Anda di halaman 1dari 3

Berpuasa Tetapi Tidak Menutup Aurat.

Assalamualaikum

Salah seorang rakan muslimah saya bersolat dan berpuasa dengan lengkap akan
tetapi dia tidak memakai tudung kepala untuk menutup aurat. Adakah solat dan
puasanya sah dan diterima syari‘at ?

Jawapan HF:

Wa’alaikumussalam,

Hal ini bergantung kepada faktor yang menyebabkan seseorang itu tidak memakai
tudung. Di sini terdapat dua faktor:

[A]          Dia menyakini dan menerima hukum memakai tudung adalah wajib
sebagaimana firman Allah dalam surah al-Nur 24:31 akan tetapi faktor kelemahan
taqwa dan kerendahan jatidiri menghalangnya untuk memakai tudung. Bagi orang
seperti ini solat dan puasanya tetap sah dan diterima. Sikapnya tidak memakai
tudung hanya mengurangkan kesempurnaan Islamnya.

Dalam kes ini hendaklah seseorang itu menguatkan taqwa dan jatidirinya agar
menepati perintah Allah s.w.t. untuk berpegang kepada syari‘at Islam secara
keseluruhannya dan berwaspada terhadap pengaruh negatif syaitan ke atasnya.
Firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam
secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.[1] Antara caranya ialah
sentiasa berdoa memohon kekuatan kepada Allah dan perlindungan daripada
gangguan syaitan. Selain itu hendaklah dia melazimkan diri bergaul dengan para
muslimah yang menutup auratnya kerana hal ini akan membantu dirinya menepati
perintah-perintah syari‘at.

Langkah-langkah di atas hendaklah dilakukan dengan segera kerana


menangguhkannya hanya akan membawa kemudaratan yang lebih besar. Firman
Allah: Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk
tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah
turun (kepada mereka), dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-
orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian
berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras.
Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.[2]

[B]           Dia tidak memakai tudung kerana tidak meyakini dan tidak menerima ia
sebagai salah satu kewajipan agama. Kes ini secara terperinci terbahagi kepada dua:

[B-1]       Secara tidak sengaja telah terkeliru dengan pelbagai tulisan dan dakwah
yang diberikan oleh para anti hadis, modernis dan aliran-aliran lain yang
menyanggahi syari‘at asli al-Qur’an dan al-Sunnah. Maka dalam kes seperti ini
hukuman ditangguhkan ke atasnya sehinggalah disampaikan kepadanya hujah
syari‘at yang benar melalui kaedah yang jelas lagi difahami. Firman Allah: Dan
Kami tidak akan mengazab (seseorang) sebelum Kami mengutus seorang
Rasul.[3] Ertinya Allah tidak akan menghukum seseorang sehingga sampai
kepadanya syari‘at Islam yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w.). Setelah itu Allah
berfirman: Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan
bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang
kepada mereka.[4] Ertinya syari‘at yang disampaikan tersebut hendaklah dalam
bahasa yang dapat difahami secara jelas.

Seseorang yang terkeliru sebagaimana dalam kes [B-1] di atas tetap diterima solat
dan puasanya. Namun diwaktu yang sama hendaklah diusahakan sekuat mampu
agar dia memerima dan memahami syari‘at Islam secara benar dan jelas dalam hal
ini. Jika telah diusahakan dan masih menolaknya maka termasuklah dia dalam
kategori berikut ini:

[B-2]       Telah menerima hujah syari‘at yang benar dan memahaminya secara jelas
tanpa ragu akan tetapi dia tetap menolak kewajipannya. Para ilmuan Islam memiliki
dua pendapat dalam kes seperti ini:

Pertama: Orang tersebut dianggap telah kafir kepada hukum Allah dan terkeluar
daripada syari‘at Islam. Solat dan puasanya tidak diterima dan wajib dijatuhkan
hukuman hudud ke atasnya.

Kedua: Orang tersebut dianggap telah berdosa besar dan akan diazab di dalam
neraka. Akan tetapi dia tidak dianggap kafir dan tidak terkeluar dari syari‘at Islam
selagi dia masih mentauhidkan Allah dengan dua kalimah syahadah, mendirikan
solat dan mengeluarkan zakat. Namun jika dia bertindak menyebar-luaskan fahaman
menolak hukum memakai tudung maka wajib dijatuhkan ke atasnya hukuman hudud
bagi mengelak fitnah ke atas orang ramai.

Walaubagaimanapun ingin diingatkan bahawa penentu antara hukuman pertama dan


kedua di atas terletak di bawah penilaian para Mufti, Hakim dan Qadhi. Tugas yang
diwajibkan ke atas kita adalah mendakwah dan bukannya menghukum. Maka
hendaklah kita memberi tumpuan untuk menyampaikan dakwah secara efektif dan
berhikmah agar sampai kepada seseorang itu hujah yang benar. Usaha dakwah ini
tidak boleh memiliki titik noktah, ia harus berterusan sehinggalah setiap orang
menerima hukum Allah secara keseluruhannya.

[1]               Maksud surah al-Baqarah (2): 208

[2]               Maksud surah al-Hadid (57): 16

[3]               Maksud surah al-Isra’ (17): 15

[4]               Maksud surah Ibrahim (14): 04

SUMBER : alfirdaus.com

Anda mungkin juga menyukai