Anda di halaman 1dari 7

PENGURUSAN SEKOLAH DALAM ERA GLOBALISASI

Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal

Dalam usaha untuk mewujudkan iklim sekolah yang aman dan kondusif

agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dalam

keadaan selamat, tenang, selesa dan seronok; pengurusan yang cekap dan

berkesan dalam persekitaran dan kemudahan fizikal sekolah amat penting.

Seseorang pengurus sekolah perlu mempunyai pengetahuan bukan

sahaja mengenai undang – undang, Pekeliling Am dan peraturan serta

perkembangan terkini mengenai persekitaran, malah perlu menggubah atau

merancang suatu strategi yang dapat membantunya meningkatkan keadaan

persekitaran, menguruskan aset, stok dan inventori serta sekaligus menerapkan

budaya penyenggaraan aset sekolah secara analitik dan saintifik. Pembudayaan

tabiat senggara dan penyelenggaraan ini bukan sahaja perlu diterapkan di

kalangan pihak pentadbir tetapi juga di kalangan staf dan murid.

Pengurusan teknologi maklumat dalam era globalisasi menjadi cabaran

utama dalam pengurusan kemudahan fizikal sekolah. Perkembangan semasa

menuntut kepada penggunaan komputer sebagai media prima dalam

memperoleh dan menyebarkan ilmu, kemahiran dan cara – cara menjalankan

penilaian. Penggunaan perisian komputer pada masa ini sangat aktif seiring

dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang telah disediakan oleh pihak

Kementerian Pelajaran. Disinilah wujudnya kepentingan pengurusan yang cekap

dan berkesan dalam memastikan peralatan komputer yang begitu sensitif ini

sentiasa di beri perhatian.


Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia

Guru merupakan aset utama bagi memastikan perkembangan pendidikan

dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Melihat kepada inilah maka

seseorang guru perlu memiliki kualiti yang bersifat kontemporari dan relevan

dengan zamannya. Seiring dengan keperluan ini, maka pengurusan sekolah juga

melihat kepada peri pentingnya pengurusan dan pembangunan sumber manusia

yang cekap, berkesan serta secara berterusan bagi meningkatkan tahap

profesionalisme staf untuk memajukan sekolah.

Pihak UNESCO dalam membincangkan keperluan perubahan dalam

bidang pendidikan dalam era globalisasi pernah mencadangkan supaya

digerakkan pemikiran ke arah melakukan rombakan dalam cara – cara

membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara

formal dan tidak formal. Hussein Ahmad, 2001 menyatakan bahawa

”..perbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang – orang dewasa yang

sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi

sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna

kepada pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri”.

Pernyataan tersebut amat berkaitan terutama dengan hasrat negara yang

diuatarakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dalam Teras

ke 5 iaitu Memartabatkan Profesion Perguruan. Dalam usaha untuk mencapai

sasaran meningkatkan kualiti guru, PIPP telah menyarankan fokus dan strategi

untuk memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia. Antara

strategi yang dicadangkan termasuklah mewujudkan kerjasama dengan IPT


tentang latihan guru, memantapkan mekanisme unjuran guru serta menambah

baik sistem maklumat guru (Sistem eMIS).

Selain langkah yang diwujudkan oleh kerajaan, pengurus sekolah yang

akan melaksanakan tanggungjawab pengurusan ini memainkan peranan penting

dan perlu mempunyai pengetahuan yang cukup dari pelbagai aspek seperti

konsep pendidikan sepanjang hayat, pembelajaran dewasa dan model / teori –

teori pembangunan profesional. Selain itu, pengurusan sumber manusia yang

cekap juga perlu menjana strategi untuk meningkatkan prestasi staf yang

seharusnya seiring dengan pembinaan dan pengekalan komuniti pembelajaran

dan budaya sekolah yang berpaksikan pembangunan pasukan dan kendiri.

Nilai profesional yang seharusnya wujud dalam diri pihak pengurusan

haruslah sentiasa dinamik selari dengan situasi globalisasi yang begitu cepat

berubah dan haruslah turut mempercayai akan konsep kepimpinan bersama

dalam pengurusan sekolah dan pembinaan pasukan berkesan.

Satu lagi aspek penting yang perlu dititik berat oleh pihak pengurusan

ialah kaedah atau teknik penilaian prestasi serta penambahbaikan program

pembangunan sumber manusia yang berterusan agar pekerja sentiasa

bermotivasi dalam suasana budaya kerja yang harmoni, berkualiti dan seimbang

tanpa tekanan.
Pengurusan Perhubungan Luar

Hussein Ahmad (2001) telah membincangkan persoalan mengenai

pergolakan moral dan kehidupan sosial yang semakin membimbangkan di

kebanyakan negara terutamanya dari segi budaya songsang, remaja liar, dan

bentuk – bentuk kelakuan ganas yang meliputi kes buli, pergaduhan sesame

pelajar, vandalisme, mencuri, membunuh dan sebagainya. Malaysia, sebagai

sebahagian daripada komuniti kehidupan global juga tidak terlepas dari

menghadapi kebimbangan ini. Cabaran kehidupan global village dan borderless

world akan terus memberi impak secara langsung terhadap kehidupan pelajar.

