Anda di halaman 1dari 49

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU

SEKOLAH RENDAH

Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Tahap Dua Sekolah


Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010

Modul :

Latihan Guru-guru Sains Sekolah Rendah Tahun 2010

Jun 2010

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1
ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 4

2.0 Matlamat 4

3.0 Objektif Kursus 4

4.0 Objektif Modul 5

5.0 Jawatankuasa Kerja 5

6.0 Para Panel Penggubal Modul 6

7.0 Kandungan Kursus

8.1 PengenalanPedagogi Sains 9

8.2 Inkuiri Penemuan 19

8.3 Pembelajaran Masteri 26

8.4 Kontruktivisme 34

8.5 Kontektual 41

9.0 Lampiran (nota tambahan)

2
KURSUS MEMPERKASAKAN PEDAGOGI

GURU SAINS DAN MATEMATIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH

DALAM BAHASA MELAYU TAHUN 2010

TARIKH:

TEMPAT:

JADUAL PELAKSANAAN KURSUS

HARI/TARIKH 8.00 – 10.00 10.00 – 10.30-12.30 12.30-2.00 2.00-4.30 PETANG


PAGI 10.30 PETANG PETANG
pagi
8.00 – 8.30 PAGI
Hari Pertama Pendaftaran Rehat 1. Pendedahan Rehat 1.Pendedahan
Modul 1 Modul 2
8.30 – 10.00 PAGI
2. Pendedahan
1. Pengenalan Modul 3
Pendedahan
Strategi dan
Pendekatan P&P

Hari Kedua 1. Pendedahan 1. Bengkel


Modul 4 Rehat Bengkel Rehat Pembinaan Modul
Pembinaan
2. Pembahagian Modul 2. Pembentangan
kumpulan Modul

Hari Ketiga Pembentangan 1. Pemurnian


Modul Rehat Pemurnian dan Rehat Modul
Penambahbaikan
Modul 2. Rumusan dan

3
Penutup

1.0 PENGENALAN

Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah memutuskan bahawa


pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris di
semua sekolah akan tamat pada penghujung sesi persekolahan tahun
2011. Mulai tahun 2012 kedua-dua mata pelajaran tersebut akan diajar
dalam Bahasa Melayu di Tahun 4 dan Tingkatan 4. Sehubungan dengan
itu, Modul Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Dan Matematik
Tahap Dua Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu dibangunkan sebagai
persediaan awal bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran sains
dan matematik dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu pada tahun
2012.

2.0 MATLAMAT

Modul ini sebagai garis panduan kepada guru-guru Sains dan Matematik
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0 OBJEKTIF KURSUS

4
 Memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran pedagogi guru-guru Sains
dan Matematik Tahun Empat Dalam Bahasa Melayu di Sekolah Rendah.

 Melahirkan guru-guru yang lebih kompenten dalam pedagogi.

 Melahirkan guru-guru yang lebih kreatif dan proaktif terhadap profesion


perguruan.

 Meningkatkan lagi pencapaian sains dan matematik ke tahap yang lebih


cemerlang.

 Memastikan guru-guru akan dapat menyampaikan pengajaran dan


pembelajaran dalam Bahasa Melayu dengan lebih berkesan.

4.0 OBJEKTIF MODUL

• Menjadi rujukan dan panduan kepada guru-guru Sains dan


Matematik Tahun Empat dalam Bahasa Melayu.

• Mewujudkan keselarasan dalam melaksanakan kursus di sekolah-


sekolah rendah seluruh Malaysia.

• Mendorong sikap dan keupayaan dalam meningkatkan hasil


pembelajaran.

JAWATANKUASA KURSUS MEMPERKASAKAN PEDAGOGI GURU


SAINS DAN MATEMATIK TAHAP DUA SEKOLAH RENDAH DALAM
BAHASA MELAYU TAHUN 2010

5.0 JAWATANKUASA KERJA

5
Pengerusi : Dr. Haji Zahri Bin Aziz
Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
Naib Pengerusi : En. Abdul Halim Bin Abdul Razak
Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Profesionalisme
Setiausaha : Dr. Zainab Bt Hussin
Ketua Penolong Pengarah
Unit Kursus Dalam Perkhidmatan
Pen. Setiausaha : Cik Roslina Bt. Abdul Rashid
Penolong Pengarah
Unit Kursus Dalam Perkhidmatan.
Penyelaras : Pn. Siti Nafsiah Bt. Ismail (Bahasa Melayu)
En. Shaharizan Bin Shamsuddin (Matematik)
Urusetia : En. Mohd Helmi Bin Hamid
JAWATANKUASA PELAKSANA
Semua guru sains dan matematik tahun empat sekolah rendah.

6.0 PARA PANEL PENGGUBAL MODUL


En. Choo Wai Chong : Pensyarah Kanan
Jabatan Matematik
IPG Kampus Pulau Pinang.

Pn. Mahayon Bt. Abas : Pensyarah Kanan


Jabatan Matemati
IPG Kampus Ipoh.

6
Pn. Siti Khadzimah : Pensyarah
Bt. Salip Jabatan Matematik
IPG Kampus Teknik.

En. Mokhtar B. Ishak : Pensyarah


Jabatan Matematik
IPG Kampus Pendidikan Islam.

