Anda di halaman 1dari 20

Maksud e-dagang.

Thursday, August 27, 2009


Contoh assignment: CBEC1103 ELEMEN-ELEMEN E-DAGANG 5
SOALAN 1
Sejarah E-Dagang bermula dengan penggunaan EDI dalam penghantaran informasi
perniagaan. Ini diikuti dengan penerimaan penggunaan Internet secara besar-besaran
oleh orang ramai dan juga penumbuhan beberapa website e-dagang dan penumbuhan
ekonomi baru.
a) Berikan definisi E-Dagang dari EMPAT perspektif.

1.0 Pengenalan
Dilema utama dalam aktiviti perdagangan sejak dahulu ialah jarak yang jauh. Untuk
mengembangkan perniagaannya, pembekal perkhidmatan perlu meluaskan pasarannya
yang akan melibatkan kos yang banyak seperti pengangkutan, penyelenggaraan dan
sebagainya. Di samping itu faktor waktu juga perlu diambil kira, lebih-lebih lagi jika
melibatkan perdangangan antarabangsa diantara negara yang berbeza zon waktunya.
Ini sudah tentu merumitkan bagi mereka berurusan.

E- Dagang (kini lebih popular dengan istilah dotcom) merupakan satu alat atau
mekanisma yang akan membantu pembekal perkhidmatan/produk menyelesaikan
masalah ini. E-Dagang merupakan satu kaedah transaksi elektronik maya tanpa
sempadan jarak atau waktu. Dalam suasana maya, organisasi dapat menubuhkan
pejabat maya yang dapat dikunjungi oleh pelanggan pada bila-bila masa sahaja.
Contohnya seorang penjual buku, cenderamata, memorablia dll dapat mendirikan
gedungnya menerusi laman web selaku pejabat maya (lihat Amazon.com) Ini
merupakan satu metodoloji perdagangan yang sangat ideal dan mempunyai potensi
besar untuk dikembangkan

1.1 Definasi E-Dagang dari EMPAT perspektif


Dari prespektif komunikasi, EC adalah penghantaran informasi, produk/perkhidmatan,
atau pembayaran melalui talian telefon, rangkaian komputer, atau sebarang perkakasan
elektronik yang berfungsi untuk menghantar maklumat.

Dari prespektif proses perniagaan, EC adalah aplikasi teknologi ke arah automasi


transaksi perniagaan dan aliran kerja.

Dari prespektif servis (perkhidmatan), EC adalah peralatan (tool) untuk menyatakan


keinginan firma, pelanggan dan pengurusan untuk memotong perbelanjaan servis dan
pada masa yang sama meningkatkan kualiti produk dan meningkatkan kepantasan
penghantaran servis.

Dari prespektif atas talian (Online), EC menyediakan kebolehan untuk membeli dan
menjual produk dan informasi di dalam Internet dan servis atas talian (online) yang lain.
(Kalakota and Whinston 1997, 3)

b) Terangkan kebaikan E-dagang terhadap individu, organisasi dan


masyarakat.
1.0 Kelebihan kepada pelanggan/Individu
Mana-mana pengguna biasa yang ada komputer peribadinya tersendiri, ada telefon dan
modem, ada akaun dengan mana-mana pemberi khidmat Internet (Internet Service
Provider atau ISP), boleh berurusan dengan mana-mana ''pedagang'' yang telah
mengiklankan barangannya atau perkhidmatannya menerusi Internet.

perniagaan menerusi talian tidak akan terhalang oleh aspek geografi. Produk yang
dipasarkan menerusi talian boleh dicapai oleh pengguna dari serata dunia.Dengan itu
membolehkan pelanggan membeli belah 24 jam dari mana-mana lokasi.

Antara kelebihan lain ialah menyediakan pelanggan dengan lebih pilihan, menyediakan
barangan produk yang lebih murah dengan membuat perbandingan, penghantaran
lebih cepat, maklumat terperinci, lelong, interaksi dengan pelanggan lain dan
sebagainya.

1.1 Contoh kelebihan Pasaran Perdagangan Elektronik kepada individu:

1.1.1Automobil
Membolehkan pengguna mencari, membeli, menginsurankan, membuat penghantaran
tanpa perlu pergi ke pengedar (dealer) & boleh lakukan carian di Yahoo! Untuk senarai
pembekal kereta.

1.1.2Buku – Amazon.com
Pengguna boleh mencari, membuat pesanan dan membuat pembayaran melalui web
dengan menggunakan cek atau kad kredit. Diskaun sehingga 30%.

1.1.3Penempahan Tiket Kapalterbang – Airasia.com


Menawarkan tiket yang lebih murah kerana tiada orang tengah (ejen)

1.1.4Stok & Keselamatan


Internet boleh mengantikan fungsi seorang broker saham. Pembelian & penjualan
saham dilakukan tanpa melalui broker.
Contoh di Malaysia: Kenanga Broker

1.1.5Online flea Market


Penjual dan pembeli dipertemukan di dalam format lelongan untuk menjual produk
peribadi dengan membenarkan penjual untuk menyenaraikan barangan dan pembeli
pula boleh membida barangan secara atas talian (online)
Contoh: e-bay, lelong.com

