Anda di halaman 1dari 16

Tajuk : Kewajiban Pemuda Islam Hari Ini

Karya : Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi

Terbitan: Penerbit Salafi

Tahun : 2001

Alhamdulillah akan nikmat Iman juga Islam, disusuli selepas itu nikmat akal yang
cerdas, badan yang cergas, masa yang lapang, ibu bapa yang penyayang. Lain-lain
nikmat tidaklah muat tempatnya untuk penulis tuliskan kerana infiniti kiraannya.
Alhamdulillah, dapat untuk penulis habiskan bacaan buku ini sekali gus membuat
rumusan untuk kekuatan akal penulis juga untuk dikongsi bersama. Buku ini hanya
55 helai muka tetapi 55 helai ini sarat dengan ilmu-ilmu baru pengisian akal yang
akan melahirkan rancangan dan azam untuk kemenangan Islam.

Tidak penulis sifatkan karya Dr. Yusuf Al-Qardawi ini ‘ringan’ melainkan penulis
sifatkan karya ini ‘berat’. Kerana ketinggian ilmu Al-Allamah, dapatlah umat Islam
mengambil manfaat. Dan kita merasa kesal dengan satu firqah sesat yang sibuk
menyesatkan Dr. Yusuf Al-Qardawi di disiangnya dan kalut mengkafirkan Dr. Yusuf
Al-Qardawi di malamnya. Moga Allah s.w.t. menunjukkan jalanNya kepada mereka.

Dan tahniah kepada Mohamad Muhsin Sheikh Ahmad kerana berjaya

menterjemahkan buku ini. Inilah yang dikenal sebagai ‘‫حسنة‬ ‫ ’سنة‬yang ganjarannya

daripada Allah s.w.t. ‘‫ممنون‬ ‫’غري‬.

Ini hanyalah rumusan yang tidak lengkap. Merujuk buku yang asli adalah lebih baik
untuk pembaca.

Penulis yakin, perlu untuk memberi sinar ilmu kepada sekalian para pemuda dan
pemudi Islam dalam usaha mereka dalam pengislahan diri, keluarga, dan umat
supaya kembali kepada zaman kurun-kurun ulamak salafus soleh yang ketika itu
disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai kurun-kurun terbaik.

Penulis seperti biasa – kerana kecetekan ilmu dan pengalaman – membuat rumusan
dengan mengambil kembali seperti yang dikatakan oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi dan
sesekali mengubah ayat dan struktur bahasanya mengikut kefahaman penulis.
Penulis juga - di setiap akhir tajuk kecil -memasukkan sedikit daripada kesimpulan
juga yang difahami penulis.

Penulis mengharapkan akan dengan membaca, memahami, dan membuat rumusan


sebegini, dapatlah sedikit sebanyak menguatkan akal dan hati penulis untuk terus
mengikut jejak-jejak generasi awal yang Allah s.w.t. meredhai mereka dan mereka
juga meredhai Allah s.w.t. Tidak dilupakan dengan sedikit perkongsian ini dapatlah
kita bersama-sama beroleh manfaat ilmu dan berusaha untuk mengaplikasikan
manfaat ilmu ini dalam usaha kita untuk mengislah diri, keluarga, dan umat.
Pendahuluan

Kata Al-Allamah;

“Musuh-musuh Islam sentiasa mencari dan mengintai peluang, jika ada


kesempatan dan ruang untuk merosakkan umat Islam…” (m.s ix)

Di pendahuluan ini, Al-Allamah memberikan peringatan tentang ancaman musuh-


musuh Islam yang seperti yang disebutkan oleh Al-Allamah terdiri daripada puak
kuffar. Penulis menambah bahawa musuh-musuh Islam ini lebih daripada itu dan
contohnya adalah seperti puak munafiq, ahli bid’ah dan puak zindiq.

Al-Allamah menyebut bahawa mereka ini sudah tidak lagi mengangkat senjata untuk
memerangi Islam, tetapi mereka ini sebenarnya berperang dengan Islam dengan
cara ‘perang dan penjajahan pemikiran’. Disebut juga sebagai ‘perang saraf’.