En. Norhawan B. Misiran : Pensyarah


Jabatan Matematik
IPG Kampus Pendidikan Islam.

Pn. Haslinah Bt. Abdullah : Pensyarah


Jabatan Sains
IPG Kampus Teknik.
En. Fazali B. Hashim : Pensyarah
Jabatan Sains
IPG Kampus Raja Melewar.

Pn. Hasniza Bt. Embong : Pensyarah


Jabatan Sains
IPG Kampus Ipoh.

Dr. Seman B. Salleh : Pensyarah Kanan


Jabatan Bahasa Melayu
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

7
Pn. Zanariah Bt. Ibrahim : Pensyarah
Jabatan Bahasa Melayu
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

En. Mohd Ghazali B. Ahmad : Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.

Pn. Fawziah Bt. Othman : Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

En. Nasaruddin B. Sha’arani : SK Sri Tiram


Tg. Karang, Selangor.

Pn. Nurriti Bt. Kurdi : SK Sungai Leman


Sekinchan, Selangor.

En. Fadhlah B. Afif : SK Methodist


Banting, Selangor.

Pn. Nur Madihah Bt. Mohd Din : SK Putrajaya


Presint 8(2), Putrajaya.

Pn. Isnayani Bt. Zulkapli : Sk Serendah


Serendah, Selangor.

Pn. Rahayu Bt. Ab. Rahman : SK Putrajaya


Presint 9(2), Putrajaya.

8
Pn. Mariani Bt. Mohd Dom : SMK (P) Methodist
Kuala Lumpur.

En. Azmi B. Abdul Halim : SK RTB Bukit Changgang


Banting, Selangor.

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME


GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

Program Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Tahap Dua


Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010

Topik P engenalan Pedagogi Sains

Kod Kursus

Masa Dua jam

Personal Penceramah

9
A. Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat ;

1. Menguasai prinsip pengajaran dan pembelajaran sains yang


ditekankan dalam kurikulum sains sekolah rendah.
2. Mengaplikasikan pelbagai strategi, kaedah, pendekatan serta
teknik pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu
menggunakan Bahasa Melayu.
3. Merancang pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah
selaras dengan hasrat Kurikulum Kebangsaan secara berkesan.
4. Meningkatkan keberkesanan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran sains sekolah rendah.
5. Memastikan hasil pembelajaran tercapai pada akhir sesi
pengajaran.

B. Kandungan Kursus

1.Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran sains


2.Strategi pengajaran dan pembelajaran sains
3.Contoh pedagogi pengajaran dan pembelajaran
4.Bengkel
5. Pembentangan

C. Kaedah
Syarahan, perbincangan, aktiviti hands-on dan bengkel

10
D. Bahan Pengajaran
Persembahan power point, nota

E. Alatan
LCD, Komputer, papan putih, kertas mahjung dan pen marker

F. Penilaian

1. Interaksi verbal

2. Hasil perbincangan

3. Borang maklum balas

G. Rumusan/Refleksi/ Uji impak

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN STRATEGI BERFIKIR

Kemahiran Berfikir Kritis

Mencirikan

Membandingkan & membezakan

Mengumpulkan & mengelaskan

Membuat urutan

Menyusun mengikut keutamaan

Menganalisis

Mengesan kecondongan

Menilai

Membuat kesimpulan

11
Kemahiran Berfikir Kreatif

Menjanakan idea

Menghubungkaitkan

Membuat inferens

Meramalkan

Membuat hipotesis

Mensintesiskan

Membuat gambaran mental

Menganalogikan

Mereka cipta

Strategi Berfikir

Mengkonsepsikan

Menyelesaikan masalah

Membuat keputusan

Menaakul

12
SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI

1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.


2. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.
3. Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara.
4. Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar.
5. Menyedari bahawa sains merupakan satu dripada cara untuk memahami alam.
6. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat.
7. Menghargai keseimbangan alam semula jadi.
8. Berhemah tinggi dan hormat-menghormati.
9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi.
10. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.
11. Berfikiran kritikal dan analitis.
12. Luwes dan berfikiran terbuka.
13. Baik hati dan penyayang.
14. Bersifat objektif.
15. Sistematik.
16. Bekerjasama.
17. Adil dan saksama.
18. Berani mencuba.
19. Berfikir secara rasional.
20. Yakin dan berdikari.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sainsn mengutamakan pembelajaran


berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran
dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang
optimum. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang dapat
mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar
secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran.

Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid diminta
menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara
aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan,
penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik. Pembelajaran berfikrah
boleh berlaku melalui pendekatan seperti inkuiri, konstruktivisme, sains, teknologi dan
masyarakat, pembelajaran kontekstual, pembelajaran masteri

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains

1. Pendekatan Inkuiri Penemuan

Pendekatan inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran


melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat
sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri.

Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan
ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu
fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk
memahami konsep sains melalui hasil inkuiri penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan
kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri penemuan ini. Namun demikian, perlu
diingat bahawa pendekatan inkuiri penemuan tidak sesuai digunakan dalam semua situasi
pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara
langsung oleh guru atau melalui inkuiri penemuan terbimbing.
2. Konstruktivisme

Konstruktivisme ialah satu fahaman yang mencadangkan bahawa murid belajar sesuatu
dengan cara membina sendiri pemahaman yang bermakna terhadap alam sekeliling mereka.
Antara unsur penting dalam konstruktivisme adalah seperti berikut:

• Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid.


• Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.
• Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi
menstrukturkan semula idea mereka.
• Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi.

3. Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan harian murid.
Pendekatan kontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat seperti dalam
pendekatan inkuiri-penemuan. Dalam pembelajaran kontekstual, kaitan di antara bahan yang
diajar dengan kehidupan harian dieksplisitkan. Dalam konteks ini, murid tidak belajar secara
teori sahaja tetapi dapat menghayati kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan
mereka.

4. Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua murid menguasai
objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa
setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid untuk belajar
mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran.

5. Pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat

Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkan apa yang
dipelajari dengan kehidupan harian mereka. Pembelajaran bermakna berlaku dalam
pendekatan seperti pembelajaran kontekstual dan Pendekatan Sains, Teknologi dan
Masyarakat (STM). Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM diwujudkan dalam
kurikulum ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran sains melalui penyiasatan dan
perbincangan berlandaskan isu sains dan teknologi dalam masyarakat. Pengetahuan sains dan
teknologi dipelajari bersama dengan aplikasi sains dan teknologi serta implikasi kepada
masyarakat.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh dilaksanakan melalui pelbagai


kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek,
penggunaan sumber luar bilik darjah, kajian masa depan dan penyelesaian masalah. Dalam
kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif
pembelajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk cadangan aktiviti
pembelajaran. Walau bagaimanapun guru boleh mengubahsuaikan cadangan aktiviti
pembelajaran jika perlu.

Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan kandungan


kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta sumber dan prasarana
yang ada. Di samping berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk bidang
pengajarannya, guru juga berperanan sebagai fasilitator dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan
aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza kecerdasan . Contoh
kecerdasan ini adalah visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik,
kinestetik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara
insan dengan Penciptanya, pemahaman tentang alam sekitar.

Berikut diberikan penerangan ringkas tentang kaedah ini.

1. Eksperimen

Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji
hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah
saintifik digunakan semasa eksperimen. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran
berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.
Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti
yang berikut:

• Mengenal pasti masalah


• Membuat hipotesis
• Merancang eksperimen
o mengawal pemboleh ubah
o menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
o menentukan langkah menjalankan eksperimen,
o kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
• Melakukan eksperimen
• Mengumpulkan data
• Menganalisis data
• Mentafsirkan data
• Membuat kesimpulan
• Membuat pelaporan

Dalam kurikulum ini, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang di bimbing oleh
guru, murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka
cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana
menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Aktiviti ini boleh
dijalankan secara bersendirian atau secara kumpulan kecil.

2. Perbincangan

Perbincangan adalah aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat


berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai
fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. Perbincangan perlu dijalankan semasa
dan selepas menjalankan eksperimen, projek, aktiviti mengumpulkan dan mentafsirkan data,
simulasi, penggunaan sumber luar bilik darjah, penyelesaian masalah dan lain-lain.
3. Simulasi

Simulasi adalah aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Simulasi boleh
dilaksanakan melaui main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan
berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan
yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk
memahami proses membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau
keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami
konsep dan prinsip yang dipelajari.

4. Projek

Projek adalah aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai
sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu
pembelajaran yang formal. Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaikan
masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek dalam
bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain.

5. Penggunaan Sumber Luar Bilik Darjah

Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institut
penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan,
menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia
mesti dirancang secara rapi di mana murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan
tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang
sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan satu daripada contoh kaedah ini.

6. Kajian Masa Depan

Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada
masa lalu ke masa sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan. Pedagogi ini
berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral dan
pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk
melalui kaedah ini.

7. Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat
keputusan atau untuk mencapai sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti
seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umum penyelesaian
masalah melibatkan langkah seperti yang berikut:

• Kenal pasti dan faham masalah


• Jelaskan masalah
• Cari alternatif penyelesaian masalah
• Lakukan operasi penyelesaian
• Nilaikan penyelesaian
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME
GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


KERANGKA KURSUS

Program Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Dan Matematik


Tahap Dua Sekolah-Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu
Tahun 2010

Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Pendekatan Inkuiri-


Topik
Penemuan

Masa 2 Jam

Personel Penceramah

____________________________________________________________________
A. Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat ;

1. Menerangkan maksud pembelajaran secara pendekatan inkuiri-penemuan dan


kepentingan menyerapkan pendekatan inkuiri-penemuan ke dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

2. Mengaplikasikan pelbagai strategi, kaedah, pendekatan serta teknik pengajaran


dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan inkuiri-penemuan.

3. Merancang pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan inkuiri-


penemuan selaras dengan hasil pembelajaran secara berkesan.