2.0 Kelebihan kepada Organisasi


E-dagang semakin meluas digunakan di kalangan masyarakat Internet terutama di
negara-negara barat mulai pada pertengahan tahun 1990an. Malah e-dagang sekarang
ini diakui oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar pemasaran sebagai satu
sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi dan menjadi satu
alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin pergi ke peringkat
antarabangsa.
Salah satu kebaikan dan keuntungan daripada menggunakan kaedah e-dagang ini ialah
perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik
sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan yang berkenaan. Dengan
cara ini pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan daam sekelip
mata yang dahulunya mungkin dibelenggu oleh karenah mengisian borang-borang
kertas dan birokrasi.
Secara idealnya semua ini dapat dijalankan dengan efisyen oleh semua pihak yang
terlibat dalam rangkaian e-dagang itu dan tidak dibelenggu oleh isu-isu ketidakserasian
(incompatibility) atau piawaian (standard) teknologi dan telekomunikasi yang tidak
serupa. Ini telah ditawarkan oleh teknologi Internet yang menggunakan protokol
telekomunikasinya yang dipanggil TCP/IP yang telah diterima pakai sebagai satu
piawaian yang membolehkan sebarang pelantar (platform) komputer dapat saling
berhubung dan bertukar maklumat dengan mudah. Pengguna Web juga dapat
berinteraksi dengan dunia Web dengan mudah dengan hanya menggunakan sebuah
perisian pelayar Web (Web browser) seperti Netscape Navigator, Internet Explorer dan
lain-lain lagi.
Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat itu juga dapat membantu
mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat tersebut dengan sesebuah
transaksi perniagaan itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.
Sebagai contohnya apabila pelanggan membuat tempahan pembelian menerusi e-
dagang, tempahan tersebut boleh dengan serta merta dihantar kepada beberapa
bahagian dalaman yang berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian logistik dan
bahagian pembuatan. Dengan ini pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi pesanan
tersebut akan menjadi lebih efisyen.
E-dagang sebenarnya terdiri daripada beberapa komponen yang mempunyai ciri-ciri
dan fungsinya yang tersendiri sebagai contohnya Pertukaran Data Elektronik atau
Electronic Data Interchange (EDI), Internet, pensijilan digital, tandatangan digital, wang
digital, Electronic Funds Transfer , Electronic Catalogs, Intranets, Kod Bar dan lain-lain
lagi
Jika halangan utama bagi seseorang usahawan menjalankan perniagaan di bandar
(untuk peluang pasaran yang lebih luas) ialah kadar sewa bangunan yang tinggi, maka
dengan E-Dagang masalah itu tidak wujud lagi. Dengan menempatkan perniagaan di
sebuah pelayan web utama, mereka telah menempatkan diri secara global. Ini kerana
teknologi web membolehkan ia diakses dari mana-mana tempat sekalipun. Apa yang
menarik lagi ialah kosnya secara relatif adalah amat kecil. Contohnya untuk
menempatkan perniagaan produk/perkhidmatan di pelayan web Yahoo Geocities atau
Fortunecity, dua buah pelayan web yang mempunyai komuniti berjuta-juta pengguna
Internet anda hanya perlu membayar lebih kurang RM100-150 sebulan. Potensi
pasaran usahawan ialah kesemua komuniti Yahoo Geocities/Fortunecity khususnya
dan pengguna Internet amnya. Selain itu usahawan turut ditawarkan khidmat
penyelenggaraan perniagaan maya mereka.

3.0 Kelebihan kepada Masyarakat


Bagi E-dagang Internet, apa yang diharapkan ialah kecepatan penghantaran dan
penerimaan barangan (atau perkhidmatan), terdapat maklumat produk yang lebih terkini
dan rapi, terdapat kemudahan membuat pesanan on-line, peningkatan usaha
pemasaran massa, dan penyingkiran orang tengah. Andainya semua ini wujud atau
dapat diwujudkan, matlamat mutakhir ialah harga barangan (atau perkhidmatan) itu
akan menjadi lebih murah dan kompetitif.

Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan
beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan
perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan
kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda
mengkases Internet. Dengan itu, lebih ramai individu bekerja di rumah; kurang
perjalanan untuk membeli belah, mengurangkan kesesakan trafik, mengurangkan
pencemaran udara, harga barangan lebih murah dan seterusnya menyebabkan kos
hidup lebih murah.

c) Bincangkan perihal had teknologi dan bukan-teknologi E-dagang.

1.0 Pengenalan
Perihal had teknologi adalah merupakan kekangan-kekangan yang berlaku dalam
teknologi elektronik perdagangan yang mungkin tidak dapat dilaksanakan pada satu-
satu masa atau keadaan tertentu. Manakala bukan teknologi E-dagang pula ialah
sesuatu perisian atau perkakasan yang tidak membabitkan E-dagang dan tidak boleh
dikatakan sebagai sebahagian daripada komponen-komponen E-dagang.

2.0 Had teknologi e-dagang

2.1 Kebolehgunaan Laman (Web Usability)


Kebolehgunaan laman didefinisikan berdasarkan beberapa kriteria (Egger, 2003)
seperti berikut iaitu:
i. Kemampuan untuk bernavigasi di sekitar laman.
ii. Kemampuan untuk mencari maklumat-maklumat yang dikehendaki.
iii. Pengguna boleh memahami struktur laman; tahu langkah yang perlu dibuat
seterusnya.

Dengan kata lainnya, kebolehgunaan yang dimaksudkan di sini adalah rekabentuk


laman yang boleh memudahkan navigasi dan carian di mana memerlukan hanya sedikit
masa dan usaha oleh pengguna (mesra pengguna).

Kemampuan sesebuah laman untuk memudahkan navigasi laman dan carian maklumat
adalah amat penting kepada para pengguna. Kanerva et al. (1997) dalam kajiannya
telah menghuraikan tentang tiga jenis kesilapan yang sering berlaku semasa navigasi
iaitu; pengguna tidak mengetahui di mana kedudukan mereka semasa di laman; tidak
mengetahui ke mana mereka boleh pergi dan tidak memahami bagaimana cara untuk
bernavigasi. Conklin (1987), Edwards dan Hardman (1987), Nielsen (1990) dan Pitkow
dan Kehoe (1996) juga mempunyai pendapat yang sama. Sehubungan dengan itu,
menjadi satu cabaran bagi pereka laman untuk memastikan bahawa laman web yang
dibina mampu mengatasi masalah-masalah di atas. Persoalan yang perlu diambil kira
oleh pereka laman web adalah bagaimana untuk membangunkan laman web yang
boleh memudahkan pengguna melakukan aktiviti eksplorasi dan carian maklumat

2.2 Keselamatan, kebolehpercayaan, piawaian


Terdapat beberapa kaedah pembayaran yang digunakan dalam e-dagang, sebagai
contohnya melalui Kad Kredit, Kad Debit, E-Wallet dan juga Kad PraBayar.

Kad kredit adalah satu kaedah pembayaran yang lazimnya digunakan oleh pelanggan
untuk menjalankan transaksi samada secara atas talian mahupun transaksi biasa.
Walaupun kad kredit merupakan satu kaedah pembayaran yang popular di kalangan
pembeli atas talian, kebanyakan pengguna tidak mahu menerima kemudahan ini
disebabkan oleh faktor-faktor keselamatan seperti pencerobohan kad kredit.