Dan Al-Allamah melahirkan rasa harap di hujung pendahuluan dengan berkata;

“Mudah-mudahan umat Islam akan terjaga dari tidurnya yang lena dan bingkas
bangun membantu menegakkan Islam yang sebenarnya.” (m.s x)

Pengenalan

Al-Allamah mengejutkan pemuda dan pemudi Islam dengan berkata;

“Hakikatnya, seorang Muslim bukanlah seperti yang tergambar pada mata kasar,
hanya sebagai manusia. Ia sebenarnya lebih daripada itu, kerana ia adalah
pendokong risalah yang kekal (risalah Islam) dan pewaris pesaka peninggalan
para nabi.” (m.s. 2)

Al-Allamah mengingatkan akan tugas seorang yang bergelar Muslim. Tugasnya tidak
lain dan tidak bukan adalah menyebarkan rahmat Islam di seluruh pelosok dunia ini
kerana sesungguhnya seorang Muslim itu mewarisi risalah Islam.

Dan terus Al-Allamah membawakan ayat Al-Quran yang menunjukkan akan lengkap
dan kamilnya Islam – (Surah Al-Maidah: 3).
Al-Allamah menyambung;

“Generasi muda adalah generasi yang memiliki segala rupa kekuatan. Generasi
yang hidupnya segar, jiwa dan fikirannya sentiasa membara. Justeru kehidupan
pada zaman belia adalah kehidupan yang amat mencabar dan cukup istimewa,
kehidupan yang penuh dengan idealisme dan sarat dengan cita-cita.” (m.s 3)

Al-Allamah memuji akan halnya hidup zaman muda belia. Dan penulis katakan
bahawa hidup zaman muda belia seorang Muslim itu hanya akan membawa sinar
dan cahaya andai dia memborong ilmu ke dalam hidup belianya. Kerana itulah Al-
Allamah menyebut ‘penuh dengan idealisme dan cita-cita’ yang ‘idealisme’ dengan
ilmu dab ‘cita-cita’ juga dengan ilmu.

Dan Al-Allamah menyebut seperti yang pernah disebutkan oleh Imam Hassan Al-
Banna bahawa di kalangan pelapor-pelapor dakwah dan para anbiyak pun, mereka
datangnya daripada golongan belia. (Surah Yunus: 83) (Surah Al-Kahfi: 13) (Surah
Al-Anbiyak: 60)

Al-Allamah membawa contoh akan pemuda yang baik;

 Nabi Ismail a.s. yang langsung berkata: ‘Buatlah apa yang diperintahkan oleh
Allah’ ketika dia dibaringkan untuk disembelih oleh bapanya, Ibrahim a.s.
Inilah contoh kekuatan diri pemuda dalam menuruti segala perintah Allah
tanpa alasan.
 Nabi Yusuf a.s. Seorang pemuda yang berada jauh di perantauan dan tidak
sesiapa mengenali beliau. Di ajak untuk melakukan zina oleh seorang
perempuan yang berkedudukan dan kaya. Pada ketika itu, Yusuf a.s. dalam
dilemma samada menuruti ajakan perempuan itu untuk melakukan zina –
ujian pada agamanya – ataupun menolak ajakan zina tersebut dan dipenjara
– ujian dunia. Maka langsung Yusuf a.s. menolak ajakan zina tersebut dan
dipenjara. Dia lebih rela ujian terkena pada dunia dan tidak pada agamanya.
Inilah contoh kekuatan diri pemuda dalam mematuhi segala larangan Allah
s.w.t.
 Nabi Muhammad s.a.w. yang ketika diutuskan menjadi rasul berusia 40
tahun. Abu Bakr r.a. ketika memeluk Islam berusia 38 tahun, Umar r.a. 28
tahun dan Ali r.a. pada umur 10 tahun.
Al-Allamah menutup pengenalan dengan berkata;

“Tanggungjawab pemuda Islam sebenarnya amat berat. Ia memikul


tanggungjawab terhadap diri, agama dan umat.” (m.s. 9)

Penulis membawa perumpamaan matahari dan cahayanya. Cahaya matahari lebih


terang dan terik pada tengah harinya, tidak di awal pagi atau di hujung harinya.
Begitulah pemuda. Awalnya kanak-kanak yang ketika itu tersangat lemah seperti
lemahnya cahaya matahari di awal pagi. Hujungnya adalah tua yang ketika itu juga
lemahnya seperti cahaya matahari di hujung hari. Dan pemuda adalah cahaya di
tengah harinya.