4. Memastikan hasil pembelajaran tercapai pada akhir sesi pengajaran.


B. Kandungan Kursus
1.Pengenalan pendekatan inkuiri-penemuan
2.Prinsip pendekatan inkuiri-penemuan
3.Strategi inkuiri-penemuan
4.Contoh pedagogi pengajaran dan pembelajaran
5.Bengkel
6. Pembentangan

C. Kaedah
Syarahan, perbincangan, aktiviti hands-on dan bengkel

D. Bahan Pengajaran
Persembahan power point, nota

E. Alatan
LCD, Komputer, papan putih, kertas mahjung dan pen marker

F. Penilaian

1. Interaksi verbal

2. Hasil perbincangan
3. Borang maklum balas

G. Rumusan/Refleksi/ Uji impak


CONTOH RANCANGAN MENGAJAR 1 :

Tema : Menyiasat Alam Bahan

Tajuk : Sifat-sifat Bahan

Sub Topik : Sifat Bahan

Tempoh : 60 minit

Tahun : 4

Objektif Pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan

Hasil Pembelajaran : Pada akhir P&P, para pelajar akan dapat;

• Mengenalpasti bahan konduktor/penebat elektrik

Pendekatan/ Kaedah/ Strategi : - Pendekatan - Inkuri – penemuan

- Strategi – Mengeksperimen dan Perbincangan


Fasa Isi kandungan Aktiviti pengajaran & Catatan
(Masa) pembelajaran

Set Induksi Mengapa terdapat Jenis aktiviti : Bercerita


(5 minit) jenis bahan dalam Kemahiran
satu alat elektrik - Guru menceritakan saintifik:
tentang pengalaman Komunikasi
terkena kejutan elektrik
yang kecil. Nilai murni :
- Bersoal jawab tentang Berhati-hati
pengalaman sedia ada
murid.

1. Mengedarkan
Meramal Mengenalpasti objek pelbagai jenis objek Kemahiran
Idea konduktor dan kepada murid, saintifik:
(10 minit) penebat elektrik. Seperti paku, kertas Meramal,
buku, pensil kayu, Mengelas
pembaris plastik,
karbon pensil, duit Nilai murni :
syiling 10 sen, sudu Kerjasama,
plastik, getah pemadam berani
dan rod kaca.
2. Murid mengelaskan
bahan kepada 2
kumpulan konduktor
dan penebat elektrik.

1. Murid membina
Pemerhatian Mengeksperimen litar lengkap.
(25 minit) bahan yang diberi 2. Murid
dalam litar elektrik. menyambungkan objek
yang diberi dalam satu Kemahiran
litar yang lengkap. saintifik:
3. Murid membuat Mengeksperimen,
pemerhatian tentang Pemerhatian
nyalaan mentol bagi
setiap objek yang
disambung dalam litar Nilai Murni :
lengkap. Berkerjasama
4. Murid Jujur
merekodkan hasil
pemerhatian dalam
borang yang diberi.

1. Guru
Penjelasan - Bahan konduktor meminta setiap
(15 minit) (pengalir elektrik) kumpulan murid
membentangkan hasil
- Bahan penebat keputusan eksperimen.
(bukan pengalir 2. Setiap
elektrik) kumpulan murid
memberikan
kesimpulan
berdasarkan hasil
eksperimen masing-
masing. ( Aras tinggi)

3. Guru
mengukuhkan hasil dan
Lampiran 1

Standarad Kandungan: 5.1 Memahami sifat-sifat bahan.

Standard Pembelajaran: 5.1.3 Mengenalpasti konduktor dan penebat

Tandakan ( / ) bagi objek yang dapat menyalakan mentol.

KEADAAN MENTOL SELEPAS


DISAMBUNGKAN OBJEK
OBJEK

MENYALA TIDAK MENYALA

Getah Pemadam

Pensil kayu

Pembaris plastic

Karbon pensil

Duit Syiling 10
sen

Sudu plastic

Rod Kaca

Paku

Kertas buku
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME
GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


KERANGKA KURSUS

Program Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Tahap Dua Sekolah-


Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010

Topik Pengajaran Berasaskan Pendekatan Pembelajaran Masteri

Kod Kursus

Masa 2 jam

Personel Penceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat ;

1. menyatakan Konsep pembelajaran masteri;

2. menerangkan langkah pembelajaran Masteri dalam proses pengajaran dan


pembelajaran;

3. Mengaplikasikan dan melaksanakan pembelajaran Pembelajaran Masteri dalam


pengajaran dan pembelajaran.

4. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan pembelajaran


masteri.
B. Kandungan Kursus

1. Pengenalan

2. Ciri-ciri pendekatan pembelajaran masteri.

3. Contoh pedagogi pengajaran dan pembelajaran

4. Bengkel

5. Pembentangan

C. Kaedah

Syarahan, perbincangan, aktiviti hands-on,bengkel dan pembentangan.

D. Bahan Pengajaran

Persembahan power point, nota, internet

E. Alatan

LCD, Komputer, dan papan putih

F. Penilaian

1. Interaksi verbal

2. Hasil perbincangan

3. Hasil bengkel.
G. Rumusan/Refleksi/ Uji impak

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR 1 :

Hari : Selasa

Tarikh : 01 Februari 2010

Masa : 60 minit

Kelas : 4 MAJU

Tema : Menyiasat Alam Kehidupan

Bidang Pembelajaran : Hidupan memerlukan keperluan asas

Objektif Pembelajaran : Memahami bahawa haiwan memerlukan keperluan asas.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat:

i) Mengenalpasti keperluan asas haiwan.

ii) Memberikan sebab haiwan memerlukan makanan, air, udara dan


tempat berlindung.

