Anda di halaman 1dari 3

Pengguna

Dengan lain perkataan walaupun pengguna mempunyai hak-hak tertentu, namun hak-
hak berkenaan bukanlah diperolehi secara otomatis. Ramai pengguna yang kurang
tahu atau kurang mengambil tahu akan hak-hak mereka. Pengguna harus diberi
kesedaran bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu dan seterusnya berusaha bagi
mendapatkan hak-hak mereka. Pada kebiasaannya pengguna itu tidak akan mendapat
haknya melainkan :-

(a) Mengetahui apakah hak-haknya;


(b) Menuntut hak-hak tersebut daripada pihak yang wajar memberikannya;
(C) Memainkan tanggungjawab dan peranan mereka dan berusaha mendapatkan hak-
hak itu.

Maka amalan seorang pengguna yang baik dan bijak ialah membuat imbangan antara
tanggungjawabnya sebagai pengguna dan dalarn masa yang sama menuntut apa yang
sepatutnya mereka berhak mendapatkannya.

SIAPA ITU PENGGUNA

"Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan


dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya". Secara mudah kita lihat
pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita
sendiri. Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya
kedudukan kita dalarn masyarakat sekeliling.Sebahagian besar dari apa yang kita
gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau
perkhidmatan.

Walaupun barangan atau perkhidmatan itu kita keluarkan sendiri atau kita bayar
untuk menikmatinya tidak dinafikan bahawa kita adalah pengguna. Sebagai pengguna
yang terpaksa membayar dengan jumlah wang atau tenaga usaha dengan kadar
tertentu kita memang mengharapkan bahawa faedah yang kita perolehi dari transaksi
berkenaan adalah faedah yang paling maksimum. Kita juga merasa bahawa kita perlu
dilayan seperti raja dari segi barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada kita
kerana kitalah yang berhak menentukan sama ada kita akan membeli sesuatu
barangan atau perkhidmatan dan dari siapa kita akan mendapatkannya.

Sebagai pengguna kita memainkan peranan yang penting dalam ekonomi


negara kerana tujuan pengeluaran barangan atau perkhidmatan hanyalah satu iaitu
pengguna. Pengeluar atau penjual memerlukan maklumat-maklumat tentang apakah
dorongan-dorongan yang membuat pengguna memilih dan membeli barangan atau
perkhidmatan tertentu.
Institusi dan peranan perlindungan pengguna yang ada di negara ini yang
berfungsi untuk melindungi kepentingan mereka seperti:
(a) Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK);
(b) Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK);
(c) Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal
Pengguna;
(d) Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal
Pengguna;
(e) Agensi-agensi Kerajaan;
(f) Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri dan Daerah; dan
(g) Persatuan Pengguna.

Kelemahan-kelemahan yang ada pada pengguna inilah yang menyebabkan para


pengguna dengan mudah menjadi mangsa kepada peniaga-peniaga yang kurang
bertanggungjawab.Banyak insiden-insiden yang telah berlaku yang telah menjejaskan
hak dan kepentingan pengguna yang antara lainnya termasuklah:
(a) kegiatan menyorok barang-barang dengan tujuan menaikkan harga;
(b) tiada tanda harga pacia barangan yang dijual yang sepatutnya mempunyai tanda
harga;
(c) pelabelan barangan yang tidak lengkap;
(d) sukatan atau timbangan yang tidak mencukupi seperti yang didakwa;
(e) barang palsu; dan halal dan haram dan sebagainya.

Hak-hak pengguna
(a) Hak Untuk Mendapat Keselamatan;
(b) Hak Untuk Mendapat Makfumat;
(c) Hak Untuk Membuat Pilihan; dan
(d) Hak Untuk Menyuarakan Pendapat.

Consumers International, di samping mengiktiraf hak-hak asasi pengguna yang


telah diisytiharkan oleh JR Kennedy itu, telah mengenalpasti empat lagi hak-hak asasi
pengguna
iaitu:
(a) Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas;
(b) Hak Untuk Mendapat Gantirugi;
(c) Hak Untuk Mendapat Pendidikan Pengguna; dan
(d) Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat.
(i) Hak Untuk Mendapat Keselamatan

Para pengguna adalah berhak dilindungi dari bahaya yang mengancam kesihatan dan
keselarnatan jiwa semasa menggunakan barangan dan perkhidmatan.
Hak Untuk Membuat Pilihan

Pengguna adalah berhak diberi peluang memilih barang-barang atau


perkhidmatan pada harga Yang berpatutan dan mutu Yang mernuaskan setiap kali
pengguna membeli barangan atau perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak
dengan penjuainya. Dalam hal ini tanggungjawab pengguna hanyalah perlu memilih
barangan atau perkhidmatan Yang diingini dan membayar Yang ditetapkan oleh penjual
untuk mendapatkannya.

Hak untuk mendapatkan maklumat

Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk


memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga
daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan
penyelewengan.

Pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat yang mencukupidan


tepat mengenai ubat-ubatan yang diambil. Pengguna perlu dimaklumkan jenis ubat
yang diambil, kesan sampingan yang diperolehi, bagaimana untuk mengambil ubat,
kekerapan pengambilan ubat serta langkah berjaga-jaga yang perlu diambil. Maklumat
di atas perlu dimaklumkan oleh profesional kesihatan dan juga dinyatakan pada label
produk.

Anda mungkin juga menyukai