Kewajiban Pemuda Islam

Pertama: Memahami Islam Dan Menolak Bid’ah

Pemuda Islam perlu memahami Islam dengan kefahaman yang baik iaitu kefahaman
generasi kurun-kurun terbaik umat. Al-Allamah juga ada berkata bahawa ilmu itu
diambil daripada Al-Quran juga As-Sunnah dengan jambatan ulamak-ulamak yang
tsiqah. Dan dinyatakan bahawa setiap orang itu dapat diterima atau ditolak
pendapatnya melainkan Rasulullah s.a.w.

Keutamaannya adalah keutamaan untuk mengetahui bahawa ajaran Islam itu


berbeza dengan ajaran agama selainnya kerana ia berdiri di atas petunjuk Al-Quran
dan As-Sunnah.

Kata Al-Allamah;
“Islam tidak mahu manusia berjalan meraba-raba dalam kegelapan. Atau berfikir
dengan pemikiran orang lain. Atau mengekor dibelakang pendeta yang menjaja
ilmu karut. Atau terpesona dengan pukulan kayu tukang sihir.” (m.s. 26)

Maka slogan yang tidak elok dipakai oleh para pemuda adalah slogan hanya untuk
menjadi Pak Turut yang sepenuhnya bertaqlid buta. Kata Al-Allamah;

“Islam tidak pernah menganjurkan seruan „Saya percaya kerana tidak dapat
melihat dan buta.‟ atau „Pejamkan mata, kemudian ikut saya.‟ (m.s. 25)

Ajaran Islam dengan tegas menyeru umat Islam supaya ‘melihat jalan dengan
pandangan dan basirah ilmu’. Ilmu yang dibina atas dalil. Maka itulah cara ikutan
Islam yang sebenarnya. (Surah Yusuf: 108)

Dan Al-Allamah menafsirkan ‘Cahaya atas Cahaya’ (Surah An-Nur: 35) sebagai:
‘Cahaya fitrah dan akal, cahaya wahyu dan nubuwwah’.

Penulis katakan tidaklah patut untuk seorang pemuda itu bertaqlid dalam hal
‘aqidah’.

Dan selepas itu, sebarang bentuk perkara-perkara baru dalam agama atau disebut
sebagai bid’ah perlu ditolak oleh kerana bid’ah mencemarkan dan mengotorkan
Islam. Al-Allamah menyebut;

“Keindahan ajaran Islam mereka (ahli bid‟ah) cemar dan kotorkan atas nama
bid‟ah hasanah sehingga ramai yang terpesona dan terpedaya, padahal Allah
s.w.t. sendiri tidak pernah mengizinkannya.” (m.s. 13)

Penulis berkata bahawa amalan yang dikatakan sebagai amalan bid’ah hasanah ini
adalah amalan ‘rasa’. Dirasakan perbuatan ini baik, maka ia disandarkan kepada
Islam dan dinamakan sebagai amalan bid’ah hasanah. Inilah konsep ‘rasa’ yang telah
pun mengubah agama-agama sebelum Islam. Dan penulis katakan seandainya
ditanya tantang amalan-amalan ‘rasa’ ini, penulis akan menjawab : ‘Sedangkan para
sahabat yang paling baik Islamnya tidak pernah melakukan!’

Ini pegangan yang penulis pegang untuk diri sendiri dan akan membentuk keluarga
sendiri dengan pegangan ini. Adapun dalam pengislahan umat, kata-kata Prof.
Madya Dr. Fauzi Deraman menjadi teladan penulis: ‘Kita mesti bertasamuh walau
yang betulnya adalah kita’. Yang pentingnya, janganlah kerana hal ini umat Islam
bercakaran di antara satu dengan yang lain.

Dalam hal halal dan haram terdapat satu lagi hal di tengahnya yang dinamakan
sebagai syubhah. Maka seperti kata Nabi s.a.w. meninggalkan hal syubhah itu adalah
lebih baik - seperti penggembala yang menggembala haiwan gembalaannya di sekitar
ladang yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya
– takut-takut terjatuh ke dalam hal yang haram. Penulis berkata perkara yang sama
dalam hal ini. Ada hal sunnah dan hal bid’ah dan di tengahnya hal bid’ah hasanah.
Adalah lebih baik meninggalkan amalan bid’ah hasanah takut-takut di haramkan
Allah s.w.t.

