Anda di halaman 1dari 9

Kertas Cadangan

Graduan Bersatu Sdn Bhd


Penjualan Cenderamata di Sekolah Teknik dan Vokasional Seluruh Malaysia

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Kertas Cadangan ini adalah bertujuan memohon pertimbangan dari Bahagian


Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional – Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk mengeluarkan surat sokongan bagi memberi peluang kepada Graduan
Bersatu Sdn Bhd untuk mempromosi dan menjual cenderamata serta pakaian.

Syarikat Graduan Bersatu Sdn. Bhd. (GBSB) merupakan sebuah syarikat yang
ditubuhkan oleh para graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam usaha
menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Syarikat ini terdiri daripada para
lapisan graduan yang ingin berusaha menjadi usahawan.

GBSB telah ditubuhkan pada Julai 2003 dan mempunyai pengalaman selama 4
tahun di dalam bidang ini. GBSB mempunyai kepakaran dalam pembuatan t-
shirt, jaket dan pakaian seragam. Pelanggan adalah terdiri daripada penuntut
sekolah menengah hingge ke universiti kerana mempunyai pilihan yang terdiri
dari pelbagai produk.

Selain itu, Graduan Bersatu Sdn Bhd adalah antara syarikat yang menjadi
perintis dalam membekal pakaian dan cenderamata kepada Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN). Oleh itu, kami berhasrat untuk pasaran di Sekolah
Teknik dan Sekolah Vokasional yang berpotensi besar. Berikut adalah ringkasan
eksekutif syarikat ini:

1
Kertas Cadangan
Graduan Bersatu Sdn Bhd
Penjualan Cenderamata di Sekolah Teknik dan Vokasional Seluruh Malaysia

NAMA SYARIKAT : Graduan Bersatu Sdn Bhd (622389-X)

WAKIL SYARIKAT : Siti Nurul Ainin Binti Radzuan

NO. TELEFON BIMBIT : +60129517342

ALAMAT : No. 29 Jalan 3/133


Taman Sri Sentosa
Batu 6½ Jalan Kelang Lama
58000 Kuala Lumpur

NO. TELEFON : +603 7785 8244

NO. FAKS : +603 7785 8244

E-MEL : graduanbersatu@yahoo.com

2
Kertas Cadangan
Graduan Bersatu Sdn Bhd
Penjualan Cenderamata di Sekolah Teknik dan Vokasional Seluruh Malaysia

2.0 PELAN CADANGAN PERNIAGAAN

2.1 Tujuan

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dari Bahagian


Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional – Kementerian Pelajaran Malaysia
supaya Graduan Bersatu Sdn Bhd diberi:

 Surat sokongan bagi membantu mempromosi dan menjual


barangan cenderamata di Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional
seluruh negeri di Malaysia.
 Peluang untuk mempromosi produk cenderamata kepada para
pelajar Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional sebagai tanda
kenangan.
 Berpeluang untuk membentuk imej identiti sendiri kepada para
pelajar di Sekoah Teknik dan Sekolah Vokasional.
 Selain itu, kami berharap dapat memupuk nilai dan budaya
keusahawanan dalam diri seseorang pelajar.

2.2 Tempoh Perlaksanaan

Tempoh perlaksanaan adalah seperti berikut:

 Beroperasi seminggu selepas para pelajar bermula tempoh


pengajaran di Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional.
 Pihak syarikat akan mendapatkan nasihat daripada pengetua di
setiap Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional supaya tidak
mengganggu aktiviti pelajar semasa mengadakan promosi
mengambil tempahan.

3
Kertas Cadangan
Graduan Bersatu Sdn Bhd
Penjualan Cenderamata di Sekolah Teknik dan Vokasional Seluruh Malaysia

 Promosi dan tempahan akan diadakan berdasarkan kepada


kelulusan dari pengetua Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional.
 Semua tempahan akan dihantar kepada pelajar selepas empat (4)
atau lima (5) minggu dari tarikh tempahan dibuat.