Pendekatan P& P : Pembelajaran Masteri

Kaedah : Mengeksperimen

KPS : Berkomunikasi, Meramal, Menginferens, Mengeksperimen,

Membina hipotesis, Mengawal Pemboleh ubah

KMS : Mengguna dan mengendalikan bahan dan peralatan sains

Mengendalikan spesimen hidup betul dan cermat

BBM : Bekas, kasa dawai, kadbod, belalang, air, daun, pita pelekat,

akuarium, ikan, tumbuhan air


Perancangan P & P :

Fasa Isi Kandungan Aktiviti Catatan


Pengajaran
Orientasi Menyatakan Guru bersoal-jawab:
(5 minit) haiwan peliharaan 1. Siapakah yang
murid memelihara haiwan
di rumah?
2. Apakah nama
haiwan kesayangan
kamu?
3. Bagaimana kamu
menjaga haiwan
kesayangan kamu?
Pencetusan Keperluan asas Berdasarkan soalan-soalan KPS:
idea haiwan tersebut, guru mengaitkan 1. Berkomunikasi
(15 minit) dengan keperluan asas 2. Meramal
haiwan. 3. Menginferens
Contoh :
Udara, air, makanan, dan KBKK:
tempat berlindung 1. Menghubungkai
tkan
Soal-jawab: 2. Mencirikan
1. Mengapakah kamu 3. Menginferens
memberikan haiwan
peliharaan kamu Nilai Murni:
makanan? 1. Minat dan
2. Mengapakah kamu bersifat ingin
memberikan haiwan tahu tentang
kamu air? alam sekeliling
3. Mengapakah kamu 2. Mempunyai sifat
menyediakan tanggungjawab
haiwan peliharaan terhadap diri
kamu tempat sendiri, orang
berlindung? lain, dan alam
4. Apakah akan sekeliling.
berlaku jika haiwan
peliharaan kamu Tahap Kognitif:
tidak mendapat
udara, air, makanan 1. Pengetahuan
dan tempat 2. Kefahaman
berlindung?
Penstrukturan Mengenalpasti Guru memberi arahan KPS:
semula idea keperluan asas kepada kaedah 1. Mengeksperime
(25 minit) haiwan: menjalankan eksperimen: n
1. Udara 1. Menjalankan 2. Mengawal
2. Air eksperimen untuk pemboloeh
3. Makanan mengkaji keperluan ubah
4. Tempat asas haiwan iaitu 3. Membuat
berlindung air, udara, dan pemerhatian
makanan.
a. Murid KBKK:
memasukkan 1. Membanding
haiwan kecil dan
seperti belalang membezakan
ke dalam empat keperluan asas
buah bekas. hidupan.
2. Menghubungkai
Stesen 1 t
Bekas A : 3. Menjana idea
Mengandungi 4. Membina
makanan kering dan hipotesis
ditutup dengan
jaring. Nilai Murni

Stesen 2 1. Minat dan


Bekas B: bersifat ingin
Mengandungi air tahu tentang
tanpa makanan dan alam sekeliling
ditutup dengan 2. Mempunyai sifat
jaring tanggungjawab
terhadap diri
Stesen 3 sendiri, orang
Bekas C: lain, dan alam
Mengandungi air sekeliling.
dan makanan dan 3. Baik hati dan
ditutup rapat supaya penyayang
udara tidak boleh 4. Mensyukuri
masuk nikmat yang
dikurniakan
Stesen 4 Tuhan
Bekas D:
Mengandungi air,
makanan dan
ditutup dengan
jaring

2. Murid diminta
membina hipotesis Borang
menentukan Pemerhatian
pemboleh ubah,
membuat Lembaran Kerja
pemerhatian serta
cadangan dan
akhirnya membuat
kesimpulan tentang
apa yang mereka
dapati daripada
eksperimen yang
dijalankan.
(Murid menulis
dalam lembaran
kerja yang
disediakan:
a) Lembaran kerja
b) Borang
pemerhatian
Aplikasi idea Mengenalpasti Projek memelihara ikan
(10 minit) keperluan asas secara kumpulan Nilai murni
haiwan: Menyayangi haiwan
1. Udara 1. Murid menyediakan
2. Air bahan-bahan yang Bekerjasama
3. Makanan diperlukan seperti :
4. Tempat a) Akuarium Tahap kognitif
berlindung b) Pam udara
c) Makanan • Pengetahuan
d) Ikan • Aplikasi
e) Tumbuhan air
f) Air bersih
Refleksi Peta minda Guru meminta murid
(5 minit) berkaitan dengan melengkapkan peta minda Tahap kognitif
keperluan asas berdasarkan pelajaran hari
hiawan ini • Pengetahuan
Makana • Kefahaman
Ai
n
r
Keperluan
asas
haiwan

Tempat
Udara
berlindung
Borang pemerhatian

Bekas Hari Pertama Hari Kedua Hari Ketiga Hari Keempat

D
Lembaran Kerja

Kumpulan :.................................................................

Nama ahli :..................................................................

.....................................................................

...................................................................

..................................................................

........................................................................

Arahan : Jawab semua soalan

Tujuan : Menyiasat keperluan asas haiwan.

