Oleh:
Nazri bin Samsudin
ISI KANDUNGAN:
Pengenalan
Buku Teks Bahasa Arab KBSR
Analisis Perbandingan:
1) Kesesuaian Kosa Kata
2) Bilangan Frasa Bahasa
3) Kemahiran Bahasa
1
Pengenalan
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Arab di sekolah kebangsaan (SK)
diadakan sebanyak dua waktu seminggu iaitu selama 60 minit. Pelaksanaan P&P Bahasa
Arab ini adalah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang berhasrat
untuk melahirkan insan yang seimbang, berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani1.
Dalam KBSR, guru mata pelajaran hendaklah merujuk kepada Sukatan Pelajaran (SP)
dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) bagi melaksanakan P&P.
Sukatan Pelajaran (SP) adalah dokumen asas yang mengandungi pernyataan objektif
dan kandungan bagi setiap mata pelajaran. Manakala Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) pula
mencadangkan butir-butir terperinci tentang mata pelajaran berkenaan untuk membantu guru
merancang Pengajaran dan Pelajaran (P&P).
Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Arab Komunikasi2 Sekolah
Kebangsaan ini merupakan intipati pelajaran yang perlu dilaksanakan di sekolah kebangsaan
untuk mentafsir, merancang dan melaksanakan mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi ini
dengan berkesan.
Bagi menjalankan P&P Bahasa Arab ini dengan lebih berkesan, maka Buku Teks
Bahasa Arab KBSR Tahun 1 hingga 6 telah diterbitkan untuk kegunaan murid berdasarkan
SP dan HSP yang telah digubal.
Bagi murid Tahap 1 iaitu Tahun 1 hingga 3, Buku Latihan dan Aktiviti Bahasa Arab
juga diterbitkan bersama Buku Teks Bahasa Arab agar proses P&P dapat dilaksanakan
dengan lebih berkesan.
1
Lihat: Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR Tahun 6 (2004), m/s 7, Kementerian Pelajaran Malaysia: Jabatan Pendidikan Islam
dan Moral
2
Bermula tahun 2006, istilah Bahasa Arab Komunikasi (BAK) telah ditukar kepada Bahasa Arab (BA)
2
Buku Teks Bahasa Arab KBSR
Setiap unit Buku Teks ini terdiri daripada 8-10 muka surat yang mengandungi
perkara-perkara berikut:
1) Kemahiran Mendengar
2) Kemahiran Bertutur
3) Kemahiran Membaca
4) Kemahiran Menulis
5) Kemahiran Tatabahasa
6) Latihan/ Permainan Ulangkaji
1
Majdi Ibrahim, Muhammad Nasiruddin Mohd Hashim, Mohd Zawawi Awang Hamat (2007). Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 6.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
3
Perbendaharaan Kata bagi setiap unit pula terdiri daripada perkataan, frasa dan ayat.
Contoh:
1
Saufi Man, Majdi Ibrahim, Siti Sarah Insyirah Abdul Rashid (2008). Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
4
Setiap unit Buku Teks ini terdiri daripada 8-10 muka surat yang mengandungi
perkara-perkara berikut:
1) Kemahiran Mendengar
2) Kemahiran Bertutur
3) Kemahiran Membaca
4) Kemahiran Menulis
5) Kemahiran Tatabahasa
6) Sistem Bunyi Huruf
7) Latihan/ Permainan Ulangkaji
Perbendaharaan Kata bagi setiap unit pula terdiri daripada perkataan, frasa dan ayat.
Contoh:
5
3) Kekuatan dan Kekurangan Silibus:
3.1 Kekuatan:
Setiap unit dalam Buku Teks Bahasa Arab ini mengandungi pelbagai aspek
kemahiran bahasa dan aktiviti P&P yang menyeronokkan untuk dilaksanakan.
3.2 Kekurangan:
Jumlah bilangan Perbendaharaan Kata yang terdiri daripada perkataan, frasa dan ayat
yang digunakan dalam Buku Teks Bahasa Arab KBSR ini agak tinggi dan kurang
sesuai untuk digunakan bagi P&P Bahasa Arab selama 60 minit seminggu.
Berdasarkan analisa pencapaian murid, hanya kumpulan murid Aras 3 sahaja yang
mampu menguasai lebih 80% Perbendaharaan Kata yang digunakan dalam buku teks
ini.
Berdasarkan realiti semasa di sekolah, bilangan unit pelajaran yang berjumlah 10 unit
dengan setiap unit terdiri daripada 8-10 muka surat juga kurang praktikal dan tidak
mampu dilaksanakan sepenuhnya oleh guru. Manakala murid juga menghadapi
masalah untuk mengikuti dan menguasai sepenuhnya segala pelajaran yang diajar
oleh guru.
Peruntukan dua waktu seminggu (60 minit) untuk mata pelajaran Bahasa Arab ini
lebih sesuai apabila jumlah bilangan unit pelajaran dan jumlah bilangan
Perbendaharaan Kata dikurangkan.
6
Analisis Perbandingan
1. Kesesuaian Kosa Kata mengikut tahap murid:
1.1 Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 61:
UNIT KOSA KATA
1
1
Majdi Ibrahim, Muhammad Nasiruddin Mohd Hashim, Mohd Zawawi Awang Hamat (2007). Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 6.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
7
9
10
1
Saufi Man, Majdi Ibrahim, Siti Sarah Insyirah Abdul Rashid (2008). Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
8
6
10
1 6 15 35
2 6 18 36
3 5 22 35
4 7 24 38
5 7 20 40
6 5 21 41
7 6 25 43
8 5 14 37
9 6 13 42
1
Majdi Ibrahim, Muhammad Nasiruddin Mohd Hashim, Mohd Zawawi Awang Hamat (2007). Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 6.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
9
10 6 15 45
1 7 14 30
2 5 23 31
3 6 22 34
4 6 23 36
5 6 13 45
6 7 15 32
7 6 20 36
8 5 24 40
9 5 24 32
10 6 22 30
3. Kemahiran Bahasa:
Sukatan Pelajaran (SP) Bahasa Arab di sekolah kebangsaan memfokuskan
kepada empat kemahiran asas iaitu Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur,
Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis2:
1
Saufi Man, Majdi Ibrahim, Siti Sarah Insyirah Abdul Rashid (2008). Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
2
Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi KBSR (2004), m/s 1-6, Kementerian Pelajaran Malaysia: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
10
3.2 Kemahiran Bertutur, contohnya:
- Menyebut bunyi huruf dengan betul
- Menyebut perkataan dan ayat dengan intonasi yang betul
- Menyebut bilangan dan angka
- Menyampaikan ucapan
- Menyampaikan arahan, panduan dan perintah serta menjawabnya
- Soal dan jawab
11
RUJUKAN
1. Majdi Ibrahim, Muhammad Nasiruddin Mohd Hashim, Mohd Zawawi Awang Hamat
(2007). Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
2. Saufi Man, Majdi Ibrahim, Siti Sarah Insyirah Abdul Rashid (2008). Buku Teks
Bahasa Arab KBSR Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
3. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR Tahun 6 (2004). Kementerian
Pelajaran Malaysia: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
4. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR Tahun 5 (2004). Kementerian
Pelajaran Malaysia: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
5. Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi KBSR (2004). Kementerian Pelajaran
Malaysia: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
12