Anda di halaman 1dari 17

KEMALANGAN JALAN RAYA

Sejak akhir-akhir ini, tajuk-tajuk berita seperti di atas sering dipaparkan dalam media massa
sama ada media cetak atau media elektronik. Fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan
fikiran masyarakat. Peratus kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun,
terutamanya pada musim perayaan. Senario yang menggemparkan ini tidak boleh dibiar
berterusan dan mesti ditangani dengan secepat mungkin. Apakah usaha-usaha yang patut
diimplementasikan bagi menyelesaikan masalah yang merunsingkan dan mengacau-bilaukan
minda masyarakat ini?

Kemalangan jalan raya tidak harus dipandang enteng,


Mesti dibanteras ke akar umbi,
Kudrat semua pihak mesti digembleng,
Azam janganlah berbelah bagi.

Pada pendapat saya, kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha penyelesaian ini.
Kerajaan mesti menguatkuasakan undang-undang. Hukuman berat mesti dikenakan terhadap
sesiapa yang berani melanggar peraturan di jalan raya. Bak kata peribahasa, "setinggi-tinggi
terbangnya bangau, akhirnya pasti jatuh ke tanah". Tamsilnya, saya mencadangkan agar
pesalah laku trafik haruslah didenda sekurang-kurangnya RM500 atau dipenjarakan selama
enam bulan. Dengan ini, pengguna jalan raya tidak akan berani memperlekeh amaran
kerajaan lagi.

Selain itu, kerajaan mesti memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji
pemandu kenderaan. Oleh sebab itu, usaha kerajaan mestilah berlandaskan peribahasa di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan. Lesen-lesen tidak harus diberikan kepada para pemandu
dengan mudah. Rentetan itu, kerajaan mesti sentiasa membiayai ongkos untuk mengadakan
pelbagai kempen kesedaran. Kempen-kempen ini haruslah diadakan dengan objektif
menyedarkan para pengguna jalan raya tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya.
Inisiatif ini mampu membantu meminimumkan kemalangan di jalan raya yang terus berlaku.

Seterusnya, polis trafik mestlah menjalankan tugas dengan dedikasi. Mereka mesti menjalankan
tugas masing-masing dan memberkas golongan yang melanggar undang-undang di jalan raya.
Saman mesti sentiasa dikeluarkan untuk memberi amaran kepada si pelanggar peraturan jalan
raya. Kelengkapan polis trafik mestilah sempurna. Di samping itu, polis trafik yang amanah
amat diperlukan. Mereka tidak harus menerima rasuah sebaliknya mesti bersikap adil dan
saksama. Sikap berdiri di atas pagar mestilah dipraktikkan oleh anggota polis trafik.
Implikasinya, polis-polis trafik juga turut memainkan peranan yang agak penting.

Lain daripada itu, segenap lapisan masyarakat mesti melaksanakan tanggungjawab masing-
masing. Jika didapati ada pengguna jalan raya telah melanggar undang-undang seperti
mengadakan perlumbaan haram dan sebagainya, kita mesti segera membuat laporan kepada
pihak berkuasa. Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan masyarakat,
kemalangan dapat dikurangkan.

Kata orang tua-tua, “malang tidak berbau”. Pengguna jalan raya sendiri mesti memahami
maksud bidalan ini. Pengguna jalan raya mesti sentiasa memerhatikan papan-papan tanda di
tepi jalan. Papan tanda yang disediakan oleh kerajaan bertujuan memastikan keselamatan para
pengguna di jalan raya. Keselamatan para pengguna jalan raya pasti dapat dijamin jika arahan
telah dipatuhi. Akhir sekali, pemandu kenderaan mesti sentiasa memusatkan perhatian semasa
memandu. Mereka tidak harus memandu sambil membuat perkara lain seperti menggunakan
telefon, bergosip dengan orang lain dan sebagainya.

Kesimpulannya, kemalangan yang di jalan raya berlaku tidak diimpikan oleh setiap orang. Bak
kata pepatah, “pandu cermat jiwa selamat”. Pengguna-pengguna jalan raya mestilah
mengimplementasikan kewajipan masing-masing. Dengan ini, barulah keselamatan setiap
pengguna dapat dijamin. Usaha-usaha kolektif yang telah saya cadangkan mestilah
dilaksanakan dengan segera. Ingat, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!”

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Baru-baru ini beberapa kawasan di negara kita telah dilanda banjir kilat. Hal ini
telah menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk di kawasan tersebut.
Berikan cadangan anda tentang usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk mengatasi
banjir kilat.

Sejak belakangan ini, beberapa kawasan di negara kita sering dilanda banjir
kilat. Kalau dahulu banjir hanya berlaku di kawasan rendah yang berhampiran dengan sungai atau
di kawasan persisiran pantai tetapi kini banjir kilat mula menjengah bandar-bandar besar. Seperti
yang dilaporkan oleh media tempatan, antara kawasan yang sering dilanda banjir kilat ialah
kawasan sekitar Lembah Klang, dan yang terbaru di bandar raya Shah Alam. Satu hakikat yang
perlu diterima adalah banjir kilat mengundang penderitaan dan kepayahan yang bukan sedikit
kepada penduduk yang terlibat. Justeru, usaha-usaha wajar dilakukan agar fenomena banjir kilat
ini tidak berterusan.

