Anda di halaman 1dari 8

KESEIMBANGAN DAN KEHARMONIAN YANG MASIH BELUM SEMPURNA

DALAM kehidupan sebenar ada keharmonian sepertimana adanya “Yin” dan

“Yang”. Ia dapat disempurnakan melalui keseimbangan dan mengikut falsafah

Taoisme setiap kehidupan terbentuk suatu keseimbangan. Ada lelaki dan

perempuan, ada hitam dan putih, ada kiri dan kanan, inilah yang dapat dilihat

bahawa keseimbangan dan keharmonian terus hidup subur. Ia ibarat satu

pusaka untuk diamanahkan kepada kehidupan sejagat, untuk persekitaran dan

juga dalam berkarya.

‘Yin’ mewakili perempuan, kegelapan dan negatif, manakala ‘Yang’ mewakili

kaum lelaki yang membawa cahaya dan arah kehidupan positif. Kedua-dua

kuasa ini dapat disatukan bagi menggerakkan kreativiti luaran dan dalaman

seseorang dalam menyumbangkan idea yang difahami membawa keseimbangan

secara fizikal, mental dan spritual. Keseimbangan dan keharmonian seharusnya

dikembangkan dalam unit yang kecil dalam diri individu kepada individu yang

lain.

Dalam sebarang sistem, semua peraturan hadir melalui keseimbangan kuasa.

Sejarah kehidupan manusia telah terbina dengan peraturan yang ditetapkan

menjadi sebati dalam fikiran. Manusia yang baru lahir diberi kefahaman dengan

peraturan dalam norma masyarakat dan ini membentuk tingkahlaku universal

dalam suasana yang terbaik menerusi contoh. Kesan ini menunjukkan

169
pentingnya peraturan dalam keseimbangan dan keharmonian supaya sempurna

kehidupan. Ia dapat disempurnakan dalam berkarya dan dapat didominasikan

dengan cara terbaik melalui manipulasi bahan dan persekitaran

Dalam amalan berkarya sukar untuk ditanam di dalam fikiran masyarakat

peraturan dan stail sekiranya dilakukan seorang diri. Amalan secara solo boleh

diteruskan tetapi tidak kekal selagi tidak diserapkan ke dalam kumpulan-

kumpulan kecil yang boleh menyeimbangkan kehendak diri dengan kehendak

kumpulan.

Dalam berkarya, keseimbangan menghasilkan keharmonian dan

meningkatkan nilai-nilai kualiti. Tanpa keseimbangan dan keharmonian hasilan

kerja yang kreatif sekalipun tidak dapat untuk ditonjol dan dipegang lama.

Dalam pemikiran bangsa Greek, terutamanya falsafah Plato melihat

keharmonian itu menghampiri nilai-nilai moral. Harmoni bukanlah suatu desakan

tetapi ia hadir apabila keseimbangannya wujud dari kawalan minda yang

mematuhi undang-undang yang diadakan.

Dalam fahaman konfucius dari segi moralnya, keharmonian dan

keseimbangan dapat dilihat dari kesempurnaan diri. Fahaman ini mudah

dilaksanakan dengan penuh kesedaran, jangan lakukan yang tidak baik kepada

orang lain seperti mana kita tidak mahu orang lain melakukannya ke atas kita.

170
Manusia mengharapkan dirinya dimuliakan, oleh itu ia perlu memuliakan orang

lain dan memperluaskan sifat mulia ini dalam kehidupan. Untuk menilai diri orang

lain, maka perlu dinilai terlebih dahulu diri sendiri. Manusia yang sempurna selalu

merangsang rakan-rakannya melakukan sesuatu yang harmoni tanpa disedari,

bermula dengan dirinya sendiri sebagai contoh dan teladan yang baik.