Penulis katakan, bid’ah yang bermaharajalela inilah yang melambatkan kemenangan


Islam.

Al-Allamah berkata bahawa umat Islam di zaman sekarang lebih suka untuk
melakukan bid’ah dalam urusan agama yang sepatutnya ditinggalkan. Dan mereka
sepatutnya lebih menumpukan untuk melakukan bid’ah dalam urusan dunia tetapi
hal ini tidak berlaku. Hal-hal bid’ah dunia semuanya seakan-akan diserahkan kepada
puak kuffar. Dan jadilah mereka selepas itu umat Islam yang paling tidak produktif
dan kreatif dan ketinggalan jauh dibelakang.

Sepatutnya, hal ini tidak terjadi. Keutamaannya seperti yang digariskan oleh Al-
Allamah perlu diberi perhatian.

Kemudian datangnya hal keutamaan yang patut dilakukan oleh para pemuda.

Keutamaan yang perlu terlebih dahulu ditekankan adalah keutamaan mentauhidkan


Allah.

Selepas itu keutamaan dalam hal 4 perkara iaitu solat, puasa, zakat, dan haji.

Selepas itu keutamaan dalam hal fardhu ain sebelum masuk ke dalam fardhu
kifayah. Bermaksud, mempersiapkan diri sebaik mungkin dengan ilmu-ilmu fardhu
ain sebelum melangkah untuk ilmu-ilmu fardhu kifayah.

Dalam hal fardhu kifayah, maka dijelaskan bahawa akan kepentingan fardhu kifayah
untuk mengangkat umat Islam di zaman moden hari ini. Kata penulis, ilmu fardhu
kifayah itu selepas ilmu fardhu ain dan ia amat penting. Seorang yang mahu
menunaikan haji perlukan kapal terbang. Kapal terbang itu perlu umat Islam untuk
memandunya kalaupun tidak membinanya. (Surah At-Taubah: 122)

Keutamaan dalam menjauhi hal-hal yang haram melebihi keutamaan untuk


mengerjakan amal soleh.

Keutamaan dalam hal-hal yang dasar agama melebihi keutamaan dalam hal-hal yang
furuq. Kata Al-Allamah;

“Janganlah ia menghabiskan umur dengan bertelingkah dalam masalah furuq


kerana pertarungan yang wujud hari ini adalah pertarungan diantara Al-Haq
(Islam) dengan Al-Batil (Musuh Islam). (m.s. 20)

Kemudiannya Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi mengajak seluruh pemuda untuk


merenungi dan berfikir sedalam-dalamnya. Al-Allamah berkata bahawa sekolah-
sekolah yang ada sekarang ini tidak mendidik dan mengajar dengan pendidikan dan
pengajaran yang sepatutnya. Sekolah-sekalah sekarang hanyalah menyentuh di
permukaan tanpa pernah berusaha menunjangi yang dalamnya. Maka akan lahirlah
pelajar-pelajar yang lebih mengetahui sejarah Eropah lebih daripada sejarah Islam.
Mereka lebih mengenali Napoleon berbanding mengenali Muhammad s.a.w. Mereka
tidak pernah tahu apakah ciri-ciri sahabat yang menjadikan para sahabat digelar
‘umat pilihan’.

Berdasarkan hal itu, Al-Allamah berkata;

“Kita perlukan maklumat yang terang, jelas, dan tepat tentang agama kita, Al-
Quran kita, syariat kita, sejarah kita, umat kita, dan semua warisan kita supaya
kita mampu meletakkan kebenaran pada tempatnya.” (m.s. 29)

Bermaksud, sekolah-sekolah yan ada sekarang sudah tidak sepenuhnya boleh


diharap untuk mendidik. Maka menjadi tanggungjawab para pemuda untuk
berusaha sendiri dengan mengikuti segala jalan-jalan untuk mendapatkan ilmu
dengan satu tujuan iaitu ‘meletakkan kebenaran pada tempatnya’.