Proses urbanisasi berlaku dengan pantas. Hutan diteroka dan bukit digondolkan
untuk dijadikan sebagai tapak pembangunan. Kawasan perumahan dan kilang-kilang
tumbuh bagai “cendawan tumbuh selepas hujan”. Walau bagaimanapun, pihak pemaju seakan-
akan alpa untuk menyediakan sistem perparitan yang sempurna. Oleh itu, pihak berkuasa wajar
menyediakan peraturan yang lebih ketat dan pemantauan yang lebih kerap apabila sesuatu
kawasan itu hendak dibangunkan. Pastikan pihak pemaju menyediakan sistem perparitan yang
memenuhi piawaian yang ditetapkan. Dengan adanya sistem perparitan yang baik, air dapat
mengalir dengan lancar ke sungai-sungai dan seterusnya ke laut. Pemaju yang tidak mematuhi
syarat dan peraturan yang ditetapkan hendaklah diambil tindakan undang-undang. Sesungguhnya,
mencegah lebih baik daripada mengatasi.

Selain itu, terdapat sesetengah kilang dan ladang ternakan sengaja dibina
berhampiran dengan sungai. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka membuang sisa
buangan termasuk sisa toksik ke sungai. Hasil buangan tersebut bukan sahaja mencemarkan
sungai malah mendapan sisa tersebut akan menyebabkan sungai menjadi cetek. Akibatnya, air
sungai akan melimpah setiap kali hujan lebat yang turun tanpa henti untuk tempoh yang lama.
Oleh yang demikian, pihak pengusaha kilang dan penternak yang terbabit perlu lebih
bertanggungjawab. Sikap mementingkan keuntungan dan kesenangan diri harus dikikis. Mereka
sepatutnya membuang sisa kilang dan sampah sarap di tempat pelupusan yang ditetapkan,
bukannya disalirkan ke sungai. Sekiranya sikap tidak bertanggungjawab ini masih berterusan,
tindakan menamatkan operasi kilang atau ladang ternakan tersebut hendaklah
diambil.Pembangunan di kawasan tanah tinggi kerap kali menjadi punca berlakunya pemendapan
di dasar sungai yang menyebabkan sungai menjadi cetek. Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran
seharusnya peka dengan kejadian seperti ini. Sebaik sahaja gejala ini dikesan, tindakan
mendalamkan semula sungai wajar dilakukan, janganlah sudah terhantuk baru mengadah. Dalam
masa yang sama, sampah sarap yang menghalang pengaliran air juga hendaklah dibersihkan. Di
samping itu, akta yang menghalang pembangunan di kawasan bukit yang berhampiran dengan
tempat kediaman hendaklah dikuatkuasakan. Jika tidak, penduduk-penduduk yang tinggal di kaki
bukit terutamanya yang berhampiran dengan sungai akan terdedah kepada banjir kilat.

Sebaik sahaja banjir kilat berlaku di Shah Alam, beberapa cadangan telah
dikemukakan untuk mengatasi banjir kilat. Antara cadangan yang dikemukakan adalah dengan
membina benteng atau tebatan banjir. Pembinaan benteng dan tebatan banjir akan menghalang air
sungai daripada melimpahi kawasan sekitarnya. Pendudukpenduduk di kawasan rendah juga akan
dipindahkan manakala jalan raya yang kerap dilanda banjir kilat akan dinaiktarafkan. Kerajaan
Selangor melalui Menteri Besarnya Dato’ Seri Mohamad Khir b. Toyo telah memohon
peruntukan kepada kerajaan pusat untuk melaksanakan cadangan tersebut. Walaupun kos
melaksanakan cadangan itu menelan belanja jutaan ringgit namun atas nama kemanusiaan,
setinggi mana pun kosnya cadangan tersebut perlu dilaksanakan segera untuk mengelakkan
berlakunya tragedi kemanusiaan yang lebih dahsyat.

Sistem amaran banjir kilat juga perlu disediakan. Sebagaimana tsunami, banjir
kilat juga boleh mengancam nyawa manusia selain merosakkan harta benda serta
memusnahkan dokumen penting yang lain. Sistem amaran banjir ini boleh dipasang di tempat-
tempat atau kawasan yang berpotensi untuk dilanda banjir kilat. Alat penggera tersebut akan
mengeluarkan isyarat apabila paras air menghampiri indeks yang ditetapkan. Dengan adanya
sistem amaran tersebut, penduduk boleh mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan
nyawa serta barang berharga.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa menangani
banjir kilat bukanlah satu kerja yang mudah, tidak semudah yang dijangkakan. Namun, komitmen
dan penggemblengan tenaga semua pihak dalam melaksanakan usahausaha seperti yang
dinyatakan di atas penting untuk menangani masalah banjir kilat. Kita berharap dengan adanya
bantuan segera yang diberikan, keresahan penduduk yang menjelma akibat berlakunya banjir kilat
akan dapat dihapuskan. Tegasnya, masalah banjir kilat ini perlu diatasi segera agar hasrat
mewujudkan negara maju menjelang 2020 dapat direalisasikan.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Langkah-langkah untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja.

Remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa
depan. Namun, gejala sosial yang menghantui remaja sekarang seperti membuang anak
menjadikan kita dalam dilema. Untuk mengelakkan rasa malu dan hinaan masyarakat,
anak yang tidak berdosa ini dibuang merata-rata.