1. Bina satu hipotesis berdasarkan eksperimen yang akan dijalankan.

______________________________________________________________________
_______________________________________

______________________________________________________________________
_______________________________________

2. Nyatakan pemboleh ubah yang boleh dikenalpasti dalam eksperimen ini.

i. Pemboleh ubah yang dimanipulasikan(diubah-ubah)

.................................................................................................................................
...........................................................................

ii. Pemboleh ubah yang bergerak balas(berubah)


.................................................................................................................................
..........................................................................

iii. Pemboleh ubah yang dimalarkan(ditetapkan)

.................................................................................................................................
.............................................................................

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME


GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


KERANGKA KURSUS

Program Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Tahap Dua Sekolah-


Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010

Topik Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Pendekatan Kontruktivisme

Masa 2 Jam

Personel
Penceramah
A. Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat ;

1. Menerangkan maksud pembelajaran kontruktivisme dan kepentingan menyerapkan


pendekatan kontruktivisme ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Menyenaraikan dan menggapliksaikan fasa 5 Needham.

3. Merancang pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah selaras dengan


hasrat Kurikulum Kebangsaan secara berkesan.

4. Meningkatkan keberkesanan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran sains


sekolah rendah.

5. Mengaplikasikan pembelajaran secara kontruktivisme dalam pengajaran dan


pembelajaran.

B. Kandungan Kursus

1. Pengenalan kepada Pembelajaran secara kontruktivime

2. Fasa 5 Needham

3. Contoh pedagogi pengajaran menggunakan kaedah kontruktivisme

4. Bengkel

5. Pembentangan

C. Kaedah

Syarahan, perbincangan, aktiviti hands-on dan bengkel


D. Bahan Pengajaran

Persembahan power point, nota

E. Alatan

LCD, Komputer, papan putih, kertas mahjung dan pen marker

F. Penilaian

1. Interaksi verbal

2. Hasil perbincangan

3. Borang maklum balas

G. Rumusan/Refleksi/ Uji impak

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR 1 :

Tahun : 4 Bestari (kelas cemerlang)


Masa : 60 minit
Tema : Menyiasat Alam Bahan
Bidang Pembelajaran (LA) : Sifat Bahan
Objektif Umum(LO) : Memahami sifat bahan
Hasil Pembelajaran(LOT) : Di akhir pengajaran dan pembelajaran
murid dapat:
i. mengenalpasti bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran : Konstruktivisme


Strategi : Aktiviti `Hands-on`

Fasa Isi Kandungan Aktiviti P&P Catatan


Pengajaran
Set Induksi Membina litar Jenis Aktiviti : Simulasi BBM: Gambar mentol,
(5 minit) elektrik bateri, dan suis
1. Guru memberi
gambar bateri, Kemahiran Proses
mentol, dan suis – Sains: Memerhati
digantungkan kepada
murid untuk Kemahiran Berfikir:
menghasilkan satu Membuat gambaran
litar . mental
2. Murid berpegang
tangan untuk Nilai Murni:
menunjukkan satu Bekerjasama, minat, sifat
litar elektrik lengkap. ingin tahu tentang alam
(Murid telah ada sekeliling
pengetahuan
membina litar Pelbagai Kecerdasan:
elektrik.) Visual dan pergerakan
Soalan : kinestatik
Adakah mentol akan
menyala? Tahap Kognitif:
Mengapa? Pengetahuan

3. Murid yang memakai


gambar suis
melepaskan tangan

Soalan:
Adakah mentol akan
menyala sekarang?
Mengapa?

Perkembangan Mengenalpasti Jenis Aktiviti : Mengelas BBM: Bahan yang sedia


objek yang boleh Soalan ada dan dibawa oleh
Langkah 1 mengalir arus Adakah murid-murid murid:
elektrik dan tidak membawa objek yang Sudu plastik, limau,
5 minit boleh mengalirkan diminta? kunci, sapu tangan,
arus elektrik pembaris kayu, gelas,
1. Murid meletakkan pemadam, syling satu
objek-objek yang sen, surat khabar, lid
dibawa di atas meja. pensil, air kopi, gelang
getah, klip kertas, dan
Soalan paku
Daripada pengetahuan
kamu, kelaskan objek Kemahiran Proses
mengikut kebolehan Sains: Mengelas
mengalirkan arus elektrik.
Kemahiran Berfikir:
2. Murid mengelas menghubungkait dan
objek kepada boleh meramal
mengalirkan arus
elektrik dan tidak Nilai Murni:
boleh mengalirkan Sistematik dan berfikir
arus elektrik secara rasional
Tahap Kognitif:
Pengetahuan,
pemahaman
1. Rujuk Lampiran 1

Langkah 2 Menguji objek Jenis aktiviti : `Hands-on` BBM: bateri, wayar,


yang boleh mentol, suis, kad manila,
17 minit mengalir arus Arahan dan marker
elektrik Guru meminta murid
menguji objek yang Kemahiran Proses
dikelaskan tadi dan Sains: Memerhati,
merekodkan pemerhatian. inferens, mengelas,
eksperimen, dan
1. Murid menguji objek komunikasi
yang telah
dikelaskan dengan Kemahiran Berfikir:
menggunakan litar membanding dan
elektrik. membeza, serta
2. Murid merekodkan mengumpul
hasil dapatan
mengikut kreativiti Nilai Murni:
kumpulan masing- Jujur dalam merekod,
masing. sabar dalam menjalani
sesuatu perkara, kritis
dan analitis, serta
kerjasama