Piawai teknikal adalah penting dalam operasi semua lapisan infrastruktur. EC


bergantung sepenuhnya kepada rangkaian. Sambungan antara rangkaian di sebarang
paras tidak mungkin dapat dilakukan oleh sekiranya piawai tidak bangunkan dan
bersangkutan dengan pembekal komponen rangkaian (untuk kedua-dua perisian dan
perkakasan) dan pembekal rangkaian dan operator.

2.3 Pembelian secara online


Nielsen (2001) menegaskan bahawa kelemahan dalam rekabentuk laman web
merupakan faktor utama yang menjejaskan keuntungan pekedai-pekedai atas talian.
Beliau menjelaskan bahawa beberapa kesilapan dalam rekabentuk laman yang sering
wujud adalah termasuk masa muat-turun yang perlahan, warna pautan yang tidak
selaras, ‘scrolling’ yang terlalu panjang, animasi yang sentiasa berulang dan
sebagainya.

3.0 Had Bukan Teknologi e-Dagang


3.1Isu Polisi Undang-Undang Awam dan Kebebasan Peribadi (Public Policy Legal and
Privacy Issues)

Di dalam rangka kerja Kalakota dan Whinston, berbagai lapisan infrastruktur adalah
disokong oleh dua tiang, iaitu tiang ‘polisi awam’ dan tiang ‘piawai teknikal’.

Polisi Awam berkaitan dengan etika, sosial dan rangka kerja undang-undang yang
mana peniagaan dijalankan. Memandangkan organisasi menjalankan perniagaan
elektronik dilakukan secara maya, maka sukar untuk melaksanakan polisi. Contoh:
Perjudian atas talian sah kepada sesuatu negara tetapi tidak sah kepada negara lain,
namun polisi sukar dibuat kerana perniagaan seperti ini berlaku secara maya.

Peningkatan kepentingan dalam peningkatan pengunaan EC, di dalam dan di luar


negara menunjukkan pentingnya polisi awam diadakan.

3.2 Kepercayaan Pengguna


E-Dagang melibatkan transaksi perniagaan menerusi rangkaian telekomunikasi iaitu
Internet. Penerimaan para pengguna terhadap teknologi E-Dagang ini masih di tahap
yang rendah. Pelanggan tidak berhubungan secara langsung dengan peniaga.
Sehubungan dengan itu, perniagaan yang melibatkan atas talian ini sudah tentu
mengundang faktor ketidakpercayaan di kalangan para pelanggan untuk berurusan
melalui kaedah ini. Apabila pengguna memasukkan maklumat peribadi dan kad kredit,
mereka berkemungkinan besar terdedah kepada penggunaan yang tidak beretika dan
penyebaran maklumat kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Walaupun pengguna hanya melakukan ‘window shopping’ tanpa membeli sebarang


produk, kemungkinan data-data mengenai aktiviti mereka dikumpul secara automatik
dan disalahgunakan atau disebarkan tanpa pengetahuan mereka (Ohlson, 1999).
Dengan ini menimbulkan persoalan dan tanda tanya di kalangan pengguna, sejauh
manakah tahap keselamatan terhadap maklumat yang diberi agar tidak berlaku
penyelewengan dan eksploitasi oleh mana-mana pihak. Kurangnya elemen trust di
kalangan pengguna telah menjadi penghalang utama

terhadap perkembangan E-Dagang. Kebanyakan pengguna tidak percaya untuk


berurusan di atas talian. Hampir 95% pengguna yang menolak untuk memasukkan
maklumat peribadi mereka ke dalam laman web. 63% daripada pengguna ini
menyatakan yang mereka tidak percaya terhadap proses pengumpulan maklumat
terbabit (Hoffman et al 1999).

Faktor kejayaan kritikal bagi aplikasi e-dagang adalah bergantung kepada kepercayaan
pengguna. Kewujudan teknologi Internet telah dijangkakan membawa perubahan yang
agak besar dalam sektor perniagaan dan sektor kewangan.

Walaubagaimanapun, peningkatan penggunaan Internet oleh pengguna tidak


membawa kepada peningkatan terhadap penggunaan aplikasi yang melibatkan e-
dagang (Rosencrance, 2002). Ini jelas menunjukkan bahawa pengguna masih belum
bersedia untuk menggunakan Internet sebagai medium untuk urusan jual beli kerana di
dorong oleh rasa ketidakpercayaan terhadap syarikat atas talian (online vendors).

3.3 Tiada Interaksi Secara Langsung


Urusniaga menerusi skrin komputer menjadi salah satu faktor penghalang terhadap
pembinaan trust. Pelanggan tidak dapat berinteraksi secara langsung dengan peniaga
sebenar. Di dalam Internet, tugas peniaga diganti dengan kolum FAQ (Frequently
Asked Question). Satu cara untuk mewujudkan interaksi yang lebih berkesan di antara
pelanggan dan peniaga adalah dengan mewujudkan agen yang boleh membantu
pelanggan. (Egger, 2003)

3.4 Kebolehpercayaan Terhadap Maklumat


Memandangkan kebanyakan individu mampu membina laman sendiri dan mendaftar
nama domain, jadi agak sukar untuk membezakan laman yang sah dan penipuan.
Kadangkala, maklumat yang dipaparkan boleh disalahgunakan. Ini kerana, maklumat-
maklumat yang terkandung di dalam laman web boleh diubahsuai tanpa meninggalkan
sebarang kesan. Terdapat juga syarikat yang tidak selalu mengemaskini laman mereka.
Ini akan memberi kesan terhadap transaksi seperti harga, deskripsi dan status produk.
Contohnya, mungkin harga barangan lebih murah berbanding dengan harga asal,
ataupun barangan tersebut sudah tiada di pasaran. (Egger, 2003

d) Perihal had mana yang lebih senang diatasi; teknologi atau bukan-teknologi,
mengapa?