Pelbagai langkah boleh diambil untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja.
Antaranya ialah kerajaan perlu mengkaji semula Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan
agar denda yang lebih berat dikenakan ke atas mereka yang bersalah. Ini perlu dilakukan
agar remaja akan berasa takut dan serik untuk membuang bayi. Ekoran mereka akan
berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama.
Ini membolehkan mereka menghayati gaya hidup sihat dan bermai Kejadian mengandung
tanpa nikah dan membuang bayi pasti dapat dielakkan.
Di samping itu, didikan agama yang sempurna juga perlu diberikan kepada anak-anak
seawal yang mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Dengan iman kukuh,
mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala dan persekitaran yang ne; Ini kerana
mereka sudah boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Segala perbuatan
haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas dapat me hindari. Natijahnya, mereka
akan mengamalkan cara hidup sihat bersama-sama murni yang menjadi kebanggaan
masyarakat Timur.

Remaja yang membuang bayi lazimnya terdesak oleh perasaan malu yang dikhuatiri
boleh ‘menconteng arang’ ke muka keluarga. Oleh itu, pihak berkuasa menerusi Jabatan
Kebajikan Masyarakat UKM), misalnya perlu menubuhkan pusat-pusat jagaan untuk ibu-
ibu muda yang mengandung. Pusat ini boleh berfungsi sebagai tempat remaja berkenaan
mengadu dan mendapatkan bimbingan. Dengan cara ini, nyawa bayi tidak berdosa boleh
diselamatkan. Di samping itu, ibu-ibu yang mengandung ini boleh menebus dosa mereka
dengan menjadi ahli masyarakat yang berguna.

Langkah seterusnya ialah penubuhan bank bayi. Bank ini berfungsi menjaga setiap bayi
yang tidak diingini atau tidak mampu dibela oleh ibu mereka. Bayi-bayi ini dijaga oleh
pihak berkenaan sehingga besar dan boleh hidup berdikari. Dalam tempoh tertentu pula,
pihak bank bayi boleh memberi peluang kepada si ibu mengambil ana semula sebelum
diberikan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Dengan cara ini, nasib dan masa
depan mereka lebih terjamin berbanding tragedi yang menimpa seandainya dibuang
sewaktu dilahirkan.

Langkah terakhir yang boleh dilakukan ialah menerusi kempen-kempen program


motivasi. Tanggungjawab ini boleh dilakukan oleh pelbagai media yang ada di negara
kita. Dengan kata lain, grafik dan pendedahan berbentuk ‘Kisah Benar’ seseorang yang
pernah membuang anak akan membangkitkan kesedaran para remaja. Manakala, program
motivasi kesedaran seperti ‘Adab Bergaul’ dan ‘Dosa-dosa Besar’, misalnya mampu
memperkuat lagi rasa insaf dan takut remaja akan dosa. Justeru, mereka sen beringat dan
berwaspada daripada melakukan noda dan dosa.

Kesimpulannya, setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu,
semua pihak harus melihat gejala membuang bayi secara rasional. Tindakan bersepadu
Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Rukun
Tetangga (RT) perlu untuk menangani pergaulan bebas di kalangan remaja. Tindakan
awal ini perlu kerana ‘mencegah itu lebih baik daripada mengubati’.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GEJALA VANDALISME

Saban hari, kita sering mendengar isu remaja yang tidak pernah habis diperkatakan.
Tidak kurang juga berita-berita mengenai salah laku oleh remaja yang tidak pernah
lekang di dada-dada akhbar tempatan hampir pada setiap hari. Remaja sebenarnya
bolehlah dianalogikan sebagai batu permata yang bakal mencorakkan masa depan negara.
Namun, mereka tidak sedar akan hakikat tersebut. Mereka sering melakukan kesalahan
yang melibatkan kemusnahan harta benda awam yang boleh diringkaskan dengan
perkataan ‘vandalisme’. Menyedari tentang hal ini, tiadakah usaha-usaha dari pihak
tertentu untuk menangani masalah ini? (82 patah perkataan)

Dalam konteks ini, ibu bapalah yang perlu memainkan peranan penting. Didikan agama
dan nilai moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka. Ibu bapa
perlu mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda awam yang terdapat
baik di kawasan tempat tinggal mereka mahupun di tempat lain. Selain itu, mereka harus
memantau aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak-anak mereka dan mengetahui
latar belakang rakan-rakan bagi anak-anak mereka. Sekiranya mereka mendapati anak-
anak mereka terlibat dalam gejala vandalisme ini, tindakan sewajarnya harus dilakukan.
Hal ini termasuklah dengan memberi amaran tegas kepada anak-anak mereka. Tindakan
ini memang sesuai dengan kata orang-orang tua,“Sayangkan anak, tangan-tangankan”.
(100 patah perkataan)

Di samping itu, masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme
‘menjalar’ dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka. Perbuatan seperti
menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam, buaian di taman permainan
dan tong sampah awam wajar diambil perhatian. Masyarakat di sesebuah kawasan itu
perlu mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa tentang gejala itu dan mengenakan
tindakan seperti denda berupa bayaran kepada ibu bapa yang didapati anaknya terlibat
dalam salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap tindak-tanduk
anak-anak mereka. (81 patah perkataan)

Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen untuk memerangi gejala
vandalisme. Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen
dan radio tempatan untuk menangani gejala yang semakin ‘membarahi’ negara ini.
Kerajaan juga perlu mengenakan bayaran kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang
didapati melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan kerosakan harta benda awam.
Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan laku musnah ini perlulah
melakukan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat seperti menyapu sampah dan
membersihkan tandas awam dan taman-taman permainan. Natijahnya, sudah pasti gejala
vandalisme akan dapat diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang yang tegas oleh
pihak berwajib. (93 patah perkataan)

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk
bersama-sama memerangi gejala vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat tidaklah terlalu
teruk, tetapi ingatlah bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada negara.
Sekiranya semua kemuahan awam kita tidak boleh digunakan atau diconteng, maka di
manakah kita hendak meletakkan air muka kita. Imej negara yang bersih hanya akan
tinggal kenangan sahaja. Ayuhlah kita bertindak segera untuk ‘memerangi’ gejala ini dan
ingatlah , ‘jangan sudah terhantuk barulah nak terngadah’.
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK

Dewasa ini, golongan remaja dikatakan kurang mempunyai semangat patriotik.(IU) Isu
yang mencetuskan polemik dalam kalangan media massa saban hari ini pantas meniti dari
bibir ke bibir. Remaja acap kali dikaitkan dengan kebejatan sosial dan budaya hedonistik
yang begitu cepat merebak umpama virus epidemik.(UI) Maka, prakarsa yang pragmatik
perlu diambil demi memastikan api semangat patriotik dalam kalangan remaja tidak
terpadam dan lenyap begitu sahaja sebelum nasi menjadi bubur.(KS)(67 patah perkataan)

Antara langkah dominan bagi menyuburkan semangat patriotik adalah dengan menyertai
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dianjurkan oleh kerajaan.(AI) Program
yang telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu ini sememangnya mempunyai pelbagai
maslahat yang amat berguna. Hal ini demikian kerana tentatif program tersebut dipenuhi
dengan aktiviti memupuk semangat patriotik seperti latihan kawat kaki, kursus
menembak, dan aktiviti berkumpulan.(H/C) Melalui aktiviti – aktiviti ini, pelatih-pelatih
yang terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dapat mempelajari nilai-nilai murni
seperti bertanggungjawab, bekerjasama, dan hormat menghormati.(H/F) Hal ini dapat
memupuk perpaduan yang merupakan elemen penting dalam semangat patriotik, bak kata
pepatah, ’bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.(H/F)(100 patah perkatan)

Di samping itu, tokoh-tokoh yang berjasa dan telah banyak menabur bakti kepada negara
sewajarnya dikenali dan dihargai.(AI) Tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tok
Janggut, Mat Kilau, dan Abdul Rahman Limbong dapat menjadi inspirasi dan idola para
remaja.(H/C) Semangat tokoh-tokoh tersebut berjuang bermati-matian demi
mempertahankan tanah tumpah darah mereka perlulah mengalir dalam darah para remaja
dan ’tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’ agar tidak menjadi lipatan sejarah
semata-mata.(H) Para remaja perlulah mengimplementasikan semangat patriotik ke arah
yang positif seperti belajar bersungguh-sungguh, bekerja keras memajukan negara, dan
memartabatkan nama negara sehingga Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan negara maju yang lain.(H)(104 patah perkataan)

Sebagai kesimpulannya, semangat patriotik amat penting demi kelangsungan negara kita
pada masa hadapan.(KI) Tanpanya negara hanya gah pada pandangan zahir tetapi pada
hakikatnya kosong dan rapuh. Para remaja digalakkan menyertai PLKN dan membaca
kehidupan tokoh-tokoh pejuang bangsa bagi menyuburkan kecintaan kepada negara.(RI)
Pendek kata, ”Negara Kita Tanggungjawab Kita” tema hari kemerdekaan akan
direalisasikan oleh warga yang patriotik. Ayuh para remaja, hidup suburkanlah semangat
patriotik ke dalam diri kita semua!

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang.
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak,
seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa,
maka anak-anak mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak hingga mencapai kejayaan
merupakan tugas yang amat berat dan tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Oleh hal
yang demikian, ibu bapa sentiasa memainkan pelbagai peranan untuk memastikan anak-
anak cemerlang dalam pelajaran.

Salah satu peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran ialah membesarkan anak-anak dalam
suasana yang harmoni dan ceria. Keharmonian dan keceriaan menjamin anak-anak
membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana kehidupan yang bahagia
akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertelingkahan antara
ibu bapa dan apa-apa jua masalah yang dapat mengganggu keharmonian dan
kesejahteraan keluarga. Melalui cara ini, anak-anak dapat menumpukan perhatian yang
sepenuhnya dalam pelajaran mereka kerana tidak dibebani tekanan yang berat. Dalam hal
ini, anak-anak akan dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam
pelajaran mereka kerana mereka hidup dalam keadaan gembira dan seronok pada setiap
hari. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam
suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran.

