Anda di halaman 1dari 2

SOALAN: Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat

memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Sebagai warganegara Malaysia, kita haruslah menerapkan unsur patriotisme

dalam diri kita. Unsur ini boleh didefinisikan sebagai semangat cinta akan tanah air. Hasil

daripada tradisi perayaan Aidilfitri kaum Melayu yang telah dikaji oleh saya dan rakan-

rakan, pelbagai unsur patriotisme dapat saya peroleh sepanjang menjalankan kajian ini.

Pada hemat saya, tradisi perayaan kaum Melayu merupakan tradisi yang sangat

unggul dan masih kekal hingga ke hari ini. Oleh itu, kita selaku anak jati Malaysia yang

merdeka seharusnya menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa kita agar

ianya tak lapok dek hujan tak lekang dek panas. Dengan cara ini, kita dapat memupuk

perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.

Berikutan dengan hal yang diperkatakan, sudah menjadi tanggungjawab kita

untuk mengekalkan identiti bangsa dan negara kita yang terkenal dengan tradisi perayaan

yang unik. Ini kerana kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap nusa dan bangsa. Jika

bukan kita yang berusaha mengekalkan tradisi ini, sudah tentulah tradisi ini akan diresap

dek zaman.

Selain itu, dengan adanya amalan rumah terbuka dan saling menziarahi, semangat

kerjasama dan tolong-menolong dapat dipupuk dan disemai dalam kalangan masyarakat.

Hal ini telah memaparkan kepada kita satu nilai yang positif iaitu semangat kekitaan.

Sebagaimana yang lazimnya kita dengar bahawa pepatah ada menyatakan bulat air

kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.


Bukan itu sahaja, amalan bermaaf-maafan dapat menggambarkan negara kita

sebagai sebuah negara yang kaya dengan adat-adat ketimuran. Dengan wujudnya

masyarakat yang berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi, maka perpaduan

dalam kalangan rakyat Malaysia pasti dapat diperkukuh dan dikekalkan.

Akhir sekali, daripada kajian sejarah ini, kiat boleh melahirkan individu yang

sentiasa berusaha dan produktif seperti rajin dan gigih dalam usaha mengekalkan tradisi

perayaan yang telah diwarisi sejak turun temurun lagi.

Sebagai tuntasnya, tradisi perayaan aidilfitri yang dirayakan oleh kaum Melayu

telah banyak memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat

Malaysia terutamanya dalam kalangan pelajar. Dengan ini, negara kita akan terpelihara

dengan kewujudan individu yang bersemangat patriotik.

Anda mungkin juga menyukai