Pelbagai Kecerdasan:
verbal, visual, dan
pergerakan kinestatik

Tahap Kognitif:
Pengetahuan
Langkah 3 Laporan hasil Jenis aktiviti : Kemahiran Proses
dapatan murid Pembentangan Sains: komunikasi
15 minit
1. Wakil daripada setiap Nilai Murni:
kumpulan Berani, yakin dan
melaporkan hasil berdikari
dapatan.
2. Murid membuat Pelbagai Kecerdasan:
perbandingan interpersonal
jawapan dengan
ramalan yang telah Rujuk Lampiran 2
dibuat.
3. Guru membuat
perbandingan hasil
dapatan antara
kumpulan. ( Cara
merekod yang paling
sesuai adalah jadual)
Langkah 4 Besi dan keluli Jenis aktiviti : Perbincangan BBM: mentol, bateri, dan
boleh mengalirkan suis
8 minit arus elektrik. 1. Guru membimbing
Plastik, kain, murid Kemahiran Proses
getah, kayu, kaca menyenaraikan jenis Sains: komunikasi
tidak boleh bahan berdasarkan
mengalirkan arus objek yang telah Kemahiran Berfikir:
elektrik. dikelaskan. menilai dan membuat
*air limau dan lid 2. Murid mengenalpasti kesimpulan
pensil (karbon) bahan yang boleh
boleh mengalirkan mengalirkan arus Nilai Murni:
arus elektrik. elektrik. Berfikir secara rasional,
berhati-hati semasa
*air paip adalah Soalan mengendalikan alatan
konduktor elektrik 1. Apa akan berlaku jika elektrik
yang lemah kita memegang suis
dengan tangan yang Tahap Kognitif: aplikasi
*plastik boleh basah? dan penilaian
mengelakkan 2. Mengapa wayar
daripada renjatan elektrik disalut
elektrik kerana dengan bahan
tidak boleh plastik?
mengalirkan arus
elektrik

Penutup Peneguhan Jenis aktiviti : Nyanyian

5 minit 1. Murid menyanyi Lampiran 3


lagu . (Adaptasi lagu
Satu Dua Tiga
Empat oleh
Ariswatan)

Refleksi 1. Guru menunjukkan BBM : botol plastik,


10 objek satu persatu majalah, sudu besi,
5 minit kepada murid untuk straw, dawai, kertas,
dikelaskan kepada cermin, pembaris keluli,
yang boleh klip rambut besi, dan rod
mengalirkan arus besi.
elektrik dan tidak
boleh mengalirkan
arus elektrik.

2. Murid mengangkat
kad warna (merah-
tidak, hijau – ya)

Lampiran 1

Contoh ramalan murid sebelum eksperimen.


Objek yang boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik

Boleh mengalirkan arus elektrik Tidak boleh mengalirkan arus elektrik

Kunci Sudu plastik


Syiling satu sen Sapu tangan
Klip kertas *Air limau
Paku *Lid pensil
Pemadam
Surat khabar

Lampiran 2

Hasil Dapatan Murid

Contoh 1

Boleh mengalirkan arus elektrik Tidak boleh mengalirkan arus elektrik

Kunci Sudu plastik


Syiling satu sen Sapu tangan
Klip kertas Pemadam
Paku Surat khabar
*Air limau
*Lid pensil

Lampiran 3:

Lagu (Adaptasi lagu satu dua tiga- Ariswatan)

Kunci, klip kertas dan paku


Objek yang boleh mengalirkan arus elektrik
Pemadam, pembaris kayu,
Tidak boleh mengalirkan arus elektrik
Ingat wahai kawan-kawan
Sifat bahan juga mempengaruhinya
Apa yang dipelajari bahan besi dan keluli
Boleh mengalirkan arus elektrik
Ingat janganlah lupa
Setiap bahan ada cirinya
Pastikan kita mengetahui
Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME


GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


KERANGKA KURSUS

Program Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Tahap Dua Sekolah-


Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010

Topik Pengajaran Berasaskan Pendekatan Kontekstual

Kod Kursus

Masa 2 Jam
Personel Penceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat ;

1. Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan


pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.

3. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan


yakin dan berkesan.

4. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.

B. Kandungan Kursus

1. Pengenalan

2. Ciri-ciri pendekatan Kontekstual

3. Contoh pedagogi pengajaran dan pembelajaran

4. Bengkel

5. Pembentangan

C. Kaedah

Syarahan, perbincangan, aktiviti hands-on , bengkel dan pembentangan.