Selain itu, ibu bapa juga mestilah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan
pergaulan anak-anak mereka dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan
sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-
anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya
dalam segala tindakan atau kelakuan. Dalam kebanyakan keadaan, anak-anak lebih
mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga merreka sukar untuk
membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul
dengan rakan bermasalah, seperti ponteng sekolah, menghisap rokok, dan sebagainya,
mereka akan mengikut jejak rakan sebaya mereka itu dan lama-kelamaan mereka tidak
berminat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar
belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku
kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Melalui cara ini, ibu bapa akan dapat
menangani sesuatu perkara yang melanda anak mereka lebih awal, bak kata pepatah “
beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.”

Seterusnya, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan


agama dan moral yang cukup. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan kepada
anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini bertepatan dengan tuntutan pepatah yang menyatakan
“melentur buluh biarlah daripada rebungya.” Seruan ini memang betul kerana lazimnya
anak-anak sukar dibentuk dan diperbetul setelah mereka melewati usia kanak-kanak.
Apatah lagi, seperti kata bijak pandai, anak-anak itu diibaratkan kain putih, jadi ibu
bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Jika anak-anak tidak dibentengi
dengan pendidikan agama dan moral sejak kecil, mereka dengan mudah akan dibanjiri
pelbagai bentuk kejahatan yang akan merosakkan diri mereka. Pendidikan agama dan
moral yang baik membolehkan anak-anak menapis dan menepis segala bentuk
kemungkaran dan hal ini membantu mereka memperoleh kejayaan dalam pelajaran
dengan cemerlang.

Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan
anak-anak tentang sesuatu perkara atau masalah yang timbul. Ibu bapa juga mestilah
sentiasa mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi anak-anak dan tidak
menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk menjauhi anak-anak. Yang lebih
penting, ibu bapa mestilah bersedia untuk menjadi pendengar yang baik kepada anak-
anak. Kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama supaya segala masalah yang
ditanggung mereka tidak terperap dan membengkak di dalam hati mereka. Biasanya, ana-
anak yang memendam perasaan tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam
pelajaran, dan dengan demikian menjadi salah seorang yang tercicir dalam pelajaran.
Natijahnya, komunikasi dua hala dan perbincangan antara ibu bapa dengan anak-anak
dapat melorongkan mereka ke gerbang kejayaan.

Sebagai kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membantu
kejayaan anak-anak. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-
anak sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya anak-anak terjebak dalam masalah social,
keadaan akan menjadi semakin serius dan sukar untuk diselamatkan. Jika ibu bapa
kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, mereka sangat sukar
untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam
mencorakkan masa depan anak-anak, khususnya untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu,kita perlulah menjaga
kesihatan agar berada dalam keadaan yang baik. Berikan pendapat anda tentang
langkah-langkah untuk menjaga kesihatan diri.

Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dengan memiliki tubuh badan
yang sihat, seseorang dapat melaksanakan aktiviti harian tanpa halangan. Anak-anak
dapat ke sekolah menimba ilmu dan ibu bapa dapat mencari rezeki untuk keluarga. Bagi
sesetengah orang, nikmat kesihatan hanya disedari apabila mereka diserang penyakit.
Mereka sanggup menghabiskan wang membeli ubat dan makanan kesihatan untuk
mengubati penyakit yang dihadapi. Tambahan pula, pelbagai ubat dan produk makanan
kesihatan wujud di pasaran sekarang seperti “Cendawan tumbuh selepas hujan”. Oleh
sebab peri pentingnya nikmat ini dalam kehidupan, beberapa langkah perlu diambil agar
kesihatan kita terjamin.

Salah satu langkah yang perlu kita beri perhatian untuk menjaga kesihatan adalah dengan
menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal. Keadaan di dalam dan di luar rumah
hendaklah bersih daripada sampah sarap dan tempat-tempat air bertakung. Perkara ini
akan dapat menghapuskan tempat pembiakan agen-agen penyakit seperti lalat, tikus,
nyamuk dan lain-lain. Kita perlulah menyahut seruan kempen yang dilancarkan oleh
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam iaitu kempen “Jumpa Sampah Kutip”
dan kempen “Memerangi LILATI (lipas,lalat dan tikus).” Oleh itu, sampah perlu dibakar,
dikambus atau dibuang di tempat khas. Pasu-pasu bunga dan longkang perlu diperiksa
agar air tidak bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Dengan demikian,
penyakit-penyakit bawaan vektor seperti taun, malaria, dan denggi dapat dielakkan.
Tegasnya, menjaga kebersihan persekitaran merupakan langkah asas untuk kita semua ke
arah mencapai tahap kesihatan yang optimum.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan amat wajar dilakukan untuk memastikan kesihatan kita
berada dalam keadaan baik. Mengikut saranan pakar perubatan, seseorang perlu
melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun atau enam bulan
sekali. Pemeriksaan ini meliputi tekanan darah, paras gula dalam darah, tahap kolesterol
dan lain-lain lagi. Tujuan pemeriksaan dibuat untuk memastikan tahap kesiahatan kita
berada dalam keadaan sihat dan dapat mengesan penyakit kronik dengan lebih awal
seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Hal ini bertepatan dengan
peribahasa, “Mencegah lebih baik daripada mengubatinya”. Bagi pesakit yang telah
diserang penyakit ini, keadaannya akan boleh dikawal sebelum menjadi serius seperti
peribahasa,“Cegah sebelum parah”. Pendek kata, kesihatan seseorang akan berada dalam
keadaan baik jika kita secara berdisiplin menjalani pemeriksaan kesihatan diri di hospital-
hospital secara berjadual.