1.0 Had yang lebih senang diatasi


Berdasarkan kepada perbincangan pada soalan 1(c) saya berpendapat had teknologi
lebih senang diatasi. Berkenaan Isu Kebolehgunaan Laman (Web Usability),
penyelidikan dalam bidang hipermedia telah mencadangkan beberapa strategi untuk
merekabentuk laman web yang baik iaitu pertama, mengambil kira jenis aktiviti yang
ingin dilakukan. Jenis aktiviti seperti carian dan eksplorasi akan menentukan cara
penstrukturan atau penyusunan maklumat-maklumat di dalam sistem. Sekumpulan
penyelidik telah mengkaji hubungkait di antara jenis aktiviti dan struktur maklumat (Gay
et al, 1991; Radha dan Murphy, 1992; Mohageg, 1992; Utting dan Yankelovich, 1989).
Mereka menyimpulkan bahawa aktiviti eksplorasi disokong oleh rangkaian atau
kombinasi struktur maklumat. Sebagai contohnya, struktur hiperlink yang boleh dijumpai
dalam setiap laman web. Berdasarkan kajian ini juga mendapati bahawa aktiviti carian
disokong oleh struktur maklumat berhirarki sepertimana yang digunakan oleh
kebanyakan kedai atas talian. Kriteria yang kedua ialah jenis aktiviti juga menentukan
bantuk sokongan navigasi. Sebagai contohnya, kajian telah menemukan bahawa aktiviti
carian adalah paling sesuai menggunakan navigasi yang berbentuk hirarki, manakala
aktiviti eksplorasi adalah paling berkesan jika rekabentuk laman web dipersembahkan
secara grafik. (Edwards dan Hardman, 1989; Hammond dan Allison, 1989; Monk, 1989;
Smith et al, 1997)

Rekabentuk visual sesebuah laman juga merupakan salah satu faktor dalam
kebolehgunaan laman web. Risden et al (2000) telah mengkaji tentang penggunaan
penvisualan 3 Dimensi secara interaktif yang mampu memberikan gambaran global
terhadap sebuah laman web yang agak besar. Di dalam kajian tersebut, mereka
menggunakan janaan komputer 3 Dimensi yang berbentuk graf hiperbola untuk
memodelkan laman web Snap.com. Struktur ini mampu mempersembahkan gambaran
keseluruhan setiap muka di dalam laman berkenaan. Sebagai perbandingan,
rekabentuk laman dalam versi 2 Dimensi dibangunkan. Ujian telah dibuat ke atas
kedua-dua laman tersebut dan keputusan telah menunjukkan bahawa pengguna bagi
laman 3 Dimensi mampu melaksanakan aktiviti navigasi dan carian lebih cepat
berbanding pengguna yang menggunakan laman 2 Dimensi

Berkenaan isu keselamatan pembelian secara online menggunakan kad kredit,


Terdapat dua protokol keselamatan yang digunakan untuk keselamatan transaksi iaitu
Secure Socket Layer (SSL) dan Secure Electronic Transaction (SET).

1. Secure Sockets Layer (SSL) (Deitel et al, 2001)


Protokol SSL yang dibangunkan oleh Netscape Communication merupakan protokol
yang tiada hak milik yang mana ianya digunakan untuk melindungi komunikasi di dalam
internet dan web. SSL diletakkan di dalam kebanyakan pelayar web termasuk Netscape
Communicator, Microsoft Internet Explorer dan pelbagai produk perisian yang lain.
Ianya beroperasi di antara protokol komunikasi TCP/IP dan aplikasi perisian.

2. Secure Electronic TransactionTM (SETTM) (Deitel et al., 2001)


Secure Electronic Transaction (SET) Protocol, dibangunkan oleh Visa International.
Master Card telah direkabentuk secara spesifik untuk melindungi transaksi
pembayaran. SET menggunakan sijil elektronik untuk mengesahkan setiap pihak yang
berurusniaga dalam transaksi e-dagang termasul pelanggan, peniaga dan pihak bank.
Public-key cryptogrphy digunakan untuk melindungi maklumat apabila ianya bergerak
dalam rangkaian web

E-dagang telah diadaptasi daripada satu teknologi yang telah hampir dua dekad lalu
diperkenalkan iaitu Electronic Data Interchange (EDI). Jika berurus niaga menggunakan
teknologi EDI, peniaga perlu menggunakan perisian khas serta rangkaian persendirian
yang sulit (Laudon, 2002). Keadaan ini tentunya akan mengehadkan peniaga kecil dan
sederhana untuk menjalankan perniagaan memandangkan cara ini melibatkan kos
yang tinggi. Walaupun begitu, perkembangan Internet dan teknologi web pada masa
kini telah mengubah keadaan tersebut. Sekiranya seseorang peniaga ingin
menjalankan perniagaan e-dagang, maka beliau hanya perlu menyediakan satu laman
web yang mempunyai antara muka yang menarik dengan memberikan maklumat
tentang perniagaannya serta beberapa langkah keselamatan ketika menjalankan
operasi di rangkaian. Seterusnya, pengguna boleh berurus niaga dengan peniaga
menggunakan Internet atau rangkaian awam yang lain. Urusniaga secara ini dapat
mengurangkan kos, dan selain itu kawasan perniagaan menjadi lebih luas.
SOALAN 2
Sebuah “Electronic Marketplace” merupakan sistem maklumat yang bertindak sebagai
tulang belakang pasar e-Dagang. Dalam “Electronic Marketplace” terdapat sokongan
jaringan infrastruktur, rangka teknologi, dan aplikasi infrastruktur perniagaan untuk
menyokong pelbagai fungsi dan servis e-dagang.

a) Nyatakan LIMA (5) sifat sistem pasar elektronik dari perspektif ekonomi.
Elektronik Marketplaces adalah sistem informasi yang bertindak sebagai tulang
belakang kepada pasaran perdagangan elektronik. Ini termasuk menyokong rangkaian
infrastruktur, rangka kerja teknologi, dan aplikasi perniagaan infrastruktur untuk
menyokong berbagai fungsian dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pasaran
perdagangan elektronik.

Bakos (1991, 297) menyatakan terdapat 5 ciri sistem pasaran elektronik dari preseptif
ekonomi.

