Anda di halaman 1dari 104

MUTIARA DI TENGAH MATA

‫ﺑﺴﻢ ﺍﻪﻠﻟ ﺍﻟﺮﲪﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ‬

‫ﺍﳊﻤﺪ ﻪﻠﻟ ﺭﺏ ﺍﻟﻌﻠﻤﲔ ﻭﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺳﻼﻡ ﻋﻠﻰ ﺃﺷﺮﻑ ﺍﻷنﺒﻴﺎﺀ ﻭﺍﳌﺮﺳﻠﲔ‬

.‫ﻭﻋﻠﻰ ﺃﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ ﺃﲨﻌﲔ‬


Kami bersyukur kehadrat Allah Ta`ala yang telah memberi
taufik dan hidayahnya serta azam yang kuat untuk kami
menyempurnakan hasrat yang terpendam bagi menyalin
semula, akan kata-kata wasiat serta pesanan Allahyarham
Ayahanda Tuan Guru Syeikh Mahmud Nasri Osmani, semasa
hayatnya dan liku-liku perjalanan Allahyarham semasa
hidupnya. Beliau adalah seorang tokoh ulama’ yang sarat
dengan ilmu, warak dan tawadhu’. Kisah beliau mendapat
perhatian dari seorang tokoh ulama’ yang terkenal pada zaman
tersebut, iaitu Tuan Guru Syeikh Othman Jalaluddin, pengasas
Madrasah Manabil `Ulum di Penanti, Bukit Mertajam diberi
gelaran atau dikenali sebagai Lebai Salam.

Sebaik sahaja Allahyarham kembali ke rahmatullah pada


hari Rabu 28 Safar 1400H bersamaan 16 Januari 1980M ketika

1
MUTIARA DI TENGAH MATA

usianya 81 tahun, kami asyik teringat kepada wasiat dan


pesanannya. Katanya, “Ketahuilah bahawa punca anak-anak
Adam itu jadi sesat dalam Aqidah, Syariat, Akhlak, Pengor-
banan Diri dan Harta ialah kerana mereka tiada berusaha
duduk di atas noktah, permulaan langkahan di atas ilmu dan
amalan hidup mereka mengikut Syariat, Tariqat, Hakikat
kaedah asal kejadian manusia sebagai Khalifah ke atas dunia;
punca mereka tiada mengenali diri mereka sendiri mengikut
asal susunan kedudukan manusia baik dan jahat dalam ilmu
dan amal di sisi Allah Ta`ala, serta mereka tiada pula
mempusakai ilmu dan amal melalui wasilah dan rabitah dari
mereka yang sekira-kira soleh pada babnya”.

Maka ramailah manusia diakhir zaman ini yang mengaku


Islam tetapi laksana buih, hanya sedikit yang mengambil
pengertian makna makni yang tersurat dan tersirat dari ucapan
Dua Kalimah Syahadah itu mengikut aliran fahaman Ahli
Sunnah. Maka dengan sebab itu ramai yang tiada dapat beza
antara intan dan kaca, lalu berleluasalah kesalahan khurafat
menjadi amalan harian, sehingga kerja buat mereka menjadi
sia-sia, yang mana jahil tersesat dengan kejahilannya manakala
yang berilmu pula tersesat dengan ilmunya.

Sebab itulah bagi orang-orang soleh yang ahli pada


babnya, mereka ini asyik berusaha memisahkan hati mereka
dengan ilmu supaya tercapai cita-citanya untuk musyahadah
akan Allah Ta`ala melalui lidah, anggota dan hati. Serentak

2
MUTIARA DI TENGAH MATA

dengan itu mereka menyalin pakaian Akidah, Syariat, Akhlak,


Pengorbanan Diri dan Harta bercontohkan kepada baginda
Nabi Muhammad Rasullullah S.A.W. sepenuhnya. Pada bab
ini dinasihatkan supaya setiap murid itu mesti berada di atas
aliran kefahaman Ahli Sunnah serta menerima dengan yakin,
mewarisi Amalan Kalifah Pusaka Wali Agama Islam.

Dan adalah diharap juga kepada seluruh pembaca dan


ulama` yang arif pada babnya hendaklah bersama-sama
memperbetul yang tiada betul, mentasheh apa yang tiada
soheh samada huruf, kalimah, ayat yang menjadi isi kandungan
risalah ini di atas jalan taqwa serta memohon keredhaan Allah
S.W.T.

‫ﺮﻟَﻨﹶﺎ ﺫنُ ﹾﻮﺑﹶﻨﹶﺎ ﹶﻭﻟِﻮﹶﺍﻟِﺪﹶﹾﻳﻨﹶﺎ ﹶﻭﻟِﻤﹶﺸﹶﺎﺋِﺨِﻨﹶﺎ‬


‫ﻭﹶﺑﺎﻪﻠﻟ ﺍﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ﻭﺍﳍﺪﺍﻳﻪ ﺍﻟﻠﻬﹸﻢﱠ ﺍﻏْﻔِ ﹾ‬

‫ ﻭﹶﻋﹶﻠﻰﹶ‬،‫ ﺍﻟﻠﻬﹸﻢﱠﺍِﻥﱠ ﻫﹶﺬِﻩِﻣِﹾﻨﻚﹶ ﻭﹶِﺍﻟَﹾﻴﻚﹶ‬.‫ﺭﺣﹶ ﹾﻤﻨﹶﺎ ﻛَﻤﹶﺎ ﺭﹶﺑﱠﻴﹶﺎنَﺎ ﺻﹶﻐِﹾﻴﺮﹶﺍ‬


‫ﻭﹶﺍ ﹾ‬

‫ﺣﹶﻘﱢﻚﹶﻓَﺘَﻘَﺒﱠﻞْﻣِﻨﱠﺎ ﻛَﻤﹶﺎﺗَﻘَﺒﱠﻞْﻣِ ﹾﻦ ﺷِﹾﻴﺨِﻨﹶﺎ ﻭﹶﻣﹶ ﹾﻮﻟَﻨﹶﺎ ﺳﹶﹾﻴﺪِ ﺷِﹾﻴﺦ ﳏﻰﺍﻟﺪﻳﻦ ﻋﺒﺪ‬

‫ﺍﻟﻘﺎﺩﺭ ﺍﳉﻴﻼنﻰ ﻭ ﺑﱪﻛﺔ ﻣﻌﺠﺰﺓ نﺒﻴﻨﺎ ﳏﻤﺪ ﺻﻠﻰ ﺍﻪﻠﻟ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺃﻟﻪ‬

.‫ ﻭﺍﳊﻤﺪﻪﻠﻟ ﺭﺏ ﺍﻟﻌﻠﻤﲔ‬،‫ﻭﺻﺤﺒﻪ ﺍﲨﻌﲔ‬


Diolah dan Disusun Oleh,
Haji Idris Bin Haji Mahmud Nasri.

3
MUTIARA DI TENGAH MATA

1. Shaikh Mahmud Nasri Osmani

Dilahirkan pada 13 Safar 1316H bersamaan 14 julai


1898M. Wafat pada 28 Safar 1400H bersamaan 16 januari
1980M. Dilahirkan dan wafat pada hari Rabu.

2. Pengenalan

Sheikh Mahmud Nasri Osmani dikenali ramai oleh


masyarakat Negeri Kedah, Seberang Perai, sebagai seorang
ulama`, Tuk guru pengasas Pondok Lanai Negeri Kedah,
dengan nama Madrasah Misbahus Salam. Beliau juga
pengasas dan juga Tuk guru yang mengajar segala kitab-kitab
di pondoknya. Selain daripada itu, beliau juga menjadi guru
mengajar agama di surau dan masjid-masjid yang menjemput
beliau mengajar.

Beliau mengajar ilmu tauhid, fekah, tasauf dan lain-lain


lagi, Isterinya pula mengajar Al-Quran dan kitab-kitab asas
fardhu ain. Beliau juga sentiasa memenuhi masa lapang
dengan Uzlah bersendirian. Tujuan berusaha memisahkan hati
kepada musyahadah akan Allah Ta`ala.

4
MUTIARA DI TENGAH MATA

3. Asal keturunan

Namanya ialah Sheikh Mahmud Nasri Othmani bin Haji


Othman bin Haji Senik bin Haji Wan Hashim bin Haji Wan Abdul
Wahab, Datuk neneknya ialah Allahyarham As-Syahid Tok Nik
Had. Beliau adalah keturunan Tok Mekong Awang Hitam, iaitu
seorang hulubalang melayu yang syahid dipancung oleh
tentera kuffar Siam ketika sedang solat di pinggir medan perang
mempertahankan Negeri dan kerajaan Fathani Darul Salam
kira-kira tiga abad yang lampau. Mengikut jangkaan sejarah
dalam tahun 1730M, keturunan di sebelah ibunya ialah Haji
Mahmud Nasri Othmani bin Hajjah Kamaliah binti Haji Saman
bin Haji Abd Samad (Tok Fakeh) bin Hashim bin Wan Abdul
Wahab.

Mengikut cerita Allahyarham Sheikh Mahmud Nasri, beliau


adalah cicit Almarhum Penghulu Kampong Bera Fathani,
namun Wan Hashim itu anak kepada As-Syahid Tok Nik Had
(Tok Mekong Awang Hitam) yang berpindah ke Negeri Kelantan
ketika kejatuhan kerajaan Islam Fathani Darul Salam kepada
penjajahan Siam. Bapanya Haji Othman dilahirkan di Kampung
Kuala Kangkung kawasan bendang pendalaman Kampung
Belimbing dalam Jajahan Pasir Mas. Dibesarkan dan mendapat
didikkan oleh datuknya dengan pelajaran agama kemudian
belajar di pondok, setelah dewasa dibawa oleh datuknya ke
negeri Kedah dan dinikahkan dengan ibunya (Hajjah Kamaliah)
bagi merapatkan semula pertalian keluarga keturunannya.

5
MUTIARA DI TENGAH MATA

Hasil perkongsian hidup itu, Allah Ta`ala mengurniakan


anak kepada mereka seramai sepuluh orang iaitu Ismail,
*Mahmud Nasri, Saad, Ahmad, Aisyah, Salmah, Chik, Zainab,
Rokiah dan seorang lagi bernama Huduh.

4. Kelahiran

Dilahirkan di Kampung Alor Besar Kota Sarang Semut,


Kedah pada malam Rabu 24 Safar 1316H bersamaan 14 Julai
1898M. Ayahanda dan Bondanya mempunyai pendidikan
agama yang kuat, maka mereka membesarkan beliau dengan
didikan agama serta asas pengajian Al-Quran semenjak kecil
lagi dengan tekun serta sabar. Sheikh Mahmud Nasri dapat
khatam Al-Quran ketika usia 7 tahun dan selepas itu diserahkan
kepada seorang guru Al-Quran yang mahir berasal dari Fathani
ia itu Pak Ngah Idris untuk mendalami pelajaran Al-Quran dan
pendidikan agama. Pak Ngah Idris itu datang bermukim di
Kedah selama 5 tahun. Kebetulan ketika itu pengajian Islam
adalah merupakan pendidikan yang utama bagi orang Melayu
Malaya dan ramai anak-anak watan telah berjaya menuntut
Ilmu ke Makkatul Mukarramah, jadi kedua-dua ibu bapanya
tiadalah ketinggalan untuk mengasuh anaknya menimba ilmu
pengetahuan yang berguna.

6
MUTIARA DI TENGAH MATA

5. Mula Berhijrah Menuntut Ilmu

Setelah khatam pengajian asas daripada gurunya Pak


Ngah Idris hinggalah anak muda yang kian meningkat remaja
ini dicurahi rasa dahaga dan mencintai ilmu pengetahuan.
Dengan berbekalkan semangat yang tinggi untuk menuntut ilmu
serta mencari keredhaan Allah Ta`ala, ketika usia 12 tahun
beliau datang mengadap gurunya yang kedua di Pondok Gajah
Mati iaitu Tuan Guru Sheikh Ismail @ Tok Chik Dol dalam
Daerah Pendang, Kedah. Beliau menetap belajar di Gajah
Mati selama 3 tahun.

Selepas itu beliau memohon izin kepada gurunya untuk


berangkat ke Pondok Tuan Guru Haji Yaakob Kemelong Sik
Kedah iaitu seorang ulama` yang masyhur pada zaman itu,
beliau berpondok di Sik beberapa tahun dan selepas itu beliau
memohon izin gurunya untuk berhijrah ke Negeri Kelantan.
Pada usia 18 tahun, beliau berhijrah ke Negeri Kelantan
menyambung pengajian kepada Tuan Guru Haji Wan Ahmad
bin Wan Abdul Halim (Tok Padang Jelapang).

6. Berhijrah ke Negeri Serambi Mekah

Beliau berhijrah ke Negeri Serambi Mekah berhasrat


menuntut ilmu kepada guru-guru yang masyhur pada zaman
itu, tumpuan awal beliau kepada Tuan Guru Syeikh Wan
Ahmad bin Wan Abdul Halim (Tok Padang Jelapang) di Pondok

7
MUTIARA DI TENGAH MATA

Padang Jelapang iaitu sebuah pusat pengajian pondok yang


masyhur pada zaman itu, beliau tinggal di pondok ini bersama
kanda sulungnya Ismail. Mengikut cerita, semasa beliau belajar
di Padang Jelapang, beliau adalah seorang murid yang benar-
benar tekun dan mempunyai daya usaha sendiri untuk
menguasai ilmu pengetahuan yang dipelajari dari gurunya di
setiap bidang samada Feqah, Tauhid, Tasauf dan ilmu-ilmu alat
yang lain, di samping beliau juga mempunyai ilmu asas yang
cukup dan semangat yang tinggi.

Sebelum beliau berhijrah ke Kelantan itu, beliau telah


belajar kepada gurunya di Kedah, dengan kerana itu
kemungkinan menjadi sebab untuk beliau khatam cepat kitab-
kitab yang beliau pelajari dari gurunya, ditambah pula dengan
Syeikh Wan Ahmad Tok Padang Jelapang adalah seorang
ulama’ yang mahir serta berpengalaman luas dalam semua
bidang ilmu pengetahuan, beliau berguru kepada Syeikh Wan
Ahmad selama lapan tahun, lima tahun di Padang Jelapang tiga
tahun di Pondok Pasir Mas Salor.

Sepanjang beliau belajar di Pondok Pasir Mas Salor,


beliau sentiasa mengambil peluang mengikuti kuliah Tuan Guru
Syeikh Yusuf Kenali secara berulang-alik, selain dari itu beliau
juga suka mengambil peluang mendekati Tok Kenali bertanya
khabar akan perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu-ilmu
yang tidak jelas akan kefahamannya kepada Tok Kenali, kerana
itu banyak kitab-kitab yang beliau belajar serta menerima Ijazah

8
MUTIARA DI TENGAH MATA

dari gurunya Tok Kenali, beliau sangat suka mendekati Tok


Kenali dengan apa cara sekalipun sekiranya diberi peluang.
Pada pendapat beliau, hanya cara-cara begini beliau
berpeluang untuk menuntuti ilmu yang berbentuk khususiah.
Mengambil faham dengannya yang mana guru-guru mereka
tiada menyampaikan di dalam bentuk kuliah-kuliah umum,
terutama megenai rahsia-rahsia ketuhanan dan makrifah bagi
mencapai hati musyahadah akan Allah Ta`ala dengan sebenar-
benarnya, mengikut kaedah ahli-ahli sufi.

Selain daripada itu beliau berhajat supaya mendapat


bimbingan secara terus daripada gurunya Tok Kenali; seorang
tokoh ulama` yang sangat banyak ilmunya, kekeramatan dalam
hidupnya. Beliau juga selalu dijemput oleh gurunya Tok Kenali
ke rumahnya untuk mengurut badan Tok Kenali. Bermula dari
sini beliau diberitahu oleh Syeikhnya Tok Kenali mengenai
rahsia ketuhanan yang dikenali dengan nama Ilmu Syatar yang
dikurniakan oleh Allah Ta`ala kepada seluruh alam manusia,
bagi melayak manusia seluruhnya menjadi Khalifah. Sekiranya
manusia itu kehendaki, yang dinamakan dengan Amalan
Khalifah Pusaka Wali Agama Islam.

Ilmu ini membezakan dengan Ilmu Nubuwwah dan Ilmu


Risalah, kerana Ilmu Nubuwwah itu Allah Ta`ala kurniakan
kepada mereka yang berada pada pangkat Nabi-Nabi sahaja
begitu juga Ilmu Risalah Allah Ta`ala kurniakan kepda manusia
yang berada pada pangkat Rasul-Rasul Alaihimussolatu

9
MUTIARA DI TENGAH MATA

wassalam sahaja. Manusia-manusia lain itu perlulah mengam-


bil contoh daripada mereka sahaja dan menjadikan amalan
hidup mereka selama-lamanya. Sedangkan Ilmu Syatar itu ia
lah ilmu yang menunjukkan noktah perbezaan di antara hak-
hak kehambaan dengan hak-hak ketuhanan.

Maka dengannya dapatlah menunaikan hak-hak


kehambaan kepada Allah semata mata. Untuk memilik
memerintah segala isi kandungan langit dan bumi yang
dijadikan Allah Ta`ala. Maka hendaklah dimakmur mengikut
acuannya sebagai amanah dari Allah Ta`ala akan ilmu, harta,
masa seluruhnya dimanfaat untuk menunaikan hak-hak
kehambaan kepadanya semata-mata.

Beliau menerima Ijazah Amalan Khalifah Pusaka Wali


Agama Islam daripada gurunya Sheikh Yusuf Kenali serta
Langkahan Hulubalang Rohani dan Jasmani serta segala Aurad
dan segala Ahzab segala Selawat, dalailul Khairat serta Ilmu
Zahir, Ilmu Rohani dan segala kitab-kitab. Selepas itu gurunya
Tuk Kenali menyuruh beliau mengambil Langkahan Hulubalang
Jabat 14, Jabat Penimbul, Jabat Besi, Langkahan Hulubalang
kepada Tuan Guru Syaikh Muhamad Taib bin Tuan Guru
Syaikh Haji Abdul Rahman Jabat dan Latihan Aurad
Muhamadiyah daripada Tuan Guru Haji Abdul Rahman Fathani,
Kota Bharu dan segala Latihan Ilmu Zahir, Rohani dan segala
kitab daripada gurunya Sheikh Wan Ahmad bin Haji Wan Abdul
Halim (Tok Padang Jelapang).

10
MUTIARA DI TENGAH MATA

Setelah mengadap gurunya yang tersebut, beliau bertemu


pula gurunya Sheikh Yusuf Kenali kemudian gurunya iaitu Tuk
Kenali menyuruh beliau mengulangi latihan Ilmu Rahsia, Petua-
Petua Hikmah, Hulubalang Khalifah pada gurunya Sheikh
Muhamad Taib bin Haji Abdul Rahman Jabat. Latihan
Langkahan Hulubalang, Jabat 14, Jabat Penimbul, Jabat Besi
bertujuan menjaga keselamatan kesucian maruah agama, diri,
keturunan, harta benda dan tanahair.

Mengikut ceritanya lagi, gurunya Sheikh Muhamad Taib itu


adalah guru agama yang masyhur lagi ulama` pada zaman itu
dan beliau juga merupakan seorang guru silat, silat Sheikh
Muhamad Taib namanya Seni Silat Khalifah. Dalam latihan silat
Sheikh Mohd Taib itu, tiada terikat dengan satu susunan
langkahan, tari dan buah. Bahkan diatas apa jua susunan
langkahan asalkan niat menjual diri dan harta kepada Allah dan
Rasullullah S.A.W. untuk menjaga kesucian serta maruah
Agama Islam, diri, keturunan, harta benda dan tanah air orang-
orang Islam.

Wasilah dan Rabitah kepada Sultan Auliya’ Syed Sheikh


Muhyidin Abdul Qadir Jailani, Nabi Allah Khidir Alaihissalam,
Nabi Muhammad S.A.W. serta menyerah diri zahir dan batin
kepada keagungan kebesaran kemuliaan kekuasaan Allah
Ta`ala semata mata. Pada masa itu tiada siapa yang dapat
menyaingi atau menandingi Sheikh Muhamad Taib, banyak
perkara mencarik adat yang berlaku keatas diri Sheikh

11
MUTIARA DI TENGAH MATA

Muhamad Taib, antaranya terbentuk sekumpulan awan hitam


sentiasa memayungi beliau pada waktu cerah setiap kali beliau
berjalan.

7. Hasrat untuk pulang.

Setelah lapan tahun beliau menuntut ilmu daripada


gurunya dan setelah beliau berusaha khatam semua kitab-kitab
pengajian daripada gurunya beliau berhasrat hendak pulang ke
Kedah. Semasa beliau pulang itu bersamanya beberapa
sahabatnya iaitu Tuan Guru Haji Othman Yanusi, Tuan Guru
Haji Abdul Aziz Ibrahim. Sebelum berangkat pulang mereka
semua mengambil peluang mengadap memohon izin guru-guru
mereka terlebih dahulu. Akhirnya mereka mengadap Tuan Guru
Sheikh Yusuf Kenali memohon izin dan menerima amanah
serta memohon doanya untuk berangkat pulang berkhidmat
dengan segala ilmu yang telah dipelajari itu.

Antara permohonan beliau kepada Tok Kenali ialah “Tuan


Guru, ana berhasrat hendak pulang ke kampung, berhasrat
hendak mengajar dan cari harta sedikit-sedikit”. Maka jawab
gurunya “dimana ada rimba disitu tempatmu, dimana kamu
duduk, hendaklah mendirikan madrasah, kamu jangan tinggal
madrasah”. Selepas mereka memohon maaf serta izin guru,
mereka pun berangkat pulang dan semasa beliau pulang itu,
beliau berusaha 27 tahun.

12
MUTIARA DI TENGAH MATA

8. Pulang ke Kampung

Beliau pulang ke kampung dan tinggal bersama


keluarganya. Tak lama selepas itu, beliau kembali semula ke
Pondok Gajah Mati, iaitu tempat mula-mula beliau belajar.
Beliau tinggal di Pondok Gajah Mati dan tak beberapa lama
kemudian, datanglah pula Tuan Guru Syeikh Othman
Jalaluddin menjemputnya. Beliau ke Penanti Bukit Mertajam
diatas permintaan Tuan Guru Syeikh Uthman Jalaluddin supaya
ganti buat sementara sehingga anaknya Haji Muthalib pulang
mengambil tempatnya, kerana Tuan Guru Syeikh Othman
Jalaluddin berhasrat naik ke Makkatul Mukarramah semula dan
anaknya iaitu Haji Muthalib pula masih lagi menuntut ilmu di
Makkatul Mukarramah. Pada masa itu Syeikh Othman
Jalaluddin memperkenalkan diri beliau (Sheikh Mahmud Nasri)
dengan gelaran Lebai Salam, sebab itu kebanyakkan orang
tua-tua di Penanti Seberang Perai kenal beliau dengan nama
Lebai Salam.