Mengamalkan pemakanan seimbang tidak kurang pentingnya sebagai langkah menjaga


kesihatan kita. Amalan pemakanan berkait rapat dengan kesihatan seseorang. Hal ini
bertepatan dengan peribahasa Inggeris tentang amalan pemakanan iaitu “What you are, is
what you eat”. Boleh dikatakan seseorang yang mengamalkan pemakanan yang seimbang
akan memperoleh kesihatan yang baik. Mengamalkan pemakanan seimbang bermakna
seseorang mengambil makanan yang berkhasiat dan berzat sesuai dengan keperluan
tubuh badan seseorang. Seseorang individu memerlukan makanan yang sesuai
berdasarkan usia, pekerjaan dan keperluan-keperluan lain. Sebagai contohnya, seorang
bayi memerlukan lebih kalsium berbanding orang dewasa yang memerlukan lebih
protein. Untuk lebih jelas, seseorang perlu merujuk kepada piramid makanan sebagai
panduan untuk mendapatkan gizi seimbang. Sehubungan dengan itu, makanan ringan dan
minuman bergas perlu dielakkan kerana boleh memudaratkan kesihatan kita. Pendek
kata, langkah terbaik untuk mencapai tahap kesihatan adalah dengan mengamalkan diet
makanan seimbang.

Seterusnya, kesihatan kita akan lebih terjamin jika kita melakukan kegiatan riadah.
Amalan riadah seperti berenang, jogging, menunggang basikal dan kegiatan sukan lain
adalah baik untuk kesihatan. Pensyarah Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Profesor Madya Dr. Zulkifli Abdul Kadir, menyarankan setiap individu melakukan
kegiatan riadah selama 30 minit dua kali seminggu bagi mendapatkan tahap kesihatan
yang optimum. Kegiatan riadah ini akan menjadi kebiasaan jika setiap hari kita
melakukannya dengan penuh disiplin dan istiqamah sesuai dengan peribahasa, “Alah bisa
tegal biasa.” Dengan melakukan kegiatan riadah, otot-otot tubuh akan lebih bertenaga
dan kecergasan badan akan bertambah baik. Di samping itu, seseorang dapat menghirup
udara segar semasa melakukan senaman di taman-taman permainan serta dapat
mengurangkan tekanan atau stress selepas seharian penat bekerja di pejabat. Seyogia
disarankan agar kita dapat melakukan kegiatan senaman secara untuk memperoleh
kesihatan yang baik.

Amalan gaya hidup sihat merupakan langkah yang tidak kurang pentingnya untuk
mendapatkan kesihatan yang baik. Kini, kita dikejutkan dengan bermacam-macam
amalan hidup yang negatif telah menular dalam masyarakat kita. Antara gaya hidup yang
negatif ialah amalan seks rambang dan bebas, melanggani pelacur, penagihan dadah dan
pil-pil khayal, ketagihan arak serta lain-lainnya. Begitu juga amalan merokok yang masih
menjadi sebahagian cara hidup muda-mudi dan remaja dalam masyarakat kita seolah-olah
kempen “Katakan Tak Nak Pada Rokok” giat dijalankan. Sudah tentu, gaya hidup tidak
sihat akan mengundang penyakit seperti Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS),
siflis dan lain-lain. Amalan-amalan sebegini perlu dijauhkan seterusnya mengamalkan
cara hidup sihat berdasarkan norma-norma agama dan budaya timur kita. Lantaran itu,
beralihlah kepada cara hidup sihat bagi mendapatkan kesihatan yang baik sebagaimana
kempen “Gaya Hidup Sihat” yang diuar-uarkan oleh kerajaan.

Sebagai kesimpulannya, penjagaan kesihatan perlu menjadi agenda dan keutamaan dalam
hidup kita seharian. Pelbagai langkah boleh diambil untuk memperoleh kesihatan yang
baik. Antaranya, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, mengambil pemakanan
seimbang dan melakukan kegiatan riadah. Kita haruslah lebih prihatin dan mengambil
berat tentang kesihatan diri agar dapat menjalani kehidupan yang berkualiti. Individu
yang sihat akan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran
negara selaras dengan slogan, “Rakyat Sihat Negara Sejahtera”.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat
anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam
kalangan penduduk dapat ditingkatkan.

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di
belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama,
mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang
akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi
kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat".
Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam
melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti
gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang
akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan
antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi
jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang
mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan
secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk
kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan
hubungan sesama jiran.

Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu
sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh
semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat
bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui
majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan
berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa
perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-
majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka
mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat
lagi.

Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua
ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak,
memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari
Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-
anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola
tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini,
hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan
perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam
peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti
sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu
persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini
hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela
ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan
dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh,
melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi
keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini
dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan
semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat


sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup
bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui
masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke
hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap
sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat
mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang
pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai
semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang
dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat
meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu.

Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang
lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan
luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan
bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat
kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah
sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara
kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

SOALAN:Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ‘Berakit-rakit ke


hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian’.

