Anda di halaman 1dari 2

Objektif

Kajian
Objektif utama saya menjalankan kajian ini adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus PMR
bagi tahun 2008 yang bertajuk “Permainan Tradisional”. Saya telah memilih permainan wau
sebagai kajian untuk folio ini.

Melalui kajian ini,saya berharap agar pengetahuan saya tentang permainan tradisional ini iaitu
wau dapat berkembang luas.

Selain itu juga,saya berharap agar permainan tradisional orang Melayu seperti wau ini dapat
diperluaskan dan diketahui umum supaya permainan ini “tak lapuk ditelan zaman”. Generasi-
generasi baru yang bakal menjadi pemimpin negara juga tidak akan melupakan permainan
tradisional ini dan akan memeliharanya daripada pupus.

Di samping itu, saya berharap agar melalui pendedahan dan kajian saya mengenai permainan
ini, semua pihak khususnya para pelajar akan mendapat pendedahan dan mengetahui serba
sedikit tentang permainan wau kerana ia merupakan salah satu permainan yang popular dalam
kalangan masyarakat kita dan merupakan warisan bangsa yang harus dipertahankan.
Akhir sekali, diharapkan agar kajian ini akan mencapai objektif-objektifnya dan supaya
khazanah bangsa yang tak ternilai ini akan sentiasa dipelihara, bak kata pepatah, “takkan hilang
melayu di dunia”.