9. Berkhidmat Di Penanti

Syeikh Mahmud Nasri yang diperkenalkan dengan nama


Lebai Salam itu berkhidmat di Madrasah Manabil Ulum Penanti
Bukit Mertajam lebih kurang 1 tahun, setelah itu Tuan Guru Haji
Muthalib pulang mengambil tugasnya seperti mana pesanan
ayahandanya. Selepas itu Syeikh Mahmud Nasri dijemput pula
oleh saudara sepupunya Tuan Imam Haji Yusuf Haji Ibrahim,

13
MUTIARA DI TENGAH MATA

Imam masjid Lenggong Perak pergi ketempatnya di atas hasrat


menyebarkan ilmu pengetahuan Islam di sana. Ketika itu beliau
tiada keberatan menerima undangan tersebut dan tiada
beberapa lama selepas itu beliau berhijrah ke Lenggong Perak
Darul Ridzuan.

10. Berhijrah Ke Lenggong Perak Darul Ridzuan.

Menurut cerita, beliau (Sheikh Mahmud Nasri) berhijrah


dan bermukim di Lenggong, Perak selama lebih kurang 2
tahun. Beliau mengajar ilmu Tauhid, Feqah, Tasauf, di masjid-
masjid dan surau yang terdekat di beberapa tempat di daerah
itu. Semasa bermukim di Lenggong, beliau berkahwin dengan
anak saudara sepupunya (Tuan Imam Haji Yusuf) yang
bernama Azizah dan pada ketika itu beliau berusia 31 tahun.

Isterinya ialah seorang guru Al-Quran dan Fardhu Ain.


Isteri beliau belajar Al-Quran dan ilmu Fardhu Ain dan lain-lain
ilmu agama daripada ayahandanya sendiri dan bapa
saudaranya iaitu Haji Ahmad atau dikenali juga dengan
panggilan Pak Chu Mat Kelantan. Bapa saudaranya iaitu Pak
Chu Mat Kelantan pula belajar Al-Quran dan kitab-kitab agama
kepada Tuan Guru Haji Abdullah Senik di Pondok Padang Pasir
Mas Kelantan dan kemudian berhijrah ke Lenggong bersama
isterinya dan menetap terus di Perak.

14
MUTIARA DI TENGAH MATA

Bapa mertuanya iaitu Haji Yusuf pula adalah seorang guru


agama dan sebelum itu pernah belajar agama di Pondok
Sungai Pinang kepada Tuan Guru Haji Abdul Malik bin Haji
Hasan. Menurut cerita sejarah daripada mertuanya (Haji Yusuf),
beliau (Sheikh Mahmud Nasri) berhijrah dan menetap di
Lenggong selepas pembukaan Daerah Hulu Perak, Kelantan
dan Pahang yang dilakukan oleh Tuan Guru Sheikh Abdul
Rahman Jabat ayahanda kepada Tuan Guru Sheikh Mohd
Taib.

Ini disebabkan kerana Daerah Hulu Perak, Kelantan dan


Pahang pada ketika itu adalah kawasan yang berbahaya bagi
orang Fathani Kelantan, Jawa dan Sumatera kerana Daerah ini
dikuasai oleh ‘Raja Berempat’ iaitu raja bagi Kaum Orang-
Orang Asli yang berpusat di Lojing yang mana sesiapa sahaja
yang memasuki kawasan dan Daerah itu akan diganggu oleh
binatang-binatang buas yang dipuja oleh mereka. Setelah
Sheikh Abdul Rahman Jabat membuka kawasan dan Daerah
itu, maka Daerah itu menjadi selamat dan kisah ini
meninggalkan kesan sejarah di kawasan Hulu Perak, Kelantan
dan Pahang dengan lambang Gajah Putih iaitu binatang
tunggangan Sheikh Abdul Rahman Jabat atau dikenali dengan
panggilan Tengku Abdul Rahman Tok Tama.

Tiada berapa lama selepas perkahwinan beliau dan beliau


merasai hasratnya dan amanah gurunya belum dilaksanakan,

15
MUTIARA DI TENGAH MATA

maka Sheikh Mahmud Nasri pun mengambil keputusan untuk


berhijrah ke Negeri Kedah semula untuk menunaikan hasratnya
dan amanah gurunya. Maka pada awal tahun 1932M beliau
berhijrah ke Negeri Kedah serta berhasrat membuka pondok
sendiri dan kawasan yang ditujui oleh beliau ialah sebuah rimba
yang baru diterokai oleh penduduknya yang mana mereka tidak
mempunyai guru yang boleh mengajar mereka tentang ilmu-
ilmu agama.

11. Membuka Madrasah Misbahus Salam.

Pada 12 Rabi’ul Awal 1351H bersamaan 15 Ogos


1932M, beliau berhijrah ke Kampung Lanai dalam daerah
Baling, Kedah Darul Aman. Kampung Lanai pada ketika itu
adalah merupakan sebuah kawasan yang masih baru yang
mana ianya meliputi hutan dan rimba yang belum diterokai dan
hanya didiami oleh beberapa buah rumah keluarga sahaja. Di
kawasan inilah pada pendapatnya seperti yang disifatkan oleh
gurunya (Sheikh Muhammad Yusuf Al-Kenali) untuknya mene-
tap dan membuka pondok.

Oleh kerana Kampung Lanai pada ketika itu adalah


merupakan sebuah perkampungan yang baru dibuka sebagai
kawasan penempatan, maka penduduk-pendu-duk kampung
tersebut terpaksa berjalan kaki sejauh lebih kurang 15 batu bagi
tujuan mengerjakan Solat Jumaat, di sebuah masjid di
Kampung Padang. Bermula dari sinilah beliau, (Sheikh

16
MUTIARA DI TENGAH MATA

Mahmud Nasri) merasai amat sesuai untuk menetap di


Kampung Lanai lalu bersetuju bersama beberapa orang
penduduk setempat berusaha mendirikan sebuah madrasah
untuk digunakan sebagai tempat solat di samping belajar
agama dan memberi nama madrasah tersebut dengan nama
Madrasah Misbahus Salam.

Selepas pembukaan Madrasah Misbahus Salam itu,


Kampung Lanai dan kawasan yang berhampiran dengannya
menjadi terkenal. Maka ramailah masyarakat luar yang datang
berhijrah ke Kampung Lanai untuk menuntut ilmu pengetahuan
di pondok tersebut yang mana gurunya (Sheikh Mahmud Nasri)
adalah seorang murid kepada ‘ulama yang terkenal di Asia
Tenggara pada ketika itu iaitu Sheikh Muhammad Yusuf Kenali
Al-Kelantani.

Kampung Lanai yang sebelumnya adalah merupakan


sarang segala khurafat (hutan belantara), akhirnya menjadi
terkenal sebagai sebuah ‘kota ilmu’ pengetahuan Agama Islam.
Maka masyhurlah di dalam Negeri Kedah nama Kampung
Lanai disebabkan adanya Pondok Lanai dan semakin bertam-
bah masyarakat yang datang serta menetap di Kampung Lanai
terutamanya di Pondok Lanai. Apabila masyarakat Lanai men-
jadi semakin banyak, maka pada tahun 1938 M, Madrasah
Misbahus Salam serta tapaknya itu sekali menjadi kawasan
masjid dan tanah perkuburan qariah Lanai dan Madrasah

17
MUTIARA DI TENGAH MATA

Misbahus Salam berpindah ke Kampung Caruk Salang kira-kira


3 batu dari tapak Pondok Lanai yang asal.

Boleh dikatakan hampir kesemua pelajar yang tinggal


menetap di tapak asal Pondok Lanai turut berhijrah bersama
guru mereka (Sheikh Mahmud Nasri) ke pondok barunya di
Caruk Salang. Tiada berapa lama selepas itu yakni pada tahun
1940M di Negeri Kedah berlaku darurat yang mana penaklukan
tentera Jepun keatas Tanah Melayu. Selepas itu pergerakan
Komunis memerintah menyebabkan berlakunya peperangan,
kecurian rompakan, samun di sana sini, kekurangan mendapat
bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian, perusahaan pertanian
dimusnahkan dan sebagainya menyebabkan pelajar-pelajar di
pondok tersebut terpaksa meninggalkan tempat pengajian me-
reka atas dasar keselamatan disamping mencari bekalan maka-
nan dan tidak kurang juga hampir separuh daripada pelajar-
pelajar tersebut yang mengambil keputusan untuk pulang ke
kampung halaman masing-masing.

Selepas penyerahan tentera Jepun, datang pula tentera


Komunis dengan tujuan yang sama seperti tentera Jepun. Dan
pada masa itu beliau (Sheikh Mahmud Nasri) menumpukan
perhatiannya kepada usaha memulihkan semula keamanan
negara manakala di bidang pertanian, beliau mengusahakan
sawah padi di kawasan Sungai Tembak sebagai sumber
makanan hariannya.

18
MUTIARA DI TENGAH MATA

12. Semasa Darurat 1940

Dalam memulihkan semula keamanan negara, beliau


mempunyai hubungan yang baik dengan Tuan Guru Haji Yahya
Taha Kampung Pisang, Kupang, Baling, Kedah. Satu kisah
yang berlaku semasa darurat di zaman Komunis bilamana
Pegawai Daerah Baling iaitu Tuan Syed Abu Bakar telah
ditangkap oleh Tentera Komunis dan dibawa ke kem Komunis
di Kampung Dalam Wang Bawah Gunung, Baling dan diikat
seluruh badannya. Selepas itu Tentera Komunis telah meng-
gali sebuah lubang kubur untuk menanam Syed Abu Bakar
hidup-hidup, ketika itu kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Kedah, Sultan Badlishah telah memohon pertolongan daripada
Tuan Guru Haji Yahya Taha untuk menyelamatkan Syed Abu
Bakar.

Tuan Guru Haji Yahya Taha segera menubuhkan satu


pasukan penyelamat yang mana menurut cerita seramai 125
orang. Dengan diketuai oleh Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri
Osmani, Tuan Haji Daud Bongor, Tuan Haji Ahmad Bok Bak,
anggota pasukan penyelamat tersebut segera berangkat
dengan misi menyelamatkan Syed Abu Bakar. Menurut cerita
Komunis, daripada sejumlah 125 orang anggota pasukan
penyelamat yang menyertai misi tersebut, hanya tiga orang
sahaja yang berjaya sampai untuk menyelamatkan Syed Abu
Bakar dan dianggarkan seramai 600 orang Tentera Komunis
dengan diketuai oleh Cheng Peng dan beberapa orang Melayu.

19
MUTIARA DI TENGAH MATA

Tentera Komunis hanya menyedari kedatangan pasukan


penyelamat tersebut apabila tali yang diikat oleh tentera
Komunis pada badan Syed Abu Bakar telah dibuka, pada ketika
itu mereka sedang mengepung. Dalam keadaan yang demikian
itu, pasukan penyelamat tersebut telah memohon kepada
Cheng Peng untuk membawa keluar Syed Abu Bakar daripada
tempat tersebut dan Cheng Peng telah mengizinkan mereka
untuk beredar. Keadaan bertukar menjadi sebaliknya selepas
pasukan penyelamat beredar dari tempat tersebut kira-kira 40
meter, bilamana Cheng Peng telah mengarahkan tenteranya
menembak pasukan penyelamat tersebut.

Selama hampir 30 minit berlakunya kejadian tembak


menembak, akhirnya pasukan penyelamat tersebut dapat
menyelamatkan diri bersama dengan Syed Abu Bakar dan
berjaya membawa keluar Syed Abu Bakar seterusnya
menyerahkan kepada pasukan kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Sultan Badlishah bersama Tuan Guru Haji Yahya Taha
yang sedang menunggu di Kampung Caruk Bemban, Kupang.
Tempat penyerahan tersebut sekarang ini telah dibina sebuah
sekolah menengah dan dikenali dengan nama Sekolah
Menengah Syed Abu Bakar, Baling.

Tidak lama kemudian tentera Komunis telah menyerah


kalah, tentera British menguasai semula dan akhirnya kea-
manan Tanah Melayu telah kembali pulih seperti biasa.

20
MUTIARA DI TENGAH MATA

13. Pembukaan Madarasah Misbahul Falah

Madrasah Misbahul Falah telah ditubuhkan pada hari ahad


12 Rabiul`awal 1377 bersamaan 6hb Oktober 1957. Madrasah
ini ditubuhkan hasil sepakatan diantara Tuan Haji Abu Bakar
iaitu bapa mertua kepada Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Soleh
dan penduduk tempatan serta kerjasama daripada Tuan Guru
Sheikh Mahmud Nasri Osmani.

Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Soleh adalah anak kelahiran


Kelantan yang berasal dari Daerah Pengkalan Chepa Kota
Bharu, Kelantan. Beliau adalah merupakan anak murid kepada
Tuan Guru Haji Yahya Taha Kampung Pisang kemudian melan-
jutkan pelajaran ke Makkatul Mukarramah dan berguru kepada
beberapa orang Tuan guru di sana seperti Tuan Guru Sheikh
Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir (Pak Da’el), Sheikh Mukhtar
Abdul Malik Kudri Al-Makki, Sheikh Abdul Qadir bin Abdul
Muthalib Al-Mandili dan Sheikh Muhammad Daud Sulaiman Al-
Kelantani Al-Makki.

Sekembalinya beliau dari Makkatul Mukarramah bersama


isteri dan anak-anaknya setelah beliau selesai menuntut ilmu
pengetahuan dengan berbekalkan dengan keazaman yang kuat
beliau berhasrat pula untuk membuka sebuah pusat pengajian
bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan Agama Islam
kepada anak bangsanya. Atas kehendak ayahandanya Tuan
Haji Abu Bakar, Tuan Guru Sheikh Omar Zuhdi mengambil

21
MUTIARA DI TENGAH MATA

keputusan menetap di Banggol Berangan Lanai, Kupang,


Kedah serta membuka pondok pengajian di atas nama
Madrasah Misbahul Falah.

Menurut perancangan awal, pembukaan Madrasah


Misbahul Falah akan dirasmikan oleh kebawah Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Sultan Kedah Sultan Badlishah pada 12
Rabiul`awal 1377 hari kelahiran Baginda Nabi Muhammad
SAW bersamaan 6hb Oktober 1957. Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Sultan telah bersetuju berangkat serta berkenan
melawat mengishtiharkan pembukaan Madrasah ini ditetap
sempena dengan hari Sambutan Maulidir Rasul pada tahun
1377 hijrah. Penduduk tempatan pula telah menubuhkan
jawatankuasa urusetia sambutannya dan segala persiapan
telah diatur termasuklah majlis kenduri dan sebagainya, datang
satu berita yang mengatakan bahawa Baginda Sultan Kedah
telah mangkat. Maka dengan berita tersebut, pihak pengurusan
Madrasah telah mengadakan satu upacara majlis tahlil bersem-
pena dengan kemangkatan Sultan Kedah dan Madrasah
Misbahul Falah kemudiannya dirasmikan sendiri oleh Tuan
Guru Haji Omar Zuhdi Soleh.

Madrasah Misbahul Falah terus berkembang mengikut


manhaj yang telah disediakan oleh Tuan Guru Haji Omar Zuhdi
yakni mengikut sistem pengajian Nizhomi dan Umumi. Sistem
pengajian Nizhomi adalah sistem pengajian kelas bermula
tahun I’dadi hingga ke Thanawi. Manakala sistem pengajian

22
MUTIARA DI TENGAH MATA

umumi pula adalah pengajian kitab-kitab Turoh yakni dari kulit


ke kulit. Sistem pengajian Nizhomi dan Umumi yang dijalankan
di Madrasah Misbahul Falah ini mendapat sambutan yang
sangat baik di kalangan masyarakat pada ketika itu dahagakan
ilmu pengetahuan agama dan ianya masih berjalan
sehinggalah sekarang ini.

Manakala Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri Osmani pula


telah mendirikan sebuah Madrasah dengan mengekalkan nama
Madrasah Misbahus Salam di rumahnya berhampiran dengan
madrasah tersebut. Di samping itu beliau juga membantu
mengajar kitab-kitab Turoh secara Umumi kepada mana-mana
pelajar yang berada di Madrasah Misbahul Falah yang gemar
menuntut ilmu kepadanya.

14. Gerak Seni Silat Abjad.

Gerak Seni Silat Abjad yang diperkenalkan oleh Tuan


Guru Sheikh Mahmud Nasri Osmani adalah sebagai ganti
nama kepada nama asal Amalan Khalifah Pusaka Wali
Agama Islam dan amalan ini beliau terima daripada gurunya
Sheikh Yusuf Kenali dan menerima Latihan Langkahan
Hulubalang Rohani/Jasmani daripada gurunya Sheikh
Muhammad Taib bin Tuan Guru Sheikh Abdul Rahman
Jabat. Adapun sebab beliau memperkenalkan di atas nama
Gerak Seni Silat Abjad ini mengikut cerita beliau sendiri ialah
kerana pada masa itu beliau melihat sendiri akan kedudukan

23
MUTIARA DI TENGAH MATA

umat Melayu Islam yang terumbang ambing mencari


perlindungan setelah Negara menghadapi kelompok perkaum-
an hasil percatuan parti, politik, pertubuhan-pertubuhan suka-
rela, badan-badan masyarakat dan orang perseorangan
sehingga berlakunya pertumpahan darah yang dikenali dengan
peristiwa 13 Mei 1969, dan pada ketika itu lahirlah berbagai-
bagai ajaran syirik, khurafat dan bid’ah (dikehendakki di sini
ialah bidaah dholalah haram yang menjadi murtad dan munafiq
atau bidaah dholalah karahah yang menjadi zalim dan fasik)
yang berlaku secara berleluasa dalam masyarakat umat Melayu
Islam di Negara kita.

Tersebut di dalam kitab Manhalush Shafi karangan Syeikh


Daud bin Abdullah Al-Fathani bahawa tiada perkara yang lebih
besar daripada bahaya kufur melainkan bahaya bid’ah yang
dilaknat oleh Allah S.W.T. akan orang-orang yang berbuat akan
dia”. Seperti mana sabda Nabi S.A.W.:

ِ‫ﻣﹶ ﹾﻦﺃَ ﹾﺣﺪﹶﺙﹶ ﺣﹶﺪﹶﺛًﺎﻓَﻌﹶﻠَﹾﻴﻪِﻟَ ﹾﻌﻨﹶﺔُ ﺍﻪﻠﻟ‬


Maksudnya:

“Barangsiapa mengada-ngadakan sesuatu pekerjaan yang


tiada ia pada agama, maka Allah S.W.T. melaknat keatasnya”.

Maka pada ketika itu telah melihatlah oleh beliau akan


berbagai-bagai macam ragam ilmu, amalan wirid dan jampian

24
MUTIARA DI TENGAH MATA

yang diada-adakan yang tiada pada asal agama, sebab telah


menyangka mereka itu dengan jahilnya bahawa boleh memberi
bekas oleh segala sesuatu yang lain daripada Allah Ta`ala
dengan waham dan khayal yang fasiq, dengan istidraj Allah
Ta`ala akan mereka itu bahawa boleh memberi manfaat akan
dia supaya mencapai kehendak mereka itu akan perkara
mencarik adat di dalam perkara agama bagi mereka itu, antara
perkara-perkara yang diada-adakan ialah umpama lahirnya
beberapa kumpulan yang mengadakan kaedah atau petua
mengikut logik akal (tahsinul aqli) antaranya :

a. Mengadakan Petua atau satu kaedah bersumpah


atau Mubai’ah bertujuan mencari kekuatan atau hikmah
yang mencarik adat.

b. Mengadakan petua atau kaedah yang disertakan


dengan pantang larang yang menepati hukum syara’
samada harus atau haram.

c. Mengadakan petua atau kaedah marah atau dimarahi


bagi menzahirkan sesuatu perkara hikmah luar biasa atau
mencarik adat.

d. Mengadakan petua atau kaedah yang mesti


berpegang kepada kebesaran ayat, wirid, jampian doa,
azimat, tangkal dan lain-lain yang zahir semata-mata atau
berpegang kepada mana-mana I’tiqad Qadariah, Jabariah,

25
MUTIARA DI TENGAH MATA

Mu’tazilah atau istilah baru sekularisme, orientalisme,


kapitalisme dan sosialisme.
e. Mengadakan sesuatu perkara yang tiada tahu akan
asal usulnya dari mana, di mana dan ke mana.

Menyedari betapa gemarnya kehendak umat Melayu


kepada kekuatan dan kebenaran Islam itu sendiri sepertimana
firman Allah Ta`ala:

‫ﻢ ﻋﹶﹾﻨﻪﹸﻓَﺎنْﺘَﻬﹸﻮﹾﺍ‬
‫ﻭﹶﻣﹶﺂﺃَﺗَﻜُﻢﹸ ﺍﻟﺮﱠﺳﹸ ﹾﻮﻝُﻓَﺨُﺬُ ﹾﻭﻩﹸ ﻭﹶﻣﹶﺎنَﻬﹶﻜُ ﹾ‬
Mafhumnya:
“Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasullullah
kepada kamu maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa
jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah
larangannya”. (Al-Hasyar ayat 7)

Gerak Seni Silat Abjad diperkenalkan adalah sebagai ganti


nama kepada Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam, yang
diwarisi daripada gurunya Sheikh Yusuf Al-Kenali Al-Kelantani,
serta menerima latihan Ilmu Rahsia dan Petua Hikmah
Langkahan Hulubalang Khalifah Allah, daripada gurunya
Sheikh Muhammad Taib bin Tuan Guru Haji Abdul Rahman
Jabat yang berwasilah rabitah kepada Nabi Muhammad S.A.W.
iaitu yang sampai kepada Hakikat Tauhid serta yang sah
i’tiqadnya dan muafakat pula i’tiqadnya itu bagi Ahli Sunnah
dan berjalan pada zahirnya dengan Syariat yakni muafakat

26
MUTIARA DI TENGAH MATA

pada zahir dengan Syariat Muhammadiah dan batin pula


dengan Tariqat Ahmadiah yang dikehendaki di sini ialah
perjalanan yang mengikut perjalanan yang bercontoh dengan
Nabi Muhammad S.A.W. hingga merdeka ia daripada segala
barang yang lain daripada Allah dan kepada Allah Ta`ala jua.

Adapun bagi setiap mereka yang bersilat itu ataupun bagi


sesiapa yang mempelajari Gerak Seni Silat Abjad mestilah
menerima talqin ucapan Dua Kalimah Syahadah serta mem-
fardhukan Islam ke atas diri bertujuan memelihara segala
anggotanya pada gerak dan diam barang yang di antaranya
dan di antara suruhan Allah Ta`ala.

Maka lahirlah kekuatan ke atas dirinya bagi menjaga


maruah agama, diri, keturunan, harta benda dan tanah air.
Maka bagi setiap persilat itu sudah tentu ia tolak atau buang
akan lima perkara yang diada-adakan, yang tiada pada asal
agamanya umpama lima perkara yang telah disebut
terdahulunya dan ia akan berusaha dengan bersungguh-
sungguh tumpuan menegakkan lima perkara berikut:

a. Iman yang teguh serta beradab mukmin.

b. Sejahtera diri, keluarga, masyarakat dan tanah air.

c. Melazimkan ihsan pada rohani jasmani di setiap


tempat, waktu dan masa.

d. Menjadi umat yang diterima.

27
MUTIARA DI TENGAH MATA

e. Mati dalam kebajikan (husnul khatimah).

Dan hendaklah ia melazimkan akan lima perkara:

a. Membuat kaifiat adab sebelum melaksanakan apa-


apa kerja atau amalan atau latihan.

b. Mengambil langkahan Sunnah atau langkahan


hulubalang mempertahankan diri.

c. Membaca Al-Quran, solat sunat, puasa sunat atau


apa-apa zikir, wirid yang telah disusun oleh ‘ulama muk-
tabar yang ahli pada babnya sebagai zikir taqarrub.

d. Membaca Al-Fatihah hadiah sebagai tabarruk.

e. Menghadiri majlis pengajian agama Islam dengan


rupa mengajar, belajar, mendengar, muzakarah, muta-
la’ah, muraja’ah dengan mereka yang ahli pada babnya
sekiranya ada masalah yang dihadapi atau di musykili.