1. Sistem pasaran elektronik mengurangkan kos pelanggan dalam usaha mendapatkan


maklumat mengenai harga dan produk dari berbagai pembekal.
2. Manfaat terhadap perlibatan individu di dalam pasaran elektronik akan bertambah
apabila banyak lagi organisasi memasuki sistem ini.
3. Elektronik markerplaces boleh mengenakan kos yang bererti apabila peserta
bertukar kepadanya
4. Elektronik marketplaces memerlukan pelaburan kapital yang besar dan menawarkan
perkembangan ekonomi yang kukuh.
5. Bakal peserta di dalam elektronik marketplaces akan menghadapi ketidak pastian
mengenai manfaat yang sebenar apabila menyertai sistem ini

Elektronik markerplaces memerlukan pelaburan tetap yan tinggi dalam pembangunan


sistem, tetapi setelah sistem berjaya dibangunkan, kos marginal akan dikurang untuk
koordinasi inter-organiasai dan keupayaan mengawal banyak transaksi

b) Bandingkan ”marketplaces” dengan “marketspaces”. Apakah kebaikan dan


keburukan mereka?

1.0 Pendahuluan
Secara umumnya tiada perbezaan ketara diantara “Market Places” dengan “Market
Space”. Marketplace boleh dianggap tempat diniagakan, tempat didagang. kalau secara
tradisional marketplaces ialah di kedai-kedai atau di pasar-pasar. secara digital,
marketplaces ialah di internet di site serta server yang terpilih.
Electronic MarketPlaces juga merupakan sistem maklumat di antara organisasi yang
membenarkan penjual dan pembeli yang terlibat untuk bertukar maklumat tentang
harga & tawaran tentang produk

Firma yang menjalankan sistem ini dikenali sebagai intermediary (orang tengah
Marketspace adalah ruang-ruang dalam pasaran yang diniagakan itu, samaada kecil
sederhaana atau besar. kalau kedai marketspace adalah kecil jika dibandingkan
marketspace untuk hypermarket seperti giant atau jusco, tesco. begitu juga dengan
online adakah ruang perniagaan hanyalah dengan mengunakan satu site, perbagai site
dan beranika site.
Pasaran perdagangan Elektronik (E-commerce markets) adalah laman web yang boleh
dimasuki secara global yang menyediakan pasaran perdagangan elektronik yang
menyokong aktiviti penjualan dan pembelian atas talian. Akitiviti perniagaan dilakukan
secara elektronik dengan menyediakan saluran yang boleh dicapai oleh penjual dan
pembeli diperingkat global. Ini berbeza pasaran tradisional yang urusan perniagaan
dilakukan secara interaksi dan komunikasi bersemuka.

1.1 E-commerce markets:


1. Memudahkan transaksi di antara penjual & pembeli terutamanya di dalam
menyokong langkah-langkah proses penyelesaian pesanan.
2. Fokus kepada aktiviti interaktiviti dan interaksi diantara pembeli & penjual
3. Mesti disokong oleh tempat pasaran elektronik (Electronic marketsplace)

2.0 “marketplaces” dan “marketspaces”- Kebaikan serta keburukan

2.1 Kesan Pasaranan Elektronik Kepada Struktur Industri


Strader dan Shaw (1997) telah mengenalpasti 2 fasa yang mungkin dilalui oleh struktur
industri dengan adanya pasaranan elektronik

2.1.1Pendigitan Mekanisma Pasaranan


a) Menyediakan mekanisma yang efektif (mengurangkan kos carian kepada pengguna)
– jimat wang dan masa dalam usaha mengumpul tentang harga, kualiti dan ciri-ciri
produk
b) Menyediakan pertukaran maklumat antara tawaran paling menarikpengguna dan
penjual
c) Membuang orang tengah (pemborong) dari rantaian nilai
d) Pengeluar mendapat keuntungan yang lebih banyak

2.1.2Pendigitan Produk dan Pengagihan Produk


e) Buku, suratkhabar, majalah, perisian komputer, movie, muzik di jual dalam bentuk
digital
f) Pasaran elektronik dan rangkaian pengedaran membolehkan aktiviti yang lebih
banyak antara penjual dan pembeli dalam satu tempat termasuklah pemasaran,
pesanan, pembayaran dan pengagihan
g) Mengurangkan harga produk, kos rantaian nilai (inventori, pembungkusan dan kos
penghantaran)

2.2Kesan ke atas Pasaran Komuniti


Produk komuniti adalah di pasaran komuniti adalah sama untuk semua penjual adalah
sama. Oleh itu pembeli akan membeli penjual yang menjual harga yang lebih rendah.
Contoh produk: produk pertanian, bond kerajaan, produk hasil bumi atau emas.

2.3Kesan ke atas Pasaran Perbezaan (differentiated)


Ia akan menyebabkan kuasa penjual dalam pasaran akan berkurangan. Ini kerana
pelanggan boleh melakukan kajian sebelum membeli sesuatu produk.

c) Bandingkan perbezaan di antara pasar tradisional dengan pasar digital.


1.0 Perbandingan di antara Pasar Tradisional dengan Pasar Digital

Strader & Shaw (1997) telah membangunkan model untuk membuat perbandingan
berdasarkan kepada dua perspektif iaitu:
a) Dari perspektif pembeli
b) Dari perspektif penjual

1.1 Dari Persepktif Pembeli


5 Kos Yang Terlibat:
1. Harga produk adalah jumlah kos produksi, kos koordinasi, dan keuntungan ke atas
rantaian nilai (value chain) yang menyediakan produk atau perkhidmatan.
2. Kos carian termasuk masa, usaha dan wang yang terlibat di dalam pencarian untuk
penjual yang menawarkan harga yang berpatutan
3. Kos risiko termasuk kos yang terlibat di dalam meminimumkan risiko transaksi dan
juga kos yang berkaitan dengan kehilangan nilai semasa transaksi. Contoh: risiko
ekonomi, risiko prestasi dan cukai jualan
4. Kos pengagihan dan cukai yang terlibat semasa memindahkan barangan daripada
penjual kepada pembeli dan cukai ke atas jualan
5. Kos pasaranan merupakan penglibatan dalam pasaranan. Percuma untuk memasuki
pasaranan tradisional, tetapi pasaranan elektronik (e-markets) kemungkinan
memerlukan pembeli untuk membayar kos tetap kemasukan dan/atau kos transaksi
kepada firma yang menjalankan e-markets.

Harga produk Kos carian Kos risiko Kos pengagihan Cukai jualan Kos pasaranan
Tradisional Tinggi Tinggi Rendah Rendah Tinggi Rendah
E-pasaranan Rendah Rendah Tinggi Tinggi Rendah Tinggi
Jadual 1 : Perbandingan kos yang terlibat daripada perspektif pembeli

1.2 Dari Perspektif Penjual

Pasaranan elektronik menyediakan penjual manfaat tertentu seperti pasaranan yang


lebih besar dan pengurangan kos tertentu.