“Yin” dan “Yang” merupakan dua kuasa yang berperanan mengimbangi

keharmonian. Dalam kefahaman Taoisme kesempurnaan ini akan menghasilkan

keseimbangan fizikal, mental dan spritual. Oleh itu ‘Yin’ dan ‘Yang’ hendaklah

diseimbangkan untuk menuju ke matlamat keharmonian

“Yin” membawa simbol


keperempuananyang berunsur
negatif. Komposisi ini perlu
diseimbang dan diharmonikan
oleh “Yang” yang membawa
simbol kelakian, sinar cahaya ke
arah kehidupan positif. Dalam
falsafah Taoisme, satu menjadi
dua, dua akan menjadi tiga dan
seterusnyaberkembang menjadi
‘Ten Thousand Things’.

Nilai efektifnya dapat dikesan dalam berbagai bidang falsafah, budaya, agama

termasuk di dalam berkarya.

Keseimbangan dan keharmonian yang dikaitkan dengan ‘Yin’ dan ‘Yang’

boleh diaplikasikan kepada unsur keseimbangan dalam seni tampak. ‘Yin’ dan

‘Yang’ disusun hias untuk keperluan tertentu dan mendapat kepuasan estetik.

Dalam masa yang sama elemen-elemen juga disusun untuk mencapai imbangan

171
◄ Karya Tommy Chen Keng Huah
Tajuk : “The Fresh Water Series
2001 – Harmoni”
Media Campuran

Digarap berimejkan ikan koil


berkonsepkan falsafah China ‘Yin’
dan ‘Yang’. Keseimbangan dan
keharmonian cuba ditonjolkan dalam
komposisi bulatan yang menjelaskan
bahawa keharmonian lahir daripada
kesimbangan ‘Yin’ dan ‘Yang’ .
Dipetik dari “200 Malaysian Artists” 2002 oleh Dr. Tan
Chee Khuan. Terbitan The Art Gallery, 368-4-8 Burma
Road, Belissa Row, Pulau Tikus, 10350 Pulau Pinang.
Tel : 04-2298 219 Fax : 04-2286 714
www.http://artgallerypenang.tripod.com.
ISBN : 983-9018-13-2

◄ Karya Ramsay Ong Liang


Tong A.B.S.
Tajuk : “The Zodiac Creatures”
Akrilik di atas kulit pokok.

Menggarap imej-imej haiwan


yang bertindantindih seperti
contoh lukisan di dinding gua.
Di posisi tengah ada lambang
“Yin” bersama “Yang”
Dipetik dari “200 Malaysian Artists” 2002 oleh
Dr. Tan Chee Khuan. Terbitan The Art
Gallery, 368-4-8 Burma Road, Belissa Row,
Pulau Tikus, 10350 Pulau Pinang.
Tel : 04-2298 219 Fax : 04-2286 714
www.http://artgallerypenang.tripod.com.
ISBN : 983-9018-13-2

172
tampak. Setiap unsur yang memenuhi ruang hias mempunyai sifat, rupa, bentuk,

warna dan jalinan. Semua sifat ini mempengaruhi corak ruang hiasan dan

menarik perhatian dari berbagai aspek serta menyentuh emosi untuk merasai

tenang dan damai.

Sekarang kita mengkaji nilai keseimbangan dan keharmonian di dalam karya

yang dapat menterjemahkan nilai moral dalam kehidupan. Apakah yang dapat

dilakukan oleh seni? Diandaikan kita berada dalam kebenaran yang mana

ditawarkan dalam seni yang dikatakan seimbang dan harmoni itu dalam bentuk

tingkahlaku manusia. Bagaimanakah cara kita menjelaskan peraturan dan

kepentingan seni secara keseluruhannya dalam sistem tingkahlaku manusia?

Terdapat jawapan yang berbeza kepada soalan-soalan berikut dan apakah cara

supaya nilai moral itu berkait dengan kepentingan seni? Ada yang percaya seni

berkuasa ke atas aktiviti kehidupan manusia manakala yang lain menganggap

tidak ada apa-apa hanya satu kepuasan dan hiburan.

