Anda di halaman 1dari 1

Ruj : GBSB/PRO/07(05)

Tarikh : 23 Januari 2007

Pegawai Hal Ehwal Pelajar,


Universiti Industri Selangor,
Jln Zirkon A7/A, Seksyen 7,
40000, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

U/P: Encik: Mohd Nor Hashim

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN MENGADAKAN PROMOSI

Merujuk perkara di atas, pihak dari Syarikat Graduan Bersatu Sdn. Bhd ingin memohon jasa
baik pihak tuan untuk memberi kebenaran bagi mengadakan promosi jualan produk
cenderamata kami iaitu t-shirt dan jaket.

2. Kaedah promosi yang kami cadangkan adalah seperti berikut;

i. Mempamerkan produk dan mengambil tempahan daripada pelajar.


ii. Memproses tempahan pelajar.
iii. Menghantar tempahan dan mengutip bayaran.

3. Promosi kami akan berlangsung selama dua hari di Universiti Industri Selangor.
Berikut ialah tarikh yang dicadangkan:

Tarikh : 2 hingga 3 Februari 2007


Tempat : Ditentukan oleh pihak pengurusan kolej

4. Kami menaruh harapan yang tinggi agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan ini
dan memberikan pertimbangan yang sewajarnya. Segala kerjasama dari pihak tuan
amat kami alu-alukan. Saya boleh dihubungi di talian 012-9517342 sekiranya pihak tuan
memerlukan penjelasan lanjut.

Sekian, terima kasih.

“USAHAWAN PROAKTIF, NEGARA PROGRESIF”

Yang benar,
GRADUAN BERSATU SDN BHD

…………………………………….
SITI NURUL AININ BINTI RADZUAN
Eksekutif Pemasaran
C:P/05/UNISEL

Anda mungkin juga menyukai