Fenomena yang berlaku ini telah mencetuskan perasaan kebimbangan terhadap

generasi pelajar pada masa kini. Melihat kepada hal inilah maka pentingnya

pihak pengurusan sekolah untuk menjalin hubungan baik bukan sahaja dengan

ibu bapa / penjaga, malah dengan pihak luar dan komuniti setempat.

Penglibatan mereka amat perlu dalam merealisasikan perkongsian pintar

yang mampu meningkatkan prestasi pelajar dan sekaligus mengawal dan

mungkin mengurangkan gejala sosial yang semakin berleluasa.

Sebagai pihak pengurusan sesebuah sekolah, pengetahuan mengenai

adat resam dan silang budaya komuniti setempat amat penting. Ini akan

membolehkan pihak pengurusan mewujudkan suatu jaringan komunikasi dengan

pihak komuniti setempat dengan mudah dan membantu kepada pencarian

sumber luaran yang boleh membantu dalam perkembangan dan pembangunan

sesebuah sekolah itu.


Konsep saling bergantung dan bantu – membantu antara sekolah, rumah

dan komuniti serta pewujudan kerjasama antara sekolah akan seterusnya

membantu pengurusan sekolah dalam menjana suatu strategi yang mampu

memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat.

Apa yang penting dalam aspek pengurusan perhubungan luaran adalah

pemilikan suatu nilai profesional dalam diri pihak pengurusan itu sendiri, yang

mempercayai kemahiran interpersonal boleh membangtu pembangunan

organisasi serta menyedari hakikat bahawa sekolah tidak boleh berdiri sendiri

tanpa campur tangan terkawal daripada ibu bapa, masyarakat dan pihak luar

bagi manfaat dan kebaikan sekolah itu sendiri.


Penutup

Era globalisasi atau pewujudan dunia tanpa sempadan menunjukkan

pertalian yang signifikan antara kemajuan kehidupan manusia dengan kesan

ledakan perkembangan telekomunikasi yang membawa kepada penyelerakan

maklumat secara terbuka melalui dunia hiburan, komunikasi, penyebaran

pelbagai idea, budaya dan lain – lain. Ini amat mempengaruhi bukan sahaja

masyarakat secara amnya, malah gelombang globalisasi ini amat dirasai dan

membawa kepada era transformasi kepada dunia pendidikan di Malaysia pada

masa kini.

Implikasi daripada globalisasi ini telah membawa kepada wujudnya minat

yang tinggi daripada ibu bapa terhadap perkembangan pendidikan dan

persekolahan anak – anak mereka. Selain itu, kesedaran mengenai pentingnya

pendidikan bagi memajukan diri dlaam menghadapi cabaran kehidupan yang

semakin sengit turut membawa kepada keprihatinan masyarakat dalam

mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh minat dan bersikap kritikal

terhadap isu – isu berbangkit yang berkaitan dengan kemajuan anak – anak

mereka.

Melihat kepada keadaan inilah maka pihak perancang dan pengurusan

pendidikan wajar melihat isu – isu secara menyeluruh dan komprehensif.

Pengurusan sekolah perlu melihat ke hadapan dengan pandangan dan

paradigma baru dimana pendidikan dalam era globalisasi perlu ditafsirkan secara

holistik.
Keperluan pengurusan dalam bidang – bidang seperti kepimpinan

organisasi, kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, kewangan, pentadbiran

pejabat, persekitaran dan kemudahan fizikal, pembangunan sumber manusia

serta perhubungan luar seperti yang telah diterangkan secara terperinci dalam

perbincangan sebelumnya menjadi ramuan penting seorang pengurus dalam

membantunya menguruskan sekolah dan sekaligus mencapai kecemerlangan

pengurusan yang menyeluruh dalam memperkasakan sekolah.

Gabungan antara pengetahuan, pemilikan nilai profesional, perlakuan

amalan terbaik, kualiti peribadi, kemahiran membuat keputusan dan teknik

menangani perubahan yang dihayati dan dikuasai oleh seseorang pengurus

akan memupuk gaya kepimpinan berpaksikan pengupayaan dan kerja

sepasukan dan seterusnya membawa kepada pengurusan sekolah berkesan

dalam era globalisasi.

Anda mungkin juga menyukai