28
MUTIARA DI TENGAH MATA

KATA-KATA WASIAT

Banyak barang tiruan dalam pasaran,


Barang asli dalam rumah ahli,
Dapat beza dalam majlis tandingan,
Datang benar hancur binasa yang bathil,
Benar tetap benar, bathil tetap bathil,
Datanglah kepada kami jika mahu barang yang asli,
Tiada menjadi korban pengorbanan,
Tiada dimahkotakan pahlawan,
Nafsu tujuh rupa tujuh martabat,
Taulannya di luar diatas, rupanya baik atau jahat,
Tiap-tiap bergerak ditanya guru asal,
Dosa pahala dikira melaluinya,
Tiada guru syaitan mengaku jadi guru,
Ahli Sufi palsu berbagai ragam ratib jampian,
Lumrah insan kalah pakai menang beli.

29
MUTIARA DI TENGAH MATA

Wahai Saudara,

Pesananku jadikan kepercayaan dan jaminan,


Jalan segera dekat selamat,
Terima dan amal wasilah rabitah asal barang yang
seumpamanya,
Tiada bicara barang mana permainan atau aurad lisan jangan
menyimpang daripada jalan,
Pasti pangkat yang sama atau yang lebih tinggi,
Hadir majlis pengajian mahir serta beramal ilmu asas,
Mengaku murid bagi Muhyiddin, Khidir dan Rasullullah,
Tiada perlu takut, syak, zhon dan waham walau diatas barang
mana alasan,
Yang demikian wasilah rabitah a`la hadratutullah,
Setiap waktu masa berjalan,
Pertolongan segera daripada kejip mata selagi tiada maqtuq
Semua cair beku jadi bala tentera taat serta sujud,
Jika lautan api dihadapan,
Lautan bisa di kanan,
Lautan salji beracun di kiri,
Ribut taufan melanda dari belakang,
Air bah keluar dari bawah,
Gunung masyriq Maghrib di atas kepala,
Musuh disegenap jihak menerpa,
Bilangan mereka seumpama pasir di pantai buih di laut,
Jangan gentar tiada mudharat walau apa kelakuan,

30
MUTIARA DI TENGAH MATA

Jadi sia-sia hancur binasa sebelum kejip mata,


Tiada hisab umpama biasa di akhirat,
Walau beberapa banyak dosa tiada taubat,
Maha nyata berkat keagungan mereka melimpah rata-rata,
Bertuah selagi berpegang teguh tiada lekang mengaku murid
bagi mereka,
Pekerjaannya Pekerjaan mereka ialah pekerjaan Allah,
Tiap-tiap lulus baginya lulus bagi mereka,
Al-kaun dan mukawwin kepercayannya
Hidup merdeka bahagia sepanjang masa,
Jika cuba jahat adab walau dalam apa jua,
Akan dikaram dalam lautan angan-angan tipu daya syaitan,
Mati seumpama sekam padi dimakan api atau garam kena air
mutlak.
Maqtu’ wasilah dengan mereka dan maha agung,
Semua pemberian dirampas iman dicabut,
Selagi tiada dirujuk dan memperbaharui talqin dan taubat
nasuha,
Tiada kurnia seperti ini daripada rabbul ‘alamin,
Melainkan yang mengaku murid,
Menjalani jalan mereka dan hilang mazmumah.

‫ﻭﺻﻞ ﺍﻪﻠﻟ ﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪنﺎ ﳏﻤﺪ ﻭﻋﻠﻰ ﺃﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ ﺃﲨﻌﲔ ﻭﺍﳊﻤﺪﻪﻠﻟ ﺭﺏ ﺍﻟﻌﻠﻤﲔ‬

31
MUTIARA DI TENGAH MATA

AULIYA’ ALLAH TA`ALA


Qutub Iaitu Ketua

Ialah satu perkataan yang dibuat panggilan kepada sese-


orang itu yang dia juga sentiasa berada di dalam perhatian
Allah Ta`ala pada setiap masa dan zaman, dia itu yang dianu-
gerahkan oleh Allah Ta`ala akan Ilmu Laduni. Dia dapat
bergerak ke segenap penjuru alam seperti roh atau nyawa
seseorang itu bergerak keseluruh anggota badannya. Pergera-
kan itu secara zahir ataupun secara batin.

Adapun neraca yang dapat dibuat pertimbangan dengan-


nya iaitu pengetahuan secara Laduni itu. Pengetahuan itu
adalah mengikut pengetahuan Allah Ta`ala. Maka dengan itu
apa yang dikatakan dan apa yang diteroka olehnya adalah
benar dan berlaku.

Qutub ini bukan hanya seorang sahaja malah ia banyak


dan ia adalah mengikut pergantian banyaknya jenis wali dan
mengikut pergantian zaman dan dia juga dinamakan dengan Al-
Ghaus.

QUTUB AL-AQTHAB
Ketua Dari Segala Ketua

Ialah satu perkataan yang dibuat panggilan daripada batin


kenabian Muhammad S.A.W., tiada penyudah bagi kewalian
dan tiada Qutubul Aqtab melainkan tertentu kepada bathin

32
MUTIARA DI TENGAH MATA

kenabian Muhammad S.A.W. sahaja. Dialah juga yang


dinamakan Qutbiyatul Kubra iaitu qutub yang teragung.

WALI AL-AUTAD
Paku/Paku Alam

Ialah satu panggilan ibarat untuk empat orang wali yang


berada pada empat penjuru alam, Autad Utara, Autad Selatan,
Autad Timur, Autad Barat. Tiap-tiap seorang dari mereka
mempunyai tugasnya masing-masing di bahagian yang tersebut
dan salah seorang dari mereka adalah dari Wali Qutub (ketua).

WALI BUDALA/AL-ABDAL
Ganti

Ialah satu panggilan ibarat untuk sembilan orang wali yang


kesemuanya mempunyai kesempurnaan dan kelebihan yang
tetap dalam musyahadah akan Alah Ta`ala. Mereka telah
keluar dan lepas dari garis-garis waham dan khayal. Kata
setengah ulama`, mereka sebanyak empat puluh orang, mana-
kala setengah ulama` yang lain pula mengatakan mereka ini
sebanyak tiga puluh orang dan salah seorang daripada mereka
adalah Wali Qutub (ada seorang ketua). Andaikata sekiranya
mati salah seorang daripada mereka, maka kematiannya tidak
dapat diketahui oleh manusia awam (kebanyakan) dan Allah
Ta`ala akan menggantikan pula dengan yang lain tiada dijadi
kurang.

33
MUTIARA DI TENGAH MATA

WALI AN-NUJABAK
Yang Terpuji Dan Yang Termulia

Ialah satu panggilan ibarat kepada orang yang berperibadi


mulia, dia berperangai dengan perangai ketuhanan ‘Akhlak
Ilahiyah’ ertinya perangainya sudah dijamin dan diakui oleh
Allah Ta`ala iaitu akhlak ‘mahmudah’. Mereka bertugas
menanggung beban makhluk dan bencana mereka. Andainya
satu mala petaka yang diturunkan atau yang akan diturunkan
kepada makhluk, maka merekalah orang yang pertama berdoa
kepada Allah Ta`ala supaya bencana itu diangkat dan
dihindarkan. Mereka terdiri daripada manusia yang berperibadi
mulia serta mendapat Ma’rifah (pengenalan) yang bersih.

Mereka tiada mengharap kepada yang lain dan hati


mereka tiada memandang kepada yang lain hanya kepada
Allah Ta`ala semata-mata. Mereka ini bekerja memerahkan
tenaga dengan doa dan sebagainya adalah untuk kepentingan
orang lain, bukan untuk diri mereka dan mereka terkenal
dengan banyak sabar dan redha.

WALI AN-NUQABAK
Ketua Kecil @ Jawatankuasa

Iaitu satu panggilan ibarat daripada orang yang sudah


keluar daripada tekanan nafsu keji (amarah bissu’) disebabkan
oleh kuat mujahadah, banyak beribadat, zuhud dan mengo-

34
MUTIARA DI TENGAH MATA

songkan hati daripada memandang adanya usaha tenaga


sendiri. Bilangan mereka ini ialah sebanyak tiga ratus orang
dan mereka terkenal dengan banyak tawakkal kepada Allah
Ta`ala di dalam segala urusan. Tiap-tiap satu nama wali itu
masing-masing mempunyai Qutub (Ketua). Andainya mati sa-
lah seorang dari semua jenis wali-wali itu, maka Allah Ta`ala
ganti dengan yang lain pula yakni hilang seorang, ganti seorang
dan begitulah berkekalan seterusnya, tetapi tiada seorang pun
yang tahu atau kenal wali ini melainkan sesama mereka sahaja.

AL-IMAMAIN
Dua Imam/Dua Ikutan

Mereka ini ialah dua orang sahaja. Mereka bertugas


selaku setiausaha yakni yang satu bertugas di pihak kanan
Qutub dan yang satu lagi bertugas di pihak kiri Qutub.

Adapun yang di pihak kanan Qutub tugasnya ialah


sentiasa melihat pada alam malakut (alam ghaib) dan dialah
yang menggantikan Qutub dalam urusan yang bersangkut paut
dengan alam di sebelah sana.

Adapun yang disebelah kiri Qutub itu tugasnya sentiasa


melihat memerhati alam syahadah (alam nyata/alam
kebendaan) dan dialah sebagai pengganti Qutub di dalam
urusan yang bersangkut paut dengan alam di sebelah sini.

35
MUTIARA DI TENGAH MATA

RIJAL AHLILLAH
Lelaki Yang Terpuji/Ketua Daerah

Iaitu satu panggilan ibarat kepada orang yang telah keluar


dari tingkatan nafsu keji (amarah bissu’) disebabkan oleh kuat
mujahadah, zuhud dan banyak beribadat serta mengkosongkan
hati daripada memandang adanya usaha tenaga dirinya.
Rijalullah ini bilangannya ialah sebanyak tujuh puluh ribu orang
dan mereka terkenal dengan banyak tawakkal kepada Allah
Ta`ala. Segala urusan dan setiap mereka mempunyai Wilayah
atau Daerah masing-masing yakni setiap satu Rijalullah satu
Daerah baginya. Nama Rijalullah ini dipanggil Qutub Wilayah
tetapi tiada seorang pun yang tahu atau kenal Rijalullah ini
melainkan sesama mereka sahaja.

PENGERTIAN WALI

Iaitu mereka yang diperintahkan segala pekerjaan dan


alamat wali itu ialah mereka yang lemah lembut lidahnya, baik
perangainya, manis mukanya, murah nafsunya, sedikit
perbantahannya, menerima keuzuran orang yang salah
kepadanya dan sempurna kasih sayang atas segala makhluk
Allah Ta`ala. Kata Muhammad Ibnu Sahl Ibnu Athoillah
Rahimahullah Ta`ala alamat wali itu empat perkara:

a. Memelihara Sir antaranya dan diantara Allah Ta`ala.

36
MUTIARA DI TENGAH MATA

b. Memelihara segala anggotanya daripada barang


yang antaranya dan diantara suruhan Allah Ta`ala.

c. Menanggung kesakitan barang yang diantaranya dan


diantara segala makhluk Allah Ta`ala.

d. Meraikan segala makhluk atas kadar bersalah-


salahan akal mereka itu.

37
MUTIARA DI TENGAH MATA

SIAPA KEKASIH ALLAH

Bahawasanya harus diketahui bahawa segala wali itu ada


empat maqam atau pangkat:

a. Pangkat pengganti Nabi (Khilafah An-Nubuwwah)


Mereka ini terdiri daripada golongan ‘Ulama.

b. Pangkat pengganti Rasul (Khilafah Ar-Risalah)


Mereka ini terdiri daripada golongan wali-wali Abdal.

c. Pangkat pengganti Ulul ‘Azmi (Ulul ‘Azmi)


Mereka ini terdiri daripada golongan wali-wali Autad.

e. Pangkat pengganti Ulul Isthifa’ (Ulul Isthifa’)


Mereka ini terdiri daripada golongan wali-wali Qutub.

Bahawasanya harus diketahui juga susunan pemerintahan


para-para Auliya`(ahli rohani) ini tiada adalah kurangnya
dengan susunan pemerintahan dunia ini malahan lebih teguh
dan kuat lagi kerana lantaran pada alam rohani lebih banyak
musuh-musuh daripada alam kenyataan ini.

38
MUTIARA DI TENGAH MATA

Pemerintahan mereka juga mempunyai Perdana Menteri,


Menteri Kabinet, Setiausaha-Setiausaha, Wakil-Wakil dan Ahli
Jawatankuasa. Masing-masing mereka menyusun tugas men-
dirikan dunia bumi sebagai sebuah Negara. Mereka ini menjual
diri, harta, tenaga, masa dan hidup mereka seluruhmya dan
juzu’-juzu’nya kepada Allah Ta`ala dan Rasulnya Nabi Muham-
mad S.A.W sebagai Pengorbanan untuk Melaksanakan dan
Menegakkan Kedaulatan Kerajaan Iman, Islam, Ihsan, Pengor-
banan Diri dan Harta bagi menjaga kemuliaan (maruah) Agama
Islam, Diri, Keturunan, Harta Benda dan Tanah Air mengikut
ajaran Allah Ta`ala di atas muka bumi Allah Ta`ala yang fana
ini.

Begitulah susunan pemerintahan Auliya’ Allah Ta`ala


(para-para ahli rohani) yang terdiri dari Qutubul Aqtab, Autad,
Abdal, Nujabak, Nuqabak, Imamain dan Rijalullah. Mereka
semua menyusun untuk mentadbir serta mentarjihkan segala
tariqat dan mentashih segala wirid, jampian serta doa dan
susunan langkahan dan usaha kerja buat makhluk manusia
semuanya untuk menunaikan hak-hak kehambaan ke arah
mengenal dan musyahadah akan Allah Ta`ala dalam semua
tempat dan zaman dan mentadbirkan dunia bumi sebagai
sebuah negara terlaksana sepenuhnya di dalamnya, masyara-
katnya, kedaulatan kerajan Iman Islam Ihsan Pengorbanan Diri
dan Harta kepada Allah S.W.T. semata-mata.

39
MUTIARA DI TENGAH MATA

Mereka sentiasa mengawasi gangguan-gangguan yang


datang daripada musuh-musuh hati yang terdiri daripada maha-
raja nafsu dan profesor iblis yang sentiasa mencari peluang
untuk merubahkan kota akal dan hati jiwa.

Kita atau sesiapa juga akan dapat mencapai akan nikmat


kelazatan di dalam musyahadah akan Allah Ta`ala sekiranya
kita mahu untuk mencapainya. Akan tetapi percayalah bahawa
nikmat kelazatan musyahadah akan Allah Ta`ala itu tiada dapat
digambarkan oleh pengetahuan semata-mata dan tiada dapat
dilukis oleh mana-mana pena dan tiada dapat diisyaratkan oleh
apa-apa perkataan. Sesungguhnya ia akan dapat dirasai oleh
sesiapa yang telah berusaha untuk sampai kepadanya (musya-
hadah akan Allah Ta`ala) itu dengan perasaan dalam ilmu dan
amalnya kerana tiada diperolehi akan ilmu pengetahuan yang
banyak itu dengan tiada belajar.

Inilah perkara yang pernah dibangkitkan oleh Imam Al-


Ghazali dengan katanya: “hakikat ini jika aku nyatakan kepada
mereka, maka mereka akan memberi ta’wil kepadaku, dengan
ta’wil kafir, yakni mereka tiada akan percaya”. Sebab itu Imam
Al-Ghazali berkata kepada muridnya sebagai tolol, lantaran
muridnya bertanya kepadanya tentang hakikat ini, akan tetapi
beliau telah membuat perbandingan semula dengan mengata-
kan bahawa bukankah tolol namanya jika seseorang itu berta-
nya tentang bagaimana kelazatan jima’, kerana jika hendak
tahu hendaklah dirasai dengan sendiri, sebab jika diberitahu itu

40
MUTIARA DI TENGAH MATA

bukanlah hakikat kelazatan namanya, bahkan ia hanyalah se-


kadar pengetahuan sahaja, sedang orang yang mengetahui itu
tiada sama dengan orang yang pernah merasai.

Ya! Jika sekiranya seseorang itu telah putus azamnya


untuk sampai ke situ (musyahadah kepada Allah Ta`ala), insya
Allah ia akan dapat merasainya. Akan tetapi dengan adanya
pada diri syarat berikut:

Hendaklah ia menjalani tariqat, iaitu jalan yang telah dilalui


ahli sufiah yang muktabar yang benar-benar soleh dan mempu-
nyai wasilah dan robitah kepada Baginda Nabi Muhammad
S.A.W. semata-mata.

Andainya kita telah menjalani tariqat yang telah dipelajari


dari guru yang mempunyai susunan wasilah yang muktabar
dalam ilmu dan amalan robitah kepada Rasullullah S.A.W. serta
dengan adanya susunan zikir-zikir dan wirid-wirid yang tertentu,
maka bererti kita telah mempunyai perhubungan dengan guru
dikalangan ahli Sufi yang mempunyai wasilah mengikut
susunan sufiah kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Mereka itu yang akan memandu muridnya untuk sampai


kesana. Murid amat perlu kepada guru untuk mengasuhnya
dan membimbingnya kerana pada perjalanan itu banyak sekali
musuh-musuh yang akan mengganggu. Maka perhubungan
dengan gurunya yang ahli pada babnya itulah yang dikatakan
tawassul.

41
MUTIARA DI TENGAH MATA

Sebagaimana kita ingin menemui sultan, sedangkan kita


adalah orang kampung yang tiada tahu akan peraturan dan
adat istiadat istana, maka pada ketika itu amatlah perlu kita
kepada seorang pemimpin yang boleh membawa kita untuk
menemui sultan tersebut dan jika sekiranya tiada orang untuk
memandu, nescaya banyaklah masalah pada perjalanan itu
serta berkemungkinan akan ditimpa halangan buruk yang boleh
menyebabkan tiada sampai kita kepada menyatakan hasrat
atau tiada dapat mengadap sultan tersebut.

Sekiranya seseorang itu mempunyai keazaman yang kuat


untuk bermujahadah kepada Allah Ta`ala, sudah tentu ia akan
mencari jalan yang sebenarnya yang boleh menyampaikan ia
kepadanya dan ketika itu ia akan berusaha dengan sepenuh
tenaga yang ada padanya untuk mencapainya dengan
mengambil jalan yang paling selamat. Maka usaha pisah
untuk mencapainya itulah yang dinamakan murid.

Dari sinilah seseorang murid itu akan menempuh ber-


bagai-bagai percubaan dan merasai berbagai-bagai kelakuan
serta melazimi beberapa perkara untuk menjalankannya seperti
mengetahui dengan sebenar-benarnya kaedah-kaedah yang
telah ditetapkan umpamanya taubat, zuhud, tawakkal, qana’ah,
sabar, fana dan lain-lain lagi perkara yang mesti diikuti dan
dilalui oleh seseorang murid itu.

42
MUTIARA DI TENGAH MATA

PENGERTIAN MURID

Murid atau Salik ertinya ialah yang berjalan atau yang


berkehendak. Apabila dikatakan Murid atau Salik, maka pada
istilah ahli sufiah ialah orang yang dikurniakan oleh Allah Ta`ala
untuk berusaha pisah-pisah akan hatinya buat menjalani
kepadanya dan untuknya. Sebab itu orang yang ingin sampai
hatinya kepada musyahadah akan Allah Ta`ala hendaklah
melatih hatinya dengan menafikan segala kemahuan yang
dibangsakan kepada dunia kebendaan.

Kemudian langsung menyembunyikan dirinya untuk


beribadah, berzikir dan sebagainya bagi menyampaikan dirinya
kepada Allah Ta`ala secara zauq (perasaan) dan tiada lagi
secara pengetahuan iaitu beredar-edar ia disekitar Allah itu
tiada ada menyerupai suatu kuasa dan lain-lain lagi sedangkan
secara zauq (perasaan) tiada ada padanya, akan tetapi bagi
mereka yang menjadi murid itu telah mengikuti apa yang telah
diterangkan oleh Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta`ala Anhu
dan mereka itu (murid) telah merasai apa yang dinamakan Bab
Al-Asma’ iaitu merasai akan kelazatan dalam zikrullah, usaha
dan latihan mereka itu (murid) untuk musyahadah kepada Allah
Ta`ala dengan melalui kenikmatan berzikir, beribadat serta
pisahan hati.

43
MUTIARA DI TENGAH MATA

MAJZUB @ MURAD

Seperkara lagi yang perlu kita ketahui bahawa ada juga


setengah manusia yang diangkat terus sampai ke sana dengan
semata-mata limpah kurnia Allah Ta`ala. Tiada dengan pisahan
usaha dan tiada pula dengan bimbingan gurunya (ahli-ahli
kerohanian) yang tertentu. Orang itu dinamakan majzub
ataupun murad, perbandingannya ialah seperti ia di temui oleh
sultan itu sendiri dengan memegang tangannya lalu membawa
kehadapannya tetapi orang ini selalunya akan menerima
kesukaran atau kepayahan tatkala menurun nanti. Andainya ia
tiada mengawasi, maka ia akan menerima bencana ketika ia
bermohon diri kelak.

PENGAKUAN

Pengakuan saya sendiri selaku penulis tiada pernah


merasai segala-galanya itu dan boleh dikatakan saya juga
ketinggalan kiranya kerana kelazatan zikir pun belum dirasai
inikan pula kelazatan musyahadah akan Allah Ta`ala, akan
tetapi walaupun demikian saya yakin akan Allah Ta`ala maha
luas rahmatnya dan sama-samalah kita berusaha dan berdoa
supaya kita ini menjadi murid kepada mereka (ahli-ahli
kerohanian) yang benar-benar soleh serta nyata wasilah dan
robitah dengan ilmu dan amalnya yang menyampaikan
tambatan hati muridnya kepada Baginda Nabi Muhammad
Rasullullah S.A.W. dan diterima akan kita menjadi muridnya

44
MUTIARA DI TENGAH MATA

serta berada di dalam jamaahnya buat selama-lamanya. Amin


ya Robbal a`lamin.

KELAKUAN MENJALANI DIRI

Oleh itu marilah kita membicarakan fasal kelakuan yang


mesti dilalui dan percubaan yang harus di tempuhi serta yang
mesti dialami dan dilalui oleh seseorang murid yang ingin sam-
pai kesana untuk menjadi kekasih Allah Ta`ala.

Di samping itu kita juga perlu mengetahui akan syarat-


syarat bagi seseorang murid itu untuk menjalani diri kepada
Allah Ta`ala. Ketahuilah bahawa segala tunjang bagi mencapai
kebahagian dunia dan akhirat itu adalah berpusing di sekitar
sejauh mana bagi seseorang murid itu membina taqwa.

Taqwa adalah asas dan pokok serta jalan atau permulaan


pekerjaan ibadat dunia dan akhirat. Sesungguhnya kebajikan
dan kebaikan dunia dan akhirat tiada akan dapat dicapai begitu
juga dengan kejahatan dan kebinasaan tiada akan dapat ditolak
melainkan dengan adanya taqwa.

