Kemajuan kegiatan ekonomi juga meningkatan taraf hidup penduduk. Kemajuan kegiatan
ekonomi Malaysia juga meningkatkan taraf hidup penduduk. Antara petunjuk taraf hidup
termasuklah jumlah pendapatan keluarga, kos hidup, perumahan, pendidikan, kesihatan, dan
kemudahan-kemudahan lain. Secara anbya, taraf hidup oenduduk Malaysia adalah tinggi.
Peningkatan taraf hidup penduduk dapat dilihat melalui peningkatan pendapatan per kapita.
Dengan adanya kegiatan ekonomi, penduduk di Mentakab mahupun di jepun dapat menikmati
pelbagai kemudahan yang moden bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan. Ini termasuklah
bekalan elektrik, bekalan air yang bersih. Sistem pengangkutan dan perhubungan serta sistem
pembetungan yang bersepadu. Kerajaan juga boleh menyediakan rumah mampu milik untuk
rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Perkembangan kegiatan ekonomi juga telah berjaya meningkatkan taraf pendidikan di
Mentakab. Semua penduduk yang berumur tujuh tahun ke atas diberi peluang untuk mendapat
pendidikan di sekolah rendah. Pembinaan sekolah , pusat latihan dan kemahiran, serta universiti
telah meningkatkan taraf pendidikan rakyat dan mengurangkan kadar buta huruf di kalangan
masyarakat.
Selain itu, kemajuan ekonomi juga meningkatkan taraf kesihatan penduduk Mentakab. Ini
berlaku kerana penduduk Mentakab mampu untuk menikmati lebih banyak makanan berkhasiat
dan mendapat rawatan perubatan yang sempurna. Sistem kesihatan awam yang baik dan murah
di Mentakab juga dapat meningkatkan tahap kesihatan rakyat setaraf dengan negara maju.
Agensi kerajaan
-Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)
Sistem Kesihatan
-Klinik Kesihatan Mentakab
-Kedai Ubat Kwong Yik Sang
-Klinik Jaya Mentakab
-Klinik Lim
-Mentakab Specialist Klinik
-Ming Khong Medical (Mentakab) Sdn Bhd
-Remedi Pharmaceuticals (M) Sdn Bhd, Hospital Mentakab
-VK Pharmacy
-Klinik Sulaiman