Seru Al-Allamah;

“Kita tidak boleh berdiam diri menghadapi cobaan jahat yang hendak merosakkan
Islam dengan hanya menjadi penonton sahaja.” (m.s.29)
Usaha dan keringat perlu dikerahkan daripada batang tubuh pemuda untuk berjasa
kepada Islam. Setiap aspek di dalam Islam yang andainya diserang dapat ditangkis
oleh ulamak-ulamak Islam dengan bantuan para pemuda. Mungkin cadangannya
adalah para pemuda berjasa kepada Islam atas jalan penulisan dan sebar luaskan
maklumat-maklumat dan hujah-hujah yang mematahkan cobaan jahat untuk
merosakkan Islam. Perlu para pemuda memakai slogan ‘Hidup Biar Bejasa’ dan
mengamalkannya.

Seru Al-Allamah;

“Kita tidak boleh terus menerus bersikap pasif.” (m.s.29)

Sepatutnya para pemuda tidak pasif. Seperti yang diketahui zaman belia adalah
zaman di antara dua kelamahan iaitu kelamahan ketika kanak-kanak dan kelemahan
ketika tua. Oleh itu, tiada sebab yang munasabah untuk para pemuda
mengundurkan diri daripada medan dakwah melainkan sebab-sebab itu di atas
sebab-sebab syariat.

Seru Al-Allamah;

“Kita hendaklah berusaha membongkar segala kesesatan dan tipu daya golongan
kuffar.” (m.s.29)

Tamatnya perang Salib, maka bermulanya perang saraf. Perang saraf yang
melibatkan seluruh aspek kehidupan yang bermula daripada bangun tidur hinggalah
tidur semula. Perang saraf yang disalurkan di media-media juga di bahan bacaan,
dan ramai Islam yang tewas melainkan yang Islamnnya berdiri di atas kefahaman
salafus soleh. Yang tewas ini akan menjadi duri dalam Islam dengan memakai nama
‘Islam Liberal’ dan yang lainnya.

Seru Al-Allamah;

“Kita hendaklah sentiasa menyeru dan mengajak orang ramai kepada Islam
dengan penuh pengertian dan kefahaman.”(m.s.30)

Dan akhirnya seruan Al-Allamah;

“Umat Islam hendaklah sentiasa membaca dan bersungguh-sungguh menambah


ilmu pengetahuan.”(m.s.32)
Kesimpulan

Saya berkata, seruan-seruan Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi ini terangkum di


bawah tajuk ‘Memahami Islam Dan Menolak Bid’ah’.

Memahami Islam dengan ilmu yang baik yang datangnya daripada Al-Quran dan As-
Sunnah dengan jambatan ulamak-ulamak salaf dengan cara membaca dan jalan-
jalan mendapatkan ilmu yang lainnya. Ini adalah kerana tidak sepenuhnya sekolah-
sekolah yang ada sekarang dapat melahirkan para pemuda yang faham Islam.
Dengan ilmu dan kefahaman yang benar akan menjadikan para pemuda itu menolak
takliq buta.

Selepas itu adalah tugas untuk menolak bid’ah sekalipun bid’ah hasanah. Kerana
bid’ah hasanah itu hanyalah dihiasi dengan kata ‘hasanah’ yang sebenarnya adalah
‘dholalah’.

Kedua: Bekerja Tanpa Henti

Selepas berusaha mencari ilmu di atas jalan-jalannya yang banyak, faham dengan
kefahaman salafus soleh, dan menolak bid’ah datanglah ‘Bekerja Tanpa Henti’.

Inilah beramal dengan ilmu. Perumpamaan Allah s.w.t. bahawa sesiapa yang
mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkan adalah seperti ‘keldai yang memikul
kitab-kitab di belakang’ (Surah Al-Jumuah: 5) dan juga seperti ‘anjing yang menjelir-
jelir lidahnya’ (Surah Al-A’raf: 175 dan 176). Inilah perumpamaan ilmu yang tidak
diamalkan oleh pemiliknya.