Haizam seorang anak yatim. Bapanya meninggal dunia semasa dia berusia 10
tahun. Ibunya, Puan Mina pula lumpuh sebahagian daripada tubuhnya akibat
diserang angin ahmar kira-kira dua tahun yang lalu.Haizam mempunyai seorang
adik perempuan yang bernama Najwa Amira.Adiknya berumur sembilan tahun.
Lantaran kemiskinan dia terpaksa berhenti sekolah semasa berada dalam
tingkatan empat walaupun mendapat tentangan daripada ibunya.

Berbekalkan sedikit wang simpanan arwah ayahnya, dia mula berniaga secara
kecil-kecilan. Pada mulanya dia menjual air di tepi jalan besar berdekatan
dengan rumahnya tetapi kurang mendapat sambutan.Namun, dia tidak berputus
asa. Dia mencuba pula menjual buah-buahan yang diambilnya daripada Pak
Karim, seorang peraih buah di kampungnya.Malangnya keuntungan yang
diperolehnya tidak setimpal dengan usaha yang telah dilakukannya.

Haizam sering termenung memikirkan masa depannya. Dia kemudiannya mengambil


keputusan untuk mencari pekerjaan di di bandar yang terletak berhampiran dengan
kampungnya. Dia kemudiannya diterima sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah
restoran yang terkenal di bandar itu. Oleh sebab kerajinannya, dia telah dinaikkan
pangkat sebagai pelayan di restoran tersebut.

Kini, sudah hampir lima tahun dia bekerja di restoran itu. Dia begitu gembira bekerja
di situ kerana majikannya seorang yang bertimbang rasa, pemurah dan tidak lokek
berkongsi ilmu dengannya.Dia juga telah belajar memasak masakan Timur dan juga
Barat daripada chef masakan di situ. Banyak pengalaman yang ditimbanya semasa
bekerja di situ. Bagi menjamin masa depannya, pada setiap bulan dia akan menyimpan
sebahagian daripada pendapatan yang diterimanya ke dalam bank.Dia juga bercita-cita
untuk memiliki restorannya sendiri suatu hari nanti.

Berbekalkan pengalaman dan juga wang simpanan yang dia miliki, dia telah
mengusahakan sebuah gerai makanan menjual lauk-pauk secara kecil-kecilan. Oleh
sebab makanan yang disediakan begitu sedap sekali, gerainya mendapat sambutan
yang amat menggalakkan daripada para pelanggan.Dari sebuah gerai yang kecil, dia
telah menyewa sebuah bangunan untuk dijadikan restoran. Akhirnya, perniagaannya
telah berkembang maju dan dia telah membuka beberapa cawangan di sekitar bandar
tersebut.

Bak kata pepatah Melayu ’Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-


sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’.Begitulah apa yang berlaku dalam
kehidupan Haizam, daripada seorang pemuda yang tiada berharta,kini mempunyai
kemewahan yang dicapainya melalui usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
SOALAN:Peribahasa ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ menasihati kita
supaya sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu tujuan. Tulis sebuah karangan
berdasarkan peribahasa itu.

‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.Ungkapan peribahasa ini selalu diucapkan
oleh masyarakat Melayu ketika merancang sesuatu usaha. Peribahasa ini bermaksud
bahawa kalau seseorang itu mempunyai impian, dia akan berusaha bersungguh-sungguh
untuk mencapainya.

Jika diteliti pada maksud peribahasa ini,pengertiannya amat mendalam sekali.


Seseorang itu diberi keyakinan bahawa cita-citanya akan dapat dicapai melalui usaha
yang gigih.Justeru, seseorang itu mestilah berani menempuh sebarang cabaran dan
halangan sebelum menikmati sesuatu hasil.

Sehubungan dengan itu, jika seseorang yang bercita-cita untuk menjadi doktor tidak
akan dapat mencapai cita-citanya jika dia tidak belajar dengan tekun. Cita-citanya ini
akan menjadi seperti angan-angan Mat Jenin. Oleh yang demikian, usaha itu adalah
penting bagi mencapai cita-cita tersebut persis kata mutiara ‘Usaha itu tangga
kejayaan’.

Ada kalanya juga peribahasa ini diucapkan sebagai suatu sindiran. Sindiran ini
bertujuan menyedarkan seseorang itu tanpa menyakitkan hatinya. Seseorang yang
memahami maksud peribahasa ini akan segera menyedari kesilapan dirinya dan
berusaha untuk memperbaiki kesilapan dirinya.

Selain peribahasa ini, terdapat beberapa lagi peribahasa lain yang mempunyai
pengertian yang sama juga. Tamsilnya, peribahasa ‘Hati hendak, semua jadi’, ‘Kalau
hendak seribu daya, kalau tak mahu seribu dalih’ dan ‘Kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya’.
Konklusinya, setiap individu mestilah berusaha untuk memperoleh apa yang mereka
hajati. Kita tidak boleh hanya berpeluk tubuh sahaja. Hal ini berlaku demikian kerana
tanpa usaha ibarat mengharapkan buah yang takkan gugur untuk selama-lamanya.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Karangan Anti Dadah

Perjuangan menentang dadah memerlukan penglibatan masyarakat secara total.


