Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN BIASISWA, KPM.

Pinjaman
Pinjaman ialah bantuan kewangan yang perlu dibayar balik. Semua pelajar dan pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) yang menerima tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam bentuk 'pinjaman'
adalah dikehendaki membayar balik pinjaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian yang
ditandatangani dengan Kerajaan. Setiap pinjaman KPM yang diterima tidak boleh ditukarkan kepada
biasiswa walaupun mendapat keputusan yang cemerlang.

Pinjaman Boleh Ubah


Pinjaman Boleh Ubah ialah bantuan yang diberikan kepada PPP/pelajar yang mengikuti kursus di
peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau luar Negara dan layak
dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan bayaran 25% sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:
i. Mendapat purata CGPA 2.75 dan ke atas;

ii. Menamatkan pengajian dalam tempoh kursus yang ditetapkan tanpa pelanjutan.

iii. Mengemukakan permohonan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh konvokesyen.

iv. Tidak menukar bidang/kursus pengajian.

v. Bebas dari sebarang tindakan tatatertib sama ada oleh KPM atau Universiti.

Proses Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran


1. Peminjam menerima Notis Pembayaran Penuh daripada Bahagian Biasiswa, KPM dalam tempoh 6
bulan selepas menamatkan pengajian. (Sila hubungi Bahagian Biasiswa, KPM sekiranya tidak
menerima Notis Pembayaran Penuh).
2. Mengembalikan dengan segera Borang A (Borang Kemaskini Maklumat Peminjam).
3. Mengemukakan permohonan bayaran 25% bagi peminjam program Ijazah Pertama yang layak
dengan mengemukakan :
i. Sesalinan transkrip penuh yang disahkan.

ii. Sesalinan sijil Ijazah yang disahkan

Tindakan Peminjam
1. Membuat pembayaran pertama mengikut tarikh mula bayar seperti di jadual pembayaran yang telah
ditetapkan.
2. Membuat pembayaran dengan menggunakan kaedah yang ditetapkan.

3. Memastikan pembayaran dibuat dengan teratur setiap bulan.


4. Menerima resit daripada Bahagian Biasiswa, KPM atau resit bercetak lain yang diperakui sebagai
bukti pembayaran.
5. Melaporkan kepada KPM dengan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat termasuk
alamat penjamin.
6. Sentiasa menggunakan No. Kad Pengenalan (lama dan baru) apabila berurusan dengan KPM
berhubung bayaran balik pinjaman.

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN

Pembayaran Melalui Bank Draf dan Kiriman Wang


Dibuat atas nama 'Ketua Akauntan Kementerian Pelajaran Malaysia' sila tuliskan Nama, No Kad
Pengenalan ( Baru & Lama ), No Telefon Bimbit / Rumah di belakang Bank Draf / Kiriman Wang dan
dialamatkan ke :
Setiausaha Bahagian,
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 12 - 13, Blok E12,
Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Pembayaran Melalui Arahan Tetap Kepada Bank (Standing Instruction)


Peminjam dikehendaki berurusan terus dengan pihak bank masing-masing yang menyediakan kemudahan
tersebut. Bayaran hendaklah dibuat atas nama 'Ketua Akauntan Kementerian Pelajaran Malaysia' dalam
bentuk Bank Draf ( Banker's Cheque ). Pihak bank akan menghantar bank draf tersebut kepada Bahagian
Biasiswa, KPM. Kadar ansuran/bayaran hendaklah mengikut jadual yang ditetapkan oleh KPM.

Pembayaran Melalui Arahan Potongan Gaji (APG)


Peminjam yang ingin mebuat pembayaran melalui APG diminta menulis surat kepada KPM dengan
menyertakan maklumat berikut :
- No Gaji/Pekerja; dan
- Nama dan Alamat Majikan yang menguruskan gaji
- Sesalinan penyata gaji terkini.

Pembayaran Melalui Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) **Bermula 7 Sept 2007
1. Peminjam hendaklah menggunakan Borang Slip Pembayaran Bil yang disediakan di kaunter
semua cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
2. Langkah-langkah pembayaran :
a) Sila isikan maklumat dalam slip pembayaran iaitu :
i. Nama
ii. No. Kad Pengenalan
iii. Bayaran kepada - Kementerian Pelajaran
iv. Jenis Bayaran - Bayaran Pinjaman Pelajaran
v. Tentukan cara bayaran sama ada secara tunai / debit akaun / bank draf.
vi. Jumlah bayaran (RM)
b) Setiap transaksi akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 0.50.
c) Sila pastikan peminjam penyimpan salinan pendua Slip Pembayaran Bil yang akan
dikembalikan oleh pihak bank sebagai bukti pembayaran.

Pembayaran Bil Melalui Perbankan Internet Bank Islam


1. Peminjam mempunyai akaun BIMB. Sila layari www.bankislam.com.my
a) Klik logo "Internet Banking Login" dan tekan butang "ok" pada "Security Alerts".
b) Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan
Internet Bank Islam.
c) Pilih "Bill Presentment" pada bahagian "Bill Payment".
d) Pilih Penyedia Perkhidmatan pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan.
e) Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik "next".
f) Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak dibayar dan klik "pay".
g) Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih "source account"
yang hendak di debitkan dan masukkan jumlah amaun yang hendak dibayar
dan klik "pay".
h) Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan.
i) Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya.
j) Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan.
Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran
yang dilakukan sebagai rujukan.
2. Bank akan debit akaun peminjam sebanyak amaun yang telah dibayar dan RM0.50 bagi setiap
transaksi sebagai caj perkhidmatan

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian :

Telefon : 03-8884 7131 03-8884 7131 ( Kaunter Bahagian Biasiswa KPM )


: 03-8884 9487 03-8884 9487 ( Hotline Unit Penguatkuasaan Pinjaman )

Faksimili : 03-8884 9482 03-8884 9482


Emel : penguatkuasaan@bb.moe.gov.my

Sebarang surat-menyurat hendaklah di hantar ke alamat berikut :


Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 12 - 13, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
( u.p : Unit Penguatkuasaan Pinjaman )