Dan kata Al-Allamah berkenaan dengan penyebaran Islam;

“Islam tidak tersebar meluas menerusi siri-siri khutbah atau ceramah. Islam juga
tidak tersebar melalui lambakan penulisan berita, rencana, dan buku. Tetapi ia
tersebar menerusi amalan, akhlak, dan keperibadian yang mulia. Ia tersebar
menerusi penghayatan ajaran Islam yang jelas, sederhana, dan
istiqamah.”(m.s.37)

Dan Al-Allamah memberikan contoh tentera-tentera Turki di Korea. Tentera-tentera


Turki yang Islam beramal dengan Islam pada ketika membersihkan diri dan
menunaikan solat. Ini dilihat oleh penduduk negara Korea. Mereka bertanya dan
dijelaskan oleh tentera-tentera Turki akan Islam. Maka berbondong-bondonglah
penduduk negara Korea memeluk Islam. (m.s. 38)

Oleh kerana lemahnya amalan, akhlak, dan penghayatan umat Islam terhadap ilmu-
ilmu Islam, maka akan dilihat: umat Islamlah umat yang paling kotor sedangkan
Islam mengarahkan kebersihan, umat Islamlah umat yang paling malas sedangkan
Islam menganjurkan rajin-rajin dalam melakukan pekerjaan, dan selainnya.

Maka Al-Allamah berkata;

“Antara amal Islami yang patut diberi tumpuan ialah usaha membentuk tingkah
laku, istiqamah melaksanakan amal solih dan memantapakan akhlak yang
terpuji.”(m.s.40)

Kesimpulan

Tujuan menanam pokok buah-buahan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk
mendapatkan buahnya. Tujuan menyemai pokok bunga-bungaan tidak lain dan
tidak bukan adalah untuk melihat dan merasai bungaannya.

Perkara yang sama di dalam hal ilmu. Tujuan ilmu tidak lain dan tidak bukan adalah
untuk akhlak yang mulia.

Dan akhlak yang mulia itu bukanlah menjadikan para pemuda Islam itu lemah.
Lemah dan tidak produktif melakukan pekerjaan. Lemah dan lembab dalam
berdakwah. Lemah dan lambat dalam berjalan. Lemah dan perlahan ketika berkata-
kata. Dan lain-lain kelemahan.

Akhlak yang mulia adalah seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w., seperti
singa lapar di siangnya melakukan hal kehidupan dan seperti anak kecil di
malamnya bermanja dengan Allah s.w.t. Umar Al-Khattab r.a. antara contoh yang
mengikut akhlak Rasulullah s.a.w.
Ketiga: Berdakwah Terus Menerus

Selepas beramal amalan Islam dengan istiqamah dan berakhlak mulia, datanglah
selepas itu ‘Berdakwah Terus Menerus’.

Apakah cukup manfaat andai segala ilmu itu hanya pada diri sendiri?

Oleh kerana itulah takungan air yang dapat memberi manfaat kepada manusia
adalah lebih baik daripada takungan air yang manfaat hanya pada dirinya.

Al-Allamah membawakan Surah Al-Asr sebagai penghayatan bersama. Al-Allamah


berkata di hujungnya;

“Manusia tidak akan sempurna jika hanya dengan iman dan amal solih sahaja,
tetapi hendaklah sentiasa disertakan dengan sfat mulia suka berpesan-pesan
dengan kebenaran dan menerima pesan yang benar (sabar).”(m.s. 44)

Kata Imam Idris As-Syafie (w.204H);

“Andai setiap umat Islam memahami dan beramal dengan Surah Al-Asr, maka
sudah cukup baginya.”

Maka kebaikan ilmu itu apabila ia bermanfaat kepada diri sendiri juga memberi
menfaat kepada orang lain. Di sinilah terletaknya kata ‘dakwah’ untuk ‘islah’.

Tetapi menjadi halangan besar untuk para pendakwah itu adalah halangan daripada
keluarganya sendiri yang mungkin datangnya daripada ibu, ayah, saudara mara,
isteri, dan anak-anak. Kemudian barulah datang halangan daripada para pemerintah
dan puak yang bermusuh dengan Islam.

Inilah zaman yang berpegang kepada Islam seperti menggenggam bara api. (m.s.
47)

Dan Al-Allamah menyeru;

“Kita wajib menetang kesemua halangan yang cuba menyekat kebangkitan


dakwah. Kita hendaklah sentiasa merasai bahawa kita sedang berada pada posisi
yang terkuat.”(m.s.48)
Al-Quran sudah memberitahu akan musuh-musuh dakwah ini yang terdiri daripada
syaitan di kalangan manusia dan juga jin, juga orang-orang fasik yang suka kepada
dosa. (Surah Al-An’am: 112)(Surah Al-Furqan: 31)

Al-Allamah memberi contoh: pada zaman Ibrahim a.s. musuhnya adalah Namrud,
pada zaman Musa a.s. musuhnya adalah Fir’aun, dan pada zaman Muhammad s..a.w
musuhnya adalah Abu Jahal. (m.s.49)

Dan zaman sekarang, musuh Islam adalah Komunis, Yahudi, Kristian, Bahai,
Qadiani dan yang lainnya. Semua musuh-musuh Islam ini pada hakikatnya adalah
sama dan hanya berbeza pada nama.

