Anda di halaman 1dari 1

Ini adalah Gasing Toyol. Gasing Toyol agak tinggi berbentuk berembang dengan berat 0.6 kg.

Gasing mempunyai lilitan sekitar 36cm dengan ketinggian 12 cm.

Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering mengganggu,
mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang digunakan untuk mengganggu,
mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing lain. Ketika dalam
permainan, gasing toyol mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing-
gasing lain. Sekarang pemain Selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya sebagai
pengacau.