2.3 Proses Perlaksanaan

Proses perlaksanaan adalah seperti berikut:

 Proses promosi / jualan akan dijalankan oleh rangkaian pemasaran


syarikat di seluruh negara yang terdiri daripada para graduan.
 Secara umumnya, rangkaian perniagaan kami boleh dibahagikan
kepada kawasan-kawasan yang dicadangkan:

Zon Utara Perlis, Kedah, P.Pinang, Perak

Zon Tengah Wilayah Persekutuan, Selangor

Zon Selatan Negeri Sembilan, Melaka, Johor

Zon Timur Pahang, Terengganu, Kelantan

2.4 Carta Sabah & Sarawak Aliran


Proses
Perlaksanaan

Kementerian Pelajaran Malaysia – Bahagian Sekolah


Teknik dan Sekolah Vokasional
(Surat Sokongan)

Kebenaran Pengetua Sekolah Teknik dan Sekolah


Vokasional
4
Kertas Cadangan
Graduan Bersatu Sdn Bhd
Penjualan Cenderamata di Sekolah Teknik dan Vokasional Seluruh Malaysia

Membuka Kaunter dan Mempromosi

Wilayah Wilayah Wilayah Wilayah Sabah


Utara Selatan Timur & Sarawak

Menerima Tempahan

Memproses Tempahan

Menghantar tempahan ke setiap Sekolah Teknik


dan Sekolah Vokasional

2.5 Jenis – jenis Produk

Graduan Bersatu Sdn Bhd mempunyai kepakaran dalam pembuatan t-shirt, jaket
dan pakaian seragam. Kami juga membekalkan pelbagai jenis cenderamata dan
hadiah - hadiah korporat. Antara jenis-jenis produk yang dijual oleh syarikat kami
adalah seperti berikut:

 T-shirt  Jaket

5
Kertas Cadangan
Graduan Bersatu Sdn Bhd
Penjualan Cenderamata di Sekolah Teknik dan Vokasional Seluruh Malaysia

 Lanyard  Topi
 Vest  Kalkulator
 Pakaian Sukan  Bingkai Gambar
 Pelekat (Stickers)  Tie
 Pen  Beg
 Payung  Rantai Kunci

Harga produk-produk kami adalah kompetitif dan mampu dibeli oleh para pelajar.
Kebiasaannya, harga produk kami boleh didapati dari harga serendah RM 2
sehingga RM 50 dan kami yakin ianya tidak akan membebankan para pelajar
semasa membuat pembelian. Dengan itu, jualan ini adalah kepada pelajar yang
berminat sahaja dan tidak diwajibkan pembelinya.

Selain itu, setiap Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional di seluruh Malaysia
juga akan mempunyai koleksi produk-produk dan dapat membawa imej kepada
sekolah itu sendiri.

2.6 Kumpulan Sasaran Pelanggan

Graduan Bersatu Sdn Bhd mensasarkan kumpulan pelanggan yang terdiri


daripada:

 Pelajar – pelajar Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional


 Pihak Pengurusan Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional

6
Kertas Cadangan
Graduan Bersatu Sdn Bhd
Penjualan Cenderamata di Sekolah Teknik dan Vokasional Seluruh Malaysia

3.0 Konsep GBSB

 Konsep syarikat kami adalah berasaskan penjualan kepada sesiapa


yang berminat sahaja dan tidak diwajibkan pembelinnya serta tiada
unsur paksaan.
 Syarikat kami mengambil tempahan mengikut citarasa pelajar.
 Syarikat kami juga menerima tempahan t-shirt kelas yang boleh
membawa satu identiti bagi seseorang pelajar.
 Barangan tempahan dapat diedarkan oleh syarikat kami kepada para
pelajar pada masa yang tertentu.
 Kualiti setiap produk adalah bermutu tinggi dan terjamin.
 Harga setiap produk adalah berpatutan dengan mengambilkira
keupayaan pembeli.

4.0 Penutup

Pihak GBSB berharap kertas cadangan ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan
oleh Bahagian Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional – Kementerian Pelajaran
Malaysia . Semoga kerjasama diantara pihak kami dan pihak puan dapat
memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.

7
Kertas Cadangan
Graduan Bersatu Sdn Bhd
Penjualan Cenderamata di Sekolah Teknik dan Vokasional Seluruh Malaysia

5.0 Lampiran

5.1 Lampiran A – Surat Kelulusan dari pihak PLKN


5.2 Lampiran B – Senarai Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional
Malaysia
5.3 Lampiran C – Profil Syarikat
5.4 Lampiran D – Contoh ‘Flyer’
5.5 Lampiran E – Keratan akhbar
5.6 Lampiran F – Draf Surat Sokongan

8
Kertas Cadangan
Graduan Bersatu Sdn Bhd
Penjualan Cenderamata di Sekolah Teknik dan Vokasional Seluruh Malaysia

Anda mungkin juga menyukai