Proses evolusi dalam seni terus bergerak dan berkembang. Dari pandangan

psikologi seni, proses evolusi ini boleh dibuktikan. Jika kita mahu jalan keluar

apakah hubungkait antara seni dan kehidupan maka cuba buktikan. Jika kita

mahu menyelesaikan masalah-masalah seni mengikut tatacara psikologi, maka

kita perlu menerima teori yang ada dalam mencari jawapannya.

173
Ada beberapa pandangan mengatakan bahawa seni itu memberi impak

kepada perubahan emosi melalui kekucar-kaciran (contamination) atau dengan

maksud lain kekucar-kaciran emosi itu dikembalikan kesannya ke atas orang

lain. Ada pendapat lain yang mengatakan, aktiviti-aktiviti seni adalah bergantung

kepada kemampuan manusia untuk membalikkan kesan ke atas orang lain

melalui mainan emosi dan emosi tersebut meninggalkan kesan kepada orang

lain. Bentuk-bentuk emosi itu berbeza peringkatnya, ada yang kuat, lemah dan

ada pula tersisih. Kesan emosi itu dikaitkan dengan pembacaan, pemerhatian

dan pendengaran yang dimainkan dalam karya-karya seni. Kenyataan ini

membawa maksud, seni itu ada persamaan dengan permainan emosi. Ia

membawa persamaan antara lamunan perasaan dengan perasaan yang

dimainkan dari penghasilan seni. Oleh itu ‘Yin’ dan ‘Yang’ yang ada di dalam

seni berfungsi untuk memberi kesan pada perasaan.

Seni tidak dikhususkan jaraknya, ia berlaku secara evolusi menjadikan nilai

baik (seimbang dan harmoni) meresap secara perlahan untuk sebati pada

semua jarak dan dapat membangkitkan perasaan. Seni mungkin baik atau buruk,

ia adalah bahasa tampak juga bahasa perasaan yang mana perlu dilepaskan

secara betul.

Merujuk kepada setengah pendapat yang lain, secara semulajadinya, seni itu

boleh membangunkan perasaan baik dan dikaitkan dengan seni dari sudut

representasi atau aksi. Kesimpulan yang dibuat dalam membangunkan karya

174
seni, secara jelasnya berjaya atau tidak bergantung kepada nilai keharmonian

yang dirasai. Seniman yang berkarya dengan falsafah ‘Yin’ dan ‘Yang’ perlu

beretika, berestetika dan inilah slogan kepada teori seni.

Kesudahannya segala pendapat tadi melindungi teori seni sebagai hasil yang

benar dan jujur, membawa kebenaran dan dapat dijalin komunikasi antara

khalayak dengan seniman. Secara impresifnya karya seni lukis yang tidak

berjaya penonjolan estetikanya dan tidak terkandung nilai-nilai murninya akan

menganggu emosi walaupun boleh difahami bahasa tampak itu. Contoh ini

menunjukkan kepada kita satu kesimpulan bahawa karya seni berdasarkan

kriteria berjangkit dan menjangkiti orang lain. Ini juga boleh disamakan dengan

kesan seksual yang digambarkan dalam lukisan membawa jangkitan emosi.

Puisi-puisi yang mengandungi lirik yang baik mencerminkan kata-kata yang baik

dalam minda. Ini membawa satu reaksi moral, begitu juga dalam seni tampak.

Seni juga berperanan membawa perasaan sosial dan berperasaan seni

dalam karya yang menghubungkan dengan perasaan manusia, ada rasa sensasi

dan beremosi. Peranan seniman menghayati kehendak moral dan

menyeimbangkan dirinya dengan perasaan dapat ditinggalkan karyanya kepada

pemerhati untuk ditafsirkan serupa dengan seniman itu. Ini bergantung

sejauhmana dekatnya diri dan kehidupan pemerhati dengan seniman dan

karyanya.

175
176

Anda mungkin juga menyukai