Anda di halaman 1dari 5

Kemahiran dan Teknik Membaca

By http://khairulorama.wordpress.com

- Sekiranya Allah tidak mengilhamkan aku untuk menulis, tidak berdaya


untuk aku menitis dakwat walau sepatah kata pun - Khairul

Ada terdapat banyak caranya untuk membaca. Teknik dan kemahiran yang amat
penting ini menjadikan membaca itu satu eksasais yang dinamik.

Kemahiran membaca amatlah penting. Yang utamanya, adalah latihan dan aplikasi
dalam koleksi data, kefahaman, dan analisis sesuatu perkara.

Ketika berada di universiti, saya mempunyai masalah untuk membaca. Bagaimana


membaca secara efisien dan analitical?
Saya telah mengkaji beberapa teknik pembacaan yang membantu dalam
pembelajaran.
Kita tidak mungkin mempunyai otak yang sama seperti, Albert Einstein dan genius-
genius seperti lain.

Tetapi ingat kita mempunyai teknik, gaya dan iltizam yang amat tinggi untuk berjaya.

Antara teknik yang ingin saya kongsikan adalah:-

1. Super Accelerated Learning.


2. SAVI
3. Kanan Kiri Learning
4. SQ3R
5. Pembacaan Cause dan Effect

Pertama sekali kita lihat

1. Super Accelerated Learning.

Colin Rose telah mencipta pelbagai teknik dalam pembelajaran. Keterampilan ini tidak
ternilai dalam persekitaran pendidikan dan bisnis yang sentiasa berubah.

Membaca super ini mempunyai lapan langkah.

Mari kita lihat cara melakukannya untuk membaca buku setebal 250 halaman.

1. Ciptakan gambaran keseluruhan buku yang sedang dibaca. Fikirkan pertama kali
apakah gagasan arugumentasi dan idea umum yang ingin dibawa?
2. Lihat sekilas bahannya. Baca secara cepat teks di bab pertama dengan kecepatan
sekitar 6 saat per halaman. Yang harus dicari adalah kata kunci dan gagasan ideanya.

3. Buatlah sketsa atau imej-imej yang anda ketahui.

4. Timbulkan pertanyaan dalam sketsa tersebut, Apakah ideanya? Bagaimana dan


mengapa ideanya begitu? Apakah kesimpulannya telah diuji?

5. Kemudian bacalah teks setiap bab, satu per satu. Bacalah pada kecepatan sekitar
15-20 saat per halaman. Di tahap ini dapat menggariskan gagasan baru dan
menuliskan tanda tanya ?

6. Tinjau semula. Baca kembali bab tersebut dengan cara berhenti di bahagian yang
sukar. Dan inilah puncak kepada pembacaan anda,

Cuba mencari kaitan antara berbagai gagasan idea dan hujah.

7. Buatlah catatan dalam bentuk peta minda.

8. Mengulangi. Lihat kembali catatan anda. Tambahkan 5-10 minit lagi untuk
seminggu kemudian, dan 5- 10 minit sebulan kemudian.

Nah begitu lah caranya dalam pembacaan yang terfokus dan tidak membuang masa.
Pembacaan aktif dan catatan ulangan.

2. Teknik membaca Gaya SAVI

SAVI adalah akronim kepada Somatis, Auditori ,Visualisasi dan Intelektual.

Membaca secara Somatis, bermaksud kita perlu melibatkan pergerakan fizikal.


Membaca akan berkesan ketika tubuh kita adalah dalam keadaan yang tidak
kepenatan.

Apabila selama membaca, tubuh kita akin mula merasa jemu dan latih.

Ya , membaca itu meletihkan.

Hentikan proses membaca dan gerakkanlah tubuh anda . Fikiran dan perasaan akin
kembali aktif dan teruskan proses membaca.

Membaca secara Auditori. Kadang- kadang kita menemui beberapa kalimat atau
patah kata yang sukar difahami.

Kita terkadang menjumpai baris - baris kata yang menarik, tetapi sukar membrikan
kosentrasi.

Jadi bacalah , baris -baris kata terse but dengan kuat sehingga kita mendengari nya.
Membaca secara Visualisasi pula, beerti membaca secara dengan membayangkan
atau imaginasi. Caranya, adalah menghasilkan bacaan yang berwarna yang
memberikan pembacanya merasa senang- fun.

