Anda di halaman 1dari 1

Alaga a/l Alagapin

1256, Jalan Makmur


Taman Sejahtera
09600 Lunas,
Kedah Darul Aman.

Tel: 013-4314757

Timbalan Pengarah
Unit Pengurusan Aduan dan Khidmat Nasihat
Jabatan Komunikasi Koporat
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 KUALA LUMPUR. Tarikh: 15 JANUARI 2010
(U.P. Nor Nadia Ahmad Zulkifli)

Tuan,
ADUAN TERHADAP BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD
No.Ruj.: JKK/CMAB/2009/0146663

Dengan hormat dimaklum bahawa surat tuan bertarikh 19.11.2009 dan surat Bank Rakyat Bhd.
Bertarikh 8.1.2010 dirujuk.

2. Bank Rakyat Bhd. memberitahu bahawa bank itu tidak mempunyai rakaman CCTV yang
saya pohon untuk melihat individu yang mengeluarkan wang tanpa pengetahuan saya. Jawapan
bank ini amat mengecewakan saya. Saya pesara kerajaan begitu tinggi harapan terhadap satu-satu
bukti untuk mengenali ‘pencuri’ wang simpanan saya.

3. Saya juga kecewa dengan Bank Rakyat yang tidak dapat memaklumkan saya tentang
maklumat bank lain yang digunakan individu tersebut mengeluarkan wang sebanyak RM5,000
Walaupun sudah saya pohon. Sekurang-kurang bank itu mungkin ada rakaman CCTV. Ini bermakna
saya kerugian hampir RM10,000.

4. Saya berteima kasih dengan nasihat Bank Rakyat tentang kad ATM dan kerahsiaan kata
laluan daripada pengetahuan pihak ketiga. Namun begitu saya tidak dapat menyangkalkan
salahlaku daripada pihak kedua.

4. Oleh itu saya memohon nasihat tuan tentang tindakan saya seterus terhadap Bank Rakyat
dan Syarikat CCTV Bank Rakyat.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………
ALAGA A/L ALAGAPIN

Anda mungkin juga menyukai