Kefahaman masyarakat terhadap tanggungjawab mereka amat diperlukan
memandangkan usaha menangani gejala dadah tidak harus diletakkan di bahu kerajaan
semata-mata. Mereka tidak harus mengambil sikap terus menghukum atau membiarkan
mana-mana penagih atau bekas-bekas penagih kerana kerjasama masyarakat amat
penting dalam memulihkan golongan penagih untuk kembali kepada kehidupan normal.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan penagih mahupun bekas penagih
cenderung bergelumang dengan kancah itu kerana sikap masyarakat yang
meminggirkan golongan itu untuk mendapat tempat dalam kelompok sosial mahupun
ekonomi. Lantaran itu, masalah dadah akan menjadi semakin serius jika kite tidak
memberi peluang kepada penagih untuk kembali ke jalan yang betul. Persepsi
masyarakat terhadap penagih juga perlu diubah kerana mereka bukanlah penjenayah,
tetapi pesakit yang perlu diberikan rawatan. Memang besar mereka melakukan
kesilapan pada peringkat awal kerana terjerumus dengan penagihan dadah. Tegasnya,
sikap yang positif daripada masyarakat amat diperlukan bagi memastikan golongan ini
dapat dibimbing agar dapat memperbaik cara hidup mereka.

Di samping itu, institusi keluarga juga memastkan peranan amat penting dalam
menangani masalah ini. Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab untuk
mendidik anak-anak mereka supaya tidak terjebak ke lembah yang hina ini. Gesaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini agar seluruh
anggota masyarakat memperkasa institusi kekeluargaan harus disahut dengan penuh
muhasabah. Tanpa kekuatan dan kesungguhan untuk membina komuniti terpenting ini,
pasti usaha mereformasikan bangsa akan gagal.
Dadah dan jenayah masih menjadi dua musuh tegar yang sering mengancam
kesejahteraan institusi kekeluargaan. Setiap ahli keluarga perlu sentiasa peka terhadap
tindak-tanduk anggota keluarga sendiri agar tidak-sesekali membuka ruang kepada dua
musuh tersebut menyelinap masuk dalam kehidupan berkeluarga. Dadah ialah satu
masalah sosial yang dihadapi oleh pelbagai kaum.

Selain kerajaan, peranan besar ibu bapa yang berfungsi sebagai tapak pembentukan
peribadi den sahsiah diri perlu lebih diperkasakan. Kita kerap mendengar kisah anak-
anak yang terjebak dalam penyalahgunaan dadah disebabkan perceraian ibu bapa,
derita anak yang ketandusan kasih sayang keluarga, di samping pengaruh
rakansebaya.Punahnya ikatan kekeluargaan telah menjadi penyumbang kepada
tercetusnya banyak gejala sosial dalam kalangan anak muda. Justeru, peranan institusi
kekeluargaan masih terus berada di puncaknya.

Sekolah ialah tempat yang paling sesuai untuk menggerakkan kempen membenci
dadah dan cara paling berkesan ialah memfokuskan kepada pelajar yang disyaki atau
cenderung untuk terlibat. Dalam usia tahap rebung ini, lebih mudah untuk
mengembalikan mereka ke pangkal jalan melalui kaedah kaunseling, dan sebagainya.
Walau bagaimanapun dalam usaha itu, masalah utama pentadbiran sekolah ialah
mengesan pelajar yang menagih dadah sebelum tindakan susulan lainnya dapat
dilakukan. Kaedah ujian air kencing tidak dapat dilakukan secara menyeluruh, tetapi
hanya secara rawak menyebabkan ada pelajar terlibat terlepas, serta terus dibiarkan
mempengaruhi rakan-¬rakan sebaya lainnya. Tetapi, melalui bantuan teknologi, iaitu
mesin pengimbas mata canggih yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran,
masalah mengesan pelajar yang menagih dadah menjadi lebih mudah. Justeru, mesin
berharga RM200,000 yang beroperasi secar bergerak ini perlu dimanfaatkan
sepenuhnya untuk memastikan setiap sekolah bebas daripada pengaruh dadah.

Begitu pun teknologi sahaja tidak mencukupi jika semua pihak khususnya Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) tidak mengambil langkah proaktif. Usaha pencegahan dan
pemulihan di peringkat sekolah tentunya dapat dijalankan dengan lebih agresif lagi jika
dilakukan secara bersepadu. Janganlah hanya tertumpu kepada usaha ke arah
kecemerlangan semata-mata sehingga mengabaikan masalah sosial dalam kalangan
pelajar khususnya penagihan dadah.

Secara tuntas, ancaman dadah di negara ini semakih menggawatkan dan menimbulkan
pelbagai permasalahan sosial yang kronik. Fenomena ini merupakan satu ancaman
besar kepada negara sekiranya langkah menanganinya tidak diambil segera. Jika tidak,
hasrat melihat negara bebas daripada ancaman dadah yang juga musuh nombor satu
negara menjelang tahun 2015, mungkin tidak kesampaian. Justeru, keadaan itu
menuntut satu gerakan pembasmian yang lebih berfokus, tersusun, jitu, dan menyeluruh
tanpa bergantung kepada usaha kerajaan bagi menanganinya. Diharap semua
pertubuhan bukan kerajaan (NGO), swasta, dan pihak sekolah tampil bersama-same
kerajaan menggembleng tenaga membanteras gejala tersebut.

you are the president of the NILAM club of your school.Your school library is not well
maintained and the other students have been camplaining about it.You planned to
write a report to the principal to inform her about the problems there.You would like
to give some suggestions on how to overcome the problems