Sebaiknya ketika membaca cuba memberikan imej dan cuba bayangkan perkara yang
di baca. Proses membayangkan ini, jelas akin mengesankan pembacaan buku terse
but.

Membaca secara Intelektualisasi, adalah pembacaan yang menggunakan


kecerdasan.

Pembacaan yang di buat adalah pembacaan yang refleksi dan juga menciptakan
hubung kait idea.

Intelektual adalah bahagian diri yang merenungkan, menciptakan, memecahkan


masalah dan membangunkan makna.

Dalam proses membaca ,potensi intelektual berkait dengan menulis.

Apabila setiap kali kita membaca sebuah buku, lalu kita berhenti. Kita catatkan atau
merumuskan apa sahaja yang telah diperoleh dari pembacaan itu.

3. Teknik membaca Kanan Kiri (KaKi) Learning

Gagasan teknik membaca KaKi bererti kegiatan membaca buku dengan


memfungsikan otak Kanan dan Kiri.

Teori dominansi otak kiri dan kanan adalah seperti berikut.

Otak kiri ( Logika)


Perencanaan,Outline, Tata bahasa , penyuntingan, penulisan kembali, penelitian

Otak kanan ( Emosi)


Semangat, spontanitas, emosi, warna imaginasi, ada unsure baru, kegembiraan

Jadi apabila membaca

Cubalah menerapkan

1. Semangat. Ketika memegang buku dan melihat secara selintas judul buku
penulisnya, dan sinopsis , apakan anda memperoleh semangat unutk mengetahui apa
yang akin disampaikan oleh buku itu?
Cubalah rasakan dan cubalah melihat ke dalam diri anda sendiri, apakan anda
memang bersemangeat untuk membaca buku yang kini anda pegang?

2. Spontanitas
Cuba anda renungkan, tergerakkan anda untuk membaca buku secara cepat? Apakah
ada sikap spontan untuk merasakan nikmat buku yang anda baca?

3. Emosi
Apakah akin anda perubahan emosi dalam pembacaan anda?

Cubalah fahami degupan jantung anda ketika anda terlihat sebuah buku? Wujudkah
perasaan bangga, buku yang anda pegang itu membangkitkan rasa ingin tahu?

4. Warna
Apakah buku yang anda baca benar-benar merikan pelangi dalam perasaan anda?

5. Ghairah
Tentulah ghairah anda tidak terbendung untuk menyelesaikan cepat - cepat buku
yang anda baca.

6. Ada unsur baharu


Ketika pembacaan anda bermula dan ketika pembacaan dilangsungkan, tangkap dan
ikat unsur baru.

Bukankan anda kemudian juda tertarik untuk membahagikan perkara- perkara baru
itu kepada orang- orang yang terdekat?

7 .Kegembiraan
Inilah akhir perjalanan anda. Anda akin merasa gembira ketika membaca buku.
Nikmatilah kegembiraan membaca buku .

Begitulah applikasi otak kanan dalam pembacaan.

4. SQ3R

Teknik ini sudah lama dipraktikkan oleh pelajar- pelajar cemerlang.

1. Survey - carilah tajuk-tajuk utama, subheading dan bahagian yang perlu diberi
perhatian dalam pembacaan

2. Question- jadikan tajuk- tajuk utama ito kepada soalan yang anda kemukakan iaitu
apa dan mengapa?

3. Read - bacalah perkara terse but untuk mencari jawapan kepada persoalan anda

4. Recite- jadikan soalan anda dan jawapan anda dalam bentuk kata-kata. Dan
sebutkan satu persatu perkara yang anda telah pelajari.

5. Review - ambil masa untuk mengulang kaji ketika anda telah baca. Selepas 15
minit cuba lihat pencapaian anda dalam pembacaan aktif ini.
5. Pembacaan Cause dan Effect

Caranya adalah membaca dengan mencari sebab pembacaan itu dibuat. Pembacaan
itu dibuat kerana ingin tahu, ingin mendapatkan maklumat, bukan sekadar kerja
rumah yang diberikan oleh guru.

Sekiranya anda membaca itu dan ini anda akin mendapatkan keuntungan setimpal
jua.

Di atas adalah beberapa teknik dan kemahiran membaca yang memudahkah proses
pembelajaran.