Keburukkan adalah kompleksiti operasi perniagaan bertambah kerana mereka perlu


belajar bagaimana memasuki pasaranan elektronik dan belajar operasi perniagaan
yang baru
Kos yang terlibat:

1. Kos Pemasaran
- Tradisional - perlukan TV, radio, suratkhabar, Yellow Pager – kos tinggi
- Pasaranan Elektronik - Internet sebagai saluran pemasaran (kos lebih rendah)

2. Kos Overhead
- Tradisional – kos tetap (sewa kedai & gudang dalam bentuk fizikal) – kos tinggi
- Pasaranan Elektronik – kos kurang kerana kedai virtual & pauta terus kepada gudang

3. Kos Inventori
- Tradisional – kos mengurus dan pegangan inventori kos tinggi
- Pasaranan Elektronik – kos mengurus dan pegangan inventori kos tinggi kecuali
apabila produk digital seperti perisian & CD musik kos menjadi lebih rendah

4. Kos Pengagihan (kos ekspedisi (shipping) dan kos penghantaran)


- Tradisional – kos adalah lebih murah kerana pelanggan selalunya datang sendiri ke
kedai dan memindahkan produk tersebut ke tempat mereka.
- Pasaranan elektronik yang bukan produk digital mempunyai kos yang tinggi kerana
terdapat kos ‘shipping’ dan penghantaran.. Tetapi pasaranan elektronik menjadi rendah
jika produk yang dipasarankan adalah berbentuk digital boleh dimuat turun dari laman
web

5. Kos Produksi (termasuk kos pengeluaran produk, buruh dan barangan)


- Produk digital lebih murah berbanding tradisional dan produk fizikal.

Tradisional (produk) E-market (bukan digital) Pasaranan e-market (digital)


Pengiklanan Tinggi Rendah Rendah
Overhead Tinggi Rendah Rendah
Inventori Tinggi Tinggi Rendah
Produksi Tinggi Tinggi Rendah
Distribution Rendah Tinggi Rendah

Jadual 2 :Perbandingan kos yang terlibat dari perspektif penjual

d) Bincangkan perbezaan antara “supply chain” dan “value chain”.


Bagaimanakah mereka berkaitan?

Hari ini, pengguna pasaran global, kedua-dua pihak pengguna akhir dan pengguna
bisnis menginginkankedua-dua pihak pengguna akhir dan pengguna bisnis
menginginkan peningkatan tahap kualiti produk dan perkhidmatan.
Pengurusan Rantaian Bekalan (Supply Chain Management SCM)SCM adalah satu
sistem Inter-Enterprise yang bersilang fungsian (cross-functional) yang menggunakan
IT untuk menyokong dan mengurus hubungan antaran beberapa proses syarikat
perniagaan utama dan pembekal, pelanggan dan rakan kongsi peniaga.

Kunci aktiviti SCM termasuk

• Perancangan pengeluaran
• Pembelian
• Pengurusan material
• Pengedaran
• Perkhidmatan pelanggan
• Ramalan Penjualan

Matlamat utama SCM adalah untuk mencipta hubungan perniagaan/rantaian bekalan


yang cepat, cekap dan pada kos rangkaian yang rendah. EC dan Internet merubah sifat
dasar SCM, dan mendefinasikan bagaimana pelanggan belajar mengenainya, memilih,
pembelian, dan menggunakan produk dan perkhidmatan. Hasilnya perubahan kepada
rantian bekalan B2B kepada fokus-pengguna (consumer-focused) daripada fokus-
produk (product focused).

Dengan adanya SCM yang baik, penghasilan produk mengunakan kaedah JIT (Just-in-
time) dapat dilakukan dengan jayanya.
Sebagai contoh rantai bekalan bagi pembuat kereta mengandungi semua aktiviti yang
dijalankan oleh setiap pembekal komponen kereta. ini termasuklah pembuat enjin,
pembuat cermin, pembuat seat kereta, pembuat tayar dll. Jabatan yang
bertanggungjawab untuk membeli komponen haruslah mencari komponen yang dijual
pada kadar termurah. ini dilakukan dengan mengenalpasti pembekal2 (vendors) dan
minta mereka untuk menyediakan bida (bids) yang menawarkan barangan yang akan
dijual dan harga yang akan dikenakan. Jabatan kemudiannya akan memilih vendor
yang menawarkan harga terendah tapi masih menawarkan barangan yang memenuhi
standard.
SCM seterusnya adalah proses yang memerlukan business untuk mengambil bahagian
yang aktif dengan pembekal untuk memperbaiki produk dan proses yang terlibat.
contohnya menjalinkan hubungan jangka masa panjang & saling berkerjasama
Kemunculan konsep JIT (Just-In-Time) telah menunjukkan kepentingan masakini
pasaran kompetitif dan global memerlukan organisasi untuk bersaing dari segi kos dan
kualiti(Value)

Pendekata, kos mengenepikan sistem pengurusan kualiti adalah mahal harganya dan
sesebuah organisasi mungkin kehilangan pasaran. Seperti mana yang telah dipelajari,
bisnis dan pengguna telah menggunakan EC seperti EDI dan rangkaian ATM sejak dulu
lagi. Walaubagaimanapun, Internet telah mencipta berbagai kemungkinan kerana
popularitinya dan menyebaran melalui seni bina terbuka.

Faktor penting Internet memainkan peranan penting dalam EC:


• Internet merupakan rangkaian global umum untuk rangkaian
• Bisnes boleh menggunakan Internet untuk bisnis-ke-bisnis komunikasi seperti EDI
• Bisnis juga boleh mengunakan Internet untuk EC bisnis-ke-pengguna dengan
membina kehadiran di dalam Internet (contoh: laman web) yang membenarkan
perluasan bekalan rangkaian melalui elektronik kepada rumah pengguna.
• Kos pembinaan dan menjalankan rangkaian untuk aplikasi rangkaian mengunakan
Intetnet adalah jauh lebih murah jika menggunakan rangkaian persendirian atau
menggunakan perkhidmatan Value Added Network (VAN)

Rujukan

A.F. Salam et. al. (2005). “Trust in e-commerce”. New York: ACM Press.

