Anda di halaman 1dari 5

Resepi Ikan Siakap Kukus Mudah

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap sederhana besar


3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
1 tangkai cili merah – dimayang halus
4 cm halia – dimayang halus
3 ulas bawang putih – dimayang
½ biji limau nipis
garam secukup rasa

Cara memasak:

Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus


lumur garam dan gula.
Tuang ketiga-tiga sos tadi.
Masukkan ikan dalam pinggan tahan panas, tabur
bahan yang dimayang tadi.
Kukus hingga masak anggaran selama 10 minit.
Tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau
diatasnya.
Posted by Wan at 7:33 AM 0 comments
Resepi Ikan Sumbat Walnut Bakar
Resepi Ikan Sumbat Walnut Bakar
(Baked Fish Stuffed with Walnuts Recipe – click
here for English)

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap saiz besar, bersihkan dan lap


dengan kain bersih atau tisu untuk keringkan

Bahan sumbat:
1 bawang besar, cincang halus atau tumbuk
1 ½ cawan walnut, tumbuk
1/3 cawan isi buah delima masak
1 sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada

Bahan perisa:
½ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada
½ biji jus lemon

Cara penyediaan:

1. Lumur bahagian dalam dan luar ikan denagan


garam dan serbuk lada.

2. Untuk bahan sumbat. Masukkan bawang besar


di atas penapis dan tekan untuk buang jusnya.
Masukkan bawang,walnut, delima, garam dan
serbuk lada ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Rasa, tambah garam jika kurang masin mengikut
citarasa.
3. Panaskan ketuhar 350F (180C).

4. Isikan bahan sumbat ke dalam ikan hingga


penuh dan padat.

5. Semat pencucuk lidi pada ikan untuk


mengelakkan bahan sumbat dari
terkeluar.Letakkan ikan atas kertas bakar
aluminium dan lumurkan ikan dengan jus lemon.
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 45
minit atau sehingga ikan menjadi keperangan dan
masak.

6. Susun ikan yang telah masak di atas pinggan


hidangan. Buangkan penyemat lidi dan hiaskan
dengan hirisan lemon.
Posted by Wan at 6:59 PM 0 comments
Resepi Ikan Siakap Kukus Bersama Tomato

Bahan-bahan (Untuk 2-3 orang):

1 ekor ikan siakap kecil


3 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
4 cm halia - dimayang
2 biji bawang besar - dihiris bulat-bulat
3 ulas bawang putih - dimayang
2 tangkai daun sup - hiris
1 biji limau nipis
1 biji buah tomato merah - dipotong bulat-bulat
6 tangkai cili akar (cili api saiz besar)
1 tangkai cili merah - hiris
1 sudu gula
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Bersihkan ikan. Lumur ikan dengan garam dan


gula. Letakkan di atas pinggan kukus.
Tabur halia, bawang putih, bawang besar, cili,
tomato dan tuang kesemua sos pada ikan.
Perah limau nipis pada keseluruhan permukaan.
Kukus selama 15 minit/sehingga masak.
Posted by Wan at 5:38 AM 1 comments
Resepi ikan siakap goreng dengan mangga
muda ~ Resepi Thai
Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap


Garam dan serbuk kunyit secupnya (untuk goreng
ikan)
½ biji mangga muda (disagat)
5 biji cili padi
2 sudu makan jus lemon
2 biji bawang merah (dipotong kecil)
1 sudu makan sos ikan
Minyak masak secukupnya

Cara membuatnya:

Goreng ikan siakap dan ketepikan.


Tumiskan cili padi, bawang merah, sos ikan dan jus
lemon. Tuangkan ke atas ikan siakap goreng tadi
bersama mangga yang telah disagat.
Sedia untuk dihidangkan.
Posted by Wan at 6:21 PM 0 comments