Anda di halaman 1dari 1

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Semasa melaksanakan kerja kajian ini banyak pengetahuan dan nilai-nilai yang saya perolehi.
Saya juga bersyukur menjadi rakyat Malaysia dek keunikan dan kepelbagaian budaya yang
terdapat di Malaysia.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut
tentang latar belakang, asal usul, tujuan dimainkan, alat-alat yang digunakan dan cara bermain
gasing.
Seperti peribahasa melayu yang mengatakan tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian
dijalankan,saya dapat menghayati permainan tradisional orang melayu.Andai rakyat Malaysia
memahami dan menghayati permainan tradisional sesuatu kaum yang mendalam,ini akan
mewujudkan rasa hormat-menghormati antara kaum.
Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah melayu yang terdapat
pelbagai kaum ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia bersatu padu ini dapat bersama-sama dalam
semua perkara untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang.
Oleh itu, generasi pada zaman ini patut menjaga dan memelihara permainan tradisional. Saya
sebagai generasi masa kini berusaha untuk mengekalkan pemainan tradisional bak kata pepatah
“Tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas”. Selain memperolehi pengetahuan , saya juga
menghayati nilai kesabaran dan ketabahan serta sikap berkerjasama dengan rakan-rakan . Saya
dapat mengenali erti ketabahan semasa melaksanakan tugas.