Araujo & Araujo (2003). “Developing Trust in Internet Commerce”. Toronto: IBM Press.

Barnard, L. Wesson, J. (2004). “A trust model for e-commerce in South Africa”. South
Africa: South African Institute for Computer Scientists and InformationTechnologists.

Deitel, Deitel & Nieto (2001). “E-Business & E-Commerce: How to program”. New
Jersey. Prentice Hall.

Egger, F. N. (2000). “Trust me, I’m online vendor”. New York: ACM Press.

Kalakota, R and Whinston, A B (1997) Electronic Commerce: A Manager’s guide,


Reading, MA: Addison Wesley

Open university Malaysia (2006) CBEC1103 elements of E-Commerce. Kuala Lumpur:


UNITEM Sdn. Bhd

Biodata
~ Nama : Mohammad Afendy Noor Khan

~ No.Matrik : DPT070002

~ Kolej : Island College of Technology

~ Kursus : Diploma Teknologi Maklumat (kawalselia UUM)

~ Semester : Semester 2 (Tahun akhir)

~ Subjek : Keusahawanan IT (TD313)

~ Alamat : Bayan Baru,Pulau Pinang

~ Tel.Bimbit : 017-4801230

~ Email : badgb89@yahoo.com.my

Wednesday, February 10, 2010

Minggu 5 : E-Dagang

Berikan definisi & konsep E-Dagang


E-Dagang boleh dimaksudkan perniagaan atau perdagangan yang menggunakan peralatan dan
infrastruktur teknologi komunikasi dan maklumat sebagai medium untuk tujuan komunikasi dan juga
transaksi.

Melalui konsep E-Dagang ini, masa kerja dan urusniaga menjadi lebih fleksibel, boleh memiliki
organisasi/pejabat maya atau hanya beroperasi di rumah, pasaran perniagaannya adalah lebih
meluas iaitu serata dunia dan ia berjalan 24 jam tanpa henti.

Selain itu, kaedah pembayaran di dalam bentuk baru ini (secara atas talian) ternyata amat murah
dan mudah dibandingkan dengan kaedah pembayaran yang dibuat secara konvensional dan
sekaligus mengurangkan keperluan kepada pengaliran wang tunai.

(Sumber wikipedia)
Bagaimanakah E-Dagang menyediakan peluang kepada usahawan baru?
Perdagangan internet (E-dagang) dapat menyediakan peluang kepada usahawan baru kerana
produk yang dijual tidak terhad mengfokus kepada produk-produk tertentu sahaja,ianya bergantung
kepada kreativiti usahawan itu sendiri. Sebagai contoh barangan makan yang dihasilkan secara
kecil-kecilan untuk jualan masyarakat setempat kini tidak lagi tehad kepada golongan terbabit
sahaja. Dengan adanya E-dagang,produk tersebut boleh dipasarkan kepada umum dengan jaringan
yang tidak terbatas (world wide). Selain itu produk-produk unik yang tidak terdapat dipasaran seperti
hasil-hasil kraftangan juga boleh dijual diserata dunia dengan adanya konsep E-dagang ini.

Terangkan berkenaan LIMA(5) Model E-Dagang yang berikut:

B2B (Business-To-Business)
Urusniaga secara talian (on-line) yang dibuat di antara perniagaan dengan perniaga yang lain.
Contoh proses penempahan bahan mentah atau pun pembelian produk berskala besar antara dua
atau lebih syarikat.

B2C (Business-To-Consumer)
Urusniaga secara talian dibuat di antara perniagaan dengan pelanggan.
Contoh pelanggan membuat pembelian produk di laman web tertentu (Nike, Adidas, & dll)

P2P (Peer-To-Peer Commerce System)


P2P merupakan singkatan dari Peer-to-Peer (bahasa inggeris) atau teknologi dari “hujung” ke
“hujung” pertama kali di lancarkan dan diperkenalkan oleh aplikasi-aplikasi “berkongsian fail” (file
sharing) seperti Napster dan KaZaA. Pada konteks ini teknologi P2P memungkinkan para pengguna
untuk berkongsi, mencari dan membuang fail dalam masa nyata.

M-Commerce (Mobile Commerce)


Aktiviti perniagaan yang terhubung melalui rangkaian telekomunikasi tanpa wayar (wireless).
Sebagai contoh pembelian nada dering menggunakan peranti elektronik ataupun pembelian
perisian-perisian tertentu menggunakan peranti elektronik tanpa wayar (PDA , Smartphone, & dll)

G2G (Government to Government )


Urusniaga atas talian dibuat antara jabatan-jabatan dalam kerajaan.
Sebagai contoh urusan pemantauan sesuatu projek ataupun laporan dilakukan secara atas talian
dari satu jabatan ke jabatan lain.
(cth : jabatan audit negara dengan jabatan ukur tanah)

Kosmo 11 jun 2010

Niagakit bantu usahawan


Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my

BIDANG perniagaan dalam talian atau e-dagang semakin popular dalam kalangan usahawan hari ini. Ia
menjadi medium terbaru membolehkan mereka meningkatkan penjualan dengan lebih efisien dan
berkesan.

Penggunaan laman web, blog atau rangkaian sosial Facebook untuk menceburi bidang perniagaan
secara sambilan adalah satu idea kreatif kerana tidak memerlukan modal yang besar dan menjimatkan
masa.

Tidak mustahil dengan menggunakan pendekatan terbaru itu dan strategi perniagaan yang mantap, ia
mampu memberi impak, malah dapat membawa pulangan lumayan kepada usahawan dan individu
terbabit.

Bagaimanapun, menjalankan perniagaan dalam talian memerlukan pengetahuan dari segi teknikal untuk
memastikan kelancaran transaksi urus niaga dapat dilakukan dengan sempurna.
Kesukaran memahirkan diri dari segi teknikal sedikit sebanyak menjadi antara faktor impian bergelar
usahawan menerusi e-dagang hanya omong kosong sahaja.

Namun begitu, impian tersebut bakal menjadi realiti apabila menggunakan aplikasi sistem kedai dalam
talian keluaran syarikat tempatan, Flarebiz Network yang diberi nama Niagakit.