PENGERTIAN TAQWA

Taqwa adalah satu wasiat iaitu satu pesanan dari Allah


Ta`ala kepada manusia seluruhnya. Manusia dahulu, sekarang
dan akan datang serta banyak lagi keterangan dari ayat-ayat

45
MUTIARA DI TENGAH MATA

Allah Ta`ala yang telah memberi jaminan kepada orang-orang


yang bertaqwa. Firman Allah dalam Surah hujurat ayat 13.

‫ﻢ‬
‫ﻢ ﻋِﹾﻨﺪﹶﺍﻪﻠﻟِﺃَﺗْﻘَﺎﻛُ ﹾ‬
‫ﺍِﻥﱠﺍَﻛْﺮﹶﻣﹶﻜُ ﹾ‬
Mafhumnya:

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah Ta`ala itu


adalah orang yang lebih taqwa kepadanya”.

Allah Ta`ala telah menjadikan ukuran serta membuat


penilaian kemulian seseorang itu diatas kekuatannya, tiada
pada keturunannya, tiada pada harta kekayaan, tiada dengan
ilmu, tiada dengan kemegahan atau tiada dengan segala
perkara yang pernah dibuat penilaian oleh kebanyakan manu-
sia pada zaman ini. Sebab itu kemulian yang dibina di atas
asas taqwa ianya tiada boleh dirosakkan dan tiada dapat
dijejaskan oleh pemutaran zaman atau perubahan masa.

Bagi memastikan seseorang murid itu menjadi seseorang


yang benar-benar bertaqwa, ia mestilah meninggalkan segala
jenis dosa, serta menghalangkan diri dari segala jenis kema-
huan nafsu disamping mengawasi diri daripada tipu daya
syaitan.

46
MUTIARA DI TENGAH MATA

KEMAHUAN NAFSU

Andainya seseorang murid itu sentiasa menurut


kemahuan nafsunya, maka sampai bila pun dia tiada akan
dapat kebahagiaan kerana mengikut kemahuan nafsu adalah
pokok bagi segala kejahatan dan kebinasaan. Inilah yang
paling ditakuti oleh Rasullullah S.A.W sepertimana di dalam
sabdanya yang bermaksud: “seperkara yang paling ditakuti
sekali pada umatku ialah mengikut kemahuan nafsu, panjang
angan-angan. Kerana pada mengikuti kemahuan nafsu itu
adalah menjadi sebesar besar dinding diantara hamba dan
Allah S.W.T dan panjang angan-angan adalah melupakan hari
pembalasan”.

Dan tipu daya syaitan adalah merupakan perkara kedua


yang mesti diawasi kerana dialah sebagai pendukung nafsu.
Syaitan dapat masuk menyelinap kedalam badan manusia
seperti nafsu juga sepertimana yang diterangkan oleh nabi
Muhammad S.A.W didalam sabdanya yang bermaksud:
“sepertimana keinginan nafsu yang bercampur dengan darah
daging dan urat nadi manusia, maka demikianlah juga syaitan
itu dapat berjalan mengikut aliran darah serta bergerak masuk
kedalam daging seterusnya kejantung hati manusia”.

Jadi, untuk mengawasi dan menjaga kedua-dua musuh itu


dan untuk mendapat hakikat taqwa yang sebenarnya, maka
perlulah bagi murid itu berada pada ketiga-tiga jalan ini.

47
MUTIARA DI TENGAH MATA

JALAN MENUJU KEPADA ALLAH S.W.T

Pertama : Syariat Kedua : Tariqat Ketiga : Hakikat

Maka ketiga tiga jalan ini yang mesti menjadi landasan


utama bagi seseorang murid itu (iaitu orang yang berjalan untuk
sampai menuju kepada Allah S.W.T). Ahli-Ahli Kerohanian atau
Ulama`-Ulama` Sufi Muktabar telah membuat perbandingan
tentang ketiga-tiga perkara itu dengan katanya:

“Syariat adalah seperti kapal dan tariqat itu adalah seperti


lautan manakala hakikat itu adalah seperti permata yang dicari”.

Maka sesiapa sahaja atau mana mana murid yang mahu


dan berkehendakkan kepada permata tersebut, maka terpak-
salah ia mengharungi lautan seperti menempuh gelombang
ombak dan bahtera atau kapal adalah pokok utama yang mesti
disediakan bertujuan untuk mengharungi lautan yang besar itu.

Demikianlah juga bagi mana-mana murid atau sesiapa


sahaja yang mahukan Hakikat untuk sampai kepada Makrifah
Allah, maka terpaksalah mengharungi Lautan Tariqat dan tiada
dapat berada di Lautan Tariqat melainkan setelah sempurna
syariatnya. Maka, marilah kita mempelajari apakah dia Syariat,
Tariqat Dan Hakikat yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.

48
MUTIARA DI TENGAH MATA

PERTAMA : SYARIAT

Syariat ialah mengikutkan agama Allah S.W.T iaitu Islam


sepertimana yang dibawa datang awal oleh Nabi Muhammad
S.A.W dengan erti kata menunaikan segala perintah dan
suruhannya dan menjauhi serta meninggalkan segala
larangannya.

Maka di dalam perkara menunaikan segala perintah inilah


menjadi sebab menentukan hukuman keatas manusia dan jin
didalam Islam apabila sempurna akal, sihat ceria, terima seruan
Nabi Muhammad S.A.W dan sampai had taklif syara’ (baligh)
wajib mengucap Dua Kalimah Syahadah dengan menyem-
purnakan rukunnya, syarat serta sahnya dan mengetahui ia
akan perkara-perkara yang membatalkannya bagi memfardhu-
kan Islam keatas dirinya untuk memelihara serta menjaga
kemuliaan (Maruah) Agama Islam, Diri, Keturunan, Harta
Benda Dan Tanah Air. Sepertimana firman Allah S.W.T:

Baqarah ayat 138

‫ﺤﻦﹸﻟَﻪﹸ ﻋﹶﺒِﺪﹸ ﹾﻭﻥﹶ‬


‫ﺻِﹾﺒﻐَﺔُ ﺍﻪﻠﻟِ ﻭﹶﻣﹶ ﹾﻦﺃَ ﹾﺣﺴﹶﻦﹸﻣِﻦﹶ ﺍﻪﻠﻟِ ﺻِﹾﺒﻐَﺔُ ﻭﹶنَ ﹾ‬
Mafhumnya:

“Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: agama


Islam yang kami telah sebati dengannya ialah celupan Allah
(yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak

49
MUTIARA DI TENGAH MATA

Islam)! Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada


Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadanya jualah
kami beribadat”.

Iaitu Syariat yang sampai pada Maqam Hakikat Tauhid


serta yang sah i’tiqadnya itu bagi Ahli Sunnah dan berjalan
pada zahirnya jalan Syariat yakni muafakat zahir dengan Syari-
at Muhammadiah dan batinnya dengan Tariqat Ahmadiah (yang
dikehendaki disini ialah perjalanan yang bercontohkan kepada
Nabi Muhammad S.A.W pakaian zahir Uswatun Hasanah,
Rahmatun Lil Alamin, Makarimul Akhlak, Khuluqil Adzim hingga
merdeka ia daripada segala yang lain daripada Allah kepada
Allah Ta`ala semata mata.

Setelah murid itu menjalani akan jalan Syariat, dan


sekarang marilah pula kita mempelajari serta mengharungi
Lautan Tariqat pula.

KEDUA : TARIQAT

Tariqat ialah bagi memilih jalan yang lebih selamat pada


segala amalan dan segala pekerjaan serta meninggalkan
perkara-perkara yang dianggap menjadi kesamaran seperti
hendaklah kita memilih jalan Wara`. Wara` di sini bukanlah
bererti seseorang itu asyik memegang tasbih sahaja sehingga
tiada mahu ia berusaha dan bekerja sepertimana yang dikehen-
dakki oleh Syariat akan tetapi Wara` yang dikehendaki di sini

50
MUTIARA DI TENGAH MATA

ialah sepertimana yang telah dijelaskan oleh ulama. Imam Al-


Ghazali telah membahagikan Wara` itu kepada empat bahagian
iaitu:

a. Wara` Orang Kebanyakkan. Iaitu Wara’ bagi orang


yang meninggalkan segala perkara yang diharamkan oleh
Allah Ta`ala dan ini adalah Wara` orang yang sedang
berada pada darjat Syariat.

b. Wara` Orang Yang Soleh. Iaitu Wara` bagi orang


yang meninggalkan segala perkara yang samar-samar
hukumnya (syubhat) perkara ini jika dikerjakan tidaklah
menjadi salah bagi orang yang berada pada darjah Syariat
akan tetapi menjadi salah bagi orang yang berada pada
darjah Tariqat.

c. Wara’ Orang Yang Muttaqin (takut pada Allah Ta`ala)


Iaitu Wara’ bagi orang yang meninggalkan barang yang
tiada mengapa jika dikerjakan tiada jadi makruh dan tiada
pula Khilafu Aula ini adalah kerana takut luput (hilang)
barang yang diantaranya dan diantara Allah Ta`ala
daripada nur dan cahaya yang berada pada mata hatinya.

d. Wara’ Orang Yang Siddiqin (orang-orang yang benar)


Iaitu Wara’ bagi orang yang meninggalkan segala perkara
yang menyebabkan terasing diantaranya dan di antara
Allah Ta`ala daripada segala jenis perkara yang
membinasakan agama Allah Ta`ala dan hatinya.

51
MUTIARA DI TENGAH MATA

KETIGA : HAKIKAT

Apabila seseorang yang menjadi murid itu sampai kepada


tujuan makrifah Allah Ta`ala iaitu Musyahadah akan Nur Tajalli
Allah. Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa Tajalli itu barang
yang nyata bagi hati seseorang itu daripada cahaya Alam
Ghaib dan di sana dia dapat faham hakikat segala perkara,
seperti musyahadah akan Asma’ Dan Sifat dan juga Zat Allah
Ta`ala dan dapat memahami rahsia Al-Quran dan mendapat
yang tidak boleh dapat dengan usaha dan belajar.

Ketiga-tiga perkara itu tiada boleh terasing sama sekali


iaitu Syariat, Tariqat Dan Hakikat kerana Tariqat Dan Hakikat
tiada boleh betul dan boleh didapati dengan tiada adanya
Syariat. Begitu juga dengan Syariat, tiada akan adanya nilai
sekiranya tiada ada Tariqat Dan Hakikat.

Inilah sebabnya Ulama Muhaqqiqin berwasiat dengan


katanya:

“Syariat dengan tiada adanya Tariqat adalah kosong


manakala Tariqat dan Hakikat dengan tiada adanya Syariat
adalah tiada sah”

Seorang yang beriman itu meskipun tinggi darjatnya dan


dia sudah naik ke pangkat wali, maka tiada akan gugur daripa-
danya undang-undang Syariat. Dia wajib melaksanakan setiap

52
MUTIARA DI TENGAH MATA

perkara yang difardhukan ke atas dirinya sepertimana yang ter-


kandung dalam ucapan Dua Kalimah Syahadah.

Sesiapa yang menyangka bahawa apabila seseorang itu


telah menjadi wali atau telah sampai hatinya kepada Hakikat
Musyahadah akan Allah Ta`ala lalu digugurkan baginya segala
undang-undang Syariat, maka sesungguhnya sangkaan yang
demikian itu adalah sangkaan orang yang sesat dan ia menye-
satkan pula orang lain.

Sesungguhnya Nabi-Nabi pun tiada gugur perintah Syara’


daripadanya, masakan pula wali-wali yang darjahnya lebih ren-
dah daripada Nabi-Nabi ‘Alaihimus Solatu Wassalam itu sendiri.

Setelah mengetahui serba sedikit berkenaan dan kedudu-


kan Syariat, Tariqat Dan Hakikat, sekarang marilah kita menge-
tahui pula apakah perkara yang mesti dilakukan oleh seseorang
murid itu dan sesungguhnya perkara yang tiada asing lagi bagi
murid itu, terpaksalah ia mengikuti dan menghiasi dirinya
dengan segala perkara undang-undang Syariat kerana dengan
itu akan bercahayalah hatinya dan hilanglah kegelapan yang
bertapak di jiwanya lantaran ditutupi oleh najis maksiat.

Dan ketahuilah bahawa segala rupa kedurhakaan kepada


Allah Ta`ala itu adalah maksiat dan maksiat itu adalah satu
kegelapan iaitu zulmah dan zulmah itu akan mengalir masuk
(meresap) dan bertapak di hati. Begitulah juga dengan taat ia
itu segala perkara rupa Bakti kepada Allah Ta`ala itu adalah

53
MUTIARA DI TENGAH MATA

satu cahaya yang juga dapat mengalir masuk dan bertapak


dihati manusia.

Andainya cahaya Syariat sudah ada pada hati murid itu,


maka hati murid itu akan bercuaca dan ketika itu amat layaklah
bagi murid itu masuk dan berada di atas jalan (Tariqat) untuk
menuju dan sampai kepada Hakikat (iaitu Musyahadah akan
Allah Ta`ala) atau sampai kepada Allah Ta`ala.

Oleh yang demikian bolehlah difahami bahawa masuk


kepada Tariqat itu adalah bererti seseorang murid itu sedang di
dalam perjalanannya menuju kepada hakikat makrifat Allah
Ta`ala dan sesungguhnya bagi mereka yang telah sampai
hatinya dan amalan hidupnya kepada Allah Ta`ala itu baginya
adalah mempunyai Tariqat (jalan) yang tersendiri. Tariqat itu
ada namanya yang bermacam-macam dan berbagai-bagai lagi
diantaranya ialah:

a. Ada setengah orang yang hatinya sampai kepada


Allah Ta`ala dengan melalui wirid-wirid atau beribadat
dengan ibadat sunat.

b. Ada setengah orang yang lain pula hatinya sampai


kepada musyahadah akan Allah Ta`ala dengan menjadi
khadam gurunya yakni ahli-ahli Sufi atau berguru kepada
ahli-ahli sufi yang melazimkan pada babnya.

54
MUTIARA DI TENGAH MATA

c. Setengah orang pula yang hati mereka sampai


kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala dengan berusaha
bekerja menggunakan tenaga fikiran dan hasilnya peker-
jaan itu diletakkan semata-mata mengabdikan diri kepada
Allah Ta`ala serta dimanfaatkan pula kepada yang
memerlukannya.

d. Setengah orang pula hatinya sampai kepada


Musyahadah akan Allah Ta`ala melalui mengajar, mendi-
dik, menunjukkan manusia dengan ilmunya yang benar-
benar faham diatas Aqidah, Akhlak, Pengorbanan Diri dan
Harta serta membina manusia mengikut contoh Nabi
Muhammad S.A.W. dalam ilmu dan amalnya baik dari segi
hak-hak kehambaan mahupun hak-hak ketuhanan dan
bermacam-macam lagi akan tetapi yang akhir inilah yang
paling utama kata Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta`ala
‘Anhu.

Orang yang termasyhur dikalangan penghuni langit


dengan nama Azhima (iaitu mempunyai darjat kebesaran dan
keutamaan) kerana ianya tiada ubah seperti matahari lantaran
dirinya bercahaya (cerah) dan memberi cahaya kepada orang
lain atau dengan kata perumpamaan yang lain ialah tiada ubah
ia sepertimana kasturi lantaran dirinya sudah harum dan
mengharumkan orang lain pula.

55
MUTIARA DI TENGAH MATA

JALAN YANG DEKAT MENUJU KEPADA ALLAH TA`ALA

Oleh itu marilah kita mengetahui pula apakah jalan yang


dekat (Tariqat) untuk kita sampai kepada Musyahadah akan
Allah Ta`ala mengikut kaedah Ahli-Ahli Sufi yang lazim pada
babnya.

Pada ghalibnya bagi seseorang itu hendaklah memper-


baiki dirinya mengikut asal kejadian alam dan manusia sebagai
Khalifah Allah Ta`ala diatas bumi, iaitu bermula dari permulaan
noktah (tempat memulakan sesuatu) iaitu yang sempurna
mukallaf serta menerima talqin ucapan Dua Kalimah Syahadah
dan menfardhukan Islam keatas dirinya serta sedia ia menjaga
memelihara dan mempertahankan kemulian (maruah) Agama,
Diri, Keturunan, Harta Benda dan Tanah Airnya daripada
segala seterunya dan seteru Allah Ta`ala.

Pada ghalibnya seseorang murid yang benar-benar men-


jalani tariqat untuk menyampaikan dirinya kepada Haqiqat sana
itu akan menempuh sembilan perkara, yang menjadi pokok
peraturannya dan tiada dapat tiada bagi sesiapa jua yang ingin
hatinya sampai kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala perlu
menempuh kesembilan-sembilan pokok peraturan ini dan sesi-
apa jua yang berjaya menempuhnya insya Allah Ta`ala ia akan
sampai kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala dengan dibuka

56
MUTIARA DI TENGAH MATA

oleh Allah Ta`ala akan pintu-pintu pengertian dan diterangkan


dadanya dengan cahaya Ilmu-Ilmu umpama ilmu Iman, Islam,
Ihsan, Yakin, Lathoif, Israr, Makrifah, Khasyaf, Mukafahah,
Karamah yang hakiki. Maka dengan itu akan nyata segala
perkara-perkara yang boleh memperbaiki diri dan akhlaknya
untuk menaiki tangga Musyahadah dan Muraqabah akan Allah
Ta`ala bagi setiap waktu, masa dan ketika semasa hidupnya.

PERTAMA : TAUBAT

Al-Taubah tanda awal sebagai kembali dari perangai yang


tercela disisi Syara’ untuk menuju kearah perangai yang terpuji.
Taubat yang dimaksudkan di sini ialah dengan menunaikan
segala rukun-rukun syarat yang telah ditetapkan bagi taubat itu.
Andainya syarat-syarat serta rukun-rukun bagi taubat itu tidak
ada, maka taubat itu hanya pada rupa sahaja dan ianya
bukanlah taubat yang keluar dari hati yang putih bersih serta
menolak dengan putus azam tiada kembali lagi pada dirinya
segala maksiat dan kufur, maka yang tinggal pada dirinya
hanyalah iman dan taat semata-mata. Taubat yang tiada
menyempurnakan syarat dan rukunnya itu seolah-olah memper
sendakan Allah Ta`ala malah perkara sebaliknya yang akan
berlaku jika sekiranya taubat yang tiada pada menyempurnakan
syarat dan rukunnya itu dimana Allah Ta`ala akan mengakibat-
kan orang yang bertaubat itu sendiri akan menerima bencana
daripada kecuaiannya.

57
MUTIARA DI TENGAH MATA

Syarat dan rukun taubat Itu empat perkara:

a. Dengan Adanya Penyesalan.

(1) Menyesal di atas segala rupa apa-apa yang


telah dilakukan daripada segala jenis maksiat atau
dosa dan segala perkara yang menyalahi Syara’.

(2) Menyesal diatas kecuaian di dalam menunaikan


perintah Allah Ta`ala.

(3) Menyesal sepenuhnya di atas masa yang


lampau yang terbuang dengan sia-sia.

b. Dengan adanya keazaman (ketetapan dihati) yang


putus dengan bahawa tiada mahu diulangi lagi segala
maksiat atau dosa atau kedurhakaan atau kecuaiannya
buat kali yang kedua.

c. Berhenti Dari Pekerjaan Maksiat. Hendaklah berhenti


dari melakukan pekerjaan maksiat buat selama-lamanya
pada ketika datang akan penyesalan dengan penuh azam
tidak akan mengulangi lagi dan terus menunaikan segala
perintah Allah Ta`ala yang diazamkan itu.

d. Lepaskan tanggungan daripada hak-hak yang


bersangkutan dengan anak adam. Syarat ini hanya khas
untuk dosa pekerjaan yang bersangkut dengan anak

58
MUTIARA DI TENGAH MATA

Adam sahaja sepertimana mencuri, menyamun, mengum-


pat, mencela dan sebagainya. Ertinya hendaklah barang
yang dicuri dan disamun itu hendaklah dikembalikan atau
diganti balik kepada yang empunyanya juga hendaklah
meminta maaf daripada yang empunyanya barang terse-
but diatas perbuatan tercela yang pernah dilakukannya.

Ulama` telah membahagikan taubat ini kepada tiga darjah


iaitu:

a. At-Taubah. Sesiapa yang bertaubat kerana takut-


kan siksaan Allah Ta`ala, maka taubat tersebut adalah
dikatakan Sohibu At-Taubah (Al-Taibiin).

b. Al-Inabah. Sesiapa yang bertaubat kerana berke-


hendakkan kepada balasan Allah Ta`ala seperti syurga
dan nikmat-nikmatnya, maka taubat tersebut adalah
dikatakan Sohib Al-Inabah (Al-Munibiin).

c. Al- Awwabah. Sesiapa yang bertaubat kerana tiada


takutkan siksaan dan tiada mengharapkan balasan
pahala, malah taubat itu adalah semata-mata adalah
kerana menunaikan hak-hak kehambaan kepada Allah
Ta`ala, maka taubat tersebut adalah dinamakan Sohibu
Al-Awwabah (Al-Awwabiin).

Dan banyak ayat-ayat Allah Ta`ala dan hadis yang menun-


jukkan bahawa taubat ini, mendapat tempat yang utama di

59
MUTIARA DI TENGAH MATA

dalam pemerhatian Allah Ta`ala.Ini bererti bahawa kita telah


masuk ke pintu keredhaannya. Dengan tertunai satu syarat
untuk sampai kepada Allah Ta`ala iaitu taubat.

KEDUA : QANA’AH

Memadai atau mencukupi dengan apa yang ada, ini bukan


lah bererti meninggal akan segala ikhtiar dan usaha mencari
saraan hidup tetapi apa yang dimaksudkan di sini ialah mahu
adanya perasaan redha dan mencukupi pada hati dan jiwa kita
dan juga tiada ada keluh kesah di atas kekurangan pada
kebendaan.

Sekiranya keperluan hidup agak terhimpit, maka hatinya


tenang tetapi ikhtiar usahanya diteruskan berjalan seperti biasa
dan tiada berperasaan mengkritik di atas qada’ dan qadar Allah
Ta`ala. Hatinya juga tiada perasaan megah dengan adanya
pakaian, harta, tempat kediaman, jawatan dan sebagainya.

Mencintai kekayaan, kemewahan dan jawatan kedudukan


dengan serba ada adalah jauh sekali dari hati orang yang
memiliki sifat qana’ah ini. Sebab itu qana’ah adalah menjadi
salah satu punca untuk mencapai ketenangan jiwa iaitu
perasaan yang tiada terburu-buru oleh nafsu dan iblis malahan
ianya tenang sahaja. Andainya dia sudah tenang, maka
mudahlah hati dan jiwanya dimasuki Nur Makrifah (Cahaya
Pengenalan) sebaliknya pula jika qana’ah tiada ada pada hati

60
MUTIARA DI TENGAH MATA

seseorang itu, maka tiada ada bezanya diantara dia dengan si


tamak yakni memburu dunia (Maliku Dunia).

Justeru itu haruslah ditinggalkan segala rupa amalan dan


pekerjaan yang tiada mendatangkan faedah dan tiada ada
pertaliannya dengan akhirat supaya dengan ini membolehkan
seseorang itu sampai kepada kedudukan Musyahadah akan
Allah Ta`ala.

