mendalam dan menyeluruh dalam mata pelajaran Pendidikan
Moral sahaja. Namun tidak semua murid mempelajari mata pelajaran ini. Dalam mata
pelajaran lain, nilai-nilai murni ini disentuh dengan ringkas sahaja, tanpa penjelasan
mendalam. Seperti hasil dapatan analisis yang dijalankan, terdapat juga niali-nilai yang
tidak disentuh ataupun dinyatakan secara tidak langsung atau kiasan.
Bagi sesetengah guru, mereka tidak menyedari bahawa pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan nilai-nilai murni yang disampaikan di sekolah adalah
terlalu sedikit atau minimum. Tidak seperti mata pelajaran Pendidikan Moral.
Pengajaran yang dijalankan hanya berkisar kepada apa yang terkandung di dalam buku
teks sahaja tanpa mengambil kira kepentingan penerapan nilai-nilai murni. Lebih-lebih
lagi, pendidikan yang berjalan lebih berfokuskan peperiksaan dan peningkatan
akademik.Apa yang difokuskan ialah isu – isu semasa yang berkaitan dengan tajuk
yang dibincangkan tanpa mengambil kira aspek penerapan nilai-nilai murni. Sedangkan
murid-murid perlu didedahkan dengan niali-nilai murni dengan lebih serius bagi
megelakkan mereka terjerat dengan masalah sosial yang kian meruncing. Oleh itu
langkah drastik perlu diambil bagi menyelamatkan generasi daripada terperangkap
dalam masalah sosial yang serius, seterusnya melahirkan insan yang seimbang seleras
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Yang pertama ialah penyampaian nilai-nilai murni secara lisan. Dari segi
penyampaian nilai-nilai murni secara lisan, guru – guru seharusnya memahami,
menghayati dan seterusnya mempraktikkan nilai-nilai murni ini terlebih dahulu. Barulah
kesemua nilai-nilai murni ini dapat disampaikan dengan baik kepada murid-murid agar
dapat dipraktikkan pula oleh mereka. Inilah yang paling penting dalam membudayakan
murid-murid agar mempraktikkan nilai-nilai murni. Seperti yang diperkatakan dalam
awal perbincangan, guru merupakan role model kepada anak didik.
Kedua, penambahbaikan bahan bacaan atau sumber rujukan murid di sekolah
seperti buku teks. Penambahbaikan yang dimaksudkan ialah, pendedahan nilai-nilai
murni dalam bahan bacaan tersebut tidak dipandang mudah, dan harus diambil serius.
Nilai-nilai murni harus dinyatakan dengan lebih jelas dan mendalam. Perkaitan isi
pelajaran dengan nilai-nilai murni mesti sejajar dan harus dinyatakan dengan lebih
terperinci. Setiap tema atau tajuk, teks, cerita dialog dalam bahan bacaaan tersebut
seharusnya bermotifkan pembentukan moral yang baik. Bagaimana? Nilai murni
menjadi sebahagian isi pelajaran. Barulah murid dapat memahami konteks nilai yang
disampaikan dengan lebih jelas dan dapat dipraktikkan.

Ketiga, nilai-nilai murni ini boleh diterjemahkan dalam satu program atau perisian
yang khusus seperti dalam bentuk cakera padat. Disertakan pula dengan contoh-contoh
yang sesuai menggunakan situasi, gambar atau video. Cara ini akan dapat memastikan
setiap murid-murid dapat didedahkan dengan nilai-nilai murni dengan lebih
mendalam.murid-murid sememangnya tertarik dengan teknologi maklumat. Maka , tidak
salah cara ini digunakan atau dipraktikkan dalam memberikan murid pendedahan
berguna seterusnya membentuk dan melahirkan generasi pewaris yang berakhlak.
Kosnya pula tidaklah membebankan jika dibandingkan murid-murid yang terhasil
daripada sistem pendidikan negara kita akan menjadi warga yang berakhlak mulia.

Anda mungkin juga menyukai