Flarebiz Network yang diasaskan oleh dua usahawan muda Internet, Adly Mukhtar, 20 dan Mohd.
Zhafran Mohd Ghani, 24, pada awal tahun 2007 mengambil masa selama hampir satu tahun untuk
membangunkan aplikasi Niagakit tersebut.

Adly berkata, dia dan Mohd. Zhafran telah membangunkan aplikasi berkenaan bersama seorang lagi
rakan mereka iaitu Rusdy Ahmad pada awal tahun lalu.

"Kami mengambil masa kira-kira satu tahun untuk membangunkan


aplikasi berkenaan bagi memenuhi kehendak dan memudahkan
pengguna yang ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan.

"Idea untuk membangunkan aplikasi berkenaan tercetus apabila


semasa pembabitan awal dalam perniagaan dalam talian kami
terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sehingga
menyukarkan kami membuat urus niaga dengan pelanggan,"
katanya ketika ditemui Kosmo!.

Adly merupakan pemegang Diploma Kejuruteraan Komputer,


Universiti Malaysia Perlis menambah, dia merasakan aplikasi
berkenaan perlu dibangunkan untuk membantu bakal-bakal
usahawan dalam talian.

Kata anak kelahiran Kelantan itu, dia yang mempunyai


latarbelakang teknologi maklumat juga berdepan dengan masalah,
inikan pula mereka tidak berpengalaman dalam bidang teknologi.

FLAREBIZ Network ditubuhkan pada Aplikasi lebih mudah


tahun 2007 ditunjangi oleh anak-anak
muda tempatan. Menyentuh mengenai keunikan aplikasi Niagakit, Adly berkata, ia
tidak memerlukan seseorang mahir dari segi teknikal untuk
menjalankan operasi perniagaan dalam talian.

"Dengan menggunakan Niagakit segala urus niaga menjadi mudah


dan ringkas. Pelanggan-pelanggan boleh melakukan semuanya sendiri bermula dari menyenaraikan
produk sehinggalah memproses tempahan tanpa menghadapi sebarang masalah.

"Kini usahawan-usahawan perniagaan dalam talian tidak perlu lagi membazir masa dan modal untuk
memilih sistem kedai dalam talian yang selaras dengan kehendak pasaran tempatan," ujarnya lagi.

Selain itu katanya, aplikasi berkenaan memberi kebebasan kepada pelanggan-pelanggan untuk
menambah seberapa banyak produk yang diinginkan mereka.
PELANGGAN yang ingin menggerakkan Niagakit berpeluang mengikuti kursus jangka pendek menggunakan aplikasi
tersebut.

Ujarnya, tiada sebarang had dikenakan untuk penambahan produk di dalam aplikasi Niagakit
menjadikannya satu produk yang sesuai digunakan oleh semua orang termasuk pengilang, pengedar dan
sebagainya.

Mohd. Zhafran pula menambah, ciri-ciri lain ditawarkan oleh aplikasi Niagakit termasuklah antara muka
yang mempunyai reka bentuk ringkas, kemas dan profesional memudahkan usahawan serta pelanggan
menggunakannya.

"Masalah yang kerap kali dihadapi usahawan Internet adalah sukar mencari sistem kedai dalam talian
yang mempunyai sistem pembayaran khas untuk bank tempatan.

"Dengan menggunakan NiagaKit, kami mengutamakan pembayaran melalui bank tempatan kerana orang
Malaysia lebih suka membeli-belah di Internet melalui MayBank2u, CIMB Clicks dan sebagainya," ujar
Mohd. Zhafran.

Graduan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak itu menambah, antara ciri-ciri lain yang terdapat
dalam Niagakit adalah bukti pembayaran melalui bank tempatan, pelbagai pilihan bahasa, variasi warna,
penetapan kos penghantaran fleksibel dan banyak lagi.

Katanya, keistimewaan lain Niagakit juga adalah ia membolehkan pelanggan memaklumkan kepada
rakan-rakan mereka melalui laman sosial seperti Facebook, Digg atau Myspace.

"Kami turut menyediakan seminar kepada pelanggan-pelanggan yang membeli Niagakit ini. Mereka juga
boleh mendapatkan perkhidmatan selepas pembelian jika menghadapi kesukaran mengendalikan
aplikasi tersebut.

"Sehingga kini, kami telah mempunyai kira-kira 180 pelanggan yang menggunakan aplikasi Niagakit ini
untuk membantu perniagaan mereka," ujarnya lagi.

Tambah Mohd. Zhafran, aplikasi Niagakit itu tidak memerlukan perbelanjaan yang besar kerana
pelanggan hanya membayar sekali sahaja berbanding dengan sistem lain di pasaran.
Katanya lagi, sistem tersebut juga tidak memerlukan masa yang lama untuk beroperasi sepenuhnya
dengan mengambil masa antara dua hingga satu minggu bergantung kepada reka bentuk antara muka
dipilih pelanggan.

Dipuji pelanggan
Sementara itu, seorang pelanggan yang telah menggunakan aplikasi berkenaan, Mohd. Ghufran Mohd.
Daud, 26, berkata, Niagakit amat mudah digunakan dan mesra pelanggan.

"Saya pernah menggunakan sistem perniagaan dalam talian lain sebelum ini dan ia agak merumitkan
kerana kadangkala tidak berfungsi dengan baik.

"Dengan Niagakit memang semua ciri-ciri penting untuk pasaran


tempatan dan antarabangsa lengkap disediakan," kata pemilik kedai
dalam talian www.3gxModem.com itu.

Pemilik kedai dalam talian www.OneDroperfumes.info, Siti Jamliah


berkata, dia baru menggunakan Niagakit selama beberapa bulan
dan perniagaannya semakin meningkat maju.

"Saya sangat berpuas hati sepanjang menggunakan sistem Niagakit


ini kerana ia mudah diuruskan dan membantu pelanggan membuat
tempahan produk dengan lancar.

"Pasukan sokongan sistem ini juga akan memberi maklum balas


yang pantas apabila tidak memahami operasi Niagakit. Ia juga
memberikan kedai dalam talian saya kelihatan kemas dan
profesional," ujarnya.
ADLY merupakan usahawan muda
Internet yang sentiasa mencari idea baru Sistem aplikasi Niagakit dijual pada harga RM1,249.
dalam e-dagang.

Anda mungkin juga menyukai