Kesimpulan

Salah satu sifat Islam yang merupakan cara hidup akhir zaman ini ialah ‘alamiyah’.
Bermaksud sesuai untuk sesiapa sahaja, di mana sahaja berada, dan juga dalam apa
keadaan sekalipun.

Seseorang yang Islam yang tinggalnya di Antartika dalam keadaannya yang ekstrim
itu pun, Islam ada penyelesaiannya. Juga seseorang yang Islam yang tinggalnya di
tengah gurun Sahara juga dalam keadaannya yang ekstim itu pun, Islam ada
penyelesaiannya.

Maka menjadi tanggungjawab untuk umat Islam yang khususnya para pemuda
untuk berdakwah dan mengislah umat. Yang ilmunya hanya akan cukup bermanfaat
andai para pemuda itu mengerjakan kerja dakwah dan islah ini.

Dan segala halangan hendaklah ditebas bersama-sama dengan pisau penebas ilmu
yang benar. Hanya dengan cara dakwah terus menerus inilah umat Islam akan
kembali pulih dan menaiki tangga kemilang seperti satu masa dahulu.
Keempat: Bekerjasama Dan Tolong Menolong

Dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah dan islah itu, adalah lemah jika hanya
persendirian dan meninggalkan berjemaah.

Kerja dakwah dan islah yang diikat dengan tali tauhid kepada Allah s.w.t. dan tali
kasih sayang kepada Allah s.w.t. akan membuahkan hasil yang melimpah ruah.

Dan orang yang Islam itu sebahagian daripada sebahagian yang lain. Maka penulis
merasakan kesedihan apabila terdapat di antara umat Islam di Malaysia bercakaran
hanya kerana berselisihan pendapat.

Mereka ini tidak menuruti adab-adab ketika berselisihan pendapat. Akibat kerana
ego dan bangga dengan pendapat sendiri, maka ditolaknya pendapat orang yang
menyalahi pendapatnya. Jadilah mereka selepas itu seperti ayam berak kapur yang
masam mukanya apabila bersama saudara seIslamnya yang tidak sependapat
dengannya dan kesannya terbengkalailah kerja-kerja dakwah dan islah umat.

Kesimpulan

Semua umat Islam sudah sepakat akan bekerjasama dalam perkara-perkara


kebaikan dan tidak bekerjasama dalam perkara-perkara keburukan. Dan perlunya
untuk melaksanakan kata kesepakatan ini.

Penutup

Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qardawi membawakan perkhabaran manis akan


kemenangan Islam andai keempat-empat tugas para pemuda di atas dilaksanakan
dengan sebaik-baiknya. (Surah Rom: 4, 5 dan 6)

Kemenangan umat Islam pasti akan berlaku menurut sunnah-sunnah yang sudah
lama ditetapkan Allah s.wt.

Kesimpulan

Empat kewajiban pemuda Islam;

1. Memahami Islam Dan Menolak Bid’ah


2. Bekerja Tanpa Henti
3. Berdakwah Terus Menerus
4. Bekerjasama Dan Tolong Menolong

Keempat-empat kewajiban ini terangkum dalam Surah Al-Asr. Maka eloklah jika
difahami dan diamalkan dengan sebaik-baiknya.

Seruan penulis kepada diri sendiri dan juga semua pemuda dan pemudi adalah
mengikut empat kewajiban di atas. Kemenangan Islam akan menjelma bila mana
pemuda dan pemudi Islam melaksanakan empat kewajiban di atas. Penulis menutup
dengan doa;

‫رب مبا أنزلت ايل من خري فقري‬

Semakin besar keupayaan seseorang, semakin besar tanggungjawabnya. Sekian.

Jumaat
2 Julai 2010
5.30 pagi
Kuala Kubu Bharu

Anda mungkin juga menyukai