KETIGA : ZUHUD

Ini juga bukanlah bermakna mesti meninggalkan segala


harta serta daya usaha untuk saraan hidup, tetapi hakikat
sebenarnya ialah tiada ia bergantung hati pada segala rupa
harta kekayaan, usaha tenaga serta tiada ada pula tumpuan
dengan sepenuhnya, iaitu hati tiada condong kepada yang fana
bererti memiliki dan melaksanakan pekerjaan itu hanya semata-
mata pemberian dan perintah dari Allah Ta`ala.

Sekiranya seseorang itu kaya dan mewah tetapi hatinya


tiada bergantung dengan harta kekayaan dan kemewahan itu,
maka ianya adalah seorang yang Zahid.

Tiada bergantung hati itu bukanlah bermaksud tiada


mempedulikan dengan sepenuhnya malahan harta-harta ter-
sebut wajib diuruskan dengan betul mengikut Syara’ dan
undang-undang adat yang berkaitan dengannya.

61
MUTIARA DI TENGAH MATA

Sekiranya seseorang itu miskin dan hatinya penuh dengan


angan-angan dan daya usahanya tiada lain melainkan bertu-
juan untuk mencapai kekayaan dan kemewahan dunia semata-
mata, maka itu bukanlah namanya Zahid.

Zahid itu ialah urusan hati yang tiada boleh dicampur


adukkan dengan urusan jasmani. Sebab itu ‘ulama
mengatakan “Zahid olehmu akan dunia ini dengan
menghilangkan tumpuan hati kepada kebendaan” Tiada bererti
tiada ada harta barulah dinamakan Zahid kerana Nabi Allah
Sulaiman bin Daud Alaihi-mussalam adalah sebagai manusia
diatas muka bumi ini tetapi ia adalah antara Zahid dan
Muzahidnya.

Zahid adalah sebesar-besar jalan untuk menyampaikan


hati seseorang itu kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala,
sesiapa yang tiada Zahid di dunia ini, ia adalah orang yang
dianggapkan seperti orang yang mabuk atau orang yang
dikaramkan dilautan dan dia tiada dapat berjalan dengan betul
dan tiada selamat daripada tenggelam dengan tercengang ia
berkata “manakah jalan yang betul, dan manakah kapal yang
dapat memberi pertolongan ini?”.

Sudah dikatakan bahawa Zahid adalah sebagai tariqat


untuk kita sampai kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala.
Sepertimana kapal yang menjadi alat utama untuk kita
mengambil permata di lautan yang dalam. Bagaimana jika

62
MUTIARA DI TENGAH MATA

seseorang itu hampir lemas di lautan baru ditanya pula akan


kapal pada hal sebelum itu dia tidak menyediakan kapal untuk
dia berjalan di lautan menuju kesana atau untuk keselamatan
bagi menempuh gelombang lautan.

Zahid mempunyai beberapa syarat dan tanda iaitu:

a. Bersedia memaaf kepada manusia yang berlaku


kasar terhadapnya lantaran mereka tiada mengetahui
akan hukum Syara’.

b. Tiada menyakiti mereka dan tiada juga mencela di


atas kejahilan mereka itu.

c. Putus harap yakni tiada berharap kepada pemberian


manusia atau dengan lain perkataan ialah tiada
mengharapkan ihsan (belas kasihan) dari orang lain.

d. Murah yakni selalu menderma dan selalu memberi


pertolongan dengan apa saja yang ada padanya seperti
harta benda, tenaga, fikiran dan sebagainya.

Andainya kita telah melakukan keempat-empat perkara


tersebut, maka kita akan sejahtera daripada kebinasaan dan
akan dikasihi disisi manusia serta diangkat disisi Allah Ta`ala.

KEEMPAT : BELAJAR ILMU SYARAK

63
MUTIARA DI TENGAH MATA

Belajar ilmu syara’ juga adalah merupakan salah satu


daripada sembilan perkara yang mesti dilalui.Ilmu yang
dimaksudkan di sini ialah tiga perkara iaitu:

a. Ilmu Yang Memperbetulkan Ibadat – Feqah.

b. Ilmu Yang Memperbetulkan I’tiqad – Usuluddin.

c. Ilmu yang memperbetulkan Akhlak dan memperbaiki


hati serta pengorbanan (Jihad) - Tasauf Dan Sufi

Sesiapa juga yang beramal dengan tiada ilmu, maka


amalannya ditolak dan tiada diterima sama sekali. Oleh itu
perlu sekali bagi seseorang itu mengetahui akan ketiga-tiga
ilmu yang tersebut dan perlulah ia menjadi murid kepada mana-
mana guru yang ahli pada babnya. Dengan yang demikian
dapatlah ia mengetahui akan sempadan dan tauladannya pada
membicarakan baik dan jahat dalam ilmu dan amal dalam
kehidupan sesama manusia dan di sisi Allah Ta`ala supaya
setiap amalannya diterima menjadi amalan yang soleh.

Oleh itu setiap murid hendaklah yakin bahawa agama


Islam ialah suatu agama khusus dari Allah Ta`ala yang
diturunkan kepada seluruh manusia daripada Nabi Adam
sampai hari kiamat melalui Nabi-Nabi Rasul-Rasul alaihimus
solatu wassalam dengan disertakan kitab-kitab panduan.
Al-Quran diturunkan kepada baginda Nabi Muhammad
S.A.W. iaitu Nabi akhir zaman. Islam bukanlah agama ciptaan

64
MUTIARA DI TENGAH MATA

manusia atau kebijaksanaan pemikiran manusia. Dan apabila


sampai kepada nabi kita Nabi Muhammad S.A.W., Agama
Islam dikembangkan melalui ucapan Dua Kalimah Syahadah
sebagai batas perbezaan diantara orang yang sudah menerima
dan beramal dengan agama Islam dengan orang yang tiada
menerima dan beramal dengan agama Islam.

Sebab itu menjadi khilaf pada ulama di dalam menetapkan


hukum ke atas manusia Islam yang apabila sampai had taklif
Syara’ bagi manusia lelaki dan perempuan maka diwajibkan
mengucapkan Dua Kalimah Syahadah sekali seumur hidup
bagi menfardhukan Islam ke atas dirinya. Selain dari itu adalah
menjadi sunnah mengucap Dua Kalimah Syahadah pada
mana-mana waktu walau beberapa banyak sekalipun kecuali di
dalam solat dan dikala seseorang itu menjadi murtad.

Sebab itu telah menjadi peraturan mana-mana murid yang


ingin menjalani tariqat hendaklah ia belajar dan mempelajari
akan Ilmu Syara’ Iaitu Feqah, Tauhid dan Tasauf dimana
sekarang ini telah berlaku kepincangan di dalam masyarakat
manusia yang diperakui Muslim di dalam perkara pokok ilmu
dan amal yang berkaitan dengan Aqidah, Syariat, Akhlak
Pengorbanan Diri dan Harta adalah berpunca dari kehilangan
permata ilmu (dikalangan Guru-Guru yang Mursyid mengikut
Tobaqat Sufiyyah Susunan Auliya’ Ma’dudin) semenjak
berakhirnya pemerintahan Khalifah Uthmaniah dan kerajaan
Melayu Islam Asia Tenggara. Oleh itu adalah menjadi hak

65
MUTIARA DI TENGAH MATA

kepada setiap murid yang hendak menjalani jalan Tariqat,


mestilah berada kekal di dalam Aqidah, Syariat, Akhlak,
Pengorbanan Diri dan Harta di atas aliran Ahli Sunnah di
semua tempat, waktu dan masa selari dengan kedudukan
manusia salaf dan manusia khalaf.

KELIMA : MENGHORMATI SUNNAH NABI MUHAMMAD


S.A.W.

Iaitu mengikut menjaga adab-adab yang ditunjukkan oleh


Nabi Muhammad S.A.W. dan menjadikan Uswatun Hasanah,
Rahmatan Lil ‘Alamin, Makarimul Akhlak, Khuluqil ‘Adzhim itu
sebagai contoh dan tauladan samada di dalam perkataan,
perbuatan, iktiqad bagi setiap pekerjaan dan kelakuan bagi
orang Muslim (murid) itu di semua tempat, masa dan zaman.

Adalah bagi semua keadaan Ahli-Ahli Sufi Muktabar itu


memang meniru atau mencontohi seratus peratus (100%) akan
akhlak Nabi Muhammad S.A.W. samada zahir sepertimana
memperbaiki solat, bersedekah, berzikir, dan batin pula bersifat
dengan sifat yang terpuji sepertimana akhlaknya yang
berbimbang dengan melakukan dosa maka sentiasa baginya itu
Taubat, Qana’ah, Zahid, Tawakkal, Ikhlas, Uzlah dan
sebagainya daripada perangai atau sifat yang terpuji, yang
menjadi tanda kehambaan dirinya kepada Allah Ta`ala semata-
mata.

66
MUTIARA DI TENGAH MATA

KEENAM : TAWAKKAL

Tawakkal adalah satu perkataan yang memberi erti,


Penyerahan Atau Menyerah. Didalam erti kata yang lain
berpegang teguh kepada Allah dan tiada kepada yang lain,
serta menghapuskan perasaan hati yang memandang dirinya
jua yang mentadbirkan sesuatu, tawakkal ini juga bukanlah
bererti terpaksa meninggalkan segala ikhtiar usaha bahkan
mesti bekerja dan berusaha, kemudian segala pekerjaan ikhtiar
usaha itu disandarkan kepada Allah Ta`ala.

Suatu masa Saidina Umar Al-Khattab R.A. masuk ke


dalam masjid, disana beliau mendapati beberapa orang manu-
sia yang sedang asyik berzikir sedangkan mereka itu mempu-
nyai keluarga atau isteri dan tanggungan, lalu Saidina Umar
berkata “apakah kamu semua tiada bekerja dan apakah yang
kamu lakukan untuk saraan ahli-ahli keluarga kamu? Apakah
kamu semua bertawakkal seperti ini? Ingatlah kamu, bahawa
langit tiada berhujankan emas”.

Sahl bin Abdullah r.a. pernah berkata “bahawa tawakkal


itu adalah kelakuan Rasullullah S.A.W. dan berusaha ikhtiar itu
adalah sunnahnya”. Membuat persediaan dan menyimpan
makanan untuk hari-hari depan tiadalah merosakkan tawakkal
kerana Nabi Muhammad S.A.W. sendiri pernah menyimpan
makanan untuk anak isteri buat masa setahun pada hal
Rasullullah S.A.W. adalah penghulu atau ketua bagi orang-

67
MUTIARA DI TENGAH MATA

orang yang bertawakkal. Ringkasnya disini ialah tawakkal


adalah kerja hati dan sesiapa juga yang hatinya telah sampai
kepada darjat tawakkal, maka dia tiada akan dijejaskan oleh
banyak harta dan kuat ikhtiar usaha.

KETUJUH : IKHLAS

Ertinya Kebersihan Hati. Ia juga menjadi salah satu


daripada rukun yang paling besar daripada segala kerja yang
bersangkut paut dengan hati bagi segala jenis ibadat samada
zahir ataupun batin adalah berpusing di sekitarnya. Ia juga
sebagai hakim bagi menentukan amalan itu diterima ataupun
tiada diterima.

Pernah suatu ketika Abu Zar r.a. bertanya kepada


Rasullullah S.A.W. tentang ikhlas lalu beliau menjawab
“sabarlah, nanti saya akan bertanya kepada Jibril a.s. apa itu
ikhlas,” kemudian Jibril a.s. menjawab nanti dia akan bertanya
kepada Mikail a.s. dahulu, lalu Jibril a.s. bertanya kepada
Mikail a.s., maka Mikail a.s. menjawab pula nanti ia akan
bertanya sendiri kepada Allah Ta`ala tentang perkara tersebut,
lalu Mikail a.s. bertanya kepada Allah Ta`ala dan Allah Ta`ala
berfirman dengan mafhumnya “ikhlas adalah satu rahsia
daripada beberapa rahsiaku dan aku berikan kepada sesiapa
yang aku mahu!”.

68
MUTIARA DI TENGAH MATA

Maka dari sini tahulah kita bahawa ikhlas ini tiada dapat
dicapai melainkan berbanyak-banyak berdoa kepada Allah
Ta`ala dengan meminta supaya dikurniakan kepada kita di
samping menunaikan syarat-syarat untuk mencapainya seperti
melazimkan bersedekah dengan bersunyi-sunyi tiada di
hadapan khalayak ramai, begitu juga dengan solat sunat dan
lain-lain lagi. Selain dari itu, kita tiada beria-ia menjadi diri kita
sebagai seorang yang ikhlas kerana ikhlas itu adalah kerja hati
dan kalau ia adalah kerja hati, maka sudah tentu ia tiada dapat
dibuat atau dipisahkan dengan secara zahir. Oleh itu, untuk
mencapai maqam ikhlas, hendaklah kita meminta akan perto-
longan dari Allah Ta`ala banyak-banyak serta melazimkan akan
syarat-syaratnya.

Satu perkara yang menjadi pertentangan yang paling


hebat sekali bagi ikhlas itu ialah riya’. Dia adalah sebesar-
besar penyakit yang menggugurkan akan pahala amalan dan
merosak binasakannya. Riya’ adalah kemahuan hati sese-
orang itu kepada pangkat dan kebesaran disisi manusia
dengan menggunakan akhirat seperti solat, bersedekah, mem-
baca Al-Quran dan sebagainya atau berkehendakkan kepada
kepujian manakala bersedekah pula hatinya berkehendakkan
supaya ia dikatakan pemurah dan begitulah seterusnya. Oleh
itu penyakit riya’ ini perlu diawasi secukupnya. Kalau tiada
maka segala amalan akan menjadi sia-sia dan percuma di
samping itu hati akan bertambah jauh dengan Allah Ta`ala.

69
MUTIARA DI TENGAH MATA

Fudhail bin ‘Iyadh pernah berkata “beramal kerana manusia


adalah syirik dan beramal kerananya juga adalah riya’.
Sementara ikhlas pula ialah beramal ataupun tiada adalah
semata-mata suruhan Allah Ta`ala dan perintah Allah Ta`ala
dan hanya kerana Allah Ta`ala”.

KELAPAN : UZLAH

Uzlah ialah mengasingkan diri dari manusia banyak kera-


na makhluk pada ghalibnya menjadi batu penghalang untuk
sampai kepada Allah Ta`ala bukan itu saja bahkan ianya
menjadi penjenayah kearah kebinasaan dan kejahatan.

Ya! Harus diketahui bahawa manusia di dalam perkara


uzlah ini ada banyak peringkat iaitu:

a. Peringkat yang pertama.

(1) Iaitu manusia yang tiada berhajat kepada orang


lain dan orang lain pun tiada berhajat kepadanya
lantaran ianya bukan orang yang betul-betul mahir
yang dapat memimpin dan mengajar manusia tetapi
ianya bukanlah seorang yang jahil yang tiada dapat
membetulkan dirinya malahan ianya seorang manu-
sia yang dapat berdikari atau lain perkataan ia adalah
manusia yang dapat masuk dan mengawasi diri dari
gangguan nafsu dan tipu daya syaitan.

70
MUTIARA DI TENGAH MATA

(2) Maka manusia ini adalah lebih aula bagi


mengasingkan dirinya dari manusia (uzlah) hanya ia
perlu beruzlah beberapa perkara sahaja seperti
jumaat, jama’ah, haji, tempat belajar dan seba-
gainya. Itupun sekiranya tiada menjadi gangguan ke
atas dirinya, maka haruslah baginya untuk mendiami
di tempat yang tiada diwajibkan baginya perkara-
perkara yang tersebut itu seperti di puncak bukit, di
dalam gua atau di hutan belantara.

(3) Tetapi manusia seperti ini jarang sekali yang kita


dapati didalam satu-satu negeri yang beruzlah secara
berseorangan, pendek kata manusia umpama ini satu
pun sukar untuk ditemui dan sekiranya ada, tiada
usahlah dicaci dan dicela akan dia serta jangan pula
dilemparkan fitnah dan tuduhan seperti ianya sudah
menyimpang dari ajaran agama Islam. Islam tiada
membenarkan kita berbuat demikian kerana uzlah
dalam Islam itu banyak peringkat.

(4) Selain dari itu Islam ada memberi kemudahan


kepada orang ini tambahan pula amat sukar hendak
menemui orang yang beruzlah dengan cara begini,
jadi mengapa kita menyusahkan sangat terhadapnya
dan lagi pun ianya tiada mengganggu sesiapa. Lebih
baiklah kita sebagai orang Islam membicarakan akan
perkara-perkara asas dalam ajaran agama Islam

71
MUTIARA DI TENGAH MATA

dalam ilmu dan amalan harian kita serta mengajak


kepada orang-orang yang sentiasa berbincang
perkara-perkara agama di kedai-kedai kopi atau di
kelab-kelab dan lain-lain lagi daripada segala perkara
yang melanggar Syara’ atau Syariat Islam, sebe-
narnya kumpulan inilah yang menjadi pengganggu
masyarakat dan ketenteraman awam dan seba-
gainya. Masya Allah apakah yang akan terjadi
sekiranya orang-orang banyak yang mengaku yang
dirinya Islam dan menganggap dirinya sebagai
pemimpin, guru-guru, Tuk guru atau ustaz yang
mengasuh penyokongnya kepada perjuangan Islam
yang suka mengkritik kepada orang yang dianggap
baik dan sebaliknya memuji kepada orang yang
dilaknat oleh Allah Ta`ala.

b. Peringkat yang kedua. Iaitu manusia yang berhajat


kepada orang lain disebabkan beliau jahil misalnya atau
pun ada urusan dalam perkara yang bersangkutan dengan
tanggungan dalam kehidupan dan lain-lain lagi, maka
manusia ini tiada boleh uzlah seperti orang yang pertama
tadi dan dia dituntut supaya bergaul dengan guru-guru dan
menghormati tempat belajar yang boleh membawa akan
dirinya mendekati Allah Ta`ala serta hendaklah beruzlah
diri daripada orang yang dilaknat oleh Allah Ta`ala.

c. Peringkat yang ketiga.

72
MUTIARA DI TENGAH MATA

(1) Iaitu manusia yang diperlukan oleh orang yang


lain dari segi tenaganya, fikirannya dan ilmunya serta
bertujuan mengajar akan dirinya, manusia ini tiada
boleh uzlah seperti manusia yang pertama dan kedua
tadi akan tetapi ia mesti beruzlah secara rohani iaitu
kira bicara, tukar pendapat dan pergaulannya dibo-
lehkan sesama manusia lain tetapi hatinya itu mesti
beruzlah daripada mereka itu (orang yang dilaknat
oleh Allah Ta`ala). Inilah yang dikatakan uzlah hati.

(2) Uzlah hati ialah sentiasa merenung lemah lem-


but kepada Allah Ta`ala pada setiap masa dan
tempat. Manusia jenis ini jika kita lihat pada zahirnya
bersama-sama manusia yang lain pada suatu
perkara yang berkaitan dengannya serta perkara
yang tidak berkaitan dengannya.Tiada ada sebenar-
nya pada hakikat orang ini ianya sedang beruzlah
dan inilah darjat uzlah yang paling baik dan bagus
sekali. Sekiranya uzlah ini kita telah memasukinya,
maka pasti benar kita akan dibawa ke hadrat Allah
Ta`ala dan disana kita akan dapat menikmati
Mukasyafah dan Musyahadah Uluhiyah dan
Rububiyah.

d. Peringkat yang keempat. Iaitu uzlah yang ketika


rosak binasa oleh keadaan dan masa. Orang ini adalah

73
MUTIARA DI TENGAH MATA

orang dari jenis ketiga juga yakni dia Berilmu, Mahir,


Zahid, Wara’ dan segala daya usahanya habis ditumpukan
untuk mengajak manusia dengan memberi penerangan,
menasihati supaya mematuhi Syariat dan undang-undang
Allah Ta`ala dan mengikuti Rasullullah S.A.W. akan tetapi,
segala daya usahanya, nasihatnya tiada lagi dipakai
sebaliknya difitnah, dicemuh, dikata dan dicaci oleh
masyarakat, di kedai-kedai kopi disihirkan dan terkadang-
kadang pula menerima ancaman bagi keselamatan
jiwanya, maka dikala itu wajarlah ia beruzlah dengan
rohani dan jasmani sekali dan tempat uzlah itu dikira apa
yang mendapat keselamatan agamanya seperti tempat
yang terasing diri dari manusia yang jenis terkutuk itu
dimana tempat yang dikira munasabah. Oleh itu marilah
kita masuk kepada garisan yang terakhir jika seseorang
murid itu mahu sampai kepada Allah Ta`ala.

KESEMBILAN : HIFZUL AUQAAT

Iaitu Menjaga Masa. Ya! Pokok pangkal dari uzlah tadi


ialah menjaga masa iaitu beberapa banyak masa yang telah
kita buang dengan percuma. Iaitu kosong, sekiranya sekadar
kosong sahaja tiada mengapa lagi akan tetapi sekiranya masa
yang kosong itu tiada diisi dengan amalan soleh, sudah
tentulah dipenuhi pula dengan berbagai-bagai maksiat dan

74
MUTIARA DI TENGAH MATA

kedurhakaan kepada Allah Ta`ala. Sekiranya begitu, adalah


amat rugi dan paling rugi sekali.

Sekiranya kita (murid) berusaha melatih diri kita supaya


memenuhi masa itu dengan taat, maka kejayaan yang akan kita
capai. Justeru itu perkataan sia-sia tiada perlu dilafazkan,
pekerjaan mungkar mesti dijauhi, bergebang-gebang kosong
tiada usah dihampiri dan beribadat mestilah dilazimi.

Ya! Mesti beribadat setiap nafas dan saat ini bukanlah


bererti mesti melazimi berada diatas tikar solat sahaja. Solat
lepas satu satu pula, sebaliknya beribadat yang dimaksudkan
disini ialah segala rupa pekerjaan dan tutur kata. Serta tingkah
laku harian mesti dilakukan kerana Allah Ta`ala semata-mata,
tiada keluar dari garis Syarak, dan tiada lalai dari mengingati
akan Allah Ta`ala.

Sekiranya kita solat maka solatlah kerana Alah Ta`ala.


Sekiranya berehat untuk memberi keringanan kepada tubuh
badan kita supaya dapat beribadat kepada Allah Ta`ala.
Sekiranya kita bekerja, maka pekerjaan itu bukan untuk
mencari kemewahan dan kemegahan tetapi untuk menunaikan
perintah Allah Ta`ala dengan mencari hak-hak saraan kehidu-
pan sepertimana yang diamanahkan oleh Allah Ta`ala.

Hasilnya ialah kesemua daripada Allah Ta`ala, kepada


Allah Ta`ala, dengan Allah Ta`ala dan kerana Allah Ta`ala.
Sebab itu ahli-ahli Sufi pernah berkata:

75
MUTIARA DI TENGAH MATA

“Semua perkara yang dikerjakan dan semua perkataan


yang dilafazkan oleh mereka adalah ibadat, satu pun tiada
menjadi sia-sia dan percuma lantaran apa yang mereka
sandarkan ialah kepada Allah Ta`ala, maka segala-galanya
menjadi akhirat, maka dunia ini mereka dapat percuma”.

Oleh itu apa yang dikatakan oleh mereka (ahli Sufi)


memanglah betul, kerana cubalah kita perhatikan satu misal.