D. Bahan Pengajaran

Nota, Persembahan power point,

E. Alatan

LCD, Komputer, papan putih, kertas mahjung dan pen marker

F. Penilaian

1. Interaksi verbal

2. Hasil perbincangan

3. Hasil Bengkel

G. Rumusan/Refleksi

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR 1 :

TAHUN : 4 Bestari

MASA : 60 Minit

TEMA : Menyiasat Alam Kehidupan

BIDANG PEMBELAJARAN : Proses Hidup

OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Di akhir pembelajaran murid akan dapat :


1. Berwaspada mengenai tabiat yang
menganggu proses hidup

HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran murid akan dapat :

1. Memberi contoh tabiat yang membawa keburukan

kepada kehidupan manusia

2. Menyatakan kesan merokok terhadap paru-paru

Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan


(Masa)
Set Tabiat buruk Guru menyediakan beberapa keratan KPS
Induksi manusia akhbar mengenai tabiat buruk manusia -Memerhati
(5 minit) -Berkomunikasi
Guru memilih 3 orang murid untuk
membaca berita yang disediakan dan KBKK
mengarahkan murid membaca berita -Menjana idea
seperti pembaca berita ditelevisyen. -Membandingkan
(Skrip berita) dan membezakan

Guru bertanya soalan-soalan berkaitan Nilai Murni


Contoh -Minat dan bersifat
ingin tahu tentang
Soalan 1: alam sekeliling
Mengapakah murid itu dibuang sekolah?
BBM
Soalan 2: Teks berita
Mengapakah ibu malang itu di kelar
lehernya oleh anaknya?

Soalan 3:
Mengapakah kereta yang dipandu oleh
pemuda tersebut terbabas?

Langkah 1 Contoh tabiat Jenis aktiviti Soal-Jawab


(10 minit) yang membawa Peta minda KBKK
keburukan 1. 2. Guru menayangkan gambar-gambar -mengumpul
kepada orang merokok, minum arak dan jenis-jenis -mengelas
kehidupan dadah.
manusia Guru menyoal murid: KPS
-berkomunikasi
a) Berdasarkan berita-berita yang -pemerhatian
dibacakan adakah tabiat-tabiat
tersebut baik atau buruk.
Jawapan Nilai Murni
Ya buruk -berfikir secara
rasional
b) Bina Peta Minda

Tabiat-tabiat buruk BBM


Slide gambar-
Minum arak gambar
Meroko dari internet
Mengambil
dadah
2. Guru menayangkan gambar-gambar
orang merokok, minum arak dan jenis-jenis
dadah.

Langkah 2 Menyatakan Jenis aktiviti : ‘hands-on’ aktiviti


keburukan KPS
kesan merokok Langkah-langkah -berkomunikasi
kepada paru- 1. Memasukkan kapas kedalam botol air
paru mineral. KBKK
2. Menutup tutup botol dengan plastisin -mengikut urutan
3. Tebuk lubang pada plastisin dengan -menganalisis
menggunakan pensil. -membanding dan
4. Masukkan rokok ke dalam lubang yang membeza
disediakan.
5. Nyalakan rokok tersebut. Nilai Murni
6. Memicit botol plastik menggambarkan -berkerjasama
manusia bernafas -sistematik
7.Keluarkan plastisin dan rokok .
8. Buat pemerhatian terhadap kapas. BBM
-botol plastik
Dapatan -kapas
1. Guru meminta murid merekodkan -rokok
dapatan eksperimen. Gambarajah di
(contoh catatan eksperimen di bawah) ‘powerpoint’

Langkah 3 Menyatakan Jenis Aktiviti : Gambar KPS


(10 minit) keburukan -pemerhatian
kesan merokok 1. Guru menunjukkan gambar -berkomunikasi
kepada paru- menggunakan komputer kesan merokok -meramal
paru terhadap paru-paru
KBKK
2. Guru menyoal murid: -Membanding dan
(a)Apakah perbezaan antara membeza
paru-paru yang ditunjukkan? -menjana idea

Jawapan: Nilai Murni


Paru-paru elok dan rosak -Berfikiran kritikal
dan analitis
(b) Apakah kesan daripada
tabiat tersebut terhadap BBM
manusia? Gambar dari
‘powerpoint’
Jawapan:
Kanser paru-paru
Langkah 4 Kesimpulan Jenis Aktiviti: Percambahan Fikiran
(10 minit) KPS
1. Guru meminta murid membuat -membuat inferens
kesimpulan daripada eksperimen yang
telah dijalankan.
KBKK
Jawapan : -menjana idea
Merokok membahayakan kesihatan
Merosakkan gigi Nilai Murni
Bau nafas dan badan -Bertanggungjawab
Mencemarkan udara keselamatan diri,
Menjejaskan kesihatan orang sekeliling rakan dan alam
sekeliling
2. Guru merumuskan dari percambahan
fikiran tersebut.
- Mengingatkan murid supaya
tidak mendekati rokok

Langkah 5 Refleksi Jenis Aktiviti: Pertandingan melukis


(10 minit) karikatur BBM
Kertas lukisan
1. Guru meminta murid melukis kartun Pensil warna
“Kempen anti merokok”

Catatan eksperimen

Warna kapas sebelum eksperimen Warna kapas selepas eksperimen


a) Apakah organ pernafasan yang diwakili oleh kapas ?

………………………………………………………………………………………

b) Kenapakah kapas itu bertukar warna?

………………………………………………………………………………………

c) Bagaimana eksperimen ini menunjukkan kesan merokok terhadap paru-paru?

………………………………………………………………………………………

LAMPIRAN

NOTA TAMBAHAN