Kita berbendang atau menoreh getah, di samping itu juga


kita membuat apa-apa pekerjaan lain, maka hasil padi yang
dapat dari bendang ataupun susu getah dari kebun getah dan
lain-lain pekerjaan seumpamanya tiada payah untuk menjadi
niat untuk kita dapat akan dia. Telah fahamlah kita apabila
sampai masanya untuk menuai padi atau mengumpulkan susu
getah berkenaan nescaya kita akan dapat akan dia.

Hanya yang perlu kita niat “aku melakukan pekerjaan ini


kerana Allah Ta`ala sebagaimana yang diamanahkan kepada
aku semata-mata atau yang difardhukan keatas diri aku”.
Sudah cukup dengan demikian itu, maka terjama’ahlah kita
kedalam golongan mereka yang telah menjaga masa.

Akan tetapi perlulah diingatkan bahawa pekerjaan dan


perkataan yang diiktibarkan sebagai ibadat itu ialah selama-
lamanya ianya tiada bercanggah dengan Syariat Allah Ta`ala.
Sekiranya bercanggah dan diniatkan kerana Allah Ta`ala, maka

76
MUTIARA DI TENGAH MATA

itu adalah bersandar kepada Allah Ta`ala pula namanya seper-


timana melakukan perkara-perkara yang haram atau makruh
atau pun perkara yang harus dikerjakan akan tetapi tiada men-
jaga masa hingga luput atau lupa akan hak-hak yang wajib
tiada bererti jika kita bekerja dengan niat menunaikan suruhan
Allah Ta`ala mencari rezeki untuk saraan hidup dan sebagainya
pada hal amanah dari Allah Ta`ala daripada segala hak-hak
yang wajib, umpamanya solat dicuaikan atau dita’khirkan
hingga habis waktunya.

Orang ini apabila dikemukakan soalan kepadanya maka


tiada lain jawapannya melainkan ianya berkata “kerja yang
dilakukan itupun wajib juga sekiranya berlaku sepertimana yang
tersebut itu”. Bererti orang yang seperti ini bukanlah ianya
mahu menghampiri Allah Ta`ala namanya dan bukanlah
menjalani diri untuk sampai kepada Allah Ta`ala akan tetapi
ianya berusaha untu membuat hijab (tertutup) diantaranya dan
diantara Allah Ta`ala.

Ingatlah kepada firman Allah Ta`ala di dalam Al-Quran


yang berbunyi:

‫ﺮﺯُﻗُﻚﹶ‬
‫ﺤﻦﹸنَ ﹾ‬
‫ﺴﺌَﻠُﻚﹶ ﺭِﺯْﻗًﺎنَ ﹾ‬
‫ﺻﻄِﹾﺒﺮﹶ ﻋﹶﻠَﹾﻴﻬﹶﺎ ﻻنَ ﹾ‬
‫ﻭﹶﺃْﻣﹸﺮﹸﺃَ ﹾﻫﻠَﻚﹶﺑِﺎﻟﺼﱠﻠَﻮﹶﺓِ ﻭﹶﺍ ﹾ‬

‫ﻭﹶﺍﻟﻌﹶﻘِﺒﹶﺔُﻟِﻠﺘﱠﻘْﻮﹶﻯ‬
Surah Taha ayat ١32

77
MUTIARA DI TENGAH MATA

Mafhumnya:
“Dan perintahkanlah keluarga kamu serta umatmu
mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun dan bersabar
dalam menunaikannya. Kami tiada meminta rezeki darimu
bahkan kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan
ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang
bertaqwa”.

Ya! Sekiranya kita menginsafi hakikat ini, maka dengan


penuh kesabaran kesyukuran dan ketenangan jiwa, kita mendi-
rikan solat, dan melaksanakan urusan pekerjaan kita sebagai
ibadah kepada Allah Ta`ala dengan dada yang lapang dan jiwa
yang penuh dengan perasaan khusyu’ serta tawadu’ kepada
Allah S.W.T. kita menghadapi Allah Ta`ala bermunajat terus
menerus diantaranya dan diantara murid, maka disana kita
akan dapat mutiara ditengah mata yang sangat-sangat besar
nilainya iaitu Mukasyafah, Munadharah, Musyahadah dan
Makrifah serta lain-lain lagi yang berada pada garisan hakikat
sana.

78
MUTIARA DI TENGAH MATA

ISTILAH-ISTILAH SUFI.

Dan setengah daripada istilah Sufi itu adalah seperti berikut.

1. Al-Ittishal – Yakni berhubung ‘Nur Ittishal’ itu ‘mukasyafah


hati’ dan ‘musyahadah sir’ kata setengah mereka itu ‘Ittishal’
tiada memandang hamba akan yang lain daripada Allah SWT
yang menjadi akan dia, dan tiada berhubung rahsianya itu
dengan lintasannya bagi yang lain daripada Allah SWT jua.

2. Wusul ilallah – Yakni setengah daripada istilah mereka itu


sampai kepada Allah, Murad daripada sampai kepada Allah itu
sampai kepada mengenalnya, yakni mengenal akan tiada yang
berbuat, berlaku pada ‘kaun’ ini yang mempunyai sifat dan
maujud melainkan Allah dengan ‘zauq’ dan ‘wujdan’ tiada
dengan ‘dalil’ dan ‘burhan’.

3. Muraqabah – iaitu mengekalkan pengetahuan hamba


dengan Allah SWT, melihatnya atas sekalian kelakuannya, atau
dikatakan erti muraqabah itu, iaitu menfanakan hamba akan
Af’alNya, sifatNya dan zatNya didalam Af’al Allah Shifatnya dan
ZatNya.

4. Musyahadah – iaitu melihat akan Allah SWT yang


sebenarnya didalam tiap-tiap ‘zarrah’ dari ‘zaratul wujud’ ini,
serta disucikan daripada barang yang tak patut dengan
kebesarannya.

79
MUTIARA DI TENGAH MATA

5. Syuhud – iaitu melihat ‘Haq’ dengan ‘Haq’.

6. Tajalli – iaitu barang yang dibukakan bagi hati orang yang


‘salik’ daripada beberapa Nur yang datang daripada Ghaib, jika
dari zatNya dengan tiada ‘I’tibar Shifat’ dinamakan ‘Tajalli Zat’,
jika daripada Shifat dinamakan ‘Tajalli Shifat’, jika daripada
‘Af’al’ dinamakan Tajalli Af’al maka ‘Tajalli Asma’ itu, iaitu
barang yang dibukakan bagi yang salik setengah daripada
‘asma’ Allah Ta`ala. Maka jadi hilang ‘salik’ itu dibawah ‘Nur’
demikian “Isim” itu sekira-kira jadilah apabila diseru oleh ‘Haq’
dengan demikian ‘isim’ nescaya disahut oleh orang yang di
salik itu, “tajalli Shifat” itu barang yang dibuka oleh Allah SWT
satu Shifat daripadanya bagi hati orang yang ‘salik’ (murid).
Adalah yang demikian itu kemudian daripada Fana’ Shifatnya
umpamanya jika Tajalli Allah Ta`ala dengan ‘shifat sama’ maka
jadilah orang yang ‘Salik’ itu mendengar daripada sekalian yang
‘maujud’ yang bersuara seperti binatang dan yang tidak
bersuara seperti kayu, batu dan lainnya. ‘Tajalli Af`al’ itu, iaitu
barang yang dibuka oleh Allah bagi hati Salik daripada Af’al
Allah Ta`ala sekira-kira dilihat sekalian perkara itu berlaku
dengan Qudrat Allah Ta`ala. Ialah yang menggerakkan dan
mendiamkan akan sebagai shuhud yang ‘Khali’ yakni sunyi lagi
‘zauqi’ tidak mengetahui melainkan ahlinya.

“Maka di sinilah tempat tergelincir orang yang salik kerana


ia menafikan perbuatannya sekali-kali. Maka hendaklah sangat-
sangat memegang akan syariat.”

80
MUTIARA DI TENGAH MATA

7. Isyq – iaitu cita-cita hati kepada mendapat kekasihnya.


8. Mahabbah – iaitu cenderung hati kepada mendapat
keelokkan”Hadrat Ketuhanan”.
9. Haal – iaitu barang yang datang atas hati orang yang salik
daripada suka atau duka atau hebat, jika pergi-datang tiada
tetap dengan tiada diperbuatnya dan tiada diusahakannya
dinamakan ‘Haal’, jika kekal jadilah tabiatnya dinamakan
‘Maqam’ maka ‘Haal’ itu pemberian dan ‘Maqam’ itu dengan
diusahakan.
10. Ilmu Yakin – iaitu ilmu yang hasil dengan ‘dalil’ dan ‘aqal’.
11. Ainul Yakin – iaitu pengetahuan yang dihasil dengan
dilihatnya.
12. Haqqul Yakin - iaitu ‘Fana’ sifat hamba pada Tuhan dan
‘Baqa’ dengannya.
13. Ath-Thamsu – Iaitu hilang, yakni hapus segala tanda
sekalian pada sifat Allah, iaitu satu bagi daripada ‘Fana’.
14 Al-Jam`u – iaitu ‘Syuhud’ akan segala perkara dengan
Allah Ta`ala dan melepaskan dirinya daripada daya dan upaya
kepada Allah Ta`ala.
15. Jami`ul Jami` - iaitu memfanakan akan dirinya, dan segala
akuan tiada ada melainkan Allah Ta`ala iaitu yang dinamakan
“Martabat Ahadiyah”,
16. Al-Gharaqul Awwal – iaitu hal ‘salik’ melihat akan makhluk
terdinding daripada ‘Haq’ maka tiada ia melihat melainkan
makhluk jua.
17. Al-Gharaquts Tsani – iaitu hal orang yang ‘muntahi’
melihat berdiri sekalian makhluk dengan ‘haq’ dan melihat ia
akan ‘wahdah’ pada ‘kastrah’, dan melihat pula ‘kastrah’ pada
‘wahdah’ tiada mendinding salah suatu daripada lainnya.
18. Tajrid – iaitu sunyi hati daripada yang lain dan segala
akuan pada hatinya dan ‘sirr’nya.

81
MUTIARA DI TENGAH MATA

19. Taqwa – iaitu menjauhkan daripada tiap-tiap yang berdosa


daripada perbuatan dan mengekalkan suruhannya. Iaitu orang
yang awam dan taqwa orang yang ‘khawash’ itu menyucikan
hati daripada tiap-tiap yang membimbingkan selain daripada
Allah.

20. Himmah – iaitu berhadap hati dengan segala kuatnya


yang ‘Ruhaniyi’ kepada yang sebenar supaya hasil ‘kamal’
baginya atau bagi yang lainnya.

21. Ikhlash – iaitu disamakan perbuatan pada zahirnya dan


batinnya, atau menunggalkan ‘Haq Subhanahuwata`ala’ pada
mengerjakan taat, atau menyucikan hati daripada melihat akan
dayanya dan upayanya.

22. Shidq – iaitu disamakan zahir dan batin atau dikatakan:


“Dibenarkan qashadnya serta Tuhannya, tiada dihiraunya
barang yang datang daripada kecelaan daripada makhluk”.

23. Al Haibah – iaitu membesarkan haq Ta`ala dengan


menghinakan makhluk pada matanya, dan demikian ‘Ta`zhim’,
iaitu dengan membesarkan ‘Haq Ta`ala’ dengan menghinakan
makhluk.

24. Munajah – iaitu berkata-kata sirr tatkala jernih hati serta


Tuhan raja yang amat keras.

25. Shalih – iaitu berdiri dengan sekalian “huququllah” dan


hak-hak hamba, senantiasa atas mengerjakan taat dan
menjauhkan segala tegah serta memutuskan nafsu didalam
keinginannya.

26. Wali – iaitu mereka yang diperintahkan segala


pekerjaannya. Dan alamat wali itu, mereka yang lemah
lembut lidahnya, baik perangainya, manis mukanya, murah
nafsunya, sedikit perbantahannya, menerima keuzuran orang
yang salah kepadanya, dan seumpama kasih sayang atas

82
MUTIARA DI TENGAH MATA

segala makhluk Allah, kata Muhammad anak Sahal anak Atha’


Rahimahullah Ta`ala: “alamat wali itu empat perkara:
a. Pertama : memelihara Sirr antaranya dan antara
Allah Ta`ala.
b. Kedua : memelihara segala anggota pada barang
yang diantaranya dan antara suruhan Allah Ta`ala.
c. Ketiga : menanggung kesakitan barang yang dian-
taranya dan diantara segala makhluk Allah Ta`ala.
d. Keempat : Meraikan segala makhluk atas kadar
bersalah-salahan aqal antara mereka itu.”
27. Al-Tashawaf - iaitu berhenti serta adab syariat yang zahir
dan batin. Maka ia melihat akan hukumnya daripada zahirnya
didalam batinnya, yang batinnya pada zahirnya. Maka shahih
daripada dua hukum itu, sempurna yang tidak sempurna
kemudian daripadanya atau dikata: “Jernih zahir daripada dosa
dan jernih batin daripada aghtar”.
28. Ash-Syariah - iaitu mengerjakan segala yang disuruh oleh
Allah Ta`ala dan menjauhkan segala yang dilarang oleh Allah.
29. Asyid dan Masyuq – iaitu yang dimaksud dengan ‘Asyid itu
iaitu seperti umpama yang menilik cermin, yang dimaksud
dengan ‘ma`shuq’ iaitu rupa yang kelihatan dalam cermin, maka
menilik cermin itu iaitu umpama zat Allah. Cermin yang jernih
itu, iaitu ‘A`yan Tsabitah’. Rupa yang kelihatan dalam cermin itu
‘Wujud Idhafi’ ialah yang diberahikan (yang dicintai, Pen: ) oleh
‘A’yan Tsabitah’.
30. A`yan Tsabitah – iaitu ibarat daripada haqiqat segala
asyya (bahagian-bahagian, Pen: ) Pada martabat ilmu. Sekali-
kali tidak ‘maujud’, tetapi adalah ia ‘ma’dum’ yang tsabit
didalam ‘ilmu Haq Ta`ala’. Sekali-kali ia tiada keluar jadi ‘A`yan
Kairiyah’, tiada zahir jadi ‘wujud aini’ tetapi adalah ia kekal atas
halnya didalam ‘buthun’, iaitu ‘Syuun Zat’ yang nyata pada
mertabat Wahdah dari kerana adalah ‘buthun’ itu ‘zatiyi’
baginya. Dan yang zhahir jadi ‘A`yan Khariyah’ itu segala
hukumnya, atsarnya dan lawazimnya sengan sebab wujud Haq

83
MUTIARA DI TENGAH MATA

Ta`ala, dari kerana tiada dari sana wujud, hanya wujud Haq
Ta`ala.
31. A’yan Khairijiyah dan Ilbas – iaitu barang yang ta`alluq
oleh lafaz ‘kun’ dinamakan ‘Alam’, dinamakan pula ‘Zhilluts
Thani’, ‘Ka-inat’ pula namanya, ‘Maujudat’ pun namanya, dan
‘Makhluq’ pun namanya.
32. Huwiyah – iaitu Zat Nya yang semata-mata dengan sekira-
kira zat jua, tiada dii`tibar dengan shifat dan tiada dii`tibarkan
pula dengan tiada shifat. Dinamakan pula ‘Haqiqatul Haqaiq’.
Jika ia dii`ktibarkan ia sunyi daripada segala shifat yang lebih
atas zat dinamakan ‘Ahadiah’ dan dinamakan ‘Al-`Ama’ pula.
Jika dii`ktibarkan bershifat dengan segala ‘Shifat Kamalat’ maka
dinamakan ‘Wahidiyah dan ‘Ilahiyah’. Segala shifat Tuhan itu
jika ta`alluq dengan kasih sayang dan rahmat dinamakan
dengan ‘Shifat Jamal’”. Atau bergantung ia dengan ‘Qahhar’Nya
dinamakan ‘Jalal’.
33. Sakrah dan Shahwun – iaitu Sakrah itu mengeras atas
halnya. Yakni mengeras atasnya ‘mabuk’ kerana ingat kepada
kekasihnya. Shahwun itu kembali ia kepada halnya, yakni
kepada mendirikan pada `ubudiyah.
34. Mahwun dan Itsbat, Mahwun – iaitu hilang segala shifat
dirinya. Itsbat itu menyabitkan barang yang didatangkan
atasnya daripada segala bekas kasih.
35. Murid dan Murad – Murid itu iaitu salik yang berkehendak.
Murad itu Yang dikehendaki, iaitu Allah Ta`ala.
36. Ilmu Laduni – iaitu ilmu yang hasil dengan tiada diusaha.
Ilmu daripada Allah kepada HambaNya `Arifin.
37. Tauhid – iaitu mengesakan Allah pada wujudNya. Adalah
bagiNya empat bahagian.
a. Pertama : Tauhid Uluhiyah.
b. Kedua : Tauhid Af`al.
c. Ketiga : Tauhid Shifat.
d. Keempat : Tauhid Zat.

84
MUTIARA DI TENGAH MATA

Tauhid Uluhiyah itu mengesakan Allah pada


ketuhananNya. Tauhid Af`al itu mengesakan Allah pada
perbuatanNya. Yakni dialah yang berbuat dan melakukan
pada ‘kaun’ ini dengan zauq dan wijdan.
Tauhid Shifat itu, iaitu mengesakan sifat bagi Allah.
Yakni tiada yang hidup, tiada yang `alim, tiada yang
kuasa, melainkan Allah Ta`ala. Hilang daripadanya segala
shifat dirinya, daya dan upaya dirinya.
Tauhid Zat itu, iaitu tiada ada maujud melainkan
Allah. Tiada dilihat akan wujud yang lain daripada
wujudNya. Tiada dilihat wujud dirinya, dan tiada dilihat
adamnya.

Kata Syeikh Abu Mawahib Muhammad Zainal Abidin


Ibni Muhammad Al-Ghamari Rahimahullah Ta`ala didalam
kitabnya yang bernama ‘Minahul Ilahiyah’. Bermula tauhid
itu empat martabat:
(1) Pertama : ‫ ﻻاﻟﻪ اﻻ اﷲ‬serta lalai daripadanya
atau serta mengengkarinya, seperti tauhid orang
yang munafiq.
(2) Kedua : Tauhid segala `Awamul Muslimin, iaitu
menyebut, ‫ ﻻاﻟﻪ اﻻ اﷲ‬serta membenarkan pada
hatinya akan yang demikian itu.
(3) Ketiga : Tauhid orang ‘Muqarrabin’ iaitu jalan
kasyaf dengan perantaraan “Nurul Haq”. Seperti, ia
melihat akan segala perkara itu keluar sekaliannya
dari Allah Ta`ala dengan halnya.
(4) Keempat : Tauhid ‘Khawashul Khawash’ iaitu
bahawa tiada dilihatnya pada wujud ini melainkan
Tuhan yang Esa. Dinamakan ‘Ahlush Shufi’, ‘fana’
didalam tauhid. Tiada dilihat akan dirinya sebab
melihat akan Tuhannya. Dan inilah Sehingga–
hingga nya didalam ‘Ilmu Kasyaf’, iaitu ‘Musyahadah
orang yang Shiddiqin’.

85
MUTIARA DI TENGAH MATA

KHATIMAH

Ketahui olehmu!

Setengah daripada yang terdapat tiada bagi orang


yang murid, yang ia hendak berjalan kepada Allah Subhanahu
wa Ta`ala, jalan Ahlullah, iaitu bahawa hendaklah melazimkan
diri dengan “Adab syari`at” Nabi kita Muhammad saw. Yakni
memelihara segala perkara yang disuruh dan yang ditegah.
Kemudian maka masuk ia pada “Tariqat Nabi Kita Shallallahu
‘alaihi wa sallam”, yakni mengikut akan jalan yang dikerjakan
oleh nabi daripada amal, atas sekuasa-kuasanya. Tiadalah
maqam yang terlebih daripada mengikut Nabi SAW pada
perbuatannya, tegahnya, kelakuannya dan perangainya.
Tiada dapat sampai kepada Allah melainkan mengikut Nabi kita
SAW kerana ialah Arifin, yakni mengetahui dengan barang
yang terlebih afdhal, terlebih kasih bagi Allah, barang yang
menghampirkan dirinya kepada Allah, dan kepada ridha Nya.
Sesungguhnya telah berjalan ia dengan Dia bagi dirinya
(dengan) demikian jalan itu. Barangsiapa mengikut akan dia
padanya, maka tiada maqam yang terlebih afdhal daripada
maqamnya. Setengah daripadanya dapat kasih Allah Ta`ala
seperti firman Allah Ta`ala didalam surah Al-Imran ayat 31:

.ُ‫ﺤﺒِﹾﺒﻜُﻢﹸ ﺍﻪﻠﻟ‬
‫ﻲﻳﹸ ﹾ‬
‫ﻢﺗُﺤِﺒﱡ ﹾﻮﻥﹶ ﺍﻪﻠﻟَﻓَﺎﺗﱠﺒِﻌﹸ ﹾﻮنِ ﹾ‬
‫ﻗُﻞْﺍِ ﹾﻥ ﻛُﹾﻨﺘُ ﹾ‬

86
MUTIARA DI TENGAH MATA

“Katakan olehmu ya Muhammad! Jika ada kamu kasih


akan Allah, Maka ikut oleh kamu sekalian akan daku nescaya
dikasih akan kamu oleh Allah Ta`ala.”

Dari kerana inilah ada ia terlebih besar lalai hamba itu,


lalai hamba daripada Tuhannya dan lainnya daripada suruh
Tuhannya dan tegah Tuhannya dan lalai daripada
mu`ammalahnya serta Tuhannya. Barangsiapa lalai akan
Tuhannya barangkali membawa kepada kufur, wal`iyazu Billah
Ta`ala. Kemudian yang mengiringi lalai akan suruh Tuhannya
dan tegahNya. Kemudian yang mengiringi pula lalai daripada
beradab serta Tuhannya.

Kata Ahlut Tashawuf Radhiallahu `anhum, “Barangsiapa


tiada memeliharakan ‘ushul’ nescaya diharamkan ‘wushul’ ”
Yakni, barangsiapa tiada menjalani dengan “thariqat Nabi saw”
nescaya diharamkan sampainya. Dikehendaki dengan ‘ushul’
itu Quran dan Sunnah, ialah thariqat Nabi saw. Maka tiap-tiap
yang dikerjakan oleh seseorang daripada sembahyang puasa
atau lain daripada kedua-duanya, maka terdapat tiada daripada
ia melihat akan asalnya. Yakni diadukan dengan asalnya
dengan yang dikerjakan oleh Nabi saw dan diketahui akan
hukumnya pula. Maka dengan dia hasil cabangnya, dan
buahnya, yakni dinamakan amal dan dapat manis ibadah.
Dengannya diberi balasan amalnya. Kata setengah Arifin:
“Tiap-tiap ibadat tiada baginya pahalanya didalam dunia tiada
dibalas pula diakhirat, dan dikehendaki daripada pahala pada

87
MUTIARA DI TENGAH MATA

dunia itu, iaitu dapat manis yang mengerjakan itu tatkala


mengerjakan dia”

Kata Ibnu Athaillah pada Hikamnya

ِ‫ﻣﹶ ﹾﻦ ﻭﹶﺟﹶﺪﹶﺛَ ﹾﻤﺮﹶﺓﹶ ﻋﹶﻤﹶﻠِﻪِ ﻋﹶﺎﺟِﻼﹰﻓَﻬﹸﻮﹶ ﹶﺩﻟِﹾﻴﻞٌ ﻋﹶﻠﻰ ﻭﹸﺟﹸ ﹾﻮﺩِ ﺍﻟﻘُﺒﹸ ﹾﻮﻝ‬
Ertinya: “Barangsiapa mendapat buah amalnya segera, maka
iaitu tanda atas peroleh kabul pada akhirat jammah.”

Maka tiada hasil manis amal itu melainkan pada “maqam


Ma`rifat” yang khas; yang tiada dapat berhimpun dengan dia
maksiat daripada riya’, ujub, dan lainnya. Tiada sampai ‘maqam
manis’ mengerjakan amal melainkan dengan mengekali akan
dia atas kelakuan yang dibencinya, dan yang diberat oleh nafsu
dengan lawannya. Kerana tiada daripada segala kebajikan
melainkan dibenci dan diberatkan dia. Iaitu jalan yang sangat
payah dan sukar, yang berkehendak kepada ‘sabar’ pada
ghalibnya. Barangsiapa sabar atas payahnya, maka membawa
ia kepada mudahnya dan senangnya. Pertama-tama
lawanannya akan “hawa nafsu”nya. Kemudian lawannya pula
dengan menyalahi akan keinginannya. Kemudian dapat ia
bersedap-sedap dengan manis ibadat.

Sesungguhnya tiada dapat ia manis mengerjakan ibadat


itu melainkan jika ada “shahih lagi mustaqim”, yakni mufakat

88
MUTIARA DI TENGAH MATA

dengan syariat, lagi benar atas tariqat, lagi sunyi sdaripadanya


riya’, ujub dan sum’ah.

Maka dengan dia mengisyarat firman Allah Ta`ala surah


Ar-Rahman ayat 46:

ِ‫ﹶﻭﻟِﻤﹶ ﹾﻦ ﺧﹶﺎﻑﹶﻣﹶﻘﺎَﻡﹶ ﺭﹶﺑﱢﻪِ ﺟﹶﻨﱠﺘَﺎﻥ‬


Mafhumnya:

“Sabit bagi orang takut akan maqam Tuhannya itu dua


syurga”.

Pertama : Syurga yang bersegera, iaitu manis taat,


lazat munajat, jinak dengan bahagian
daripada mukasyafah dengan sekira-kira
maqamnya.

Kedua : Syurga yang bernama tangguh, iaitu yang


diberi beberapa bahagi balasan didalam
syurga dan tinggi darjatnya.

Maka tiada sayugia bagi murid itu bahawa suka ia dengan


manis munajat ibarat itu, bahawa berhenti atasnya, dan jangan
diqashadkan pula, akan tetapi sesunguhnya menghasilkan dia
kerana dapat tanda shah amalnya, tanda teguh halnya jua,
supaya jangan menafikan ikhlasnya. Maka hendaklah cita-
citanya itu kepada Allah Ta`ala, tiada kepada yang lainnya,

89
MUTIARA DI TENGAH MATA

kerana ia setengah daripada hijab pula bagi orang yang salik.


Kata Syeikh Qasim al-Jili Rahimahullah Ta`ala, “Ketahui
olehmu! Bahawasanya adalah antara hamba dan Tuhannya itu
tujuh puluh hijab daripada zhulmah, yakni yakni kelam, dan nur,
iaitu kembali kepada hamba jua. Yakni dikehendak daripada
hijab itu jauh hamba jua. Yakni perangainya dan nafsunya yang
patut bagi mendapat akan Tuhannya. Berkehendak hamba
yang menuntut akan Tuhannya daripada menjalankan
nafsunya. Maka dibandingkan setengah ulama yang berjalan
kepada Allah itu, umpama orang yang hendak musafir
memutuskan segala “marahil”, yakni perhentian. Terdapat tiada
bagi orang yang musafir itu daripada dalam perjalanannya
daripada “mu`allim” umpama yang tahu dengan jalan itu,
berkehendak pula kepada bekal, kenderaan, tolan dan senjata
bagi melawan akan seteru dan menakut akan dia. Demikian
pula bagi orang yang salik terdapat tiada daripada syeikh yang
menjalan akan dia, yang tahu dengan jalan Thariqat yang
sudah dijalannya. Maka diketahuinya akan baiknya dan
jahatnya. Terdapat tiada daripada bekal pula, iaitu “taqwallah”.
Terdapat tiada daripada kenderaan iaitu “himmah”. Terdapat
tiada pula baginya tolan. Iaitu saudaranya yang sama-sama
berjalan. Terdapat tiada pula daripada senjata, iaitu
“Asmaullah”. Iaitu Zikir supaya menakuti akan seterunya, iaitu
Syaithan dan hawa nafsu. Seperti orang Musafir lalu ia atas
beberapa negeri dan dusun tempat berhenti. Kemudian maka
berjalan pula daripadanya kepada tempat yang dikehendaki-

90
MUTIARA DI TENGAH MATA

nya. Demikian lagi dilalui oleh orang yang salik atas beberapa
maqam yang masyhur antara Ahlillah Ta`ala iaitu tujuh maqam:

Pertama : Maqam Zhulumat yang aghyar jua, iaitu


dinamakan nafsu padanya dengan ‘Nafsu
Ammarah bis Suk’.

Kedua : Maqam ‘Anwar’, dinamakan nafsu padanya


dengan ‘Nafsu Lauwamah’.

Ketiga : Maqam ‘Asrar’, dinamakan nafsu padanya


dengan ‘Nafsu Mulhammah’.

Keempat : Maqam ‘Kamal’, dinamakan nafsu padanya


dengan ‘Nafsu Muthmainnah’.

Kelima : Maqam ‘Washal’, dinamakan nafsu padanya


dengan ‘Nafsu Radhiah’.

Keenam : Maqam ‘Tajalliyatil Af’al’, dinamakan nafsu


padanya dengan ‘Nafsu Mardhiyah’.

Ketujuh : Maqam ‘Tajalliyatish Shifat’, dan Asma’,


dinamakan nafsu padanya dengan ‘Nafsu
Kamaliah’.

Tiap-tiap satu daripada maqam yang tujuh itu


mendindingkan bagi yang lainnya. Yakni barangsiapa adalah ia
pada maqam Zhulumat terdindinglah ia daripada Maqam Nur.
Barangsiapa ada pada maqam Asrar terdindinglah ia daripada

91
MUTIARA DI TENGAH MATA

‘Maqam Kamal’ Demikianlah hingga kesudahannya, barang


siapa ada pada Shifat Dan Asma’ terdindinglah dari ‘Tajalli Zat’.
Tajalli itu tertegah kerana bahawasanya kedatangan kelam.
Seperti orang memandangkan matahari maka yang melihat
akan dia tiada dilihat sesuatu yang lain.

Ketahui pula, adalah bagi hati itu beberapa namanya:

Pertama : Shadrun

Kedua : Qalbun

Ketiga : Fu-adun

Keempat : Lubbun

Kelima : Syaghafun

Adapun sebab dinamakan Shadrun kerana ia tempat terbit


“Nurul Islam”, seperti firman Allah Ta`ala Surah Zumar ayat 22:

ِ‫ﺳﻼﹶﻡِﻓَﻬﹸﻮﹶ ﻋﹶﻠﻰنُ ﹾﻮﺭِﻣِ ﹾﻦ ﺭﹶﺑﱢﻪ‬


‫ﺃَﻓَﻤﹶ ﹾﻦ ﺷﹶﺮﹶﺡﹶ ﺍﻪﻠﻟُ ﺻﹶ ﹾﺪﺭﹶﻩﹸﻟِﻼِ ﹾ‬
Mafhumnya:

“Adakah sama barangsiapa dibukakan oleh Allah Ta`ala


dadanya kepada agama Islam, adalah ia beroleh cahaya
daripada Tuhannya”.

92
MUTIARA DI TENGAH MATA

Sebab dinamakan Qalbun, kerana tempat terbit iman,


seperti firman Allah Ta`ala didalam surah Al-Mujadalah ayat 22:

‫ﻲﻗُﻠُﻮﺑِﻬِﻢﹸ ﺍﻻﺀِﹾﻳﻤﹶﺎﻥﹶ‬
‫ﺃُﻭﻟَﺌِﻚﹶ ﻛَﺘَﺐﹶﻓِ ﹾ‬
Mafhumnya:

“Mereka itulah yang disurat oleh Allah didalam hati mereka


itu iman”.

Sebab dinamakan Fu-ad, kerana ia tempat terbit ma’rifat,


seperti firman Allah Ta`ala didalam surah Al-Najmu ayat 11:

.‫ﻣﹶﺎ ﻛَﺬَﺏﹶﺍﻟْﻔُﺆﹶﺍﺩﹸ ﺭﹶﺃَﻯ‬


Mafhumnya:

“Tiada dusta fu-ad pada barang yang dilihatnya”.

Sebab dinamakan Lubbun, kerana ia tempat terbit tauhid,


seperti firman Allah Ta`ala

ِ ‫ﺭﺽِ ﻭﹶﺍ ﹾﺧﺘِﻠ‬


ِ‫َﻒﺍﱠﻟﹾﻴﻞ‬ ‫ﺍِﻥﱠﻓِﻰ ﺧﹶﻠْﻖِ ﺍﻟﺴﱠﻤﹶﻮﹶﺕِ ﻭﹶﺍْﻻَ ﹾ‬

‫ﻭﹶﺍﻟﻨﱠﻬﹶﺎﺭَِﻻَﻳﹶﺖٍِﻻُﻭﹾﱃِْﻷﻟْﺒﹶﺐ‬
Mafhumnya: “Bahawasanya adalah pada kenyataan itu
beberapa tanda bagi segala yang berakal”.

93
MUTIARA DI TENGAH MATA

Sebab dinamakan Syaghafun, kerana ia tempat terbit


mahabbah, seperti firman Allah Ta`ala. Surah Yusof ayat 30:

‫ﺎ‬‫ﻗَ ﹾﺪ ﺷﹶﻐَﻔَﻬﹶﺎ ﺣﹸﺒ‬


Mafhumnya:

“Bahawasanya telah terlalulah berahi Zulaikha itu kasih


akan Yusuf’. Surah Yusuf, ayat 30. Wallahu a`lam.

IZZAH

Ini satu pengajaran. Ketahui olehmu hai saudaraku!


Bahawasanya permulaan perjalanan tempat menyatakan
kesudahannya barangsiapa adalah permulaannya itu kepada
Allah, maka kesudahannya sampai kepada Allah. Jadikan
olehmu segala ibadatmu itu kepada Tuhanmu mendirikan
‘Ubudiyah jua, tiada kerana hawa nafsu dan kerana maqamat
dan lainnya. Barangsiapa mengetahui dengan yakin
bahawasanya Allah Ta`ala menuntut akan dia, maka
dibenarkan tuntut akan Tuhannya. Barangsiapa mengetahui
bahawasanya segala pekerjaannya pada Allah Ta`ala, maka
hendaklah dihimpunkan tawakkul, yakni hendaklah
menyerahkan segala pekerjaannya itu kepada Allah.
Barangsiapa mengetahui bahawasanya terdapat tiada daripada
dunia ini binasa, lagi diruntuhkan kejadiannya, ditanggalkan
orang yang mulia dan lainnya, maka berpalinglah orang yang

94
MUTIARA DI TENGAH MATA

berakal hatinya daripadanya, marah dan menjauhkan dia hal


keadaannya memberi belakang. Tiada suka ia mengambil akan
dia kedudukan dan tempat kediamannya. Adalah orang yang
berakal itu, barang yang kekal itu, lebih suka ia baginya
daripada barang yang fana’. Telah teranglah cahaya hatinya,
maka bencilah akan dunia ini, akan kebesarannya dan
kemuliannya. Adalah citanya itu bangkitkan bersungguh-
sungguh kepada Allah Ta`ala. Jadilah padanya minta tolong
dengan Allah Ta`ala pada berjalan kepadaNya. Senantiasa
kenderaan citanya itu tiada tetap ketetapannya selama-lamanya
berjalan ia hinggai ia sampai kepada “Hadhratu Qudsi”, kepada
‘hamparan Unsi’, ‘tempat Mufatahah’, ‘Muwajahah’, ‘Mujalasah’
‘Muhadatsah’, ‘Mushahadah’ dan ‘Muthala’ah’.

Adalah hadrat itu tempat tetap hati mereka itu, kepadanya


tempat kembali dan kepadanya tempat kediaman. Dikehendaki
dengan ‘Hadhratu Qudsi’ itu tempat yang berkehendak
menyucikan semata-mata. Dikehendaki dengan Unsun itu,
tempat berjinak-jinak dengan Tuhannya. Dikehendaki dengan
‘Mufatahah’, tempat berbuka rahsia ‘Ilahiyah’. Dikehendaki
dengan ‘Muwajahah’ itu, berhadap sebab terangkat ‘Hujub
Zhulmaniyah’ dan ‘Nuriyah’ daripadanya. Dikehendaki dengan
“mujalasah” itu, sekedudukan sebab sucilah ia daripada dua
syirik, dan daripada yang lain daripada Allah Ta`ala.
Dikehendaki dengan “muhadatsah” itu, munajatlah sirnya
dengan Tuhannya, ia musyahadah akan Tuhannya pada segala

95
MUTIARA DI TENGAH MATA

‘zarrah’ daripada ‘zarrat’ yang maujud atas yang berpatutan


dengan dia dan musyahadahkan

ٍ‫ﻰﺀ‬
‫ﻭﺍﻪﻠﻟُﻣﹸﺤِﹾﻴﻂٌﺑِﻜُﻞﱢ ﺷﹶ ﹾ‬
Bermula Allah Ta`ala meliputi bagi tiap-tiap sesuatu. Maka
‘Muthala`ah’ ia akan Tuhannya dengan Tuhannya pada tiap-
tiap kelakuannya. Maka inilah segala perkara yang dulapan, ini
nugraha Tuhannya bagi hamba yang bersungguh-sungguh ia
mengerjakan segala yang disuruhNya dan menjauhkan segala
tegahNya hingga kasih Allah Ta`ala akan dia, maka dikurnia
segala maqam yang mulia-mulia. Ini yang tiada masuk dibawah
ibarat, tiada sampai oleh isyarat dan memikir cita hati,
dinamakan “Maqam Jam`il Jam`I wa Fana-il fa-na” dan “baqa
billah”. Jika diturunkan kepada langit syari`at dan ‘bumi thabi`at’
maka dengan izinNya dan tamkinNya serta rasikh pada yakin
supaya mendirikan hak ‘ubudiyah, tiada ia turun dengan jahat
adabnya, lalai, tiada keinginan dan kesukaan tetapi masuk ia
pada berjalan kepada Allah dengan Allah dan daripada Allah,
dan keluarpun demikian jua. Seperti firman Allah. Surah Al-
Israq ayat 80:

‫ﻲﻣِ ﹾﻦ‬
‫ﻲﻣﹸﺨْﺮﹶﺝﹶ ﺻِ ﹾﺪﻕٍ ﻭﹶﺍ ﹾﺟﻌﹶﻞْﻟِ ﹾ‬
‫ﻲﻣﹸ ﹾﺪﺧﹶﻞَ ﺻِ ﹾﺪﻕٍ ﻭﹶﺍَ ﹾﺧﺮِ ﹾﺟﻨِ ﹾ‬
‫ﻭﹶﻗُﻞْ ﺭﹶﺏﱢﺍَ ﹾﺩﺧِﻠْﻨِ ﹾ‬

.‫ﻟَﺪﹸنْﻚﹶ ﺳﹸﻠْﻄَﻨﹰﺎنَﺼِﹾﻴﺮﹰﺍ‬

96
MUTIARA DI TENGAH MATA

Mafhumnya:

Kata olehmu ya Muhammad! Tuhanku, masukkan olehMu


Akan daku jalan masuk yang sebenar “, yakni masukkan
olehMu Akan daku dengan daya-upaya Mu, tiada dengan daya
upaya ku”. Keluarkan olehmu Akan daku jalan keluar yang
sebenar “, yakni dengan menyerah diriku bagi kehendak
Engkau dan mengikut perintah Engkau bagiku”. Jadikan olehMu
bagiku daripada Engkau itu raja yang menolong akan daku,
menolong dengan daku”.

ِ‫ﺤﺒِﻪ‬
‫ﺮﺟِﻊﹸ ﻭﹶﺍﻟْﻤﹶﺂﺏِ ﻭﹶﺻﹶﻠﻰﱠ ﺍﻪﻠﻟُ ﻋﹶﻠﻰﹶ ﺳﹶﻴﱢﺪِنَﺎﻣﹸﺤﹶﻤﱠﺪٍ ﻭﹶﺁﻟِﻪِ ﻭﹶﺻﹶ ﹾ‬
‫ﻭﹶﺍﻪﻠﻟُﺍﻟْﻤﹸﻮﹶﻓِﻖﹸﻟِﻠﺼﱠﻮﹶﺍﺏِ ﻭﹶﺍِﻟَﹾﻴﻪِﺍﻟْﻤﹶ ﹾ‬

.‫ ﺁﻣِﹾﻴﻦﹶ‬،‫ﻭﹶﺳﹶﻠﻢﱠَﻭﹶﺍﳊَ ﹾﻤﺪﹸ ﻪﻠﻟ ﺭﹶﺏﱢ ﺍﻟﻌﹶﻠَﻤِﹾﻴﻦﹶ‬

Insya Allah sampai disini dulu bagi menghuraikan serba


ringkas bahagian Tariqat yang pasti dilalui oleh setiap mereka
yang ingin menjalani Tariqat mengikut perjalanan Ahlillah (Ahli-
Ahli Sufi yang Muktabar) yang sebenarnya, samada daripada
zaman Salaf mahupun di zaman Khalaf yang telah sampai
kepada Allah S.W.T.

97
MUTIARA DI TENGAH MATA

Sekadar inilah yang dapat kami naqal serta ambil pengajaran


dan dapat difahami dari guru kami Allahyarham
Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri Osmani Kedahi.
Yang membincangkan mengenai tajuk:
“LIKU-LIKU PERJALANAN SUFI” dinamakan risalah ini
“MUTIARA DITENGAH MATA”
Wallahu a’lam
Tarikh: 17 Rabiulawal 1423 Jam 7.30 pagi

98
‫‪MUTIARA DI TENGAH MATA‬‬

‫‪QASIDAH ARIFFINBILLAH‬‬
‫‪Syaikh Mahmud Nasri Othmani‬‬

‫‪FAEDAH‬‬
‫‪Hikmah Ariffinbillah Bagi Terbuka Segala Ulumuddin Dan‬‬
‫‪Pembukaan Sesuatu Pekerjaan Atau Menuntuti Ilmu Untuk‬‬
‫‪Mencapai Redha Allah SWT‬‬

‫ﺴﻢِ ﺍﻪﻠﻟِ ﺍﻟﺮﱠ ﹾﺣﻤﹶﻦِ ﺍﻟﺮﱠﺣِﹾﻴﻢِ}‪{١‬‬


‫ﺑِ ﹾ‬

‫ﺍَﻟْﺤﹶ ﹾﻤﺪﹸ ﻪﻠﻟِ ﺭﹶﺏﱢﺍﻟْﻌﹶﻠﻤﹶِﹾﻴﻦﹶ }‪َ{٢‬ﺍﻟﺮﱠ ﹾﺣﻤﹶﻦِ ﺍﻟﺮﱠﺣِﹾﻴﻢِ}‪{٣‬ﻣﹶﺎﻟِﻚِ‬

‫ﺴﺘَﻌِﹾﻴﻦﹸ }‪ِ{٥‬ﺍ ﹾﻫﺪِنَﺎ ﺍﻟﺼﱢﺮﹶﻁَ‬


‫ﻳﹶ ﹾﻮﻡِ ﺍﻟﺪﱢﻳ ﹾِﻦ }‪{٤‬ﺍِﻳﱠﺎﻙَنَ ﹾﻌﺒﹸﺪﹸ ﻭﹶﺍِﻳﱠﺎﻙَنَ ﹾ‬

‫ﻢ ﻏَﹾﻴﺮِﺍﻟْﻤﹶﻐْﻀُ ﹾﻮﺏِ‬
‫ﺴﺘَﻘِﹾﻴﻢﹶ }‪ {٦‬ﺻِﺮﹶﻁَﺍﻟﱠﺬِﹾﻳﻦﹶﺃَنْﻌﹶ ﹾﻤﺖﹶ ﻋﹶﻠﻴﹶﹾﻬِ ﹾ‬
‫ﺍﻟْﻤﹸ ﹾ‬

‫ﻢ ﻭﹶﻻَ ﺍﻟﻀﱠﺂﻟﱢﹾﻴﻦﹶ }‪{٧‬‬


‫ﻋﹶﻠﻴﹶﹾﻬِ ﹾ‬

‫‪99‬‬
‫‪MUTIARA DI TENGAH MATA‬‬

‫ﺮﺃَنِﻴﱠﺔِ ﺻﹸ ﹾﻮﺭﹶﺓِﺍﻟْﻤﹶﺎﺩﹶﺓِ ﺍﻟﺘﱠﺠﹾﻠﻴِﺎَﺕِ‬


‫ﻢ ﻋﹶﻠﻰﹶنُ ﹾﻮﺭِ ﺫَﺍﺗِﻪِ ﻭﹶﻣﹶﻨﻈْﺮﹶِﺻِﻔَﺎﺗِﻪِ ﳎﹶﻠْﻰﹶﺍﻟْﺤﹶﻘَﺎﺋِﻖِﺍﻟْﻘُ ﹾ‬
‫ﺍَﻟﻠﻬﱠُﻢﱠ ﺻﹶﻞﱢ ﻭﹶﺳﹶﻠﱢ ﹾ‬

‫ﺤﺒِﻪِ ﻛَﻤﹶﺎﻻَنِﻬﹶﺎﻳﹶﺔَﻟِﻜَﻤﹶﺎﻟِﻪِ‪.‬‬
‫ﺍْﳊَﻖﱢ ﻭﹶﻋﹶﻠﻰﹶﺃَﻟِﻪِ ﻭﹶﺻﹶ ﹾ‬

‫ﺴﻢِ ﺍﻪﻠﻟِﺍﻟﺸﱠﺎﻓِﻰ ﻭﹶﺍﻟْﺤﹶ ﹾﻤﺪﹸﻪﻠﻟِﺍﳌْﻌﹶﺎَﻓِﻰ ﺍﻪﻠﻟُﻻَﺍِﻟَﻪﹶ‬


‫ﺴﻢِ ﺍﻪﻠﻟِ ﺍﻟﺮﱠ ﹾﺣﻤﹶﻦِ ﺍﻟﺮﱠﺣِﹾﻴﻢِﺍﻟْﻜَﺎﻓِﻰﺑِ ﹾ‬
‫ﺑِ ﹾ‬

‫ﺍِﻻﱠﻫﹸﻮﹶﺍﻟْﺤﹶﻰﱡﺍﻟْﻘَﻴﱡﻮﹾﻡ ‪ ١٠٠‬ﻛﺎﱃ‪.‬ﻳﹶﺎﺣﹶﻰﱡﻳﹶﺎﻗَﻴﱡ ﹾﻮﻡﹸ ﺍﻪﻠﻟُﺍَﺯَﻟِﻰﱞﺍﺑﹶﺪِﻯﱞ‪ .‬ﺍﻪﻠﻟُ ﺩﹶ ﹾﻫﺮِﻯﱞ ﺩﹶﳝﹸْ ﹾﻮﻣِﻲﱞ ﻳﺎَﻫﹸ ﹾﻮ ﻳﺎَﻣﹶ ﹾﻦ‬

‫ﻻَﻫﹸ ﹾﻮﺍِﻻﱠ ﻫﹸ ﹾﻮ‪.‬‬

‫ﺏ ﺱ ﻡ ﺁ ﻝ ﻝ ﻩﺍَﻟْﺤﹶ ﹾﻤﺪﹸﻪﻠﻟُﻻﺍﻟﻪ ﺍﻻﺍﻪﻠﻟ ﳏﻤﺪ ﺍﻟﺮﺳﻮﻝ ﺍﻪﻠﻟ ﺳﹸﹾﺒﺤﹶﺎنَﻚﹶ ﺍﻟﻮﹶﺍﺣِﺪﹸﺍﻟْﻘَﻬﱠﺎﺭﹸ‪.‬‬

‫ﺍﻪﻠﻟ ﻛَﺮِﹾﻳﻢﹸ ﻳﺎَﻛَﺮِﹾﻳﻢﹸ‪ ،‬ﺍﻪﻠﻟ ﻛﺮﻳﻢ ﻳﺎﻛﺮﻳﻢﺑِﻼﹶﺑﹶﺨِﹾﻴﻞِﺍَﺑﹶﺪﹶ‪.‬‬

‫ﺊٍﺍِﻟَﹾﻴﻪِﻣِﹾﻨﻪﹸﺍَﺑﹶﺪﹶ ﻭﹶﻛﻞ ﺷﺊ ﺍﻟﻴﻪﻣِﹾﻨﻪﹸﺍَﺑﹶﺪﹶ ﺍﻪﻠﻟﺑﹶﺎﻕٍﻳﹶﺎﺑﹶﺎﻕٍ‪،‬ﺑِﻼﹶﺯَﻭﹶﺍﻝِﺑﹶ ﹾﻌﺪﹶﻩﹸ‪.‬‬


‫ﻭﹶﻛُﻞﱠ ﺷﹶ ﹾ‬

‫ﺊﻣِ ﹾﻦﻗَﹾﺒﻠِﻪِ ﺍﻪﻠﻟُﻣﹸﻄْﻠَﻘﺎًﺍَﺑﹶﺪﹶﻓِﻰ ﻛُﻞﱢ ﺟﹶﻼﹶﻟﻪﹸُﻭﹶﻛَﻤﹶﺎﻟُﻪﹸ‪.‬‬


‫ﺍﻪﻠﻟﻗَﺪِﹾﻳﻢﹸﻳﹶﺎﻗَﺪِﹾﻳﻢﹸﺑِﻼﹶ ﺷﹶ ﹾٍ‬

‫ﺊﺑِﻌِﻠْﻢِ ﺍﻪﻠﻟِﻣﹶﻘْﺪﹸ ﹾﻭﻡﹸﺑِﺎﻪﻠﻟِ‪،‬ﻟِﻠﱠﻪِ ﰲِ ﻪﻠﻟِﻣِﻦﹶ ﺍﻪﻠﻟِﺍِﻟَﻰ ﺍﻪﻠﻟِ ﻋﹶﻠﻰﹶ‬


‫ﺊﺍَﺯَﻟِﻰﱞ ﻭﹶﻛُﻞﱠ ﺷﹶ ﹾٍ‬
‫ﺍﻪﻠﻟُﺍَﺑﹶ ﹾﺪﻣِ ﹾﻦ ﻛُﻞﱢ ﺷﹶ ﹾٍ‬

‫ﺍﻪﻠﻟِ ﻭﹶﻋﹶﻠﻰﹶ ﺣﹶﻖﱢ ﺍﻪﻠﻟِ‪.‬‬

‫‪100‬‬
‫‪MUTIARA DI TENGAH MATA‬‬

‫ﺩﻋﺎ‬
‫ﺴﻢِ ﺍﻪﻠﻟِ ﺍﻟﺮﱠ ﹾﺣﻤﹶﻦِ ﺍﻟﺮﱠﺣِﹾﻴﻢِ‬
‫ﺑِ ﹾ‬

‫ﺤﺒِﻪِﺃَ ﹾﺟﻤﹶﻌِﹾﻴﻦﹶ‪.‬‬
‫ﺮﺳﹶﻠِﹾﻴﻦﹶ ﻭﹶﻋﹶﻠﻰﹶﺃَﻟِﻪِ ﻭﹶﺻﹶ ﹾ‬
‫ﺷﺮﹶﻑِ ﺍﻻنْﺒِﻴﹶﺎﺀِ ﻭﹶﺍﳌُ ﹾ‬
‫ﺍَﻟْﺤﹶ ﹾﻤﺪﹸﻪﻠﻟِ ﺭﹶﺏﱢ ﺍﻟﻌﹶﺎﻟَﻤِﲔﹶ ﻭﹶﺍﻟﺼﱠﻼﹶﺓﹸ َﻭﹶﺍﻟﺴﱠﻼﹶﻡﹸ ﻋﹶﻠﻰﹶﺃَ ﹾ‬

‫ﺮﺍنِﻴﹶﺔِ ﺻﹸ ﹾﻮﺭﹶﺓِ ﺍﳌَﺎﺩﹶﺓِ ﺍﻟﺘَﺠﹶﻠﱢﻴﹶﺎﺕِ ﺍﳊَﻖﱢ‬


‫ﺍَﻟﻠﱠﻬﹸﻢﱠ ﺻﹶﻞﱢ ﻭﹶﺳﹶﻠﻢﱢْﻋﹶﻠﻰﹶنُﻮﺭِ ﺫَﺍﺗِﻪِ ﻭﹶﻣﹶﹾﻨﻈَﺮِ ﺻِﻔَﺎﺗِﻪِﻣﹶﺠﹾﻠﻰﹶ ﺍﳊَﻘَﺎﺋِﻖِ ﺍﻟﻘُ ﹾ‬

‫ﺤﺒِﻪِ ﻛَﻤﹶﺎ ﻻنِﻬﹶﺎﻳﹶﺔَﻟِﻜَﻤﹶﺎﻟِﻪِﺑِﻌﹶﺪﹶﺩِﻛَﻤﹶﺎﻟِﻪِ‪.‬‬


‫ﻭﻋﻠﻰ ﺃﻟﻪ ﻭﹶﺻﹶ ﹾ‬

‫ﻳﹶﺎ ﺍﻪﻠﻟُﻳﹶﺎ ﺳﹶﻼﹶَﻡﹸ ـ ﺑﱪﺍﻑ ﻛﺎﱃ ﺃﺗﻮ ‪ ١١٣‬ﻛﺎﱃ‬

‫ﻢﻓِﻰ‬
‫ﻲ ﻭﹶﻋﹶﻠﻰﹶﻣﹶ ﹾﻦﻟَﻬﹸ ﹾ‬
‫ﻢ ﻋﹶﻠَﻰﱠ ﻭﹶﻋﹶﻠﻰﹶ ﻭﹶﺍﻟِﺪﹶﻱﱠ ﻭﹶﻋﹶﻠﻰﺃُﻣﱠﺔِﻣﹸﺤﹶﻤﱠﺪٍ ﺻﹶﻠﱠﻰ ﺍﻪﻠﻟُ ﻋﹶﻠَﹾﻴﻪِ ﻭﹶﺳﹶﻠﱠﻢﹶ ﻭﹶﻋﹶﻠَﻰ ﺟﹶﻤﹶﺎﻋﹶﺘِ ﹾ‬
‫ﺳﹶﻠﱢ ﹾ‬

‫ﺤﺒِﻪِﺃَ ﹾﺟﻤﹶﻌِﹾﻴﻦﹶ‪ ،‬ﻭﹶﻛَﻤﹶﺎ ﺳﹶﻠﱠ ﹾﻤﺖﹶ‬


‫ﻲ ﻛَﻤﹶﺎ ﺳﹶﻠﱠ ﹾﻤﺖﹶ ﻋﹶﻠﻰﹶ ﺳﹶﻴﱢﺪِنََﺎﻣﹸﺤﹶﻤﱠﺪٍ ﺻﹶﻠﱠﻰ ﺍﻪﻠﻟُ ﻋﹶﻠﹾﻴﻪِ ﻭﹶﺳﹶﻠﱠﻢﹶ ﻭﹶﺃَﻟِﻪِ ﻭﹶﺻﹶ ﹾ‬
‫ﺩﹶﺍﺋِﺮﹶﺗِ ﹾ‬

‫ﺴﻢِ ﺍﻪﻠﻟِ ﺍﻟﺮﱠ ﹾﺣﻤﹶﻦِ ﺍﻟﺮﱠﺣِﹾﻴﻢِ ـ ﺳﹶﻼﻡﹲ ﻋﹶﻠَﻰنُﻮﺡٍﻓِﻰ ﺍﻟﻌﹶﺎﻟَﻤِﹾﻴﻦﹶﺍِنﱠﺎ ﻛَﺬَﻟِﻚﹶ‬


‫ﻋﹶﻠَﻰﺍَﺩﹶﻡﹶ ﻭﹶﺣﹶﻮﱠﺃ ﻋﹶﻠَﹾﻴﻬِﻤﹶﺎ ﺍﻟﺴﱠﻼﻡﹸ‪.‬ﺑِ ﹾ‬

‫ﺤﺴِﻨِﹾﻴﻦﹶ ـ ﺳﹶﻼﻡﹲ ﻋﹶﻠَﻰﻣﹸ ﹾﻮﺳﹶﻰ ﻭﹶﻫﹶﺎﺭﹸ ﹾﻭﻥﹶ ﺍِنﱠﺎ‬


‫ﺠﺰِﻯﺍﻟْﻤﹸ ﹾ‬
‫ﺤﺴِﻨِﹾﻴﻦﹶ ـ ﺳﹶﻼﻡﹲ ﻋﹶﻠَﻰﺍِﹾﺑﺮﹶﺍﻫِﹾﻴﻢﹶﺍِنﱠﺎ ﻛَﺬَﻟِﻚﹶنَ ﹾ‬
‫ﺠﺰِﻯ ﺍﳌُ ﹾ‬
‫نَ ﹾ‬

‫ﻢ‬
‫ﺤﺴِﻨِﹾﻴﻦﹶ ‪ .‬ﺳﹶﻼﻡﹲ ﻋﹶﻠَﹾﻴﻜُ ﹾ‬
‫ﺠﺰِِﻯﺍﻟْﻤﹸ ﹾ‬
‫ﺤﺴِﻨِﹾﻴﻦﹶ ـ ﺳﹶﻼﻡﹲ ﻋﹶﻠﻰﹶ ﺍَﻝِﻳﹶﺎﺳِﹾﻴﻦﹶ ﺍِنﱠﺎ ﻛَﺬَﻟِﻚﹶنَ ﹾ‬
‫ﺠﺰِﺍﻟْﻤﹸ ﹾ‬
‫ﻛَﺬَﻟِﻚﹶنَ ﹾ‬

‫ﻢﻓَﻨِ ﹾﻌﻢﹶ ﻋﹸﻘْﺒﹶﻰ ﺍﻟﺪﱠﺍﺭِ‪ .‬ﺳﹶﻼﻡﹲ ﻫِﻰﹶ ﺣﹶﺘﻰﱠﻣﹶﻄْﻠَﻊِ‬


‫ﺮﺗُ ﹾ‬ ‫ﻢﻓَﺎ ﹾﺩﺧﹸﻠُﻮﻫﹶﺎ ﺧﹶﺎﻟِﺪِﹾﻳﻦﹶ‪ ،‬ﺳﹶﻼﻡﹲ ﻋﹶﻠﻴﻜُ ﹾ‬
‫ﻢﺑِﻤﹶﺎ ﺻﹶﺒﹶ ﹾ‬ ‫ﻃِﹾﺒﺘُ ﹾ‬

‫ﺠﺮِ‪.‬‬
‫ﺍﻟﻔَ ﹾ‬

‫ﺴﻢِ ﺍﻪﻠﻟِ ﺍﻟﺮﱠ ﹾﺣْﻤﹶﻦِ ﺍﻟﺮﱠﺣِﹾﻴﻢِ ـ ﻭﹶﺑِﺒﹶﺮﹶﻛَﺔِﺍﻟْﺤﹶ ﹾﻤﺪﹸﻪﻠﻟِ‬


‫ﺍﻟﻠﻬﹸﻢﱠ ﺳﹶﻠﱢ ﹾﻤﻨﹶﺎﻣِ ﹾﻦﺃَﻓَﺎﺕِ ﺍﻟﺪﱡنْﻴﹶﺎ ﻭﹶﻓِﺘْﻨﹶﺘِﻬﹶﺎ )‪ (٣‬ﻭﹶﺑِﺒﹶﺮﹶﻛَﺔِﺑِ ﹾ‬

‫ﺮﺃَﻥِ ﺍﳊَﻜِﹾﻴﻢﹶ ـ‬
‫ﺮﺳِﻰﱢ ﺍﻟﺸﱠﺮِﹾﻳﻔَﺔِ ـ ﻭﹶﺑِﺒﹶﺮﹶﻛَﺔِﻳﹶﺲ ﹶﻭﺍﻟﻘُ ﹾ‬
‫ﺭﹶﺏﱢ ﺍﻟْﻌﹶﻠَﻤِﹾﻴﻦﹶ ـ ﻭﹶﺑِﺒﹶﺮﹶﻛَﺔِ ﺃَﻳﹶﺎﺕِ ﺍﻟﻜُ ﹾ‬

‫ﺳﺮﱠﻩﹸ ـ ﻭﹶﺑِﺒﹶﺮﹶﻛَﺔِ ﺳﹶﻴﱢﺪِنَﺎ ﻣﹸﺤﹶﻤﱠﺪٍ ﺻﹶﻠﻰﱠ ﺍﻪﻠﻟُ ﻋﹶﻠَﹾﻴﻪِ‬


‫ﻭﹶﺑِﺒﹶﺮﹶﻛَﺔِ ﺻﹶﺎﺣِﺐﹸ ﻳﹶﺲ ﺣﹶﺒِﹾﻴﺐﹸ ﺍﻟﻨﱠﺠﹶﺎﺭِ ﹾﻯ ﻗَﺪﱠﺱﹶ ﺍﻪﻠﻟُ ِ‬

‫ﺤﺒِﻪِ ﺃَ ﹾﺟﻤﹶﻌِﹾﻴﻦﹶ ـ ﻭﹶﺑِﺒﹶﺮﹶﻛَﺔِ ﻻَﺍِﻟَﻪﹶﺍِﻻ ﺍﻪﻠﻟُﺍﻟْﻤﹶﻠِﻚﹸ ﺍﻟْﺤﹶﻖﱡ ﺍﻟْﻤﹸﺒِﹾﻴﻦﹶ‪ .‬ﻣﹸﺤﹶﻤﱠﺪﹸ ﺭﱠﺳﹸ ﹾﻮﻝُ ﺍﻪﻠﻟُ‬
‫ﻭﹶﺳﹶﻠﱠﻢﹶ ﻭﹶﺃَﻟِﻪِ ﻭﹶﺻﹶ ﹾ‬

‫ﻢ ﻭﹶﺍﻟْﺤﹶ ﹾﻤﺪﹸﻪﻠﻟِ ﺭﹶﺏﱢﺍﻟْﻌﹶﻠَﻤِﹾﻴﻦﹶ‪.‬‬


‫ﺤﺒِﻪِ ﻭﹶﺳﹶﻠﱠ ﹾ‬
‫ﺍﻟﺼﹶﺎﺩِﻕُ ﺍﻟْﻮﹶ ﹾﻋﺪﹸ ﺍﻻَﻣِﹾﻴﻦﹶ ﻭﹶﺻﹶﻠﻰﱠ ﺍﻪﻠﻟُ ﻋﹶﻠﻰﹶ ﺳﹶﻴﱢﺪِنَﺎﻣﹸﺤﹶﻤﱠﺪٍ ﻭﹶﻋﹶﻠﻰﹶﺍَﻟِﻪِ ﻭﹶﺻﹶ ﹾ‬

‫‪101‬‬
MUTIARA DI TENGAH MATA

SALASILAH
AMALAN KHALIFAH PUSAKA WALI AGAMA ISLAM.
Syeikh Mahmud Nasri Osmani menerima daripada gurunya Syeikh Yusuf Kenali Kelantan
Melalui ucapan Talqin:
Bismillahhirrahmanirrahim 7 kali
Asyhhaduallailahaillallah Waasyhhaduannamuhammadarrasullallah 3 kali
Lailahaillallah Muhammadarrasullallah 3 kali
Allahhuakhbar 7 kali
Lailahaillallah 3 kali
Allah Allah Allah
Sehingga tetap dan kejab hati. Diisyaratkan oleh Tuan Guru Syeikh Yusuf Kenali kepada Tuan Guru
Syeikh Mahmud Nasri Osmani, pandang dengan mata hati ( basairah ) berhubung tangan dengan
Sultan Auliyak Syeikh Abdul Qadir Jalaini mengaku menjadi murid baginya walau beberapa banyak
dosa kesalahan pohon diterima menjadi murid baginya selama-lamanya didunia dan di akhirat dan
mengaku menerima pusaka Khalifah Wali Agama Islam di atas makna sekeliannya dan juzuk-
juzuknya daripada Baginda seumpama Baginda menerima daripada Rasullullah, seumpama
Rasullullah menerima daripada Allah. Syeikh Yusuf Kenali menerima talqin tersebut daripada gurunya
Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fatoni. Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fatoni
menerima daripada Talqin daripada Syeikh Mahyuddin Abdul Qadir Jailani dengan Wasitah Khidir
Alaihissalam. Syeikh Mahyuddin menerima Talqin tersebut daripada Syaidul Akwan Wasuratul
Maadati Tajaaliyatilhak Muhammad Sallallah Alaihi Wasllam

SALASILAH
LANGKAHAN HULUBALANG ROHANI JASMANI
LATIHAN JABAT 14, JABAT PENIMBUL, JABAT BESI,
Syeikh Mahmud Nasri Osmani menerima Latihan tersebut daripada gurunya Tuan Guru Muhammad
Taib Bin Haji Abdul Rahman Jabat. Tuan Guru Muhammad Taib Bin Haji Abdul Rahman Jabat
menerima Latihan tersebut daripada gurunya yang juga ayahnya, Tuan Guru Haji Abdul Rahman
Jabat Fathoni. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jabat Fathoni menerima Latihan tersebut daripada
gurunya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Fathoni. Tuan Guru Muhammad Taib menerima Talqin
Pusaka Khalifah Wali Agama Islam daripada Tuan Guru Syeikh Yusuf Kalatan.

SALASILAH IJAZAH AMMAH


SEGALA AURAD SEGALA AHZAB
SEGALA SHOLAWAT DALAILUL KAHIRAT
Syeikh Mahmud Nasri Osmani , Syeikh Mahmud Nasri Osmani menerima daripada Syeikh yusuf
Kenali menerima daripada Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa Al-Fathoni daripada
Syeikh Muhammad Amin Ridzuan daripada Syeikh Ali Yusuf Al-Hariry Al Madani daripada Syeikh
Muhammad bin Syed Syeikh Ahmad Al-Maghar daripada Syeikh Muhammad bin Syed Syeikh Ahmad
Al-Maaty daripada Syeikh Ahmad Al-Haj daripada Syed Syeikh Ahmad Al-Maghar daripada Abdul
Qadir Al-Khass Daripada Syeikh Ahmad bin Syed abi Al-Abbas As-Samaai daripada Syeikh Ahmad
bin Syed Musa Assyimaly daripada Syeikh Abdul Aziz Assab aa’ daripada Syeikh Muhammad bin
Syed Syeikh Sulaiman Al-Jazuly daripada syed Syeikh Sulaiman Al-Jazuly

SALASILAH IJAZAH AMMAH


ILMU ZAHIR, ILMU ROHANI DAN SEGALA KITAB
Syeikh Mahmud Nasri Osmani daripada Syeikh Yusuf Kenali Kelantan daripada Syeikh Ahmad bin
Ahmad Zain bin Mustafa Muhammad Fathoni daripada Abdul Qadir Assyibly Attharabusy daripada
Maulana Syeikh abdul Rahman Bani Baaty daripada Al-Alamatul Syeikh Marthallah bin Syeikh
Nikmatullah Al-Kanaavy daripada Al-Alamatul Syeikh Abiidus Sanad daripada Al-Alamatul Syeikh
Ahmad Dahlan daripada Al-Alamatul Syeikh Jamal Mufti Mekah Al-Mukarramah daripada Al-Alamatul
Syeikh Mahyuddin Al-Khatib daripada Al-Alamatul Syeikh Abdul Qadir Al-Madani daripada Al-Alamatul
Syeikh Abdul Hamid Afindi daripada Al-Alamatul Syeikh Mahmud Al-Mungkharah daripada Al-
Alamatul Imam Arifbillah Syeikh Muhammad Al-Khawakhaji daripada Al-Alamatul Imamul Ulama’
Syeikh Nasibah Syeikh Al-Fidak) daripada Al-Alamatul Syeikh Muhammad Rafiq daripada Al-Alamatul
Syeikh abdul Ghani Rafiq daripada Al-Alamatul Syeikh Jalil Shodek daripada Al-Alamatul Imam
Muhaddisin syeikh Badaruddin Addamsyiqy daripada al-Alamatul Syeikh Muhammad Al-Khony.

Khazanah Angkatan Bina Jati Diri (ABJAD)


Warisan Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam

102
MUTIARA DI TENGAH MATA

103
MUTIARA DI TENGAH MATA

KHAZANAH ANGKATAN BINA JATI DIRI (ABJAD)


Warisan Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam
Pusat Penyelidikan Dan Penyebaran

Dapatkan Risalah Risalah

1. Wasilah Dan Rabitah


2. Tauladan Sempadan Pada Membicarakan Baik Dan Jahat Dalam
Ilmu Dan Amal
3. Himpunan Zikir-Zikir Taqarub Dalam Petua-Petua Menzahirkan
Hikmah Muktabar.
4. Panduan Langkahan Hulubalang Rohani Jasmani Dan Zikir
Taqarub
5. Liku-Liku Perjalanan Sufi, Mutiara Ditengah Mata
6. Sukatan Fardu Ain, Ilmu Fekah Tauhid Tasauf
7. Huraian Dua Kalimah Syahadah Asas Aqidah, Qawaid Syariah
8. Fadhilat Ayat 33 Dan Cara Beramal
9. Fadhilat Doa Haikal Dan Cara Beramal
10. Risalah Fadhilat Bacaan Yasin A’fiat
11. Himpunan Qasidah Abjad, Ghasiyah, Arifinbillah, Rahmaniyyah
Dan Selawat.
12. Carta Kedudukan Manusia Samada Di Alam Jin Atau Malaikat
13. Carta Permulaan Tapak Langkahan Hulubalang
14. Carta Darjah Kedudukan Manusia Baik Dan Jahat Dalam Ilmu
Dan Amal Disisi Allah SWT.

35, Tingkat 1, Persiaran seroja 1/1,


Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani, Kedah
Tel: 604-4416502/604-4475007 E-mail: abjad0@streamyx.com

104

Anda mungkin juga menyukai